Disember 03, 2013

Malaysian vs Douchebag Bahagian 04 : Bapak Kepada Segala Douchebag

Satu masa dulu, generasi sebelum kita, yakni mak bapak kita, gajinya kecik. Tak ramai yang ada kelulusan. Ramai yang bekerja kampung. Yang berjaya ke menara gading pun tak ramai, hanya insan2 terpilih yang benar2 layak dapat masuk.

Mak aku sendiri, beli kereta cash lepas kerja dengan duit simpanan dia sebagai seorang cikgu yang gaji pada waktu itu adalah $700 lebih untuk seorang guru lepasan ijazah. Ni dalam tahun 1970 an something. Waktu itu kereta Toyota Corolla yang mak aku beli, harganya dalam $13 ribu lebih.

Kini, aku pulak, gaji aku start mula kerja dua kali ganda gaji mak aku tapi aku tak mampu nak saving untuk beli kereta, sebab kereta pada waktu aku mula kerja harganya dalam RM30 ribu ke atas. Ramai yang mampu beli kereta pun oleh kerana kita berhutang. Berapa kerat Melayu mampu beli kereta cash?

Jelas jika kau bandingkan situasi waktu mak bapak kita dulu dengan kita sekarang yang dah jadi mak bapak, walaupun infrakstuktur kita makin hebat dan gaji kita lebih besar, sebenarnya, taraf hidup kita makin kongkang ke longkang. Kenapa begitu? Sejak bila pulak berlakunya perubahan mentaliti yang menggalakkan rakyat berhutang untuk semua benda walhal sebelum tu, boleh aje generasi mak bapak kita save duit sket2 semata2 nak beli kereta?

Zaman sekarang, semua orang cakap kita mampu beli itu, kita mampu beli ini...padahal hakikatnya, kita tak mampu.

Sebab kita berhutang. Takkan lah kau tak sedar, berhutang tu satu benda yang tak berapa digalakkan dalam Islam? Tapi masyarakat kita dah twist, "berhutang tu adalah satu keperluan. Berhutang itu simbol kau mampu. Berhutang itu perlu untuk memenuhi kehendak untuk orang yang tidak mampu."

Once masyarakat dah biasa berhutang, secara automatiknya sistem kewangan negara kita ni akan dikuasai oleh bank2 yang hanya akan fikir nak buat untung sebab mereka nampak masyarakat mula terima "Berhutang itu perlu," Dalam Islam, untung2 inilah yang digelarkan sebagai riba.

Apa Rasulullah pesan? Jauhi riba...sebab riba adalah perosak masyarakat dan negara. Rasulullah dah nampak, orang Islam akan accept sistem kapitalis dunia ciptaan bukan Islam dan ini akan merosakkan kemampuan orang Islam dari segi ekonomi. Bila kita terima sistem riba, siapa yang paling rugi? Kita. Orang2 yang berhutang.

Jadi, zaman sekarang, orang Melayu terjerut beban hutang. Kerajaan pun terjerut beban hutang. Berapa tahun kita semua kena kerja semata2 nak bayar balik faedah bank? Berapa ribu kau rugi semata2 nak cover bayaran balik faedah pinjaman? Semua tu berlaku semata2 kita berhutang.

Kau boleh talk cock dan sebut "kenapa tak beli aje kereta second hand, kan murah?" Itu semua talk cock bullshit. Semua orang nak beli kereta baru. Semua orang nak beli kereta yang seatnya tak pernah diduduki oleh lelaki gemuk yang berpeluh dan berbau masam. Jadi, kita berhutang. Sampailah kita ke tua kita berhutang dan sepanjang kita hidup...kita bayar riba. Hutang dan riba dah jadi keperluan Malaysia...Padahal Rasulullah dah pesan...JAUHI RIBA!

Kenapa kita tak ikut? Entahlah. Sistem negara kita seolah2 menggalakkan kita berhutang. Peluang berhutang ada merata2. Kau boleh tengok sendiri masyarakat kita dah mula biasakan diri berhutang. Untuk kawin? Berhutang. Untuk baby shower? Berhutang. Untuk beli rumah? Berhutang. Pinjaman bank tu dah jadi satu sistem yang kita ambik sebagai kewajipan untuk survive.

Sejak bila mentaliti kita ni berubah? Aku tak tau nak exact pinpoint kat mana...tapi pada pandangan aku, semuanya bermula semenjak negara kita ubah dasar ke arah perindustrian.

Malaysia dibangunkan sebagai sebuah negara pertanian. Waktu tu kita tak banyak kilang, kita tak banyak bangunan, tapi kita ada banyak sawah, kita ada banyak ladang tebu, kita boleh nampak penoreh getah menoreh. Satu masa dulu kita antara pengeluar getah terbesar dunia dan pengeksport kepala sawit yang amat penting. Getah Malaysia terkenal sebagai antara getah yang paling berkualiti di dunia.

