Disember 17, 2013

Apa Akan Jadi Kalau Kita Semua Bayar Tol Guna Wang RM100?

Untuk orang2 macam aku, yang pegi perhimpunan Bersih dan kena kejar dengan polis, kena tembak dengan tear gas, sebelum kitorang berhimpun, aku rasa semua yang kat situ tau benda tu illegal. Aku tau perhimpunan Bersih tu salah, tapi aku kena join. Sebab seronok sebenarnya berhimpun ramai2 ni. Kalau kau tak pernah pegi, kau kena try. Kalau kau nak rasa Malaysia yang sebenarnya macam mana punya harmoni, kau kena join perhimpunan2 macam ni. Benda paling seronok sekali...the feelings of solidarity. Tiap2 orang kat situ kau tau, dia tak suka Barisan Nasional dan ada la sekerat dua macai berlagak spy.

Walau bagaimanapun, aku paham ramai orang yang takut nak pegi Perhimpunan macam ni sebab dalam undang2 dah diwartakan, benda tu lawan undang2 (yang diragui kesalahan dia sebenarnya) dan ramai jugak yang takut kena tindakan disiplin yang macam2 boleh dikenakan.

Tapi dengar sini, pemimpin zaman sekarang ni, kau kena paham mentaliti diorang. Selagi diorang boleh perah, diorang akan perah...selagi boleh tekan, diorang akan tekan. Islam ni agama aje, cara kerja ikut British. Sebab itu hari2 kita boleh dengar statement bodoh yang dikeluarkan oleh so called pemimpin yang membuatkan diorang rasa kita ni IQ level chimpanzee aje rasanya..Semalam, sorang keluar statement, tak suka bayar tol.....guna jalan lain. Kebetulan pulak apa aku tulis semalam ada kaitan dengan benda tu.

Kau nak ikut jalan lain?

Persoalan aku kepada kerajaan, kenapa jalan lain yang disediakan oleh kerajaan seolah2 direka hanya untuk orang give up dan lalu aje tol? Jalan lain tu macam marketing kepada lebuhraya. Lubang merata. Dah la kena lalu taman perumahan. Bersimpang siur. Pusing situ, pusing sini.....dulu, ada lebuhraya dari KL melalui Cheras, lalu Kajang, masuk Bangi dan kau boleh sampai Seremban dari situ. Semua tu free dan jalan dia walaupun tak mewah tapi cukup dan jalan dia lurus aje.

Sekarang ni, berapa tol perlu lalu? Dulu 3. Sekarang ni 2 lepas Najib bagi hadiah "pemansuhan tol." Diorang tengah dalam perancangan kemungkinan nak tambah lagi satu highway baru dan last sekali aku cek, penduduk kat situ tengah membantah habis2 an projek tu. Diorang nanti takleh lari mana sebab jalan tu direka supaya jalan bertol adalah satu2 nya exit yang convenient untuk diorang...padahal selama ni, ok aje diorang lalu hari2 secara percuma.

Itu adalah sebab kenapa orang macam aku marah benar dengan Kerajaan...

Macam ni lah, aku tau kau marah dengan benda2 camni. Marah dengan treatment bodoh kerajaan ke atas kita. Perjanjian lebuhraaya adalah bukti kegagalan kerajaan kita ni. Orang Cheras sendiri pun tau macam mana strugglenya penduduk situ lawan tol. Daripada kes penduduk ramai2 pegi pecahkan tol yang dibina dalam tahun 90an sehingga kes penduduk Mahkota Cheras kena belasah samseng sebab syarikat lebuhraya nak paksa orang bayar tol dengan tutup jalan2 yang sedia ada.

Mana2 kau boleh nampak kisah sama ; Jalan tu dah wujud selama ni, jalan elok tapi mungkin sesak sikit. Kemudian kononnya nak meleraikan trafik, kerajaan benarkan pembinaan highway dan kutipan tol. Akibat daripada pembinaan highway ni, jalan tu pun diubah alirannya supaya jalan lama ni dah jadi susah nak lalu dan jalan bertol ni adalah yang paling convenient. Nak cepat nak mudah, guna tol. Jalan yang lama ni pun ditutup beberapa simpangnya dan membuatkan jalan alternatif ni jadi satu perjalanan yang memakan masa lebih lama....pusing sini pusing situ masuk sini masuk situ lalu rumah orang lalu taman.

