Disember 05, 2013

Hentikanlah Amalan Khurafat Ijab Kabul Pengantin Melayu

Ramai kat sini dah kahwin kan?

Macam mana rasanya kahwin dulu? Menggelabah kan. Apatah lagi lelaki. Part paling menggelabah ni adalah bila kau duduk dan kau nak melalui majlis akad nikah tu sendiri. Dalam kepala duk teringat semua benda yang kena ikut dan tips2 yang diberikan orang lain. "Waktu akad nikah nanti kau kena sebut jelas2, terang2. Tangan kena salam betul2. Lafaz kena lancar. Lafaz kena satu nafas, jangan sangkut-sangkut...." Aku pun baru menyedari, betapa banyaknya bullshit orang Melayu ni sehinggakan kita dah menyusahkan diri sendiri. Sedangkan kita Islam. Islam menyenangkan, pemahaman Melayu ni menyusahkan.

Mesti ada antara kau yang kena pesan masa nak akad nikah dulu, "kau mesti lafaz satu nafas sahaja! Kalau tak, tak sah!"

Ada yang ikut syarat satu lafaz ni? Sila angkat tangan sama dengan aku.
Kenapa aku ikut? Sebab ada saksi tepi aku pesan, kena satu lafaz. Dia AJK Masjid tak silap aku.

Kau sedar tak, itu semua amalan khurafat Melayu? Dalam Islam sendiri, tak wujud pun permintaan kena satu nafas ni. Dah la kau menggeletar nak menikah, kemudian tercungap2 pulak masa sebut sebab nak maintain satu lafaz punya pasal. Ni lah bahana Melayu punya kepercayaan.

Islam tak pernah mintak pun ijab kabul ni dalam satu nafas. Permintaan Islam simple, ijab dan kabul mesti dilakukan secara berterusan....dalam satu majlis! Tak ada stop, tak ada rehat dulu. Bukannya dalam satu nafas. Tapi mesti ada nenek moyang kita dulu yang salah intepret benda ni dan ajar anak murid dia, "lafaz nikah ni kena satu nafas berterusan."

Masalahnya, Bahasa Melayu ni ayat dia panjang2.Ni lagi satu hal, kita tak perlu pun ikut ayat lafaz tu sebijik2. Sebenarnya, apa aje ayat pun boleh digunakan asalkan Wali dan saksi paham. Aku pun dulu sampai tercungap la sebab nak satu nafas punya pasal....tak boleh ke senang kan? Boleh. Tapi kepercayaan orang Melayu ni yang susahkan.

Pengantin paham ijab? Wali paham kabul? Saksi paham dua2? Tujuan dia jelas?
Sah? Sah. Ayat macam mana pun boleh pakai.

Asalkan semua pihak yang ada situ paham dan jelas yang kedua2 pihak bersetuju nak kawin, benda tu dah sah dah. Ayat yang ada hanya sebagai panduan jadi tak perlulah sampai wajib kita ikut sebijik2. Lagilah malu kalau kita declare mas kahwin dia "Hutaaanngggg.." macam orang dulu2. Buat malu pengantin aje. Kau bayangkanlah kalau yang kahwin tu jenis tak ada stamina....mau tercungap2 nak pastikan satu nafas tu....

Benda dah senang, kita complexkan, orang pun jadi takut. Bila dah takut, ramai la yang tersasul ulang berbelas kali. Padahal benda tu benda elok, senangkan la. Ni kalau saksi semua duk mati2 percaya kena satu nafas, sampaikan pengantin duk ulang berapa kali atas permintaan saksi....tak ke menyusahkan diri?

Dah la dalam kepala duk fikir kena satu nafas, saksi duk tengok, wali duk tengok, kadi duk tengok, belakang ramai berkerumun duk excited, bakal bini duk tunduk malu2 kucing, lelaki pulak duk fikir nak projek malam tu, macam mana la tak semput pengantin?