Kemudian muncul dasar perindustrian negara yang diperkenalkan terlalu pantas sehinggakan tidak ada transition yang sesuai dijalankan. Malaysia jadi sebuah negara perindustrian sekelip mata. Untuk sebuah negara yang kecil, kita ada Proton. Kita ada KLCC. Kita ada Putrajaya yang tersergam indah. Kita ada litar F1 yang jadi tempat lumba orang luar. Semua itu dihasilkan dengan kos yang melambung naik. Jika dulu Malaysia adalah negara pengeluar  berasaskan pertanian dan melibatkan kos yang tidak lah seberapa besar, dengan tiba2 kita ada Perwaja Steel. Kita ada Hicom. Kita bawak masuk manufacturer luar supaya bangunkan kilang di Malaysia dengan daya penarik tenaga kerja yang murah dan manufacturing kos dapat dikurangkan.

Penoreh getah mula nampak mereka boleh kerja kilang. Gadis2 mula nampak mereka tak perlu ke sawah tapi boleh duduk bawah bumbung. Pendapatan yang sebelum itu mereka yang kawal sendiri kini dikawal oleh syarikat2 asing dan tempatan. Jika sebelum itu mereka tidak kenal apa itu enjoy di bandar, kini orang Melayu mula belajar menghabiskan duit untuk berhibur.

Malaysia bertukar daripada sebuah negara konservatif yang bergantung kepada hasil alam kepada sebuah negara yang memerlukan negara dan rakyat berhutang untuk maintain ekonomi. Jadi Bank Negara mula revise itu ini untuk wujudkan pengguna2 yang boleh beli macam-macam. Orang yang sebenarnya tak mampu beli kereta mula rasa mereka mampu. Orang yang tak mampu pakai air cond kat rumah mula rasa mereka mampu beli air cond dan bayar bulan2. Di sinilah bermulanya penyakit hutang kita. Orang dulu2 mesti ingat "Singer, Menawan Keluarga Bahagia" dan kenapa Singer sangat sinonim dengan generasi mak bapak kita dulu.

Oleh kerana pesatnya pembangunan negara ni, negara memerlukan tenaga mahir yang ramai untuk support semua jawatan kosong. Anak2 penoreh getah tadi mula membayangkan cita2 untuk tidak mahu jadi penoreh getah dan anak2 pesawah mula rasa hidup mereka akan lebih baik jika mereka tidak jadi pesawah. Mereka boleh jadi lebih baik berbanding mak baha mereka, bisik propaganda.

Permintaan pekerja mahir yang makin meningkat akibat pembangunan yang terlalu pesat membuatkan kerajaan membenarkan IPTS diwujudkan. Jadi banyaklah IPTS diwujudkan untuk membantu melahirkan pelajar2 yang ada ijazah dan diploma. Mereka perlu kelulusan untuk diterima masuk ke industri pekerjaan. Budak2 ni pun berlumba2 lah ke menara gading. Mana2 yang tidak mampu dapatlah biasiswa tapi sebab terlalu ramai yang tidak mampu tapi masih berhasrat ke menara gading.....diwujudkan lah PTPTN.

Jadi, ramailah yang mula belajar terima hakikat, untuk berjaya mereka perlu berhutang. Untuk segulung ijazah, berhutang itu perlu jika tidak mahu digelar "Kegagalan." Riba memainkan peranannya lagi sekali di sini. Hutang pinjaman pelajaran pun dikenakan riba. Tapi orang kita tak melawan sebab kita nampak orang lain ok aje. Lagipun kerajaan galakkan pelajar ambik PTPTN supaya perbelanjaan masa belajar tak menyusahkan mak bapak. Riba....dah jadi keperluan.

Apa Rasulullah pesan lagi sekali? Riba adalah peruntuh masyarakat.

Cuba tanya mak ayah kau, ada mereka berhutang? Umur berapa mereka mula berhutang? Majoriti mesti kata hutang first diorang masa beli rumah atau beli kereta. Itupun tak banyak hutangnya. Tapi generasi aku, yang lahir 80 an dan 90an habis aje SPM, dah diperkenalkan dengan hutang dalam hidup.

Kenapa semua ini terjadi? Kita semua berhutang kerana kita nak memenuhi visi seorang lelaki yang nak tengok Malaysia jadi negara maju pada tahun 2020. Kita susah sebab kita kena berkorban penuhi impian seorang lelaki yang nak tengok dia ada legasi pembuatan kereta sendiri. Kau boleh talk cock dan sebut sumbangan dia yang lain dan apa sumbangan Proton dekat negara, tapi jawab soalan aku, "kenapa perlu rakyat dibebankan dengan hutang yang lebih banyak semata2 nak pastikan Proton terus hidup?"

