September 13, 2013

Awkward Agama : Apa Yang Fathul Bari Cakap Mestilah Dituruti Dengan Anggukan Semata-Mata


Aku sebenarnya nak sangat tau, kalau ada orang2 yang berani bertanya dengan Fathul Bari, Ulama Muda terkenal Malaysia ni pasal parang terbang 13 Mei 1969.

Beberapa persoalan yang aku rasa elok diajukan adalah ;

1. Apakah boleh kita mempercayai wujudnya parang terbang?

2. Adakah benar dalam Islam, ada ilmu yang mampu menerbangkan sesuatu?

3. Adakah dibolehkan dalam Islam, merasa gembira bila mendapat perkhabaran ada manusia mati kerana parang terbang?

4. Dan akhir sekali, apakah pendapat Saudara Fathul Bari bila penyokong-penyokong semangat Melayu ini mendakwa, Kuasa Allah lah yang telah menerbangkan parang lalu membunuh dan memancung orang2 Cina?

5. Soalan perangkap ; Adakah ada Kuasa Allah yang Allah gunakan untuk benda2 tak elok seperti membunuh, sebab golongan2 ni mati2 percaya itu semua kuasa Allah?

Aku berminat nak tau sebab nampak memang penyokong2 UMNO ni telan sebijik2 apa yang dia cakap, jadi cuba kita tengok macam mana dia ulas isu hangat ni....dalam filem "Tanda Putera" tak ada pulak scene parang terbang. Mungkin bajet tak cukup sebab kalau nak ada parang terbang, kena pakai CGI.

Jom ramai2 post soalan ni dekat wall Facebook dia.
Tengok dia jawab ke tak.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UFB ni bila bab politik jer fatwa dia pelik skit...tp perbahasan dia bab2 lain lebih bagus dari kebanyakkan ustaz..

Tanpa Nama berkata...

Kita minta rakaman CCTV masa zaman tu ajer la.. kan ada tunjuk dalam tanda petra hahaha..

Tanpa Nama berkata...

syair imam syafie (doa taubat) tu pun die dan sorg lagi ustaz - Mat malaya dok bahas merapu jgk....

Tanpa Nama berkata...

Ustaz nih tak boleh pakai...poyoo berat 66...sorry

Unknown berkata...

aku tolong jawab soalan 2.

2. Adakah benar dalam Islam, ada ilmu yang mampu menerbangkan sesuatu?

Ada, nama ilmu tu ialah fluid mechanics (Mekanik bendalir).

Try tgk surah Al A'raf ayat 146.

Citer dia camni je. Dalam dunia ni, byk signs yg kalau extract, boleh jadi ilmu yg berguna.

Contoh, Semua org tgk daun, tapi hanya org2 academic nmpk daun tu mendalam dan siap kaji sampai photosyntesis dan berbagai2 ilmu lagi.

Tuhan buat ciptaan dia, kalau kaji guna akal, byk manfaat dapat. Kalau setakat ckp "semua ni ketentuan Tuhan", ilmu tu org x kaji.

Dulu ada saintis nama Volta dan Galvani bergaduh pasal electricity. Galvani cakap, semua ni ketentuan Tuhan, tapi Volta kata, ye la ketentuan Tuhan, tapi klu research kan bagus? In the end, Volta berjaya mencipta bateri pertama dlm dunia.

Warga Barat da lama solve issue "ketentuan Tuhan". Kalau kita blk semula ke style lama style argument UFB, nanti kita jadi jumud.

Tanpa Nama berkata...

parnag terbang adan lagi ke zaman ni?

Tanpa Nama berkata...

teknolgi makhluk asing la tu..

bateri dikatakan telah dicipta pada zaman firaun lagi..

ilmu ada sekarang mungkin "penjumpaan" kembali.. sebab dikatakan atlantis telah mempunyai kapal terbangnya sendiri sebelum 2 bersaudara berjaya mencipta kapal terbang..

dalam quran pun dicerita tamadun2 hebat melangkaui masa

takda yang mustahil kalau di aizinkan.. dasarkan bukan percaya parang terbang tetapi percaya kepada Allah..

parang remote control berkata...

TOT kau ni tak habis-habis dgn parang terbang!! fuck it laaa.

mana ada parang terbang! nabi saw gi perang pun,parang ada kat tangan dia la.

ko tak payah layan laa melayu-melayu gila suka layan benda-benda jin ni hehehe.. puak-puak tu beramal sebab nak kuat, kebal dsb.. bukannya sebab nak dapatkan kasih Allah swt :)

Tanpa Nama berkata...

Haha ntah sape beriya-ia pertahankan parang terbang wakakaka.. :)

mungkin pewaris parang terbang kot.. ala apa la sangat parang terbang bukan kapal terbang pon..