Ni tak masuk lagi Tok Imam yang jenis nak gertak2 suruh baca itu ini, tanya itu ini. Karang pengantin lelaki tersebut nama orang lain sebab gabra sangat sapa nak tanggung? Hahaha. Mau berperang mertua dengan mertua, pengantin dengan pengantin.


45 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

If you tolerate this, your children will be next...

Unknown berkata...

1 peribahasa yg melayu cukup pegang 'BIAR MATI ANAK,JANGAN MATI ADAT'.See?mmg BODOH tahap cipan la wei!!!ape dia igt bile dia mampus nnt,ADAT tu ke yang nk bace yasin kat kubur dia?hahaha..aku pon benci sgt bile melayu utamakan ADAT dari agama.Aku kecewa la...

Is marcelo berkata...

Bukan stakat lafaz ijab kabul je susah mantot. Ada byk lagi. Bab hantaran, bab nk buat majlis, bab nk cari duit buat loan utk majlis kawin, kurg2 kena ada 50k utk kawen zaman skrg. Tgoklah mcmana susahnya kawen. Aku xnk jd mcm ni. Melayu x guna. Anak dara aku dh besar nti, bolehla kawen cpat2. Asalkan suami bertggjwb, ada kerja tetap, ada agama. Bab maskawin + hantaran ckup 3k pun dh memadai. Istri aku pun stuju. Korg yg menyusah2kan bnda ni, nti korg tengoklah mcmana org susahkan hidup ko nanti.

Ko x suka benda ni? Bleh kuar dr malaysia. Hahaha

Miss Brenito berkata...

Bukan sekadar bahasa melayu yang panjang tapi nama anak-anak dara melayu sekarang ni lebih dari 12 harakat mak pak letak.. konon bajet anak cute dan superb..

Zinedine Zaiddin berkata...

Meleis memang suka betul bab2 menyusahkan benda yang senang ni.

Contohnya ni la tang akad nikah ni. Tak masuk lagi dengan bab tok kadi duk menggabrakan lagi pengantin laki. bukannya nak bagi tenang ke, bagi motivasi ke.

ini baru bab kawin. belum cerita bab lain lagi. Dengan protokol haramjadah dia, nak kena sebut satu2 gelaran datuk datin YB Tan Sri dalam majlis. Last2 habis 5-6 minit nak sebut nama aje waktu berucap.

Ada lagi contoh lain?

From: Bila Karipap Boleh Bercakap

yuna icha berkata...

tp skrg xde dah 1 1 lafaz ni.
dah byk hdiri mjlis khwin n tengok ok je.
xde pon.
Alhamdulillah.

Unknown berkata...

Same la, geram aku ngat adat yg dah nak sampai tahap khurafat ni..

Unknown berkata...

Same la, geram aku ngat adat yg dah nak sampai tahap khurafat ni..

NowPhal berkata...

Alhamdulillah, urusan aku kira mudah la compared to most people. Takdak gabra2, takdak hantaran mengarut. Siap buleh aku yg sampai first kat masjid (mcm tak sabaq2 plak).

Tapi still aku kesian pikiaq anak2 aku la. Kalau hari ni hantaran dah nak cecah doploh riban (orang kebiasaan mcm kita la, aku tak cerita artis atau anak kak mah), tak buleh bayang mcm mana anak laki aku dua orang tu nanti

Tanpa Nama berkata...

peranan Imam kene kuat sini..
ni x, imam lebih2..org kg tu mmg la ilmu xde, main ikut jer imam ckp ape.

Tanpa Nama berkata...

Bagusla generasi kita ni dah mula memahami bezanya antara adat dan tuntutan agama..sesungguhnya Islam itu syumul..namun adab yg baik d buang jgn.. "Jom Gi Kuliah"

haku_ogami berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aslina berkata...