Aku ulang lagi sekali. Rasulullah dah pesan, riba ni perosak masyarakat. Kalau kau setuju bayar riba lebih semata2 nak tengok Proton survive, kau lawan apa yang Rasulullah ajarkan.

Kita ambik riba ni normal sebab kita nak pastikan semua orang mampu beli kereta nasional. Dari kereta jenama lain harganya 20 ribu, kini dah jadi RM120 ribu. Daripada sikit ribanya, kini makin besar pulak jumlah ribanya dan  akan makin meningkat tahun ke tahun sehinggakan isteri perlu bekerja menampung keluarga dah jadi motto masyarakat kita.

Inilah padahnya kesan betapa ekstrimnya perubahan dasar negara kita yang sebenarnya tak patut lagi ditukar ke arah negara perindustrian sebab kita tak punya kepakaran dan kita tak punya infrastruktur. Jadi semua itu perlu dipercepatkan, diacceleratekan dengan berhutang, meminjam dan pilih kuantiti berbanding kualiti.

Lihat kesannya sehingga kini. Dua minggu lepas keluar statistik lebihan lepasan doktor di negara kita yang tak ada pekerjaan. Seminggu lepas aku baca, pilot pun sama. Pada tahun 2000 dulu lepasan IT habis menganggur sebab tak ada kerja kosong walaupun Kerajaan giat kempen pasal IT. Aku sure majoriti mesti dah ada hutang pendidikan...camne nak bayar? Kau ingat kursus pilot dan medic ni murah?

Akhirnya, kau boleh lihat sendiri, oleh kerana wujudnya budaya semua orang mampu berhutang, pendidikan sudah jadi satu bisnes. IPT terkejar2 tarik pelanggan. Tiap2 tahun ada 200 ribu lepasan SPM dan semua IPT bangga memaparkan iklan "Pinjaman PTPTN disediakan kepada calon." Education sudah jadi bisnes membuatkan IPT Malaysia lebih gemar duit masuk berbanding kualiti pelajar yang keluar.

Kerajaan kita cukup bangga dengan Cyberjaya satu masa dulu. Kini Cyberjaya adalah tempat di mana peniaga Melayu terpinggir meniaga dekat tepi bas dan orang asing meniaga merata2. Kau tau tak Cyberjaya sampai sekarang tak ada Masjid sendiri dan baru nak buat itupun aku tak sure bila nak start? Putrajaya pula diwujudkan untuk jadi Pusat Pentadbiran Kerajaan yang dikhabarkan efisien. Tahukah anda jalan keluar masuk ke Putrajaya tiap2 petang kesesakan lalu lintasnya mak aih.....teruk betul. Tahukah juga anda yang Putrajaya ada stesyen LRT yang dah siap tapi terpaksa ditutup sebab sistem nya tak pergi ke mana-mana, ditinggalkan begitu? Dan tahukah anda sehingga sekarang, jalan motorsikal di Putrajaya masih lagi tidak diutilize sepenuhnya? Mungkin sebab tak selamat untuk penunggang sebab aku pernah lalu sekali...elok sikit aje berbanding dengan jalan motor Federal Highway satu masa dulu.

Itulah masalah yang kita akan hadapi sehingga beberapa generasi akibat seorang pemimpin yang gila nak accelerate kemodenan ke atas satu masyarakat yang konservatif. Kita bangunkan negara dengan berhutang jadi sekarang ini hutang negara naik banyak sebab riba dah diperkenalkan dalam hutang tu.

Siapa yang tanggung? Kerajaan. Siapa yang bayar? Kita. Tarif elektrik pun dah naik 15%. Rasulullah dah pesan, kalau nak bangunkan negara jangan berhutang. Once kerajaan dah biasakan diri berhutang, rakyat pun akan turut sama berhutang. Bila semua dah berhutang dari atas ke bawah....apa jadi?

Minyak akan habis satu masa nanti. Once minyak habis apa lagi sumber kewangan kerajaan? Tak kiralah 2070 ke, 2090 ke tapi kita kena fikir benda tu sekarang supaya anak2 kita tak hidup melarat nanti. Waktu tu mampu ke Kerajaan Malaysia setelkan hutang RM500 billion lebih yang dah ada sekarang ni? Waktu tu berapa pulak nilainya lepas dah ditambah dengan riba?

Berapa pulak GST yang nak dikenakan waktu tu?

...................

Tanyalah orang yang aku maksudkan tu.

1. Tanyalah dia kenapa Malaysia menuju ke arah berpendapatan tinggi dan rakyatnya juga menuju ke arah hutang yang tinggi.