StrawCap berkata...

sila bagi link sekiranya ada video.. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Saya suka dua2 UFB & UAI. Mereka brilliant! Hanya org2 yg poyo dok mengkategorikan ustaz PR atau ustaz BN.

Tanpa Nama berkata...

Buat orang yang tak nampak lagi..

UFB antara ulamak muda dalam iLMU yang masuk UMNO.

UIA - ni memang ahli PAS (seumur hidup kalu tak silap). Dia ulas kadang agak kasar bagi sesetengah orang tapi bagus juga mengetuk hati-hati orang yang keras tu.. ramai suak sebab ceramah yang santai.. suka jawab soalan dan Dia ni kalau ulas dia rujuk pelbagai mazhab.. jadi ramai orang suka dia..

Ustaz yang bebas macam Dr Asri ni PAS dia perli UMNO/BN lagi la.. banyak kena perli sebab tak betul.. termasul iLMU.. tak pasti dia ni ahli pas ke umno.. haha.. ramai suka dia ni tak berapa bias.. lagipun dia bekas Mufti kan.. dan tegas dengan apa dia rasa bedasarkan apa dia belajar la..

Satu lagi Ustaz Kazim Elias dia ni macam nampak cendrung kepada UMNO tapi dia ni sebenarnya dedua dia perli cuma dia ni lembut dalam menyampaikan dakwah.. jadi ramai nampak dia ni macam pro UMNO walau dia ni ahli PAS (tak pasti masih ahli atau tak).


Satu lagi ustaz Haslin atau ustaz bolywood sebab dia belajar kat pakistan tahu bahasa urdu salu nyanyi lagu ala-ala industan dalam ceramah.. Dia ni pun bagus juga..

Semua ustaz ni pada aku ok, cuma ufb tu kadang pendapat dia aku agak muskhil.. ntah aku pun tak tau nak cakap camna.. Aku rasa dia kena banyak reseach lagi la.. Ntah la ilmu aku pun rendah taks etinggi ustaz-ustaz ni semua yang ada Dr, yang hafal kitab2 semua..

Tanpa Nama berkata...

Setakat soalan ko ni aku bleh jwb
1.dgn kuasa allah apa2 pn bleh wujud
2.ada.'ilmu' itu dinamakn doa.klu dimkbulkn allah ada la.klu xmkbul xde la.
3.boleh dgn syarat org itu adalah musuh islam dan berniat utk mghncurkn islam
4.semua yg brlaku di cakerawala ni adalah dgn kuasa dn izin allah
5.semua dgn izin dan kuasa allah.

Klu sihir,kuasa syaitan dan kuasa dajal pn allah izinkn dlm dunia ni lg ko nk bising psl parang terbang.kecoh ar lu mat!!byk lg bnda pnting nk fikir dr isu picisan ni.

Foster berkata...

Bagi aku x de masalah pun, kalau x setuju dgn UFB, kita lawan dgn hujah dan perbahasan ilmu...ilmu akan berkembang bila ada pertentangan, percangahan dan permasalahan. Mmg begitulah tabiat alam. Spt kereta boleh bergerak apabila terdapat pertentangan daya geseran pada jalanraya.

Kalau semua org sama je pendapat, tiada pertentangan, manusia tidak akan mampu berfikir kritis dan membina tamadun

plain83 berkata...

aahahah... ko tgh ketandusan idea ke tot?

Tanpa Nama berkata...

Mantot,ko ada ke ms zaman tu?sama ada btl ada parang terbang atau tak dua2 ada kemgkinan sbb semua tu kuasa allah.kalau xtau apa2 baik senyap je hbs cite.btl ke xbtl ke xjd kudis pn.

Tanpa Nama berkata...

:) mudah je serahkan kepada ALlah benda dah lepas takyah gaduh-gaduh.

Yakin semua dari Allah ufo terbang kapal terbang tujahan magic dan parang terbang kalau ada juga sebagainya tu semua atas IZIN Allah..

Kalau takda izinNYa seustau benda tu takan berlaku. Kita hidup ni atas izinnya jua mengikut kitaran yang telah ditetapkan. Cuma sebagai manusia kita diberikan aqal untuk memilih dan yang mengizinkan tu Allah. Ko nak jadi jahat ke baik ke nak masuk syurga atau neraka tu pilihan kau..

Ada otak ada awal dah diberi ilmu dan pengetahuan kalau nak sesat juga takan masih nak salahkan Allah. Jadi berusaha la mendapatkan keizinanNya nak kaya nak berjaya bahkan nak jadi superman pun kalau Allah izinkan takda masalah ko akan dapat.