Kemudian announce perjanjian kutipan tol akan diteruskan sehingga berpuluh2 tahun. Come on la.
Ini ke kerajaan yang bagus yang mesra rakyat?

....................


Dari dulu lagi aku hanya nampak satu jalan macam mana kita nak lawan tol2 yang makin lama makin laju dan banyak tumbuh dekat Malaysia berbanding perumahan murah untuk orang ramai. Tapi, cara yang aku cadangkan, memerlukan pengorbanan sikit daripada pihak kau semua. Bagaimanapun, kalau kita semua buat benda ni serentak....benda ni pasti akan tutup semua benda yang kau mungkin terpaksa jawab kemudian hari.

Kita pilih beberapa hari, takyah berterusan pun tak apa dalam sebulan. Kita jadikan hari tu hari bayar tol guna duit paling besar kau ada. Organizer tolong pastikan benda ni random dan surprise. Kau ada RM100? Bayar tol RM1 pakai RM100. Kau ada duit RM50? Bayar tol 90 sen pakai RM50.

Jadi, di sinilah pentingnya kerjasama kita semua. Penjaga tol perlu sedar, kami bukannya nak menyusahkan kerja tuan2 dan puan2 sekalian. Kami just nak tengok, apa jadi kalau plaza tol dah tak ada lagi duit tukar nak pulangkan wang baki dekat pemandu.

Apa akan jadi?

Kau pernah fikir tak apa jadi? Apa jadi kalau plaza tol kehabisan duit tukar nak dibagi dekat pemandu?Kau takkan boleh disuruh patah balik bro....

....................

Beberapa masalah mungkin timbul contohnya, kau akan terlambat sampai ke kerja tapi, kalau kita semua buat benda ni serentak, management office akan terpaksa terima hakikat yang traffic sangat slow sebab plaza tol nak kena carik duit nak pulangkan baki wang, sebab diorang pun akan sangkut sekali kecuali dia datang ofis naik helikopter. Kalau semua dalam ofis guna alasan yang sama sampai lambat, apa lagi management kau nak buat? Even kalau kau upper management pun aku harap kau join sekali.  Yang penting, pekerja plaza tol jangan emo dan kita semua pemandu pun jangan emo dengan diorang.

Apa yang seronoknya di sini  adalah, kalau kita semua dah tetapkan date dan time kita nak buat benda ni, tengah beratur panjang2 ramai2 ni, sementara syarikat tol menggelabah cari duit baki, kita turun kereta, buat pesta makan2. Hahaha.

Kau cuba bayangkan, berapa ringgit diorang kena prepare kalau tiap2 orang bayar pakai duit RM50 minima? Kita sangat ramai bang. Yang terbaik sebenarnya, syarikat tol tak boleh nak salahkan kita apa2 sebab kita masih lagi membayar tol dan tidak ada apa2 undang2 yang dilanggar, malahan, kalau diorang tak return balik duit kita, diorang yang langgar undang2. Apa yang kita buat adalah legal dan dia tak boleh tolak duit yang kita bagi tak kiralah berapa besar pun.

Adakah kita akan menyusahkan gadis penjaga tol? Bukan tanggungjawab dia sediakan duit tukar dekat pemandu, dia tukang kira dan beri aje....lama sangat tunggu, ajak ajelah dia borak2 dengan kita. Kalau kau selalu lalu LEKAS, kat situ ramai gadis hot kerja plaza tol.

Cuma, risiko dia kat sini adalah kalau benda ni berterusan, apa yang syarikat2 lebuhraya dan kerajaan boleh buat adalah diorang tutup semua lorong tol tunai dan gantikan dengan Smart Tag dan Touch n Go sahaja. Jika terjadi sedemikian rupa, pada waktu itu, kalau kau belum sedar, itu adalah tanda paling jelas kenapa kerajaan perlu ditukar dan Barisan Nasional perlu dijatuhkan. Kalau diorang punya deluded tahap maksima, aku rasa undang2 menghalang rakyat biasa guna lebuhraya pun boleh diperkenalkan...ini Malaysia, the land of endless possibilities.