2. Tanyalah dia kenapa dia bail out banyak syarikat2 gergasi tapi dia kenakan kepada orang ramai cukai kenderaan yang membuatkan satu Malaysia terpalit dengan hutang dan riba.

3. Tanyalah dia dan Anwar Ibrahim kenapa dia wujudkan sistem pendidikan yang melahirkan graduan yang keluar aje Universiti terus ada hutang tapi pendapatan graduan tu pun kadang2 tak cukup nak bayar hutang dan mampu membuatkan ramai graduan takut nak kawin semata2 sebab takut tak mampu bayar hutang.

4. Tanyalah dia kenapa banyak benar perjanjian berat sebelah diwujudkan sehinggakan kerajaan sekarang ni pun tak mampu nak lari dari bebanan hutang.

5. Tanyalah dia apa faedahnya yang dia dapat ubah dasar negara. Apa yang buruk sangat jadi negara pertanian? Agriculture punya sector akan create a self sustaining country yang tak dependant dekat investor luar jadi at least kewangan kita tak banyak yang mengalir keluar. Kita ada terlalu banyak sumber dan tanah kita memang terbaik. Tuhan dah bagi kita geografi yang cukup mewah, kenapa kita gemar dirikan kilang atas dia?

6. Tanyalah kepada dia, kenapa perlu kita ada pengeluar kereta sedangkan untuk sustain selling unit pengeluar tu kita kena create marked up price model jenama lain dan bebankan orang ramai yang selama ni tak pernah pun terbeban dengan artificial price dan cukai2 yang menekan orang.

.....................

Kau boleh talk cock Proton itu, Proton ini tapi lihat sini, sejarah kereta Korea bermula daripada mereka pengeluar basikal sehinggalah mereka boleh buat kereta dan benda tu ambik masa berapa puluh tahun. Pernah kita buat basikal? Mana ada. Ada la Petronas buat basikal tapi harganya mak aih. Industri kereta negara wujud terlalu cepat dan pantas tanpa wujud tempoh masa menimba pengalaman belajar dahulu.

Kita tak mampu produce basikal, tapi kenapa kita mampu produce kereta? Pelik bang.

Kau mungkin rasa benda tu sebagai bukti kehebatan Melayu tapi aku ambik benda tu sebagai tindakan melulu yang tak fikir panjang. Inilah dia accelerated growth tanpa mengambil kira sama ada masyarakat ready atau tidak. Sekarang kita mula membayar harganya sikit-sikit, semata2 sebab kita nak jadi negara maju menjelang 2020.

Kini bawah Najib, target dah berubah...kita nak jadi negara berpendapatan tinggi pulak. Kenapa? Haha. Pendapatan tinggi perlu untuk tampung hutang yang tinggi. Kalau rakyat punya pendapatan rendah, kerajaan punya pendapatan pun rendah la, kan? Bang, berapa lama lagi kita nak berharap dengan duit minyak? 80 Billion Petronas tu siapa yang nak cover kalau kita dah tak ada minyak? Aku, kau, anak kau, cucu kau. Sekarang ni pun had pencen dah dinaikkan...kau nak anak cucu kau kerja sampai 80 tahun ke?

Itulah dia, Rasulullah dah pesan dalam khutbah terakhir dia, betapa bahayanya riba ni. Dia dah nampak yang orang Islam akan jadi mangsa. Tapi kita tak nak dengar. Kita berebut2 berlumba nak jadi sama macam orang putih melalui infrastrukturnya dan kita ambil mentaliti perniagaan yang digunapakai tauke besar2 semua benda asal boleh, duit bersih atau duit haram tak apa asal kaya. Kita ambik hutang dan riba sebagai faktor yang perlu untuk membangunkan negara...alih2, ekonomi kita pun bergantung dengan negara lain.

Kita semua kena bayar hutang negara, kau sokong BN, kau sokong Pakatan, kita semua kena bayar. Kau tengok anak kau, dia pun akan kena bayar. Satu Malaysia kena tanggung bayaran riba.

Rasulullah dah pesan dah tapi pemimpin pun tak dengar, rakyatnya bukan boleh buat apa. Tuhan dah bagi kita hasil bumi, tanah subur, hujan mencurah2....tapi kita pegi pacak kilang, buang sampah dalam sungai, tambak situ, tambak sini, habis banjir merata2. Ada warisan sejarah, ada warisan budaya, robohkan, buat legasi diorang sendiri.

Budaya dah terbiasa halalkan riba dan galakkan hutang ni diwarisi oleh kepimpinan seterusnya, itulah yang kita boleh lihat sekarang ini, bagaimana teruknya ekonomi kita sehinggakan RM1 tu pun, nilai dia sebenarnya kadang2 mencecah "nothing."

