1. Najib menjanjikan Negara Berpendapatan Tinggi boleh dicapai.
2. Kata dia, dalam tahun 2019, purata gaji orang ramai boleh mencecah RM45 ribu setahun.
3. Angka itu diperolehi melalui purata gaji SEMUA orang dan dibahagikan dengan jumlah penduduk. Realistiknya mustahil la dia nak kira gaji semua orang, jadi selalunya akan diambil golongan2 tertentu sebagai data.
4. Angka itu boleh dimanipulate dengan amat mudah.
5. 9 orang gaji RM900, satu orang gaji RM20,000, berapa puratanya? RM2810. Satu angka yang agak ok kalau kau bujang.
6. Purata takkan mencerminkan realiti sebab realitinya, orang yang gaji RM900 masih lagi tidak mendapat gaji purata, betul? RM45 ribu pada 2019.....hehehe. Lawak.
7. Tapi, itu bukan isu aku cuba bangkitkan hari ini. Isunya adalah apa yang bakal terjadi kepada pekerja?
8. Polisi negara berpendapatan tinggi sebenarnya agak kontra dengan dasar2 kerajaan yang telah diperkenalkan selama ini. Kita adalah sebuah negara perindustrian dan negara pengeluar produk.
9. Kita mempunya pelbagai dasar yang diperkenalkan untuk menarik pelabu melabur di Malaysia. Antaranya, pengecualian cukai selama 10 tahun dan foreign ownership 100% yang telah diperkenalkan pada 2012. Even bukak pejabat dekat Cyberjaya dapat insentif pelepasan cukai masa nak bangunkan MSC dulu.
10. Benefit utama menarik pelabur adalah tenaga kerja yang murah kosnya dan ini dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran berbanding berniaga di negara asal. Bayar USD3000 tak sama dengan bayar USD950 bang.
11. Adakah kau nampak ada kontradiksi di situ? Jika kerajaan berhasrat ingin menjadikan negara ini berpendapatan tinggi, bagaimana kerajaan mahu mengekalkan insentif tenaga kerja mahir yang murah?
12. Apa yang telah dilakukan adalah mengimport masuk ramai pekerja luar untuk meminimakan kos. Selain itu, kerajaan juga nampaknya sedang cuba mewujudkan Skim Kemahiran Malaysia yang bakal melatih pekerja2 berkelulusan sijil yang mempunyai kelulusan tertentu dalam kemahiran speisifik mereka, contohnya buat wiring, buat rumah dan sebagainya.
13. Tetapi, bila kerajaan bercerita mengenai Negara Berpendapatan Tinggi, kerajaan juga perlulah memperkenalkan tangga gaji tertentu untuk rakyat tau di peringkat mana mereka berada.
14. Ambik contoh, seorang pembancuh simen. Berapa upah nak bayar sebulan? Tak ada orang tau sebab kita tak ada standard pay, jadi ramai peniaga yang akan ambik gaji minima RM900 sebagai benchmark sebab itu yang akan dilakukan oleh orang2 bisnes. Meminimakan kos dan memaksimakan profit adalah matlamat perniagaan.....kalau ikut Islam lainlah pulak ceritanya kan?
15. Kita tidak ada standard tetap macam negara maju. Pengenalan gaji minima sahaja tidak cukup kerana baselinenya adalah RM900 tapi implementation hak pekerja masih lagi longgar dan ala kadar sahaja. Masih banyak syarikat tidak memathui undang2 pekerja tetapi laporan tidak dilakukan kerana pekerja takut hilang pekerjaan.
16. Apa yang lebih baik adalah pengenalan gaji minima mengikut jam seperti di US, USD7 sejam. Di UK, GBP5 sejam. Ini dapat mengelakkan majikan mengambil peluang memerah pekerja habis-habisan sebab benda ni masih lagi berlaku di mana-mana.
17. Banyak syarikat mengambil kesempatan memaksa pekerja bekerja lebih masa secara percuma dan ini adalah salah satu perkara yang aku risau berlaku sebab di negara maju, mereka agak strict dalam menjaga kebajikan hak pekerja tapi di Malaysia lain pula.