Kalau kau takut nak join Bersih tapi dalam hati kau ada rasa nak menunjukkan perasaan tak puas hati kau kepada kerajaan secara terbuka dan kau benci tol, ini adalah cara yang paling sesuai. Kita namakan Festival ini "Hari Malaysia Membantah Tol ."Siapa nak jadi organizer? Slogan yang kita akan pakai? Nanti2 ada la tu.

........................

Aku tak tau cara lain macam mana nak bantah tol secara aman. Kita boleh buat piket tapi benda tu takkan beri kesan besar kat diorang ni. Itu aje la cara yang dari dulu aku nampak dan punyalah lama aku nak tulis, tapi sebab semalam lepas ada suggestion macai suruh "kalau tak nak bayar tol, guna jalan biasa.." aku fikir dah tiba masanya kita kena carik jalan lain. Dia suruh kita guna jalan alternatif, dah sampai masanya kita ganti diorang dengan kerajaan alternatif.

Semua benda yang memerlukan perubahan, rakyat yang kena ubah. Ada menteri buat pengurangan elaun? Gaji? Imbuhan? Faedah? Balik2 yang kena ubah cara hidup, rakyat....dah la. Aku nak ubah kerajaan. Aku tak nak lagi dengar kerajaan suruh aku ubah apa2.

ps - ada juga ura-ura motorsikal pun nak dikenakan tol. Menarik tu potensi lepak2 tepi jalan ramai2 hisap rokok sambil tunggu duit baki tol.

64 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

idea yang bernas tapi aku rasa ko kene suarakan perkara ini pada orang tertinggi pakatan dengan cara ini kempen macam nie berjaya dan orang akan turut serta.

Syakir Zainol berkata...

brilliant idea! as usual tot...

cer share kat rafizi ramli tgk acaner...

Tanpa Nama berkata...

cadangan yg baguih utk dilaksanakan dgn kadar segera... seminggu buat dlm beberap hari.. then sambung lg dan sambung sambung lg buat.. bg puak puak ajensi tol tu tau bahawa rakyat tidak setuju dengan tindakan depa. Kendian bleh hbaq kat depa kami tak mau lalu jalan alternatif.. yg kami mau adalah takmau hangpa kutip tol...

-hitamputihijau-

Tanpa Nama berkata...

setuju sgt...nk join...tp sy jauh...sokong dari jauh dahla...mari ramai2 sokong...caiyok2

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju cara ni.. saya adalah antaranya yg nk beri rm100 kt plaza tol.. tp kite takot la kalo jalan jem, ade plak ambulance or bomba nk lalu sbb kecemasan.. canne? Kesian pulak org yg sakit dlm ambulance tu... kite kene ready juga bab kecemasan tu..

Tanpa Nama berkata...

Cadangan bodoh...kenapa sendiri nk cari susah? Baik kita runtuh je pejabat tol...langsung takyah bayar tol....senang gitu bak

Tanpa Nama berkata...

masalahnya duit besar tu yg tak der. duit yg besar2 dah kena bayar tnb dan ron95 + perbelanjaan semua dah naik.

Tanpa Nama berkata...

Tolong buat..ajar dorg..saya nak join tapi jalan saya lalu x kena tol..huhuhu..plzzzz buat

Tanpa Nama berkata...

Lagi bodoh cadangan ni...org nak buat secara legal...bukannya cara terrorist

Osman Jailani berkata...

kalau buat macam ni boleh... tapi yang buat tu.. jangan jadi bodoh piang.. nak potong que dan que laluan kecemasan.

