September 25, 2013

Adakah Sebab Kau Pegawai Kerajaan Kau Rasa Kau Tak Payah Angkat Tray Lepas Makan?

Ada kau pergi KFC tak beberapa hari ni?

Kat rumah aku ada sebijik KFC yang memerlukan pekerja. Aku rasa KFC tu memang dari dulu tak cukup pekerja, even time peak hours pun cashier mampu bukak 2,3 kaunter aje.

Lagipun, kerja fast food kat Malaysia ni banyak sikit kerjanya. Kita bukan ada budaya clearkan table masing-masing lepas makan. Jadi, kerja pun bertambah2 la...orang ramai nak makan takleh, meja tak dapat nak clear....bukan ke lagi senang kalau kau clearkan aje table kau lepas makan, abang2 dan kakak2?

Apa yang aku perasan, dah beberapa bulan ada terpapar iklan jawatan kosong kat situ, siap dinyatakan berapa gaji kalau kerja sekian2 masa. Tak silap aku, bayaran dia dalam RM3.50 camtu sejam. Kerja sebulan campur overtime dapat dalam RM900 lebih camtu...RM3.50 sejam!

Kalau kau nak bandingkan dengan negara luar, bekerja kat restoran fast food ni adalah satu option yang bagus kalau kau tak ada kerja atau kau student. Bayaran minimum kat US, USD7 sejam (anggaran, aku tak ingat berapa).. kat UK 6 pound lebih tak silap aku. Apa yang orang US mampu beli dengan USD7 dan apa yang orang mampu beli dengan 6 pound? Macam-macam.

Di negara kita....seorang pekerja KFC terpaksa kerja 3 jam, semata-mata untuk beli satu snack plate dua ketul ayam. Nak beli Happy Meal, dia kena kerja 2 jam!

Berapa pinggan snack plate dia boleh sediakan dalam tiga jam? Banyak. Cuma fikirkanlah, dia hidangkan kau snack plate untuk orang ramai selama 3 jam, nilai yang dia dapat balik adalah satu pinggan snack plate. Kau tak rasa benda tu agak lopsided ke?

Permudahkanlah hidup diorang ni. Clearkan lah meja kau lepas makan.

Bukannya susah pun. Sedekah bukannya sekadar dalam bentuk wang ringgit dan barangan aje Cik. Kau claim kau bayar mahal, membuatkan kau rasa kau deserve tak nak angkat tray kau. Masalahnya, yang kaya bukannya orang yang kena angkat tray kau tu.

Kepada pekerja fast food yang rasa ditekan, jangan takut bangun untuk melawan. (Link)

30 ulasan:

Unknown berkata...

-fast food-
kerja dia memang kerbau...kalau rm3.50 ok ckt dari pizza hut aku kerja dulu..rm2.50 ja..kalau nak pandai hidup pandai2 la tipu punch card..lg pun sekarang nie depa bg staff meal..memang wajib aku rasa bg setiap fast food di malaysia..boleh jimat ckt makan kat kedai dan yg lebih2 boleh bwk balik..kawan aku kerja kedai kfc hari2 bwk balik ayam goreng..byk pulak tu..sbb amanger dia bg bwk balik..sbb ayam tu last sekali memang kena buang..

Nurul Fahri berkata...

Orang Malaysia mentality dia macam ni.
"Kalau sume tray lepas makan bersih, pekerja mkn gaju bute la."


Aku pernah pergi Jaya Jusco dulu. Masa aku pilih baju, ada sorang pompan dengan kawan dia. Yang sorang punggah baju . Bukak lipatan baju sume. Padahal sebelum tu pekerja JJ tu dah lipat cantik-cantik. susun

Yang pompan tu g selongkar balik. Lepastu bila nak blah member dia cakap ko ni punggah bukan main tapi xbeli pun. Kesian promoter tu nak lipat baju balik.

Selambe dia cakap. Alaa biarlah dia ada kerja sikit. Kalau tak makan gaji buta jela.
sambil blah mcm tu je. dahla promoter tu makcik tua.



Laici berkata...

memang gaji pekerja part time tak berubah2...dari dlu sampai sekarang...5 tahun lepas pun RM3.50,sekarang pun RM3.50..mgkin sesetengah tempat RM4...

aku kerja promoter lepas SPM 5 tahun lepas, RM4 sejam..parking motor takyah bayar,makan pn ada kafe utk staff,murah sikit..awal tahun ni ,aku pg balik nk apply keja waktu cuti, rate gaji still sama, RM4 sejam..padahal kat situ parking dah kena bayar RM1,makan dah mahal..