Kau akan jawab balik apa aku tulis dengan ayat standard "dah sistem ekonomi kita camtu, habis nak buat macam mana? Kena la berhutang kan!" tapi fikirlah sendiri, takkan sekadar itu aje yang kita boleh buat? Mesti ada jalan lain. Mesti ada. Dah berapa kali aku ulang, Rasulullah dah pesan bahaya riba....mesti ada jalan yang lebih baik berbanding sistem sekarang. Rasulullah takkan tipu. Rasulullah takkan paksa rakyat dia bayar lebih untuk support projek kereta kuda Mekah...

Tapi sebab visi pemimpin kita 2020 nak tunjuk kat dunia dia punya kuasa, habis berapa generasi anak cucu berhutang hidupnya. Malaysia Boleh. Asal Boleh. Bolehland.

ps - Kepada Kerajaan dan Pengerusi PTPTN, kalau kau nak masuk syurga, meh aku bagi kau macam mana caranya.


43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terkenang seorang tua yang pesan...pemimpin dilantik ke jalan bahagia.. Bukan yang jerut leher kita

Syakir Zainol berkata...

Entry yg sangat brilliant bagi aku...

mijao berkata...

entry terpanjang penah aku baca..part 03 lum abis baca...

azree yaacob berkata...

RM1 aku xblh beli pape dah skang ni..

Tanpa Nama berkata...

rasa nak nangis ja aku baca entry ni..sedih

Is marcelo berkata...

Sedih tp itulah yg berlaku mantot. Apapun, jalan keluar tetap ada. Islam membangun dgn acuannya sendiri. Perhatikan bgaimana rasulullah bgunkan madinah slepas berhijrah - konsep baitulmal. Kerajaan yg ada ni dh berada di penghujung jalan tidak akan bertahan lg. Mgapa msih lg mau bergantung kpdnya?

Abqari berkata...

bagi akula untuk selesaikan semua masalah ni kene mula dengan diri sendiri..
contohnya aku, aku beli kereta seken waktu aku habis stp dulu.(x kisah lah kau nak ckp aku ddk atas peluh org gemuk)haha
sekarang uni aku x ambik ptptn. mcm mana sekali pun aku cuba elak hutang sebab mcm kau tulis aku sedar masalah2 ni..

ubah diri kau, kerja rajin2 jangan malas, pergi mampus dgn bantuan kerajaan tu semua buat kau malas.

liza berkata...

Terbuka minda ni..mmg benar bagai dikata..punahla anak bangsa akibat si durjana yg apa visinya..

plain83 berkata...

negara kita terlalu cepat masuk sektor perindustrian tanpa mengukuhkan dulu sektor pertanian... aku sangat setuju dengan ini mantot, terbaik...

p/s: mana button nak share entry ni ke google plus?

Zinedine Zaiddin berkata...

Aku perasan satu benda jugak.

Kalau dasar kerajaan apa-apa pun dasar kan, hari ini umum, kalau boleh esok gak nak start.

Takde langsung ataupun tempoh transition terlalu singkat.

Contoh paling dekat, pelan pendidikan pelajaran yang baru, kenaikan tarif elektrik, dengan apa ntah satu lagi. Semua pun nak mula tahun depan.

Bangang tak boleh diajar macai-macai ni.

From: Bila Karipap Boleh Bercakap

Tanpa Nama berkata...

benda ni besar. kalau nak berubah perlukan sesuatu yang besar.sedangkan kita orang kecik.boleh mulakan dengan diri sendiri tapi aku tak rasa impak besar akan terjadi. yang boleh ubah hanyalah pemerintah.orang yang pegang tunggak negara. rakyat boleh pilih orang yang terbaik untuk memperbaiki kerosakan tuh tapi masalahnye sekarang malaysia ni rakyat macam takde otak nak fikir siapa yang patut diberi kuasa untuk memimpin.tak kira la pembangkang atau kerajaan. eh sial la........

Tanpa Nama berkata...

Sama la mcm peralihan sains dan math dlm bahasa inggeris.. Ramai budak budak tak pegi sekolah sebab ketinggalan..sedangkan dulu dulu masa sains ngan math still.ada jugak.genius.. Kelam kabut sekali kelaut

Tanpa Nama berkata...

PerBankan Islam...kui...kui....kui...haktuih....

Tanpa Nama berkata...

mantot aku rasa ko kena ubah gaya dan cara penulisan ko. terlalu panjang dan static. tak menarik perhatian langsung. aku baca tajuk lepas tu terus scroll sampai bawah nak tengok apa ending dia. selain dari menulis isi dengan panjang lebar, cuba belajar macam mana teknik penyampaian yang berkesan, dengan gambar atau info grafik mungkin?

Tanpa Nama berkata...

Topik ni amat menarik. Mohon sdr Mantot kupas lagi lain kali. Aku tak reti menulis.