Ada satu cara lagi. Perlu pengorbanan gak... dalam seminggu pilih 1 hari.. semua kereta guna laluan alternatif.. jangan masuk highway.. tgk cam mana depa rugi

Tanpa Nama berkata...

aku malu nak ngaku yang menteri ni dulu penah jadi ceo syarikat aku keje dulu...

aku rs well-educated dah dia ni..
tp bila camni trus downgrade btol pemikiran dia sampai kuo statement yg biase menteri bijak pandai brilliant clever keluarkan..

ayam mahal, jgn makan ayam..gula mahal kurangkan gula..minyak mahal,kawal perjalanan..semua mahal..x besyukur..jgn duduk melesia..
la ni.. tol naik..sila guna jln alternatif.

dasarrrrr otak letak kat buku lali.

Tanpa Nama berkata...

aku sgt setuju!! aku rase cam nak offer diri buat banner "Hari Malaysia Membantah Tol" ni

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah keje kat pondok tol.Salah satu porcedur keje kat situ yg org x tahu bila user tak ada duit utk bayar tol mereka akan bagi satu borang pelepasan tol.apa kata kita ramai2 guna borang tu sebagai protes kenaikan tol.Tak pernah pon mereka buat tindakkan susulan pas kita isi borang tu.bila buat ramai2 saya rasa akan beri kesan besar gak pada mereka.

Tanpa Nama berkata...

Alaa..setakat rm2.00.. apelah sangat. Kat luar negara lagi tinggi harga tol diorang. Orang malaysia ginilah bila brg-brg naik. Tu belum lagi cukai di pasaraya lagi...

Tanpa Nama berkata...

ANON December 17, 2013 at 4:21:00 PM GMT+8 ni nak mintak kena bash ke ape

Tanpa Nama berkata...

Lalu lorong smart tag la

Tanpa Nama berkata...

Bayar pakai duit syiling pun bagus. Kalo tol 30 hengget, ko bagi je 150 keping duit syiling 20sen. Mau terkial2 dia nk kira hahaha

NowPhal berkata...

Aku suka idea pakai duit siling. Tapi tunggu kat highway jauh ja baru buleh pakai. Tol dua hengget ni tak jadi sangat...

Mantot berkata...

kalau kau bayar pakai duit syiling, kau nyusahkan pekerja tol yang sama macam kita ni, sebab dia kena kira.

Tanpa Nama berkata...

tapi dah tol yg 100% guna touchngo... kau kena beli kad toouchgo tu dulu kat lorong tambah nilai baru boleh lalu... nk tak nak kena beli juga mcmana turr..

abgtol berkata...

aku rasa baik kita semua naik basikal pegi keja..tp kena pastikan mendapat sambutan lah..sebab bila dah bayar rm100 penjaga tol comfirm lambat bg blance dan seterusnya menyebabkan kesesakkan.dan mgkin boleh berlaku kemalangan

Tanpa Nama berkata...

Tapi kalau kita bayar gune note 100 xke nanti jadi jem panjang kat belakang & ramai pulak yg kije nye duk hoooonnnnn manjang? Xsemestinye yg duk belakang2 kita tu anti kerajaan kannn...

Tanpa Nama berkata...

time ni la anon nak suruh bandingkan dengan negara lain..time ni la nk suruh migrate ke negara lain..

otak macam lanchow..
ko tau tak boleh miskin walau gaji 3500 macam ni..

marru berkata...

agree but this will surely be a pain in the ass for all of us who drive and have to wait the long q.

to macais.. please stop being too stupid.. takkan Melayu Hilang di Dunia! ingat tu.. kalau kau pangkah PKR ke Pas ke.. Melayu takkan hilang.. kau tu Melayu. unless if ko pangkah pas pastu ko menyorok.. hilang la kot melayu sorang..

aku sendiri sekarang dah berada di limit terakhir... push me a little more and I will do stupid things for the sake of all Malaysian..
Apa jadi kalau 100000 rakyat print dan tampal poster bantah kenaikan tol di tol booth?? atau di putrajaya? plain A4 poster dengan wording simple..

Unknown berkata...

idea yang bijak. aku sokong 800%. kalau nak laksakan. roger aku. aku akan bantu promosikan kempen ni.

Tanpa Nama berkata...