18. Akhirnya, back to square one, bisnes akan cut cost dan hire pekerja asing dan yang akan terus terpinggir ni adalah orang2 biasa, yakni rakyatlah. KFC pun ramai pekerja asing kerja sekarang.
19. Bagaimana nak jadi negara berpendapatan tinggi sedangkan ekonomi kita tak mampu nak sustain diri sendiri dan kita terpaksa bergantung dengan investment luar dan pekerja luar? Agak magic kalau Negara Berpendatan Tinggi ni berhasil sebab pada aku, realisitknya mustahil benar2 terjadi kecuali lah dicapai secara syok sendiri dan angan2 macam Melaka Negeri Maju tempohari.
20. Kalau kau tengok, kerajaan sekarang ni tak tau nak jadi populist atau nak jadi corporate. Bila PM bercakap dengan orang ramai, dia cakap macam dia paham dia paham penderitaan orang miskin.
21. Bila Najib bercakap dengan golongan bisnes dan elit, dia jadi angkuh dan berlagak kononnya dia boleh buatkan orang2 kaya tu jadi lebih kaya kalau terus sokong dia.
22. Realitinya, dalam sistem kapitalis yang kita pakai, jika ada orang yang kaya, kena ada orang yang miskin. Ini fakta!
23. Bila bercakap mengenai Malaysia, sebuah negara yang bergantung dengan pelabur luar dan pelabur dalaman sebagai sumber ekonominya, tak ada pelabur2 yang gemar nak menaikkan kos pengeluaran dengan kenaikan gaji pekerja secara sukarela.
24. Di sinilah rahsia yang aku rasa ramai orang tak nampak. Apa yang Najib sedang buat sebenarnya dasar kapitalis. Dia jujur bila dia cakap dia takkan laksana dasar populis sebab dia tak pernah rasa hidup susah. Pemimpin Berjiwa Rakyat is just a pipe dream.
25. Najib is running Malaysia macam seorang kapitalis run a country. Semua dasar dia menunjukkan dia lebih pentingkan badan korporat berbanding kebajikan orang ramai. Aku rasa orang UMNO sendiri dah mula sedar benda ni tapi nak buat camne kan?
26. Pemberian BR1M ni sebenarnya hanyalah bajet celah gigi aje pada kepimpinan dia ni. Tak luak pun duit dia sebab dia tau Malaysia banyak duit. Tapi....Najib ada satu masalah besar sekarang ni. Duit Malaysia banyak tapi Malaysia jugak banyak hutang.
27. Kalau kau perasan, Najib bersungguh2 nak jaga hati pelabur Cina tak kiralah Cina Malaysia atau Cina from China. Sebab itulah marah benar Najib lepas PRU hari tu. Dia dah bagi macam2 dekat bisnesman Cina tapi orang Cina sendiri tolak dia besar-besaran. Dia nak orang Cina melabur dalam negara. Dia nak orang2 Cina ni terus support ekonomi Malaysia.
28. Kalau kau bukak mata kau betul2, kau akan nampak benda ni terang dan nyata....Najib sebenarnya lebih peduli pandangan orang Cina pelabur ekonomi berbanding orang Melayu yang miskin, sebab orang Melayu miskin takkan mampu sumbang apa2 dekat kerajaan dia. Siapa kau nak mintak2 dengan dia kalau kau tak mampu provide apa2 dekat dia pun?
29. Inilah benda yang Mahathir cukup marah dengan Najib sekarang ni. Najib ni nampaknya jenis yang sanggup jual negara asalkan dia untung.
30. Najib wujudkan sebuah badan korporat untuk jadi penasihat kepada development negara. Kita dah keluarkan peruntukan untuk run kementerian2 ni...tapi apa perlunya lagi PEMANDU ni? Itu baru satu contoh pembaziran Najib ni. Mungkin dia merasakan orang2 dalam kementerian tak layak dan tak pandai nak menasihati dia jadi dia perlu lantik "kontraktor oversea graduate"?