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah kerja ngan KFC leh dapat makan KFC free ma.. tak payah kerja sampai 3 jam hahaha.. :P

tapi extra lefover la..

paeh berkata...

Akhirnya kau letak pun tweet button. Mudah aku nak share artikel kau ke twitter lepas ni.

Tanpa Nama berkata...

mintak la company tu letak singboard "lepas makan,angkat tray!"heheheeee...rilek la der,kedai mapley pon x bnyak bunyik pon!

Tanpa Nama berkata...

tak tau la org lain perasan ke tak, tp aku rasa rata2 (bukan semua) client yg mkan kat kafe ikea akan angkat sendiri sisa mkanan n letak kat foodtray. aku tak tau knapa kat tempat lain, nilai2 bagus ni kurang diamalkan.

Tanpa Nama berkata...

Boleh makan hantar tray lepas tapi ayam bagi ler 4 ketul untuk snack plate.Win-win.

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah kerja KFC kat Australia, sejam aud21. Petrol masa tu +- aud1.50. Aku kerja sejam boleh isi petrol +-14 liter. Tapi Msia lebih aman dan makmur... Katanya Pak menteri.

Tanpa Nama berkata...

eh vip kena layan la kan.. itu yang diajar..

kita customer kan vip kfc.. hahaha..

Amin A. R berkata...

Hahahha..... Menghormati VIP budaya kita kekdahnya!

Amin A. R berkata...

Tapi dah ada sedikit manusia berstatus rakyat malaysia yang ada kesedaran sebegini dengan membersihkan meja selepas makan di fast food.. Saya tengok, di subway kl sentral, kebanyakannya angkat tray sendiri lepas makan. :)

Prince of Noob berkata...

kesian pegawai kerajaan, tak pasal2 kena bahan. btw budaya kemas meja makan kat fast food memang bukan budaya kita dari dulu, sebab tak de orang pernah ajar atau suruh. orang kita dah terbiasa makan kat restoran mamak, restoran siam, kedai nasi campur mak bedah, lepas makan tinggal, so diorang tak expect pun kena kemas sendiri kalau makan kat fast food. sama macam naik escalator, kalau ikut yang sepatutnya semua orang kena berdiri kat satu side sebelah kiri sahaja, tak boleh berdiri berdua bersebelahan kerana akan menghalang laluan orang yang nak cepat naik/turun escalator, but again, ia bukan budaya orang kita sebab benda tu tak pernah pun diberitahu atau disuruh.

yang menjadi budaya kita adalah kita wajib bagi laluan kepada kenderaan vip dan kerabat

Tanpa Nama berkata...

Aku biasa kemas kalau tak angkat la kesian kat orang keje KFC ni dah la tak angkat tray tingal bersepah macam ayam makan pun ada..

Isk isk isk.. Cuba sesekali ko tengok orang tingal try mereka macamana.. lepas makan.. bertarabur la apa.. cuba ko bayangkan ko kerja kena bersihkan tu semua..

Kena ajar dari rumah basuh pingan cawan sendiri jangan ajr anak-anak kita tingal barang mereka tak berbasuh.. sampai ke tua nanti..

Nayanconi berkata...

Ala. ada bagus ada yang tak bagus nya. Hari tue pergi jusco, beli seluar then time nak bayar cashier kata tag harga takde. Lepas tue dia suruh aku ambil yang lain. Kenapa bukan suruh runner, kenapa mesti aku?? Aku tanya kenapa aku kena pergi ambil, dia kata sebab aku berdua. Sorang boleh tunggu sorang boleh pergi ambil. Ok laa fine aku boleh terima alasan dia. Aku stay tepi kaunter tue then ada minah sorang nie nak bayar pun tag harga takde. Cashier tue suruh minah tue pergi ambil yang lain. Tapi minah tur sorang je. Kecelakaan apakah alasan yang cashier tue bagi?????? Kalau tesco ke mydin sekalipun mesti ada sorang runner untuk service problem macam tue.

Zara Aulia berkata...