Sokong sangat... hari tersebut sy nak bekal makanan dlm keter... nak not rm100 ... kalau budak tol marah... aku nak jwn 'ade aku kesah'.. plzz inform kat fb secara besar2an... sangat teruja ni

Tanpa Nama berkata...

nak bt bleh tp smua org mst amik cuti hari yg nk bt bg rm 100 tu / bt pd hr ahad yg mn kbnykn kita cutihr tu.br enjoy bt bnd jht ni ha2 & lg 1 bt serentak slrh smenanjung msia ni, knfm plus skit kpla hr tu...bt la dlm 2 mggu skali ka br trbaik

heli berkata...

kempen guna duit besar ni cuma boleh berjaya kalau yg lalu tu mmg semua yg join kempen tu la. contohnya, konvoi club satria neo. dapat dlm 30-40 kereta berderet pakai duit besar, lalu pulak tol yg ada 2 lane tunai je.. menggagau la pekerja tol. kalau buat sendiri2 masa time pegi keje. mungkin susah nak berjaya sbb tak semua org aware dgn kempen2 yg dijalankan. pastu org yg tak setuju dgn kempen tu akan mengamuk menyumpah menyusahkan derang menyebabkan jam. so agak tak adil. lagi adil kalau buat secara sengaja. berkumpul berkonvoi.

Tanpa Nama berkata...

Tolong bagi cadangan kalau ambilan, bomba, orang bawa orang sakit dan nak beranak sangkut gak macamana? Tolong bagi cadangan gak kalau Doktor2 dan staf hospital semua lambat macamana?

Tanpa Nama berkata...

Apa akan jadi?

Well.. kalau ini menyebabkan tol jadi sesak, dan ada emergency.. mungkin akan menyebabkan kematian.

Cuba fikirkan..

"APA AKAN JADI SEKIRANYA ANAK PEMILIK BLOG YANG DALAM KEADAAN EMERGENCY TU?"

Dengar khabar kat FB dah ada orang pakat pakat buat. Hopefully kalau menyusahkan orang lain, atau menyebabkan kematian, cuma terjadi kat ahli keluarga pemilik blog dulu.

Mantot berkata...

Ah Cai...

kalau ambulans tu tumpang beratur sekali sambil pasang siren sambil lorong touch n go dan smart tag berfungsi lancar mcm biasa, kau nak salahkan aku menyebabkan kematian atau kau nak salahkan driver ambulans tu sebab join boikot tol?

kau tau kan ambulans ni dia boleh lalu free aje tol?

lagipun, aku rasa, kau cuba sebut alasan tu bila kerajaan nak buat tol atas jalan. kau cakap kat kerajaan, kewujudan tol akan menyebabkan ambulans terpaksa berhenti utk membayar tol. adakah wajar tol diwujudkan dan adakah jika pihak keluarga menteri dah meninggal barulah menyesal wujudkan tol yang melambatkan perjalanan ni?

Basic dia mudah...
Tak ada tol, traffic tak sangkut.

Betul kan?

Kalau kau risau benar, kau cuba tanya kerajaan, satu masa dulu, bila punyalah ramai driver mati sebab terlanggar plaza tol PLUS Jelapang, Perak (ni kes betol ni) sapa yang bertanggungjawab?

tempat tu dah jadi kawasan high risk eksiden dulu. byk kes driver bantai tol.kau boleh semak balik.

cuma skrg ni dia dah alihkan dah tol tu, tapi berapa nyawa dah melayang...

Mantot berkata...

Misteri Plaza Tol Jelapang

Insania berkata...

Nice approach Mantot. Pedulikkan je apa macai2 ni cakap. Macai will always be macai, n menteri bangang tetap bangang, x kira la betapa tinggi CGPA dia masa belajo dulu. Bak kata cikgu aku dulu; belajar tinggi2, dapat kerja gempak sekali, rumah besar giler babi, isteri cantik tak terperi tapi bodoh n bangang mengalahkan kuali.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah kau kata jalan jadi jem panjang. Sesak. Macamana ambulan tu nak bolos. Apa la.... Adoilah. Tak
Kan ambulan tu boleh terbang. Tak ada org nak salahkan kau. Cuma cubalah bagi penyelesaian utk org2 yg kena kecemasan nanti macamana. Boleh ke org bagi laluan kalau dah sesak, masing2 keluar beramai2 piknik macam kau cakap. Mana nak sempat mengalih kereta ke tepi. Cadangam lain lak... Next!