31. Aku tau ramai orang UMNO kat luar sana, tolonglah cuba clarify dengan Najib betul2. Dia nak lahirkan "Negara Berpendapatan Tinggi dengan Rakyat Berpendapatan Tinggi" atau dia sekadar nak lahirkan "Negara Berpendapatan Tinggi Dengan Rakyat Berpendapatan Rendah" ?
32. Hanya 1.7 juta rakyat membayar cukai pendapatan daripada 13 juta pekerja. Sebanyak 25% pekerja di Malaysia berpendapatan lebih RM3000 dan selebihnya bawah nilai tersebut mengikut statistik EPF. Dalam 4 tahun ni, keajaiaban apa Najib nak buat sebenarnya? Aku tak nampak mana rakyat boleh tiba2 jadi pendapatan tinggi ni...
33. Adakah apa yang disebutkan sebagai Negara Berpendapatan Tinggi tu sebenarnya adalah seruan sosialis kosong kosong dari seorang pemikir ala kapitalis supaya rakyat pilih dia? Ingat rules kapitalis ni, untuk jadi kaya seseorang perlu miskin. Untuk negara jadi kaya, siapa perlu miskin? Takkan pelabur? Mereka sangat penting pada mata pemerintah..... rakyat lah kena berkorban.
34. Sebab itu kita akan dikenakan GST, tol dah naik. tarik elektrik dah naik. Kebanyakan essential goods akan naik mengikut kenaikan harga2 yang dah dikenakan ni. Ini semua perlu sebab kita menuju ke arah negara "berpendapatan tinggi."
35. Malaysia akan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan rakyat yang mempunyai purchasing power yang rendah. Itu vision sebenarnya yang diorang takkan sebut. Mungkin income kita akan naik tapi kau cubalah hidup dengan RM900 gaji minimum sebulan....kau rasa patut ke? Dengan kadar sekarang, tak patut benar rasanya nilai minima tu...
36. Apa yang kerajaan sebenarnya lakukan sekarang adalah menjadikan pendapatan kerajaan naik tinggi. Ini untuk memastikan kerajaan dapat bayar balik hutang2 yang dah menimbun naiknya.
37. Mungkinlah kita akan dapat kenaikan pendapatan, tapi akan ditiadakan faedahnya oleh tindakan yang kerajaan perkenalkan supaya duit tu kembali kepada diorang, seperti apa yang telah berlaku sekarang melalui GST dan pelbagai pengurangan subsidi.
38. Ini perlu untuk mengekalkan insentif kepada pelabur supaya terus melabur di Malaysia, kerana jika rakyat dapat kenaikan pendapatan, kerajaan perlu carik jalan macam mana nak cover balik lost pelabur yang timbul bila rakyat dibayar gaji lebih ni.
39. Apa yang akan berlaku adalah satu cycle macam ni ; pelabur naikan gaji pekerja > pekerja akan bayar tol dan GST > duit dapat balik kepada kerajaan > kerajaan akan compensate balik dengan pemotongan cukai, pengurangan duti secara direct dan pelbagai insentif kepada pelabur > pelabur akan terus menggaji pekerja macam biasa...cycle ni akan berpusing balik macam tu jugak. Taraf hidup takkan berubah..kecuali lah kita menang loteri dan invest duit loteri tu...
40. Mana sumber duit nak bayar hutang kerajaan tu? Ahah! Inilah magicnya. Apa yang kerajaan buat adalah diorang akan potong subsidi slow2 dan akan kenakan GST kepada kita. Dari situlah duit tu akan datang. Kita semua akan mula bayar tanggung dan tolong bayar hutang negara ramai2. Macam ada menteri kata,"the honeymoon is over.."
41. Terimalah hakikatnya, semenjak Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian, ekonomi kita akan lumpuh kalau sektor perindustrian ni terganggu. Sektor perindustrian ni pulak sangatlah memerlukan pekerja yang mahir dengan kos yang rendah. Itu cantiknya Malaysia pada pelabur ni. Kita ni macam China versi Asia Tenggara. Cheap labour cost adalah benefit melabur di Malaysia.