Tapi ingat Allah sayangkan hamba-hambanya kadang Allah mengigatkan kita dalam banyak bentuk dan cara..
mungkin cuma kita yang tak perasan atau kita yang tak mengendahkannya.

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Setuju ngan Anon September 14, 2013 at 5:54:00 PM GMT+8

Semua yg berlaku atas keizinan Allah. Sedangkan Fitnah Dajjal yg berkuasa menghidupkan manusia lepas di bunuh, menjadikan 1 hari umpama 1 bulan dengan menahan kitaran matahari dan sebagainya, semuanya berlaku atas izin Allah. Setakat parang terbang tu isu picisan sgt.

Kalau ko tak suka melayu sgt pun, tak perlu sampai nak persoal segala menda yang ko sendiri pun x maklum tentang menda tu.

Mantot berkata...

kalau anda melayu benar,

kenapa percaya sangat dengan benda yang belum tentu sedia maklum sehingga claim itu semua terjadi kerana Allah?

jgnlah sound aku sebab aku tak percaya apa yang aku tak nampak. lagi elok kalau kau carik sebab kenapa ramai yang percaya sedangkan, mereka langsung tak nampak

Tanpa Nama berkata...

Rasanya tak payah la nak bertelagah benda tak penting takda bukti ada parang terbang ianya hanya cerita mulut mungkin jua khabar angin yang sengaja direka untuk menakutkan kaum lain.. Zaman darurat macan-macam cerita direka sebagai salah satu perang saraf.. kalau ko belajar taktik tentera@perang ko akan tau tak semua cerita tu betul.. lagi la zaman dulu yang internet video kamera pun takda..

Kalau betul la ianya berlaku tak kira la pakai Jin ke syaitan ke teknologi atau apa ntah pun itu semua berlaku semua tu adalah izin Allah.. Allah maha pengasih dan penyayang hidup di dunia ni hanya seketika akhirat jua yang kekal selama-lamanya.. Allah tahu segalanya ada hikmah dan rahsia..

Kalau betul nak sangat pastikan betul ke tak parang terbang mari kita buat kajian selidik habis-habisan kita sediakan semua bukti.. carik orang-orang tua selongkar semua dokumen yang ada dalam perpustakaan kalau-kalau ada kes zaman tu pasal parang terbang.. Amacam ada sape nak buat? atau ada mesin masa boleh pinjam pergi ke zaman tu?

Unknown berkata...

jgn kaitkan nama Allah dgn parang terbang boleh?

bising bila agama lain nk pakai nama Allah sedangkan kita sendiri lekehkan nama Allah dgn kaitkan ngn benda yg....

org Islam banyak mati kena gas, roket fosforus. kalau baca parang terbang sambil mention nama Allah, dan 1 minit lepas tu kau tgk gambar org Islam yg mati kena gas, roket fosforus tu, apa kau rasa?

tak perlu raise lagi issue parang terbang ni.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Semua yg berlaku atas keizinan Allah = kaitkan dgn parang terbang, minyak naik harga.

itu meaning post ni.

apa punya dakwah Islam macam ni?

sbb yg cakap tu seorang pengkaji ilmu agama. Org tak respect dia mungkin tak apa, tapi kalau org tak respect agama Islam ni disebabkan apa dia kata? Semua yg negative, kau coverkan dengan alasan "Semua ketentuan Allah".

Cari lah jalan baiki ekonomi tu instead of cakap macam tu.

Tu maksud post ni yg aku paham.

Jangan lekehkan agama, tolong lah.

Tanpa Nama berkata...

Kat palestin islam di tindas , mana parang terbang ?

Tanpa Nama berkata...

Kalau semua harga minyak dan kenaikan harga yang kerajaan boleh kawal itu memang ditakdirkan, kenapa Nabi tak duduk rehat saja dan serahkan kepada Allah dalam mentakdirkan Islam tu berkembang. Tak perlu la susah payah berdakwah kena caci kena hina kena halau bahkan nak kena bunuh kena pergi perang luka sana sini.. Kan baik serahkan aje pada Allah untuk mentakdirkan Islam tu berkembang?

Sudah tentu la apa nabi buat itu satu contoh usaha gigih untuk kita ikuti berusaha bukan serahkan kepada takdir semata-mta. Jadi apa usaha kita usaha kerajaan dalam mengawal harga juga ekonomi Malaysia ni? adakah dengan menambah hutang saban tahun dan menarik balik subsidi semata-mata?

TumpangLalu berkata...

Parang terbang tak penah la tengok, tapi keris terbang aku penah tengok minggu lepas. Terbang depan kereta aku pastu masuk longkang. Keris tu warna merah putih, tengah dia warna kuning hijau. Nasib baik aku tak jadi apa2.