Penah dengar iklan rhb bank kat radio thr gegar pantai timur? Haha... Siap tagline "gerbang impian perkahwinan anda" camtu la bunyinye. Macam galakkan buat loan utk kawen. Fuh sadis mendengarnye.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnye aku mcm ada niat taknak bt hantaran,tp takut pulak parents or sedara2 melompat mcm ko dh kenape?
Kalo lps kenduri tak pegi terus tmpt outdoor amik gmbr blh tak? sbb aku rasa tetamu/kwn2 dtg, nk layan n amik gambar ngn diorg. Outdoor hari lain blh tak? Tp mcm segan jgk kalo org yg kita tak kenal amik gmbr kite laki bini ala2 bermesra (for the sake of gmbr kawin kununnya) n letak kt fanpage fb dia,mcm maluu je walaupun mgkin gmbr tu biasa je org tgk. Dahla mcm kena mekap tebal giler,mcm susah nk tanggal, nk rushing solat lagi. Ahh..byknye benda aku tak suke bab wedding ni.

Aku juga mmg tak penah main game kt fb..Aku mmg tak cool giler..haha..tetibe

Tanpa Nama berkata...

majlis perkahwinan satu lagi hal mmg byk benda yang aku rasa mcm x kena.Contohnya,amlan memberi duit kepada tuan rumah .Aku x faham bukan kita dijemput ke majlis perkahwinan diorang bukannya kita pergi restoran lepas tu byr pula.Ini semua adat yang menjadi ikutan orang zaman sekarang.Kalau makan sedap x apa juga,ini dengan lauk habis,air x ada .

Fitri berkata...

Kalau letak nama panjang2, cantik2, bila anak besar dia mmg menawan dri segi perangai, pergaulan dan agama, mmg salute la. Tp anak nama vogue kemain, perangai serupa haram jadah. Xkene langsung. Tu sbb tanggungjawab mak bapak ni bsr, kne pastikan anak2 dibesarkan dgn asas agama yg ckup dan baik

Fitri berkata...

Kalau letak nama panjang2, cantik2, bila anak besar dia mmg menawan dri segi perangai, pergaulan dan agama, mmg salute la. Tp anak nama vogue kemain, perangai serupa haram jadah. Xkene langsung. Tu sbb tanggungjawab mak bapak ni bsr, kne pastikan anak2 dibesarkan dgn asas agama yg ckup dan baik

Tanpa Nama berkata...

Hampeh, aku komen panjang2 tadi, hilang pulak... Tapi main pointnya: generasi terkini memang akan anggap generasi sebelumnya kurang cerdik. Sama la anak2 kita nanti akan anggap kita ni kurang tamadun berbanding diorang.. Haha... Dulu arwah opah aku ada cerita la pasal kitab2 yang dia belajar dan khatam di kampung di perak. Yang aku ingat satu kitab ni nama perukunan. Kita yang moden ni dah khatam berapa kitab? Heh... Jom solat.

Unknown berkata...

cuba baca perjanjian PTPTN tu satu nafas siap ada saksi semua

contract jugak maa.

Tanpa Nama berkata...

aku dah dengar Ustaz Ismail Kamus pertikai benda2 ngarut amalan melayu ni sejak 15 tahun dulu. byk lagi amalan lain yg beliau pertikai. dulu2 ada jgk beliau keluar dlm rancangan kuliah perdana kat tv sebelum kena 'ban' sebab melawan arus. carilah kaset/cd kuliah beliau, nescaya benda ni dah lama obsolete. lawak dia pun jauh advance dari raja lawak.

Tanpa Nama berkata...

Name penuh kitab tu kitab perukunan besar. Ade 4 chapter. Aku penah pegang n belek². cover warne itam tulisan jawi. hehe... tp aku xbaper lancar sgt bace tulisan jawi lame nie.

Skrg dah xder org syarah kitab tue. nenek aku ckp, kitab tu dah lengkap cover sumer skali. ikut je..

