KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kerajaan akan mentakrifkan semula pendapatan braket golongan pertengahan bagi melayakkan mereka memperoleh bantuan yang bakal diumumkan pada Bajet 2014, bulan depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kerajaan mungkin menaikkan pendapatan braket itu antara RM3,000 dan RM4,000.
Golongan berpendapatan sederhana dan rendah masing-masing mewakili 40 peratus daripada penduduk negara ini yang berpendapatan kira-kira RM2,300 dan RM7,000 sebulan.
Namun, bentuk bantuan masih dikaji, dan keputusannya akan diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2014," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Sersol Bhd., dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).
Yang turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Sersol Bhd., Datuk Seri Dr. Erwan Mohd. Tahir dan Pengarah Urusan Sersol Bhd., Mohd. Ridzuan Nor Mohamed. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Bajet itu pada 25 Oktober.
Ahmad berkata, selain itu, penduduk luar bandar merupakan antara fokus kerajaan kali ini dengan pembangunan di kawasan tersebut akan dipercepat. Selain itu, kerajaan juga merancang meningkatkan aktiviti untuk perusahaan kecil dan sederhana, katanya.
"Selain memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan fokus ini, kerajaan juga menggalakkan program satu daerah satu industri (SDSI)," katanya.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dilaporkan berkata, kerajaan akan mengumumkan beberapa pendekatan atau inisiatif bagi mengurangkan bebanan golongan kelas pertengahan dalam Bajet 2014.
Menurutnya langkah itu diambil berikutan golongan kelas pertengahan sehingga kini masih belum menerima manfaat daripada pelbagai dasar kerajaan, berbanding golongan berpendapatan rendah.
"Golongan berpendapatan rendah, sebagai contoh, dijangka menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih tinggi tahun ini, yang jumlahnya akan diumumkan dalam Bajet 2014," katanya.
Sementara itu, Ahmad meminta Sersol Bhd., supaya merebut peluang untuk memberi perkhidmatannya dalam enam projek mega di Malaysia.
"Setakat ini syarikat pengeluar cat itu terlibat dalam dua projek mega di Malaysia, termasuk projek Naza TTDI Sdn Bhd di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.
Antara projek besar lain di Malaysia ialah MRT Sg.Buloh-Kajang, Menara Warisan Merdeka PNB dan Tun Razak Exchange. - BERNAMA

.............
TERIMA KASIH KEPADA SIAPA YANG UNDI BN SEBAB MEMBUKTIKAN, AKU SEBENARNYA GOLONGAN MISKIN!
AKU MISKIN RUPANYA.
Duit tak ada, projek mega still jalan.
Apa jenis kerajaan yang kau pilih ni oi?
Kenapa bila aku tengok muka Timbalan Menteri Kewangan kita ni,
aku rasa sakit hati aje aa?

18 ulasan:
Kah kah kah....
Mujur ada ko Tot yg pandai baca tersirat dlm tersurat...
Kah kah kah...
Ni Malaysia wahai Mantot.... Malaysian = warganegara paling mudah lupa dan pemaaf bila dah disogok BR1M
Ape ade hal.. br1m 500 pun boleh tahan setahun. Br1m 1200 boleh tahan 2.5 tahun tu bai.. hahahaha

aku pn tak faham laa sistem otak menteri² ni..ntah camna otak diorang berfungsi pon aku taktau..tindakan tak pernah nmpak cerdik
Da bangang. Nak hrp kn cerdik apanya lg
syarikat ni dpt projek mega byk betul.menari warisan yang dekat dgn stadium negara membazir xa da guna pun .Berapa banyak bangunan yang ada kat Kl masih kosong belum guna .Pembaziran dan kesesakan akan berlaku di sekitar Kl.
golongan kelas pertengahan sehingga kini masih belum menerima manfaat daripada pelbagai dasar kerajaan, berbanding golongan berpendapatan rendah.
Wah berapa banyak nak bagi pendapatan sederhana ni?
Sementara itu, Ahmad meminta Sersol Bhd., supaya merebut peluang untuk memberi perkhidmatannya dalam enam projek mega di Malaysia.
lain macam ni haha nak mintak pengeras ke apa.. hohoh.. suruh beralas ke? hahahaha
Sebab takde duit la kena buat projek mega..kalau tak macam mane nak jana ekonomi negara..aduhai kau ni..orang suruh belajar, kau baca blog sampah..lepas tu up artikel macam lah pandai sangat..basic ekonomi pun tak tau..

Sebab projek mega dah hutang negara la banyak orang Melayu jadi jutawan terima kasih BN.
jadi ko nak suruh kami pilih pr?
ceh, dua kali lima jer sebenarnya
kalau kau tau 2 kali 5 aje PR dengan BN...apa la salahnya kalau kau tak pilih BN lepas ni, kan? bukan ada beza pun, mengikut pandangan kau lah...
tapi masalahnya kau pilih BN jugak.
tu yg pelik.
Bg br1m kami ambil.pru 14 kami ttp pgkah PR.ckp2 la bn menyusahkn rakyat.klu undi bn 2 x 5 dgn pr,apa slhnya bg pr pluang memerintah pula.klu bn dh komfem barang naik mne tau pr bleh bg lbh mnfaat pd kita.fikir2 kn lah.
2x5 atau 5x2 hasil sama tapi cara mungkin tak sama.. hahaha..
Orang yang kata PR ni sama macam PR dah perintah Malaysia hahaha ada banyak tukang tilik kat Malaysia ni..
Montot mari kita buat satu lagi parti bersatu hahaha alternative dari Bn & PR yang takda dalam tilekan lagi
eemmmm...dah la aku pernah bergambor dgn timb.menteri kewangan II tersebut semasa majlis kahwin abg ipar aku...hihiihhihi
Minyak naik disebabkan ada pemilihan majlis tertinggi UMNO.nak pakai duit banyak tu...nak lobi........
sbab tu masih ramai lagi yg rela BN rosakkan negara... hahahahahahaha
harga barang naik tu takdir, redho je laahhh
Catat Ulasan