September 23, 2013

VIP dan Ambulans Jalan Sama-Sama, Mana Satu Patut Beri Laluan?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek menggesa pengguna jalan raya untuk memberi laluan kepada pengawal bermotosikal yang mengiringi keluarga DiRaja atau golongan VIP, kerana ia adalah sebahagian daripada budaya Malaysia, lapor portal The Sun Daily hari ini.

Hasan berkata ini kerana mereka yang diiringi mempunyai tugas rasmi untuk dilaksanakan dan perlu tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan.

"Saya telah menerima aduan bahawa apabila Raja-Raja kita menggunakan jalan raya, pengguna tidak memberi laluan.

"Kita mesti menghentikan perkara ini, menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin-pemimpin kita adalah sebahagian daripada budaya kita," katanya dalam satu sidang akhbar.

Walaupun undang-undang menyatakan bahawa pengguna jalan raya hanya perlu memberi laluan kepada ambulan dan kereta bomba, Hasan menegaskan bahawa memberi laluan kepada pengawal bermotosikal harus menjadi sebahagian daripada budaya tempatan.(Link)

.....................

Aku cadangkan supaya, kerajaan mengeluarkan perbelanjaan 80 billion untuk wujudkan dua jalinan jalanraya khas baru. Satu untuk "orang bangsawan." Satu untuk menteri dan sanak saudara.

Berdasarkan pengalaman aku, aku tak pernah jumpa lagi jumpa VVIP atau VIP yang datang on time apa2 jemputan yang diorang dijemput.

Jadi, aku berharap, kalau diorang ada jalan diorang sendiri, diorang takde la lambat lagi menghadiri majlis. Benda paling berbuih menunggu adalah menunggu VIP datang supaya majlis boleh start.

Barulah seronok sikit hati aku dapat pemimpin yang mampu menepati masa.
Sesuai la dengan title "pemimpin" tu...kalau bos kau sound kau datang lambat, tapi dia sendiri datang lambat, kau nak ke dengar cakap dia?

Kepimpinan melalui teladan la Malaysia ku.



24 ulasan:

Amin A. R berkata...

cam lahanat kenyataan seperti itu kan..... budaya mana yang diikut ni?

Prince of Noob berkata...

takpelah nak buat macam mana, kan diorang bayar cukai jalan berjuta2 kali ganda lebih banyak daripada rakyat marhaen bayar cukai kan, nak buat macam mana. jalan ini bapak mereka yang punya.

Tanpa Nama berkata...

eh, menteri ni bukan jaga ayam itik ikan naik rege ke? pehal pulak kalut cite outrider vvip bagai ni? dah tak larat nak jaga post, serah la kat yang mampu.

dok kalut kata vvip ada tugas rasmi, dah tu gua, lu dan lu semua takde tugas rasmi? dok rumah masak telur je??

paling tak tahan statement 'sebahagian budaya tempatan'!!'sampai bila org malaysia nak disogok dengan statement low class dari menteri takde class ni?? panas telinga gua....

haziq berkata...

kereta yang golongan bangsawan ni guna pun dari duit rakyat.Mereka yang sepatutunya menghormati.Kalau tidak kereta yang digunakan itu tidak mungkin akan ada di jalanraya

Tanpa Nama berkata...

Bkn kete sje,,,dorg dipilih pn mtk simpati kite...da tuh ade hati lg nk org buat mcm2...ohMalaysiaku...

Tanpa Nama berkata...

BUDAYA YEK !!!...xleh blah lgsng...

Tanpa Nama berkata...

Boss aku datang cepat tapi balik cepat aku datang lambat balik lambat..

tapi dia bukan buat apa meeting distribute kerja ada apa isu excalate kat kitaorang heh..

berani nak marah buat la kerja sendiri

Tanpa Nama berkata...

aku kalau ambulan ada bunyi siren aku bagi la..tapi kalau vvip ada rider lari laju kat depan suruh kita ketepi lak...macam kita ni macam sampah lak...pada hal kalu kita tak ada vvip ni pun tak tau ape nak kerja ape...so jangan buat orang mcm sampah...tak baik,....