Aku sikit sebanyak setuju kalau salahkan ultimate douchebag tu.

Dalam perspektif aku, satu lagi masalah hala tuju sekarang (high income, teknologi tinggi etc) adalah ramai pembuat polisi & pelaksana hanya tinggi visi, cakap lebih, tapi isi takde. 'isi' ni adalah 'kepakaran' atau content atau produk sendiri. Contoh kereta kebangsaan. Bukak kilang kereta, tapi tak boleh buat kereta sendiri. okay, sekarang Proton dah boleh bole buat kereta sendiri, tapi masih tak kompeten sehingga rakyat kena beli kereta mahal. Contoh2 lain yang menunjukkan budaya kurang 'content' tapi sembang lebih dah melarat kat negara ni banyak. Wayang takde jalan cerita/skrip, buku2 melayu yg berkualiti kurang, grad universiti senang tapi nak mintak kerja susah (kualiti universiti), paper2 conference/jurnal desperate semata2 nak cukup kuota, dll. Ini semua wayang kulit.

Aku dari latar belakang industri elektronik. Nak cerita, Malaysia ni konon menuju ke arah elektronik sejak 1980an lagi. Kilang pertama yang Intel kat luar negara dia adalah Malaysia. Tapi dah 30+ tahun, Malaysia ada produk sendiri? Banding dengan Taiwan, mula masa sama, sekarang dh ubah dari pembuat jadi pengeluar. Ada org Malaysia dari sekinchan duduk sana bukak syarikat jadi pencipta thumbdrive. Katanya, kat Malaysia takde ekosistem. Malaysia tiap tahun gelabah cari FDI, tapi takde kepakaran sendiri. MIMOS dah jadi IT, SIRIM tak buat R&D. Universiti toksah harap la dalam bidang ni. Tokey ikan bakar pulak keluarkan tablet 1Malaysia. Dah lama orang tak cakap pasal barang 'Made in Malaysia'.

Cerita panjang ni bukan apa, nak illustrate masalah kurang 'content' dalam polisi/pelaksanaan pembangunan. Pembangunan ke arah projek2 mega, bangunan paling tinggi, rekod dunia itu ini, tapi takde 'content'. Gah dengan pencapaian wayang kulit. Rakyat pun dididik sama. Padahal kita tak ada apa2. Akan datang, negara akan makin berhutang. Pernah terbaca laporan PWC utk ekonomi 50 tahun, nama malaysia takde. Indon yang korang kutuk pendatang lagi besar kuasa ekonomi dia. Selagi fenomena tokey ikan bakar menghasilkan tablet berleluasa, negara ni ada masalah.

Tanpa Nama berkata...

gaya cara penulisan pulak yang kau komen. kau panas dengan cerita ni ke ape?? mcm panas je.. mcm bengang je.. haha

Tanpa Nama berkata...

memang dasar!! dah la membaca malas, ada hati pulak nak mengkritik. takat karangan 1 page scroll ke bawah, kalau baca sampai habis tak lebih 10 minit pun dari 24jam yg ko ada sehari. dasar douchebag x100!!!

Tanpa Nama berkata...

kesimpulan ultimate douchebag ialah mahathir.aku berharap dia x dilahirkan di Malaysia .Apa yang dia buat kat negara ni dah cukup buat semua sengsara x kira latar belakang pun.Mmg x boleh harap,harapkan pagar pagar makan padi

Tanpa Nama berkata...

Satu kupasan yang agak menarik. Rasanya boleh digunapakai secara global bukan sahaja di negara kita ni. Dunia sekarang terlalu obses dengan consumption

Tanpa Nama berkata...

kalo dah malas baca..tulis macam gaya macham mana pon tetap rasa tak menarik..

lkjhgfdsa berkata...

Gigih aku baca. Sekarang kau kena baca komen aku pulak.

1. Aku belajar pasal ekonomi Islam. Dan yang paling membimbangkan adelah sistem perbankan Islam yg kita ade sekarang ni pun belum betul2 patuh shariah.

2. Riba memang punca segala masalah.

3. Alternatif: kita sendiri kena elakkan daripada berhutang. Aku sendiri personally aim untuk beli kereta dan rumah second hand secara cash sebab nak elak loan.

4. Aku menyesal amek PTPTN. Aku rasa di zaman anak2 aku nanti aku akan encourage diorang utk berbisnes sendiri daripada sambung belajar.

5. Kalau nak harap kerajaan ubah, memang tak terubahnya. Kita sendiri kena ubah. Elakkan hutang.

ELAKKAN HUTANG!!!!!!! KALAU TAK MAMPU SILA JANGAN BELI!!!

PEDULIKAN APE ORANG KATA SEBAB BUKAN DIORANG YANG NAK TOLONG BAYAR PUN!!!!

