Disember 19, 2013

Perdana Menteri Umum Barisan Kabinet Akan Mula Menggunakan Duit Sendiri Untuk Belanja Sara Hidup

Putrajaya, 19 Disember - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem baru di mana mana-mana Menteri Kabinet dan Senator perlulah menggunakan wang sendiri untuk menjalankan tugas.

"Mulai Isnin minggu depan, semua tuntutan yang melibatkan Kabinet akan dibekukan sehingga kita mencapai status negara berpendapatan tinggi. Ini bermaksud Kabinet tidak lagi dibenarkan untuk menuntut elaun perjalanan, elaun petrol, elaun tenaga dan apa saja elaun yang diberikan semasa menjalankan tugas," ujar Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib menjelaskan sudah tiba masanya barisan Kabinet menggunakan duit gaji dan elaun mereka yang telah diberikan untuk dijadikan perbelanjaan mereka bekerja. Kemudahan yang diberikan kepada Kabinet seperti pemandu khas dan tukang kebun khas juga akan ditarik balik. Faedah mendapat bantuan konvoi untuk urusan kerja juga akan disekat.

"Saya berharap, jika Menteri belajar sendiri memandu ke kementerian mereka hari-hari, kembali mengisi minyak di stesyen petrol seperti orang ramai dan menempuh jalan sesak sama seperti kebanyakan rakyat, mereka akan lebih memahami masalah seharian rakyat, lagipun, banyak belanja minyak dapat dikurangkan oleh kerajaan kerana perbelanjaan petrol datang dari poket menteri sendiri" sambung beliau.

"Mereka masih boleh minta konvoi tapi perlu menggunakan wang mereka sendiri untuk perbelanjaan minyak," kata beliau.

Meunurut perkiraan awal, jika pihak Kabinet menggunakan wang mereka sendiri termasuk elaun untuk menampung kos bekerja dan sara hidup, kerajaan bakal menjimatkan hampir RM5 bilion setahun. Ini sudah pasti dapat digunakan untuk menampung kos pembangunan negara yang bakal memberi faedah kepada ramai pihak.

Datuk Seri Najib juga memberitahu ada antara kalangan Menteri yang langsung tidak pandai menggunakan pam minyak kerana tidak pernah mengisi minyak kereta sendiri. Salah seorang tetamu sambil tersenyum mencadangkan agar dilakukan kursus kepada para Menteri bagaimana hendak mengisi minyak di pam petrol dan kursus tersebut bolehlah diadakan di London sebagai satu lawatan kerja selama satu minggu.

"Selain itu saya juga mengambil keputusan untuk mensyaratkan pihak Kabinet untuk menggunakan pengangkutan awam setiap hari ke tempat kerja masing-masing tapi proses ini masih lagi mendapat bantahan, kerana ramai menteri merasakan menaiki pengangkutan awam membuatkan mereka rasa seperti pendatang asing di Malaysia. Ini kita cuba kaji dululah," kata beliau sambil tersenyum.

Datuk Seri Najib berkata langkah itu dilihat sebagai satu langkah yang amat positif dan pasti mendapat reaksi gembira daripada rakyat. Nur Adila Razak dari Keluang, Johor berpendapat langkah ini penting kerana akan mendekatkan menteri dengan rakyat.

Musa Rahman, seorang jurutera dari Sepang pula merasakan pembekuan sahaja tidak cukup. "Saya belajar di United Kingdom dan saya mampu berdiri di hadapan "Number 10" (kediaman rasmi Perdana Menteri Britain) dan saya boleh nampak pintu masuknya. Malahan jika saya mahu, saya boleh ketuk pintu tersebut kerana ia betul di tepi jalan, tanpa ada kompaun dan jalan masuk yang panjang jaraknya."

Ujar beliau lagi, " jika kita adalah negara membangun, kenapa perbelanjaan mengurus kerajaan kadang-kadang kelihatan lebih mewah berbanding negara maju itu sendiri? Lihat pejabat Perdana Menteri kita dan lihat pejabat mereka sudahlah. Adakah mampu kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib mengubah mentaliti menang sorak, kampung tergadai ni?"