42. Dah berapa puluh tahun majoriti prosessor komputer dibuat di Malaysia. Berapa lama lagi kita nak bertahan sekadar cukup jadi pembuat cip komputer sedangkan kita sepatutnya bercita2 buat prosessor kita sendiri? Berapa lama lagi kita nak kekal dilabelkan pekerja semata-mata? Orang luar nak beli prossessor murah...kalau pasang kat US harga jadi mahal. Kalau kita naikkan gaji pekerja kilang kita, AMD dengan Intel boleh pindah kilang ke Bangladesh ke, India ke, Myanmar ke...kita pulak rugi kat situ kan? Inilah dia jerat dilema kapitalis yang cukup hebat membelit semua negara membangun.
43. Pada aku, visi kerajaan sekarang ni memang lebih menguntungkan golongan korporat dan pelabur sementara golongan pekerja akan terus diperah sehabis mungkin. Mungkin kita akan disejukkan dengan pemberian BR1M dan janji2 manis lain tapi itu visi kerajaan sekarang yang agak menakutkan aku. Kita di-engineered untuk kekal sedemikian rupa kerana ekonomi negara kita perlukan pekerja murah dan mahir.
44. Apa yang akan dibuat oleh kerajaan tidak akan mengubah apa-apa pada level rakyat kerana walaupun income kau mungkin naik, purchasing power kau akan kekal atau makin berkurangan.
45. Akhirnya, apa yang kau boleh buat adalah kau boleh ubah cara hidup belajar berjimat, bawak basikal atau apa sajalah cadangan yang macai selalu suggest.
46. Jika kau masih muda, masih kuat, sudah bekerja, layak menerima BR1M tiap2 tahun dan masih memangkah Barisan Nasional , tolonglah sedar satu benda, kau deserve better dari apa yang kau dah dapat. Kau deserve better dari apa yang Barisan Nasional boleh provide dekat kau.
47. Wahai orang muda, jika kau layak dapat BR1M tiap2 tahun dan bangga berkempen untuk kemenangan BN, kau sepatutnya sedar....ada sesuatu yang tak betul mengenai kau.
48. Untuk menyedarkan kau, cuba kau tunjukkan aku gambar pemuda dan pemudi Cina yang tersengih depan kamera suka dapat BR1M.
49. Sekarang cuba kau tunjukkan gambar pemuda dan pemudi Melayu gembira dapat BR1M.
50. Apa lagi Melayu mahu?

28 ulasan:
tu gambar kau ke mantot?
Ishh ckp lah first anon.
firsttt
gambar diakhbar yang paling terkesan dijiwa aku sejak najib jadi pm ialah..seorang pemuda buat isyarat yess..gembira diumumkan dia bakal dapat rebet rm250 untuk beli smartphone....kat mana dia sekarang..? adakah dia sudah jual hpon dia untuk menanggung kos kenaikan gula ..api ..tol..dan akan datang gst..-pemikiran sanggat cetek dapat rebet rm250 gembira dan kemudian mengundi bn..sanggat2 tidak cerdik..yang cerdik macam aku beratur ambik brim kemudian pangkah pembangkang...dengan harapan pembangkang menang supaya bn x dapat balik ambik duit rm500 tu..tapi ada 45% pengundi yang senggal..jadi kita terpaksa piulangkan brim tu semula kepada bn berlipat ganda..
Panjang gile. tp kupasan menarik.
1. Bab Malaysia sebagai negara perindustrian (elektronik). Aku nampak keperluan untuk perkasakan sektor tu, jangan abandon. Industri teknologi ni thrive pada 'knowledge', yang bagi aku adalah aset bukan saja kat industri tp juga pada sosial. Ramai yang celik IT kat Malaysia. Cuma yg 'fail' dari zaman Mahathir sampai Najib ni adalah gagal menghasilkan 'pengeluar'. Dari dulu sekadar 'pengguna'. Aagenda asik cari FDI je. Sebenarnya konsep 'berpendapatan tinggi' ni asalnya dari IMP3 (google : malaysia's Industrial Master Plan), Najib masukkan dalam ETP dia utk nampak macam penyelamat ekonomi tp lepas 4 tahun aku tgk gagal je. Pendekkan cerita, Malaysia banyak kegiatan di 'low value' dalam 'value chain'(i.e. assembly, test); sasarannya adalah 'high value' (conceptual, design, end product sales). Sama juga dgn sektor lain, kalau dapat ubah kerja dari 'low value' ke 'high value', pendapatan rakyat bertambah. Tapi macam mana nak jadi 'pengeluar' kalau tempat2 R&D ni semua tutup, influx pekerja asing tak dikawal (kat penang ramai gile import india/filipin utk R&D). Skim latihan tu pun buang masa (tak semua) sebab orang2 atas tu makan geran je lebih. So negara berpendapatan tinggi apa yg Najib cuba buat?