Klau la ade org yang syarah kitab tu skrg, mmg aku akn cari utk beguru.

Daun.

Tanpa Nama berkata...

Dah tu klu ko rasa taknak bagi, x payah la bagi..Buat selamba jelah.. Tujuan asalnya bg duit sbb nak memberi 'hadiah' dan meringankn beban tuan rumah.. Klu segan salam tangan kosong, masukkn aje note singgit dlm sampul.. Bukan orang tahu pun..
Lagi satu, tuan rumah jemput ko utk memeriahkn majlis.. Apa yg dihidang, ko redho jelah.. Jgn byk komplen.. Nmpk sgt x ikhlas..

Tanpa Nama berkata...

Mak aih. Bagi tu ikhlas. Ade ko nampak tuan umah letak tanda harga ke .. ape ke .. sebelum masuk? Nampak sgt budak2 yg pk. Mungkin mak ayah ko duk tanggung beli baju ngan spender ko lagi kan skang?

Tanpa Nama berkata...

Bengap abadi. Nak rai pengantin ke rai ko? Derma pun taknak nak mkn sedap2? Besok mati kapan sendiri kambus sendiri.

Nayanconi berkata...

Kat melaka wujud lagi tau budaya orang bagi duit salam keruk then lepas tue tuan rumah tulis kat buku log yang memang khas disediakan untuk tulis berapa amount yang orang tue bagi. Siap bukak sampul duit tue depan mata si pembagi tue lagi. Nanti next time bila si pembagi tue buat wedding, dia akan bagi jumlah yang sama. Means kalau kau bagi aku singgit masa wedding anak aku, nanti wedding anak kau aku bagi singgit jugak.

Tanpa Nama berkata...

sekarang perkahwinan melayu islam ni buukan je khurafat tapi dah jauh sesat..kau boleh tengok kat nona...wanita hari ini..berlumba2 orang buat kerja kahwin sanding besar2ran..lagi advance swiap ada flower girl..macam omputih..gambar pra tunang ..pra perkahwinan...boleh x mana2 ulamak stop this crap...sebab apa x boleh stop ...sebab vip mula dulu buat benda ni..

nawal berkata...

Setuju.. Alhamdulillah, ank muda skrg mkin faham.. itulah pntingnyer ilmu.. Adat melayu ni msh byk yg elok n membentuk jatidiri, so kita kn bykkan ilmu utk membezakan yg mne elok utk diikuti selaras dgn agama...

Hanim berkata...

Dik, budaya yg ni mmg ptt diteruskan sbb dpt meringankan beban tuan rumah.. sekiranya rse xnak menyumbang pn, tn rumah ttp raikan n gmbira nan kdtgn tetamu.. Lgpn sedekah xmengurangkan wpun sedikit duit kita, sbb Allah dh jnj setiap kebaikan wpun sebesar zarah pasti akan dibls dgn ganjaran yg byk. Allah trunkan rezki dan bantuan kdg2 pd saat kita sgt memerlukan.. jadi, jgn takut utk bersedekab dik..

Mantot berkata...

yg sebut pasal sedekah tu, aku rasa tak perlu jadi isu pun. nak bagi sudah, tak bagi sudah...

cuma, benda tu boleh jadi isu kalau kita dah terasa terpaksa nak bagi atau mana lah tau, ada tuan rumah yang terasa kalau salam2 dengan tetamu, yg hulur hanya sorang dua.

Unknown berkata...

salam brade mantot

aku teringin jd menantu kau tot , pemikiran kau bagus , cume agak harsh untuk org2 jiwa tisu . mmg sangat sesuai jd pak mertua aku =)

ps :jgn marah ye tot

Tanpa Nama berkata...