"Bagaimana penjajah boleh mengamalkan kesederhanaan berbanding kita, yang pernah dijajah mereka?" ujar beliau mengakhiri bicara.


28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahaha....

berharap artikel ni keluar akhbar

-khairul-

Tanpa Nama berkata...

betul ke ni tot? Susunan ayat2 kau ni buat aku musykil.

DennouTantei berkata...

baca boleh percaya jgn, nanti ada org silap sangka ni betul, haha2 padahal2 terang bukan

p/S: pd yg slow

NowPhal berkata...

Apakah?

Hahaha... Lawak la hg ni Mantot

Tanpa Nama berkata...

mimpi jelah

ss_izal berkata...

Kenapa ayat betul2 mcm tulisan paper

Tanpa Nama berkata...

berita palsu..

Tanpa Nama berkata...

Tunggu sampai kiamat la kalau pm telo ni nak buat macam ni.

TumpangLalu berkata...

Cuba check matahari dah terbit dari barat ker blom. Kalau berdasarkan artikel ni macam dah.

jang berkata...

Tengok muka Najib kat gambar hiasan tu dah tau betul ke tipu.

Tanpa Nama berkata...

dah kuar kat utusan ari tu la mantot, tapi menteri uganda la.....

Tanpa Nama berkata...

Tobat lahommm

Tanpa Nama berkata...

kau tak sentuh langsung pasal berbelanjaan isteri2 menteri dan isteri perdana menteri. kau takut kat rosmah ek?

TunEdwardHasbi berkata...

Dear Mantot,

sarkastik sangat.i like :)

Its ME berkata...

Aku baca mula sampai tgh macam wah totally berubah... tapi sampai kat "menaiki pengangkutan awam setiap hari ke tempat kerja masing-masing".. aku tau korang yang karang. siot tul lar.

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah kah mantot pro rosmah ghopenya

N I S A berkata...

kahkahkah.

nokhorommmm. aku ingat betul td.

lan berkata...

Don't talk to much but show ro pubkic sucker

Tanpa Nama berkata...

tot, kau memang sangat pandai menulis karangan berbentuk akhbar. pasti pmr dan spm karangan berbentuk akhbar adalah pilihan utama. teruskan menulis berita begini, kami mahu baca sebagai penyedap hati.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat marhaen gi kerjo naik bas selama ni pendtg asinglah gamaknya.

Nazrul Izuan berkata...

Mohon share :)

Unknown berkata...

hahahahaha serius macam dalam surat kahbar betol,tapi tobat lahom la dorang nak wat gini,hehehehe tot lu kelakar la

Tanpa Nama berkata...

Terus terbayang muke si Bung Mokhtar..ngeh3~

Tanpa Nama berkata...

tot.....sampai bila kita-kita ni nak memekak kat alam maya....sejak aku baca blog hang 4 yahun lepas kerajaan malaysia tetap macam tu....tak dak ka jalan-jalan lain lain nak ubahkan cara urus tadbir malaysia ni...kesian tot kat budak budak yang bakal membesar kat malaysia nih lepas ni...kalau takat umur baya2 hang ngan aku gagah boleh survive lagi kot....hang pikiaq tengok nasib gen-y dengan anak hang nanti...
no action talk only pun kadang2 useless jugak....
apa la kita mampu buat..
pakat-pakat la pikiaq tengok.....

Tanpa Nama berkata...

mcmmnelah muka diorang ni klu naik lrt dgn kitorang ye..

healthybody.healthylife berkata...

Hahahah... kursus cara nk isi minyak smpi nk buat kat london. Sarkastik sgt. Bagusla article ni. Sape2 hacker leh bwk masuk ke utusan online x?

healthybody.healthylife berkata...

Hahahah... kursus cara nk isi minyak smpi nk buat kat london. Sarkastik sgt. Bagusla article ni. Sape2 hacker leh bwk masuk ke utusan online x?

Tanpa Nama berkata...

Terbaik, haha. Part belajar isi minyak kat London tu serius lawak gila. Menyindir habis.

- Megah Angkasa -