2. Menarik cara 'wealth cycle, point no 39' tu digambarkan. Menarik kalau ko kupas lagi. Part kat mana 'stress' berlaku. Aku nampak : kerajaan bagi insentif pd pelabur > pelabur stay, tambah peluang pekerjaan tapi tak naikkan gaji sebab tak untung sangat > ramai rakyat bekerja, mampu bayar tol & GST, hidup macam moden tp sebenarnya miskin > kerajaan belanja income secara tak berhemah (bayar hutang cukup2 makan, selebihnya berfoya2).
Ape yang aku nampak pie yang besar tu hanya dikongsi & diratah oleh pemimpin2 yang ade kuasa neh, especially pemimpin2 dari BN. Orang2 bawahan ni macam kau dan aku cume dapat crumbs die aje.
Tak kire kau Melayu, Cina, India atau lain2, tak kire kau macai BN atau PR atau atas pagar, sedarlah yang kau berhak dapat a better managed life here in Malaysia. Every Malaysian deserves better from the government, whether it's BN or PR, period!
panjang betul kupasan kau ni. kira kau berfikir panjang jugaklah dengan cerita kau yang panjang ni. tapi tulah, bukan semua orang nak baca, tambah tambah pulak orang yang hidup dalam denial mengatakan malaysia masih 'aman'. bab pekerja itu juga menggusarkan. negara-negara maju yang lain tarik menarik pekerja-pekerja asing yang berintelek, yang berbaloi untuk dibayar demi memajukan negara. tapi begara kita terlalu banyak sangat pekerja asing yang bertaraf pendidikan rendah. yang datang untuk kumpul harta bawa balik ke negara masing-masing. yang kini pun dah banyak jual kain, kerja kfc atau jadi taukeh kedai, jual handphone dan komputer di low yat. rakyat sendiri tak mampu bersaing. tak mampu bersaing sebab gaji yang dapat tidak setimpal, nasib tak terbela, kena kerahan tenaga.
sudah-sudahlah dengan brim. sepatutnya kita semua rakyat malaysia patut boikot suratkhabar pro najib, tv pro najib, astro pun kalau boleh boikot sekali. supaya tak mudah tertipu dengan laporan yang diberi dan tak perlu tengok gambar-gambar orang melayu tersenyum riang dapat brim.
Umur aku 23 tahun. Tp aku rase pemikiran aku tiap hari bab duit,income aku tiap bulan,nk byr ptptn dan hutang motor,nk maintain perbelanjaan minyak dan makan, dah melebihi budak2 muda yg sebaya dgn aku.
Tu belum lagi bab nak cuba menyenangkan perbelanjaan org tua aku lg tu.
Dan tu belum lg bab berkeluarga. Ntah lah bila aku dapat bina keluarga sendiri.
Aku xfaham langsung knapa sesetengah rakyat khususnya anak muda macam aku ni masih bodoh lg pilih kerajaan ni.
Tolonglah kawan2. Bangkitlah melawan.
Tipu korang xrasa sikit pun desakan hidup macam aku skrg.