Tanpa Nama berkata...

nak buat camna vvip ada pengiring yang bukan vvip pakai emergency lane

Tanpa Nama berkata...

raja? pemimpin? ketua agama?

ohh!! mmg patutpun untuk bagi laluan pada vvip terutamanya pada hari jumaat. kan ke diorang tu ketua agama.. kalau lambat naik mimbar nanti rakyat bawahan lambat pulak nak solat jumaat! kan gitu? ke? ke?

Tanpa Nama berkata...

Hasan Malek pergi la sekolah..ni nak menuju 2020
What a fish la...kita utamakan agama bukan budaya ciptaan korang yg lame..buat malu malaysia
Mcm mana la lantik menteri yg tua dan x waras mcm ni

Tanpa Nama berkata...

Kalu ada yg dlm keta tu nak bergegas ke hosp sbb nk bsalin..confirm terberanak dlm keta..sapa nak tanggung? Mentri tu nk tngungjawab kalu blaku insiden kmatian ibu or bayi sbb beranak dlm keta?
Kalu dlm ambulan x pe gak sbb ada peralatan perubatan dan staff yang jaga pesakit..kalu laki nak bwk bini gi branak..lmbt plak sbb bg laluan vvip punya hal..aa camna tuh? Sape nk jwp????

skulluv berkata...

aku rasa patut bagi ke ambulans je. orang2 kaya suruh naik helikoper je. tak mampu ikut je masuk jalan jem.

yang raja2 tu no komen la..huhu

Lili berkata...

kalau nak cepat, keluar lah rumah awal. orang yang bayar cukai pulak kena bagi laluan kpd "pemimpin" yg semuanya free je.
kalau bagi laluan pun bukannya boleh sampai on time. tak punctual jugak.

My Thoughts berkata...

kalau tak suka dan kalau nak dihormati lebih-lebih sila keluar dari malaysia dan duduk di mana anda akan dihormati.....

Shahrul Yusof berkata...

Dulu statement merapu macam ni selalu keluar kat majalah Gila-Gila atau Ujang je, tapi sekarang dah betul-betul berlaku dalam life kita. Ini bukan lawak antarabangsa lagi dah, ini dah jadi lawak seram.

Tanpa Nama berkata...

menteri ni nak bodek raja la tu...

Urusan rasmi konon. Tah2 nk g main golf je

Master Windu berkata...

gi mam pada mereka yg nak sampai awal tapi pakai escort bagai...

hangpa punya P.A la sengal...susun jadual bagai nak rak... tak calculate jarak perjalanan plus dgn risiko kalau ada jem semue...

sehari, amik 2-3 event tuk rasmikan sudah....balun sampai 5-6, waddafak...

Unknown berkata...

Tuhan,

kau balas la balik menteri yang keluar statement tu.

-doa seorang commoners

fazly berkata...

Respect is an Earned Gift, Not Something You Demand

plain83 berkata...

dah jadi trend pulak pak2 mentri n some public figures utk buat statements yg whaddafish n tak membantu rakyat langsung...

Unknown berkata...

Hahaha!!!! Aku pernah kena maki dengan polis escort VIP sebab x bagi laluan. Sedangkan jalan tu 2 lane, tp polis soh kosongkan the whole lane semata2 sebab ada VIP nak lalu. Polis tu cakap, "Ko nak kene tembak ke x nak ketepi!!!" Hahahaha!!!!

Aslina berkata...

Polis mana cakap kat ko camtu? Kalo aku kene, aku amik nombor dia dah. Slambe aku nak komplen dia ugut org awam + salah guna kuasa. Gila kot sampai camtu. Kalo tak dapat nombor badan dia, aku amik plet moto dia. Menjawab la dia. Kita ade hak kot nak komplen. Bukan nak takut + ikut membuta tuli je... Kene kat aku memang sori la, aku treat bende tu mcm ugutan.

Tanpa Nama berkata...

kenape kite ada menteri bangang mcm ni??!! rase nk tunjuk jari tengah kalo jumpe. eii!!
bg laluan kt ambulans pn asal dia dpt lalu je, kalo vip tu mcm nk soh kita ke tepi sampai ke longkang.