Aku penah sama-sama bukak sampul duit lepas abis kenduri kawen aku.pakat ramai-ramai sedara mara (kenduri sebelah isteri aku) bukak sampul sambil tulis dalam buku log, siapa dan berapa ringgit dia bagi.dan orang yang bagi sampul duit pun kena tulis nama kat sampul supaya tuan majlis tau sampul tu siapa punya.sapa yang malu sebab bagi duit sikit, tak tulisla atas sampul, tapi tuan rumah akan anggap "si Mat Arip tak bagi ke duit?kedekut tol"..yang bagi duit sikit tapi berani letak nama, memang pakat kena gelaklaaa..kutuk-kutuk pastu mulala keluar cerita-cerita lama yang tak patut didengar..

Master Yoda berkata...

20 tahun lagi (insya-ALLAH jika di panjangkan umur)

as bakal pak mentua tuk si fulan (menantu lelaki a.k.a suami) tuk anak sulung girl aku

aku akan kasi warning kat tok kadi ngan saksi supaya jgn nak main2 dan nak test ego bab lafaz nikah ni... permudahkan urusan bakal menantu lelaki gua...

syarat UTAMA nak jadi bakal menantu lelaki gua sonang je:

1. bukan anak sulung mahupun bongsu

yg lain2 (klise tu) , WAJIB la ada kan (bertggjwb,tak tinggal solat,cukup ilmu agama dan praktiskannya and bla bla bla....)

hantaran2 ni pandai2 la si fulan ngan anak girl aku bincaang

malah aku kan sediakan rumah tuk diorg siap2, tak yah sewa bagai... tapi of course dekat ngan umah aku la...hahahaha

Fara Abdul berkata...

cuba kalau nama pengantin perempuan tu ada 3 perkataan dgn ejaan nama yg berbelit lidah nak sebut. elok lak kalau pengantin lelaki pun ada nama yg panjang dan berbelit2 jugak.

hahaha.. heart attack pengantin lelaki.

Tanpa Nama berkata...

Tu pun ada betul nyer jugak. Nama kalo dah berjela panjang nyer susah nak sebut time baca nikah. Lebih ler susah lagi time nak baca talkin, sebab tok imam biasa nyer golongan veteran... tak biasa ngan nama yang berjela ala Melayu + Arab + Inggeris hehehe
Tu pasal nama anak anak aku semua 6 huruf jer, sama banyak ngan aku. Biarlah orang nak kata nama anak aku pendek ker, outdated ker, tapi nama tu ler aku panggil setiap hari... takde lagi singkatan dah

Tanpa Nama berkata...

Pernah gi majlis kenduri orang Jawa?

Tanpa Nama berkata...

Sedare tak sedar ker, kebelakangan ni pasangan Melayu pun dah ikut stail Cina. Cukup ler ada anak sorang dari takde langsung. Kalo yang bagus sikit dapat ler sorang lelaki sorang pompuan. Jadi kebarangkalian untuk dapat bakal menantu lelaki anak sulung atau anak bongsu tu tinggi hehehe
So syarat No.1 kena review balik

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat akad nikah, banyak lagi kebangangan dalam kehidupan seharian yang dicipta oleh orang melayu dan ustaz ustazah Islam.

Contoh:
- jangan tengok taik / baca tulisan kubur / makan semut nanti jadi pelupa (aku tak jumpa lagi kajian saintifik yang mengesahkan benda ni)
- doa senjata orang mukmin (hadis palsu)
- minum kalau pakai tangan kiri mesti tampung dengan tangan kanan sebab tangan kiri tangan shaytoon (ni adat kesopanan melayu je)


Tak termasuk lagi ustaz ustazah yang menaman rasisma sebab rasa orang Islam lagi superior semata-mata pernah mengucap syahadah.

Selain itu ustaz-ustazah Islam juga suka memperlekahkan pencapaian saintis-saintis barat yang membuktikan teori Higg Boson, cipta bermaca-macam robot, perkenalkan Teori Darwin dsb. Mereka hanya tahu memetik ayat-ayat suci tapi tak penah pekenalkan/cipta teori baru yang boleh menandingi pencapaian saintis-saintis barat tersebut.

