Disember 04, 2013

Dengan Basikal Aku Menjelajah....Lalu Aku Digelar Bodoh Sebab Tak Beri Laluan Kepada Penunggang Motorsikal


Dekat TV Al Hijrah sekarang ni sedang giat menayangkan satu siri dokumentari bertajuk "Dengan Basikal Aku Menjelajah" bila seorang anak Melayu bernama Zahariz telah mengembara seorang diri di benua asing dengan hanya bertemankan basikal dan laptop.

Aku dah layan beberapa episod dalam siri ni dan kita boleh lihat sendiri betapa cantiknya bumi ciptaan Tuhan yang aku rasa majoriti kita tak pernah tengok lagi. Bagaimana terhasilnya aurora borealis di langit, sungai yang biru, salji yang tebal dan hujan yang mencurah selama berhari lamanya tanpa henti. Sebelum siri ni dikeluarkan dalam TV, saudara Zahariz kita ni update semua benda yang terjadi dekat blog dia dan aku memang tak miss apa yang dia post, akan aku baca sehinggalah hari terakhir posting dia bila dia stop perjalanan dia.

Korang kena tengok siri dokumentari ni sebab ini first time anak Melayu buat benda ni secara komersial dan syukurlah, TV Al Hijrah bersetuju nak ambik siri dia ni dan dipaparkan untuk orang ramai sebab sebelum tu, dalam trip dia yang pertama, tak ramai pun orang ambik tau sangat.

Bila aku tengok apa si Zahariz ni buat, aku terfikir, apa yang dapat dia paparkan kalau dia decide nak buat "Dengan Basikal Aku Menjelajah" pusing satu Malaysia. Mungkin footage2 dia akan penuh dengan scene kena maki dengan driver kereta suruh dia ke tepi sebab block jalan. Hahaha.

Seriously, kau cuba fikirkan, apa yang dia nak tangkap?

1. "Hari ini saya tidur di tepi sungai yang tercemar kerana sisa buangan daripada kilang itu. Baunya busuk menusuk hidung membuatkan saya tidak mampu tidur. Saya rindukan katil saya."

2. "Semalam saya nyaris dilanggar oleh pemandu lori yang marah kerana saya menghalang perjalanan dia dan ketika dia memotong saya, dia menunjukkan kepada saya isyarat jari hantu yang saya terpaksa padamkan dari tontonan ramai."

3. "Ini adalah imej yang sempat saya rakamkan berkenaan candi Lembah Bujang ketika saya berkunjung di situ. Dapat anda lihat ada jentolak sedang menolak candi dan pekerja buruh mengangkut batu-batu berusia ratusan tahun menggunakan wheelbarrow."

4. "Saya kini berkhemah di sebuah hutan dan ditepi khemah saya dapat didengari perbualan beberapa orang lelaki yang berbincang bagaimana mahu mencuri balak..saya dapat dengar nama seorang VIP disebut supervisor mereka..."

5. "Ini adalah antara bangunan2 tradisional yang sudah pun terbina sejak zaman British tetapi saya diberitahu oleh penduduk tempatan, bangunan ini akan dirobohkan untuk dibina pasaraya Giant."

6. "Saya menceritakan kepada penduduk tempatan saya menjelajah seorang diri dengan basikal, mereka bertanya apa faedahnya? Kenapa tak gunakan kereta nasional?"

...................

Bila tengok apa yang dia tangkap dalam perjalanan dia, rasa sedih pulak tengok negara sendiri. Dengan sungai tercemarnya, bukit dah habis kena tarah, bangunan lama kena roboh atau "dimodenkan" dan semua benda nak dimajukan, diindustrikan. Kampung2 klasik makin lama makin berubah identiti menjadi taman dan warisan nenek moyang bertukar jadi kawasan komersial.

Isteri aku masa kecik mandi sungai sebab dia memang orang kampung. Dulu sungai tu punyalah bersih sehinggakan kau boleh nampak ikan berenang. Sekarang sungai pun dah tak ada, kena sumbat dengan tanah. Aku tak tau kenapa negara kita macam tu pembangunannya. Aku cukup takut fikirkan masa depan anak kita semua tak tau apa itu sungai tapi lebih kenal swimming pool.

Saudara Zahariz, aku sure kau mesti perasan benda ni masa perjalanan kau. Tak salah rasanya kalau perjalanan kau lepas ni kau ambik peluang untuk bukak mata orang Malaysia yang kita perlu jaga budaya dan warisan kita, tak kiralah Melayu, Cina atau India. Gunakanlah dokumentari kau tu sebagai petunjuk bagaimana berbezanya kita treat tanah kita dan bagaimana berbezanya orang luar treat tanah diorang.

