September 18, 2013

Kenapa Kita Sayang Penjajah?

Melihat apa yang terjadi dan pelbagai reaksi yang sedang ditunjukkan oleh kerajaan khasnya pihak menteri berkaitan dengan kemahuan Chin Peng yang ingin ditanam di Malaysia, aku terfikir ; 

Apa yang akan berlaku kalau Anwar Ibrahim meninggal nanti? Adakah ; 

1. Akan ada front page Utusan yang tertulis "Perginya Perwira Negara" ?

2. Ataupun wajah Saiful Bukhari bersyukur sambil headline "Saya Maafkan Dia"

3. Mungkin juga akan ada gambar Anwar Ibrahim melambai sambil headlinenya "Berakhirnya Reformasi"

Tapi bila kau tengok balik tindakan dan mentaliti kerajaan ketika ini, aku tak terkejut kalau hari Anwar Ibrahim meninggal nanti, Utusan Malaysia keluar frontpage "Anwar Ibrahim Meninggal....Yahoo!" dan Menteri Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan agar Anwar Ibrahim tidak ditanam di Malaysia kerana dikhuaitiri kuburnya akan dijadikan ikon kepada pergerakan menjatuhkan kerajaan.

Kau takleh terima apa yang Chin Peng lakukan, pada aku tak ada masalah. Dia komunis, ya betul, dia bunuh itu dia bunuh ini. Terpulang kepada penilaian masing-masing....tapi........kenapa...pada Hari Ahad hari tu, aku balik melalui Jalan Lister, Kuala Pilah. Jalan itu dinamakan sedemikian sempena mengingati Martin Lister, Residen British Pertama di Negeri Sembilan. 

Kau nak sesuatu dinamakan sempena nama kau, kau mesti menyumbang pada negara, betul? Persoalan aku adalah ; kenapa kadang2, aku merasakan, budaya dan cara hidup kita tidak mengajar diri kita membenci penjajah? Sedangkan, mereka tu, penjajah. Penjajah! The so called colonial masters!Walau sebesar mana pun sumbangan si Martin Lister ni, asasnya, dia penjajah, kan? 

Tak pernah lagi aku nampak percubaan RTM untuk meniup semangat anti penjajah secara besar-besaran. Balik2 anti Anwar Ibrahim, anti Pembangkang, Anti Komunis dan Anti Cina DAP. Cerita pasal zaman sebelum merdeka dulu pun, yang buruk, mesti komunis aje...penjajah, seolah-olah hero.

9 ulasan:

Carlos Santiago berkata...

penjajah perlu ditatang minyak

Tanpa Nama berkata...

Kita sebenarnya warisan kerajaan British.. dan raja-raja melayu memang geng ngan kerajaan British.. Bahkan ada yang kawin dengan Minah Salleh pon..

Tungku Abd Rahman perdana menteri pertama adalah DO masa pemerintahan british. bermakna dia pegawai kerajaan British.

British pening semasa Jepun lari dari Tanah Melayu sebab golongan bersenjata mengambil peluang lawan british pulak.. dah la british bagi senjata lawan Jepun lepas tu lawan tokey pulak.. Tu komunis kena black list habis-habisan..

Pejuang berhaluan kiri yang tak memihak british semua kena tangkap.. masa tu UMNO masuk jadi hero.. Dah semua pejuang kena tangkap sebab lawan British..

So merdeka tanpa peperangan tu bermaksud kita keluar dari naungan British dan British wariskan Malaysia kepada geng dia.. :) Tu kena ikut syarat2 mereka..

Sebab itu kalau baca berita

http://www.bernama.com.my/bernama/v7/fe/newsfeatures.php?id=977215

Kerajaan Malaysia beri anugerah kepada bekas tentera British.. sebab mempertahankan Tanah Melayu dulu.. masih tak boleh baca lagi maksudnya?

Kita tidak dijajah la beb kita cuma dinaungi hahaha.. :P

bik mama berkata...

Ada..rtm buat anti komunis..anti jepun..anti portugis pun ade..cite sultan melake dulu2..tp anti britis mmg xde..even dlm sarjan hasan cite pramlee pun british tu laa yg tolg sarjan hasan..british ditatang bagai minyak yg penuh

zaminc berkata...

Minda org melayu, hidup bertuan...
dulu tuan dia kesultanan melayu...
then omputey plak jadi tuan...
then jepun masuk, org melayu la yg banyak jadi mato2 jopun...
bilo omputey masuk balik, feudal2 melayu la banyak jadi DO, yang bukan feudal ni jadi mato2 omputey plak...

la bila merdeka umno plak jadi tuan...


minda org melayu akan sentiasa terkenang tuan dio...
bubuh namo kek jalan...
bubuh namo kek baju....

Aslina berkata...

Memang konsep da camtu agaknye. Apape kene bertuan. Arahan tuan kene patuh. So dalam ramai2 yg penah menjajah, amik la satu jadi tuan, idola. Haha. Simple. Tapi arahan Tuan yg paling atas nun tak sure la berapa ramai yg ikut sepenuh hati...

Tanpa Nama berkata...

kau menyokong chin peng ke mantot..

CubaFikir berkata...

Kita kena berfikir luas dan kaji kenapa dan mengapa.. jadi macam tu.. Secata tak langsung kena berterima kasih kat British sebab Tanah Melayu maju membangun tu dinamakan dengan nama-nama mereka.. :)

Mungkin British ni stau bangsa yang agak bermoral dalam menjajah tanpa sedar.. macam belanda juga.. cara halus kelentong kalau tak dapat cara halus baru kasar.. Bangsa kita kan suka cara lembut halus ni senang cair.. :) Tapi Belanda di Indonesia agak kejam hingga mengakibatkan rakyat bangun memberontak..

Cara komunis ni agak radikal dan kasar ni orang tak suka macam juga jepun.. Walau cara kasar kejam agak efektif dalam merampas dan menjajah dengan cepat.. tapi cara kasar ni tak bertahan lama macam juga jerman ... tapi British ko tengok berapa lama dia jajah... dah dia sedut hasil tanah melayu berbillion2 pun kita biarkan sebab masa tu tanah melayu tak sedar tak tau pun nilai bijih nilai benda lain tu sangat takda ilmu dan kesedaran.. yang berilmu pun amat sedikit banyak dah kena suap hidup mewah.. :)

Jadi nak manipulasi orang ni kena bagi sedikit kesenangan kat orang tu baru la kita ambik lebih banyak :P orang cakap investmen..

Biasala manusia ni mantot memang macam tu.. Cuba ko kaji kenapa banyak perempuan terpedaya dengan mat gelap sampai jadi keldai dadah.. sama juga mereka manipulasi bagi itu ini rasa ambil berat kepentingan diisi walau kemudian mereka dipergunakan habis-habisan..

Kalau lihat sejarah begitu juga mereka mempergunakan raja-raja sultan-sultan.. :) Mereka juga manusia Mantot.. Kita juga manusia jadi berhati-hati dengan kemewahan dan kesenagan dunia.. yang menyenangkan kita mungkin akan menyusahkan kita juga.. :)

Tanpa Nama berkata...

selalu dengar dalam tv cakap zaman pemerintahan british...bukan zaman penjajahan bristish

Tanpa Nama berkata...

Dah mati pun chin peng tu.. Ulas pjg lbar pun tak guna. Baik ko sedakahkan yassin kat die je mantot..mane tau berkat....dpt die msuk syurga lgit ke tujuh.