Tanpa Nama berkata...

Tak pasal2 nak kata pemandu ambulan la bagai pulak. Aku kata kalau ambulan, BOMBA, KERETA ORANG YANG BAWA ORANG TENAT DAN NAK BERANAK. Bukan ambulan je. Susah la tanya baik2 ada je nak buka cerita lain lak. Kalau nanti korang eksiden aku juga yg tgk korang kat spital. Peduli la sapa korang pun. Sapa korang nak sokong ke apa

Tanpa Nama berkata...

cthnya jalan klang lama,dulu elok jalan besar cuma sbb jem org elak tol,lepas tu dibesarkan buat tol ke npe.o

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah korang ni ada je yang suka sikit-sikit macai itu la macai ini la. Yang pakai tol tu kan rakyat Malaysia. Kalau nak ajak semua, sama-samalah kongsi idea.

Mantot berkata...

untuk menjawab soalan tu...aku jawab dengan jawapan yang menteri guna.

Jika berlaku kecemasan, ambulans, bomba dan apa saja perkhidmatan awam bolehlah menggunakan jalan alternatif yang kerajaan dah sediakan.

Tapi mesti kau jawab "LAMBAT LA CAMTU! MATI NANTI! KALAU ANAK KAU MACAM MANA KAU RASA?"

Aku harap kau paham apa aku maksudkan ni. Aku nak tidur.

Tanpa Nama berkata...

Dh berzaman kita mngadap jam spnjg highway, berapa kerat kereta yg statik stas emergency lane? Kita ptt bersyukur sbb aku rs x smpi 10% si dungus yg slalu mnyelit guna emergency lane ni. Korg boleh tgk time jam slama ni. So ngkin ni solution nyer kot.

Emergency lane.

Tanpa Nama berkata...

Negara lain tol tinggi tax tinggi sebab kerajaan depa cover semua termasuk education n medical. Even RM2.00 JE tp kalo dlm sehari 2,3 tol nk kne ulang alik tak ke byk belanja tuh? Kena plak org yg gaji ckup makan anak bini. Jgn pikir utk dri sndr. Pk utk org lain jugak ye bro

Insania berkata...

Ramai jugak ye yg guna teknik 'Diversion' bler nak counter satu argument mudah. Balik2 ayat yang sama : Kenderaan Unit Kecemasan mcm AMBULAN, BOMBA akan sangkut kalo kita bwat camtuh, pasal congested gler jalan (CONGESTED, bukan JAM ye wahai org2 EDUCATED sekalian). Korang pikir la sendiri, apasal jalan sesak? Berbaloi ke kita bayar banyak2 kat syarikat konsesi aka GLC nih? Adake terdapat perubahan pada sistem jalanraya/highway kter? aku nengok sama je, xde perubahan pon. Highway cam haram jugak; berlubang sana-sini; jalan berlubang pastu tampal; pastu bolos lagi, pastu tampal balik. tampal pon x rata... Bonjol sana-sini. Aku yg naik motor balik ke Hulu Langat tiap2 minggu dari Melaka perasan pasal benda2 'REMEH' camni. Pi mai, pi mai tang tu jugak. kalo kat KL tuh boleh kira la jalan bertol mana yg elok. lagi satu, pak2 menteri patutnya dihalang dari menggunakan jalan bertol atau highway pasal depa x bayar tol. Kita penat2 bayar, dier selamba je redah. Hujah aku; JUSTICE FOR ALL. Kalo betul KERAjaan POOsat nih saksama dalam menegakkan DEMOCRAZY Berparlimen, pak2 menteri kena turut bayar tol, baru adil. ni tidak, balik2 bagi counter-argument terbodoh n terbangang dalam sejarah Malaysia n dunia. Berbalik semula kepada soalan asal: Cara terbaik dalam kes ni adalah dengan menghapuskan tol serta syarikat konsesi aka GLC nih yg mengabihkan duit rakyat yg pada masa yg sama membuncitkan perut2 pak2 menteri kter. Tiada tol, tiada kesesakan jalan raya mahupun di Highway. THE END. DAS ENDE.