Penutup:

Baru aku nampak kenapa Indonesia membantah kemerdekaan Malaysia - katanya kemerdekaan Malaysia adelah 'kolonialisme dalam bentuk baru'.

Sebab British dah tinggalkan kat kita sistem politik dan ekonomi yang menekan rakyatnya dan jauh dari Islam!!!!!

lkjhgfdsa berkata...

Ditambah pulak 'evolusi' Malaysia oleh ultimate douchebag itu...

kita rakyat yang marhaen ni lah menanggung akibatnya.

Tanpa Nama berkata...

kalo tak berhutang
macam mana la nak beli
rumah..sewa? beli cash?

cuba bagitau sikit..

kereta tu aku
faham la..boleh beli
cash second hand semua..
tp rumah macam mana la
kawan

roz berkata...

banyak yang aku setuju dgn isi kau terutamanya bab riba dan kemampuan negara kita dlm mmbina ssesuatu yg mega tp akhirnya hanya nampak cantik dari luar, tp rakyat dlm negara ini saja yang tau ap yg kita rasa, cuma bab negara pertanian tu bnyk kau sentuh psl noreh getah dan lain2 psl pertanian, cuma ap yg kau trlepas pandang, bnda n komoditi, harga xstabil, aku ckp sbb aku ada kebun getah dgn pajak kelapa sawit, kos mngurus agk tinggi, nk maintain 1 hal lg, kdg aku untung bersih pon mcm xberbaloi, malahan skrg pon ada getah tiruan sbg ganti ganti asli ni, sawit pon sama kau da tebang, nk tanam balik bukan cukup setaun baru blh tuai, kos lg nk buat bukan 4 ke 5 ribu punya modal, mungkin pemimpin dulu nk seimbangkan kn pertanian dan perindustrian, tp enth mana silapnya.. kita da terhumban kdp keadaan skrg, adakah sbb rakyat kita yng xberkualiti sbg modal insan atau kerajaan yg hanya pandai mmperkenalkan dasar baru lpas pilihanraya

Tanpa Nama berkata...

Ngencing kuat la lu.....Lu bole je beli paper kosmo....Gua hr2 beli kosmo harga RM1....Ngang pnya org.....Sedeyyy....

Tanpa Nama berkata...

Fuck u!!!!!!!!!!!!! Abih lu???? Patut lu yg x dilahirkan ke dunia ni.......Kira lu la yg bole hrp??????? Ckp mcm bagus.......Ntah2 habuk pun xde.....Haram J pnya makhluk......Damn u......

Tanpa Nama berkata...

Fool.....Bangang pnya org....

Tanpa Nama berkata...

Fool!!!!

Tanpa Nama berkata...

aku rasa budak kecik
malas baca jgn
masuk blog ni la,
makin teserlah bangang
abadi nya

Tanpa Nama berkata...

Yg ko mnyemak kt sni knapa babi oi?? Macai bangang......

Fara Abdul berkata...

dari komen yg bernas terus jadi written abuse. dah macam blogserius lak aku tgk ruangan komen ni.

utk remaja2 yg tercari2 mana nak tuju selepas skolah, mmg elokla cari kursus2 vokasional daripada paksa diri pinjam ptptn dan masuk universiti. kalau x pandai blaja atau x minat mmg rugi masuk. blaja skil pun leh hidup apa.

zaman skrg kalau nak senang mmg kena kurgkan atau elak hutang. tp cakap mmg senang. nak buatla seksa. apapun, kita boleh cuba.

nak harap gomen tolong rakyat? lupakan saja. they dont really care about us bak kata michael jackson.

Is marcelo berkata...

Last 2 week aku pegi solat jumaat, dgar khutbah bicara ttg riba. Mmg best dengar. Pungpang pungpang. Kata riba ni menindas, perosak masyarakatlah, punca jenayah. Sembang kencang.

Tp last2 solution dia bg ialah mggalakkan supaya org beralih kpd perbankan islam. Trus aku rs down dgar khutbah tu. Potong stim betul.

Sbb apa dia suh ubah kpd perbankan islam sdgkan fungsinya sama mcm bank konvensional? Yes maybe dia shariah compliant, tp hakikatnya islamic banking x membantu satu apa pun. Aku tgok menindas juga. Kdg2 ko buat loan kt bank konvensional byrn bulanan dia lebih rendah dr islamic banking. Apa tujuan ko buat islamic banking klo hakikatnya sbnrnya ia lebih menindas masyarakat? Nmpk x permainan dia kat situ?