Dahlah memperlekehkan, ustaz-ustazah ini menghalang dan menakutkan orang Islam dari cuba memahami ilmu dari saintis barat. Kesannya? Orang Islam kekal mundur sebab kita dihalang dari menjalankan fikrah kita sebagai seorang manusia - BERFIKIR.

Kesan bangang yang terkahir, bila tokoh-tokoh bukan Islam mati spt Nelson Mandela, Steve Jobs, Neil Armstrong dan Mikel Jackson, sibuk orang Islam reka cerita mereke sempat mengucap syahadah. Agaknya orang Islam takut tokoh-tokoh yang mengubah dunia ni bila masuk neraka diorang ubah neraka jadi tempat yang lagi best dari syurga. #s

Mantot berkata...

teori darwin dan kisah manusia pertama di bumi ni nampak macam tak sepadan la bro...

DeceasedKid berkata...

Aku kawin kat Sarawak mudah ...
"aku terima nikahnya dengan mahar yang tersebut" ... itu je 7 patah perkataan, SAH
Adat2 lain pun ok je, takde la sampai beban dan langgar hukum syarak

Tanpa Nama berkata...

Sebab yang popular pasal Teori Darwin hanya "manusia berasal dari apes". Berapa ramai yang cuba memahami tentang seleksi natural, re-production, mutation dan crossover?

Dari bukti-bukti arkeologi dan penemuan fosil-fosil binatang purba apakah teori lain yang lebih dekat menerangkan evolusi makhluk di bumi selain Teori Darwin?

Dan Teori Darwin juga menginspirasi pelbagai lagi inovasi-inovasi lain. Contohnya Genetik Algorithm yang digunakan nuntuk mengoptimzasi parameter dalam sebarang sistem. Tak perlu lagi membazir masa menggunakan Brote Force sebab Genetik Algorithm lebih menjimatkan masa dan lebih powerful.

Aku lebih berminat jika ada orang Islam yang tidak setuju dengan Teori Darwin membuat kajian, tulis paper akademik can cuba hasilkan teori baru yang lebih releven. Bukan gebang dengan ayat Quran tapi takde hasil.

BERFIKIR. Dunia ini menjadi lebih baik sebab ada manusia yang BERFIKIR.

Tanpa Nama berkata...

doa senjata mukmin tu kau kata palsu wahai anon? kalau tak habis mengaji lagi wajarlah berdiam diri. itu tak boleh dikategorikan sebagai pandangan peribadi kau.

Tanpa Nama berkata...

Buktikan dan hujahkan kenapa "doa senjata mukmin" bukan hadis palsu.
Menyuruh orang diam / menakutkan dengan neraka adalah kenapa Islam kekal mundur.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum brothers and sisters, visit this page to learn more: http://www.perfectmuslimwedding.com/

:)

Good post!

Mrs.Critical Thinking berkata...

Sebab tu bangsa Melayu sekarang amatla digalakkan berfikiran lebih terbuka. Kang ckp pasal terbuka ada yg melenting pulak. We just need to be more global, ajar anak2 mingle and social with other races as well be it Muslim or not.

Islam is simple. So Malay people kena more chill la relax, jangan sikit2 nak sentap.

Tanpa Nama berkata...

Itu la guna berkomuniti. Org dah jemput kau pegi kenduri. Bagi je la sedekah atas tanda terima kasih. Bukan ari2 dia buat kenduri kawin ko boleh kasi hadiah kat anak dia. Ni mesti keluarga kedekut pastu suka dtg kenduri org nak makan free. Ko bagi, ko dpt pahala. Ko tak bagi,,nanti tengokla time anak ko kawin ke, atau kau sakit terlantar takleh jalan...takde sapa nak hulur pertolongan. Dunia ni bulat. Skrg kau kedekut nak berzakat, esok org buat kat kau