Ha tak payah kerje kfc..kerje Mc D kat equine Ku tgk gaji sejam rm 6.00... Rajin bulan bulan leh dpt dekat rm1500...hahhaa aku pernah pergi jepun..aku tgk diaorg lepas makan angkat tray diaorg..aku balik sini aku buat gak..tapi aku sorang jerk yang buat..org lain aku tgk kemain mengotor kan meja...tetiba aku malu plak dok malaysia yang aman nih...

Tanpa Nama berkata...

Tapi kan tot, bile aku angkat tray sampai kat tempat tray ngan smpah tu aku jadi blur...paper cup ade ais lagi...nak buang kat singki x proper lak..last2 aku buang semua packaging sekali ngan tetulang ayam dalam 1 tong...padahal dah jadi habit aku asing2kan jenis sampah...nak suggestla fastfood chain ni buat pictorial guide...pastu ade tobg sampah asingkan jenis sampah

Tanpa Nama berkata...

Yeap pictorial guide buang bahan asing air ais kertas plastik... sini yang asingkan tu pekerja kfc..

memang buang satu tong pon semuanya.. tu tong cepat penuh.. tak efisyen

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn Noob. lol

Shahrul Yusof berkata...

Senang cerita, rakyat Malaysia ni kebanyakannya lack of common sense dan sympathy. Tambah-tambah terhadap pekerja yang dirasakan lebih rendah tarafnya dari pekerjaan mereka.

Tanpa Nama berkata...

I worked at mcd macro shah alam in 1997 and being paid rm3.50 too.. please raise up mcd restaurant crews' salary because the company makes a lot of profits.

Unknown berkata...

Masih lagi RM3.50 sejam?! Rasanya masa aku baru habis beajar sekitar tahun 2007 macam tu jugak rate dia. Agaknya upah sejam rendah sangat sebab majikan dah bagi makan makanan kfc free pada pekerja. Jadi jimat la lunch/dinner..huhu...

Aslina berkata...

Lorrr... RM3.50 lagi sejam? Aku rasa last masa aku sebok2 wat keje part time 2004-2005 pun harga camtu lagi. Mcm sadis ja... Tak naik2 rate dah bertahun2 dah. Harge minyak boleh pulak naik tetiap taon. Hahahh!! Jangan lepas ni rate minyak sama ngan rate sejam keje kat fast food dah laa...

Aku takde habit angkat tray, tapi ade habit kemas pinggan susun siap2, senang org nak clear. Sebab aku confuse tengok tong. Penah kene marah sbb salah tong :-/

Tanpa Nama berkata...

minyak da naik,,gaji xnaik2,,,syukur malaysia aman kan nedim banglo 7juta

Tanpa Nama berkata...

Yg ni bagus.. Komen bernas

aienurz shuhaimi berkata...

aku xde angkat tray.. tapi biasanya aku tolong lap meja lepas aku makan. siap masukkan semua bekas2 makanan dalam tray.. takdelah tinggal bersepah2 kat atas meja..

kekdahnya macam, lepas berak klo xnak cebuk pun, bersihkan la.. jangan tinggal taik merata2..

kih kih kih..

Tanpa Nama berkata...

Bende ni basicla mantot..kecik2 lg mak ak ajar, lpas makan kat luar, mak ak gagah susun pinggan, kumpul sisa2, susun cawan+straw, sampai kitorg naik segan, "mak keje jelah kat cni," hehe..tp bila besar, baru terasa, inilah nilai2 yg patut ada dalam masyarakat kita..pelayan restoran akan senang ngan kita..terhibur sgt2 sbb dpt gembirakan org lain...random acts of kindness kata omputeh..

maziatunnabila berkata...

aku g singapore, fastfood kat sana byk warga emas yg kerja. so, mostly customer yg datang lepas makan angkat tray sendiri

Tanpa Nama berkata...

Tetiba semua....brsivik dikfc
Korang memang rare.....

Tanpa Nama berkata...

Kfc rate sekarang rm4.33 sejam..kira ok la jugak..setiap perkara ada pro and cons..pada sesiapa yang pernah kerja.fast food,biasanya akan kemas meja yang diorang guna..dah pernah keja,so dah tau susahnye budak2 yang kerja..terkejar2 nk clean table.untuk pekerja kfc pulak,kadang2 ade perangai tak bagus.sibuk mengular..kdg2 langsung tak boleh ditegur.beza dengan pekerja kfc dulu.now kerja sebab takde keja lain..dulu keja ikhlas nk cari duet