Sbnrnya bg aku bukan keje mudah nk bebaskan diri dr sistem riba yg dh berakar umbi dlm kepala kita bertahun2 lamanya. Kita jd hamba. Bekerja mcm org gila smata2 hnya nk byar pejadah ni semua. Apa jadi? Last2 masa kita habis mncari kekayaan dunia smpai lupa tggjwb utk mbangunkan ummah! Ni lah dia sistem perhambaan alaf baru.

Ko x suka? Pi duk pulau spratly sana. Hahaha

lkjhgfdsa berkata...

Ismarvcelo Safuan.

Islamic banking sebenarnya tak fully shariah compliant pun. Dia sebenarnya amek sistem konvesional, kona sana, kona sini, tukar jadi nama arab, poof jadi islamic.

Harap maklum.

Aku setiap hari rasa berdosa sebab aku student ekonomi tapi tak mampu buat ape2 utk ubah sistem perbankan kat Malaysia.

Mmg betul, kita mmg susah nak keluarkan diri dr sistem riba ni. Sebab British dah 'wariskan' sistem kapitalis (dan politik!) dia masa kita merdeka dulu.

Dan untuk diri aku sendiri, aku cuba utk bermujahadah utk tidak berhutang. Cukup ler hutang ptptn tu je. Itu pun tak terbayor! Keje pun belum ade.

Kete aku beli second hand. Rumah kalo aku nak beli, aku cari yg beli terus kat owner kot. Yang jual cash je tu. Kalau tak cukup duit nak beli cash, aku terpaksalah menyewa jeeee. Itu je yg mampu.

Ukur baju di badan sendiri. Seriyes sgt terbeban. Umar al-Khattab dulu siket punya risau kalau2 time pemerintahan dia ade orang tertindas, kita zaman sekarang ni kena bela nasib sendiri sbb wakil rakyat tak boleh harap.

Tanpa Nama berkata...

search Imran Hossen talk about dajjal

Tanpa Nama berkata...

Kosmo rm1.20 la baii..

Tanpa Nama berkata...

Masalah nye aku kerja under orang Melayu. Kerja rajin macam mana pon, selagi tak pandai bodek dorang, kerja aku takkan ke mana.

Ami Scott berkata...

Kete hutang,umah hutang, personal loan hutang...aku memang terasa kesesakan dia...aku dah lama nampak hutang ni membebankan tapi aku takleh lari macam fly trap...once you hook you cannot escape..tapi aku sehabis boleh nak pastikan generasi anak2 aku takkan tersangkut ngan hutang2 ni blake

Tanpa Nama berkata...

hadis last tu aku rasa tuhan dah nak bagi chan..mamat tu plak boleh jwb tidak dpn malaikat... takda rasa nak membohong bagai...adala agaknya kemuliaan diri..tu tuhan tolong..

ss_izal berkata...

Terbaik penulisan ni. Menitik air mata aku. Terkesan betul. Apa nak jadi dengan negara ni kan.

ss_izal berkata...

Terbaik penulisan ni. Menitik air mata aku. Terkesan betul. Apa nak jadi dengan negara ni kan.

Tanpa Nama berkata...

yap . aku dari awal lagi tak setuju dengan ptptn bagai nih . menyusahkan aje . well , aku cuma lepasan spm tgh tunggu result lagi , mungkin org cakap umur setahun jagung , tak layak nak cakap psal ni semua . tapi aku cukup dengan maksud entry nih . sebenarnya aku merancang nak masuk form 6 , tak kira lah macam mana result spm tu .bila classmates aku tanya , " weih ko nak masuk u mana nanti ?" then aku cakap nak masuk form 6 . then dorang cakap , "kenapa nak masuk form 6 ?" aku cakap taknak susahkan ibu aku lagi . yuran u mesti mahl setiap sem . then dorang cakap , "well ptptn kan ada." yap . memang ada . kononnya nak bantu . memang lah takde benda percuma dekat dunia ni . tapi kalo nak tolong ikhlas laa beb . kalo aku buat diploma , grad lepastu bukannya dapat keje terus . mesti kena buat ijazah dulu . guna duit lagi . sape je nak amik kau keje dgn diploma ? mana nak bayar loan ptptn lagi -.- takke peningg nak pikir tuh talkan nak susahkan mak kau lagi . kalo yang rajin sangat bagi nasihat dekat aku suruh buat loan ptptn tuh nak tolong bayarkan takpe gak . orang nak elak berhutang aish -.- cakap pakai gigi smuanya senang .

pape pon .entry nih memang membuka minda . serious . kena bagi mak aku baca supaya dia tak termakan dengan hasutan "syaiton"2 tuh -..-

Tanpa Nama berkata...

seriously menda mcm ni la yg aku pernah terfikir..tp ko dah kupas satu persatu. aku harap lbh ramai lg akan sedar lepasni. terbaikk bro

Tanpa Nama berkata...

Ehehe kata kata orang yang malas membaca.