Melainkan bapak2 korang ni mmg pak2 menteri tu?
hi mantot
saya follower baru yg meminati tulisan anda
bagus sgt cara pemikirian anda
saya dgn rendah diri mncadangkan anda buang posting2 lama anda yg berbaur lucah yg hanya akan menambah dosa setiap yg membacanya (juga dosa berlipat ganda utk anda sendiri)
x ada ruginya, cuma pahala yg berganda bile membuang yg mungkar.
boleh berkongsi hal2 ini utk kesedaran masyarakat tp elakkan terlalu explicit dan menggairahkan org yg menatapnya yg membuatkan anda free2 menadah dosa.
maafkan saya jika tersalah bahasa. saya ikhlas.
semoga blog anda dpt terus berkongsi idea2 bernas dan bermanfaaat kepada pembaca. amin
panjang sangat sampai 50 point... bosan baca
Anon atas aku ni tipikal melayu
the thing is.. ape guna jadi negara berpendapatan tinggi tapi value duit ko semakin rendah.. by all mean, it wont change the fact that kita sebenarnye semakin miskin. di mana silap nya??
dapat brim hepi? tipikal meleis. kalau aku malu nama in list. biarlah nama aku kekal sebagai tax payer. hihi
Sori bro. Tgk cte lawak ni sampai abes. Layannn
http://youtu.be/tXN6TgWTp88
Macai detected
orang melayu mudah lupa dapat BR1M terus lupa tentang semua benda
ikut cakap lecturer aku, foreign investor banyak nak lari ke myanmar. sana labor cost beratus kali ganda murah, bertimbun timbun unused resources. benda ni jadi since najib pergi setting gaji minimum rm900 - the cost of labor in malaysia dah meningkat berkali ganda. rm900 tu basic, belum campur other benefit.
just my 2cent.
Mantot...ko selalu ckp melayu racist...tp aku nk ko ulas yg ni:
seorg fresh grad engineer melayu keluar dan keja dgn gaji rm3.5k ..seorg fresh grad cina keluar dan keja dgn gaji rm4.5k ..kenapa?
Tu la tu...pasal org cina jage kepentingan org cine..melayu pulak asyik nak jaga hati bangsa lain..diorang buat boleh....kite buat tak boleh nanti(racist)...puii..
senang je bang..
kau pegi kerja dgn company Melayu, kau mintak gaji RM4500 macam orang Cina dapat.
Syukur la pegi company cina dapat rm3.5k sebulan...company melayu?....hurmmmmm....
Satu lg tulisan baik dr hang mantot. Suka aku baca. Terbaik, tp ada gak yg kata point terlampau banyak la. TLDR la. Aish malas membaca betul
Aku rasa ni antara post Mantot yg paling panjang penah aku baca, n paling menarik (dan menyedihkan) Sedih aku biler dengo kekawan aku cakap depa happy dapat BR1M(stone) 2.0.. Kepada mereka yg malas baca post nih, renungkanlah Surah Al-Alaq (1): 'Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk)'. Nampak sangat typical Meleis ignorant xleh nak paham (atau buat2 bodo atau saje buat tak reti nak pahamkan) makna sebenar serta isi tersirat disebalik wahyu pertama yang mula2 diturunkan kepada Nabi Muhammad @ Rasullullah SAW... banyak membaca serta menambah ilmu itu penting dalam menegakkan kebenaran (Islam) dan membentuk serta membangunkan individu, keluarga, masyarakat serta negara yang maju bukan saja dari segi materialistik, bahkan iman dan ketenangan jiwa. Akhir sekali: Democracy is a terrible form of government because the majority of people are stupid.
Malu dan sedih tgk org kita dh jadi mcm desperate sgt masa dpt brim. Bersyukur atas nikmat dari kerajaan katanya..Sedangkan diorang tak sedar diorang dilayan bagai peminta sedekah yg hina oleh kerajaan. Kena basuh kaw2 sejam dua dan dengar pujian2 masuk bakul angkat sendiri sampai kebas punggung duduk atas kerusi, baru boleh dapat duit. Diorang berhak hidup lebih mulia dan lebih dihormati. Asalkan berhenti menjadikan puak2 ni sebagai pemimpin negara..dulu dijajah orang asing, sekarang dijajah orang tempatan yg sama warna kulit dan rambut macam kita..god bless malaysia
anak nazri tak rase
anon tu burthurt
bagus kupasan ni.. baca satu persatu dengan elok.. malas sangat print, masuk dalam buku.. malas baca takde pengetahuan.. lol
Catat Ulasan