Dokumentari kau boleh bukak mata orang ramai terhadap betapa besarnya kuasa Allah tapi apa salahnya selitkan mesej, kalau kita tak protect apa yang Allah yang berikan bila2 masa semua benda tu boleh hilang macam tu aje. Kau kena sebut jelas2 dalam video sebab kalau guna visual tersirat atau cara yang tersembunyi ni, orang Melayu mana paham. Kita suka benda yang terang dan nyata tanpa perlu berfikir...macam filem2 kita.

Kau boleh buat. Aku kenal kau dah lama. Kalau kau cakap, mesti kau buat. Macam masa kau cakap kau nak belajar capoera dulu. Apa2 hal pun tahniah bro. Kalau kau plan nak buat menjelajah Malaysia, pastikan kau pakai jaket hijau fluorescent untuk keselamatan diri.

ps - Dengan Basikal Aku Menjelajah disiarkan setiap Ahad 8.30malam di TV Al Hijrah. (Link)

17 ulasan:

Unknown berkata...

Ni wira yang patut dapat sanjungan kalau nak bandingkan dengan "space tourist" kita tu :)

Zinedine Zaiddin berkata...

Ataupun, kita sendiri la buat broooo.

Tapi kan, kalau ada la statement macam ayat2 hang tu, kompom ada bahalol bahalol yang emosi...katanya "memalukan negara", "ada ke patut bukak pekung di dada", "rakyat Malaysia sepatutnya tak kutuk negara sendiri", dan "ini semua salah Anwar al-Juburi"

eh mcm macai lak

hahahaha


From: Bila Karipap Boleh Bercakap

Unknown berkata...

I Like

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
onlajer berkata...

yeah serupa juga dengan blog kau ni bro , mesej utamanya orang kita kena cakap terang - terang baru boleh faham.

Mdkn berkata...

Ooo...Zahariz ni kawan cursingmalay...bagus anak muda ni...syabas...apa kata cursingmalay buat pulak ronda naik basikal 1 Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak..mesti gempak punya..

Cili Pedas berkata...

Lupa nak tambah:
"Hari ini saya disamun. Laptop dan kamera tiada. Terpaksa guna handphone untuk rakam perjalanan."
"Hari ini handphone saya hilang. Tiada footage dapat dirakamkan."
"Hari ini basikal saya hilang. Maaf, saya tidak dapat meneruskan perjalanan dengan berbasikal. Nantikan siri baru Dengan Kaki Aku Menjelajah."

nazrul ali berkata...

pernah terbaca kat paper..memang kool bero tu..pergi china, beli basikal, nekad melihat alam dan budaya negara lain..berjodoh dengan anak bekas duta kazahkstan..murah rezeki disponsor alhijrah untuk teroka dunia berbasikal..salute:)

Tanpa Nama berkata...

Salam.nak link blog dia leh tak en.mantot?

Tanpa Nama berkata...

if u tolerate this then your chidren will be next.. manic street preachers...

Tanpa Nama berkata...

Bertuahnye dia dpt tgk aurora borealis. Kdg2 ada org dari jauh2 nk tgk, tp tunggu2 tak dpt...Semoga dia terus sukses.

Tanpa Nama berkata...

apa lagi yang ada kalau semua benda nak dijadikan sebagai tempat untuk mengaut keuntungan.Aku terfikir juga mungkin yang buat semua masalah ni x pernah melancong dalam negara sebab dah x ada tempat yang x terusik dengan sentuhan tangan manusia ni.

Tanpa Nama berkata...

apa lagi yang ada kalau semua benda nak dijadikan sebagai tempat untuk mengaut keuntungan.Aku terfikir juga mungkin yang buat semua masalah ni x pernah melancong dalam negara sebab dah x ada tempat yang x terusik dengan sentuhan tangan manusia ni.

Tanpa Nama berkata...

http://www.goodreads.com/book/show/16122800-pedalling-around-the-peninsula

buku pengalaman 2 org mengayuh basikal, lalu 4 penjuru Semenanjung nih.

vardenafil berkata...

ni blog zahariz http://zahariz.wordpress.com/

Unknown berkata...

Encik Tareh baru2 ni menamatkan touring 1 Semenanjung Malaysia.
30 hari, 2291km. Boleh baca pengalaman beliau mengenai Malaysia.
Facebook:Tareh365