Tanpa Nama berkata...

Ni lagi cadangan yg xde akal

Tanpa Nama berkata...

Brilliant! Spread to others

Tanpa Nama berkata...

Aku anggap ko sedang bersinikal ke beb

Tanpa Nama berkata...

Nice points! Ambik cai

Tanpa Nama berkata...

kalau dapat balance rm49.50 dalam bentuk siling 10 &20 sen jenuh jugak nk kira.

muhdfeez berkata...

Syarat jadi macai mesti bodoh...

muhdfeez berkata...

Syarat jadi macai mesti bodoh...

Surrhead berkata...

sokong idea ni.....

Tanpa Nama berkata...

"-heli said...
kempen guna duit besar ni cuma boleh berjaya kalau yg lalu tu mmg semua yg join kempen tu la. contohnya, konvoi club satria neo. dapat dlm 30-40 kereta berderet pakai duit besar, lalu pulak tol yg ada 2 lane tunai je.. menggagau la pekerja tol. kalau buat sendiri2 masa time pegi keje. mungkin susah nak berjaya sbb tak semua org aware dgn kempen2 yg dijalankan. pastu org yg tak setuju dgn kempen tu akan mengamuk menyumpah menyusahkan derang menyebabkan jam. so agak tak adil. lagi adil kalau buat secara sengaja. berkumpul berkonvoi.-"

CADANGAN!!!! :-
10 & 28 haribulan setiap bulan, Highway LEKAS, GUNA DUIT BESAR!!!
Pasang PAPANTANDA utk boikot ramai-ramai!!!

kita pikir rakyat yang lain, tapi kerajaan pikir BR1M RM500-RM1000/family jer der (bukan semua dapat)...

GST? MINYAK? TOL? HARGA RUMAH? CUKAI?
sebulan, dorg tarik RM1000 setiap family, tapi die bagi RM1000/tahun...

Orang nak mati qada dan qadar
tapi org yang hidup macam bangkai bernyawa?

Tanpa Nama berkata...

SOKONG!!!!!
Jalan Alternatif,
korang ikut serdang-sungai besi...
takpun ikut PLUS...

kalau tak tahan, korang sendiri Cari Barisan Altenatif...
hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Sila post kat mana2 page macam oh media, ataupun page yg ramai org laike kat fb and twitter.. haha..

Sirap Limau berkata...

tu lah.... mana ada jalan tol yg murah... sakit la org2 miskin nih...

Tanpa Nama berkata...

Aku cadangkan ko cari siapa tokey2 disebalik syarikat konsesi lahanat ni. Kalo boleh kuarkan nama semua board of directors, company2 dan anak syarikat yg terlibat. Fuhhhh best best best. Confirm x senang tido puak2 ni nanti kena pedajal mcm ni

Tanpa Nama berkata...

Kau macai kn?? Sebab tu la kau bodoh..

Tanpa Nama berkata...

Tolong bagitahu tentang benda ni secara lebih detail lagi. Nak buat sama2. Tarikh dan masa

Tanpa Nama berkata...

Terbaik terbaik tot aku stuju..nak join bsar bsran..

NowPhal berkata...

Gila famous hang Mantot, Tukar Tiub pun iklan entry hang ni....

Tanpa Nama berkata...

Relek la yang nk maki2 ni apahal.. aku malas tol ade isu best cmni tapi ade plk org bajet gangster tbe2.. sarap

Unknown berkata...

macai mmg cetek pemikiranyer n pntg kn diri xpk org yg gaji rndah!

Tanpa Nama berkata...

Kesian pulak kat awek tol tu nanti. Haha

Tanpa Nama berkata...

Yang emergency takkan lalu laluan tunai. Diorg ada touch n go and smart tag

Nayanconi berkata...

tot, aku sokong kau, kalau perlukan designer untuk promote benda nie bagi tau aku. aku buat free aje.

Tanpa Nama berkata...

Paham tak tol ada smart tag. Mmg macai la kau