Beberapa hari lepas, sedang aku memandu, aku selisih dengan satu motorsikal. Dari belakang nampak la si isteri ni tengah struggle dok peluk anak dia yang diikat guna baby carrier. Bapaknya pun bawak aje la slow2 sebab mungkin bapaknya berhati-hati.
Aku pun potong la motorsikal tu. Barulah nampak kenapa mak dia struggle pegang anak dia. Dia tengah susukan anak dia pakai botol. Tengah jalan atas motor, anak menangis agaknya. Aku rasa bapak dia decide tak nak stop sebab cuaca agak gelap masa tu. Sekarang ni kan KL musim hujan.
Bila dah potong, barulah nampak ada lagi seorang anak duduk kat depan bapak dia sambil kaki masuk bakul.....dan anak dia tak pakai helmet.
Mengikut saranan kerajaan, nak aje aku bukak tingkap kereta aku dan jerit dekat diorang, "Kah Kah Kah, padan muka kau miskin, siapa suruh kau tak kerja lebih kuat lagi? Mengemis la keluarga kau sebab minyak naik harga ni! Konfem kau tak mampu beli rumah! Willing buyer willing seller la bangang! Kalau tak suka, gi migrate la. Kalau tak suka anak sekolah sini, hantar oversea la. Tapi kau mana mampu! Kau miskin! Kereta pun tak mampu beli! Ubah la gaya hidup kau!"
Pasti penyokong sesetengah parti politik akan bersorak kegembiraan kalau aku buat camtu dan lantik aku sebagai dengan bermacam jawatan penting.
18 ulasan:
dia plak akan jawab..."nak wat camne..dah ketentuan tuhannnn"
siyes suke.. harap ade citer yg pedas lagi!
lu mmg layak jadi menteri be end la bro. bole join geng2 geliga pandai
hahahahah..bravo mantot..esok biler ada anak orang mintak beli ayam tapi mak dia tarik tangan dia..aku plak nak cakap.."mak ko tak mampu beli ayam,harga ayam naik..so ko tak leh makan ayam,makan tauge jerk..dah pergi balik..."
aku rasa para menteri2 kita ni mmg jenis kalis kena perli kena kutuk atas apa yg diorg cakap kot... kalau ikutkan hati aku nak je aku lempang laju2 mulut2 pak menteri tu....gerammmm
hehehe terbaik laa.
mmg dlm malaya, ramai yg selfish!
dia cuma pikir diri sendiri, org lain lantak pi laa.
ermm.. ketentuan Allah?
sejak menang pru ni..makin banyak menteri bn jawab soalan atau beri kenyataan melalut dan bertaraf kanak2..secara x langsung menunjukkan diri mereka yang sebenar -,adakah ini akibat kerana solat hajat menolak penipuan dalam pilihanraya di stadium sebelum pru- yelah kadang2 Allah jawab doa hambanya dengan cara yang berbeza..dan lebih mendalam..renung renungkan dan selamat beramal..
Bro, itu la saranan kerajaan supaya kita beramai2 kerja illegal kat negara lain. Naik tongkang pi Hong Kong.
nak buat camne orang bodoh pilih yang agak pandai gak sikit.. macam orang buta sebalah boleh jadi raja bagi roang buta hahaha So orang cerdik sikit jadi ketua orang bodoh..
seangkatan dgn zahid hamidi ni.
Cuba ler baca full statement hntr anak g oversea dia tu,jgn la main cherry pick je
Montot ni dah praktis nak jadi YB nampaknya..
hahahaha...
Semoga Montot jadi YB :) hoho
xpe, belajar pandai2 kt luar negara, blk jd pensyarah fresh kt univesiti tempatan. jgn pi kerja merantau tak tentu hala, pastu pi amik skim returning expatriate. tak pasal2 menyempit pasaran kerja tempatan yg sedia tepu ni. kalu nk balik balas jasa biasiswa/pinjaman pelajaran dgn kepakaran, francaiskan dulu kemahiran & pengetahuan pastu rekrut graduan tempatan. tu baru betul...
typical pembangkang... main amik je tak baca penuh... malaysiainsider le tu.... wartawan tu tak paham bahasa melayu ke dia tak reti translate ke english... oh my mantot please jg jadi mcm org lain...main tangkap muat jek...
Nak hantar anak ke luar negara hebat tapi loan ptptn pon takleh bayar hahaha.. kereta utang rumah utang..
Tu suruh masuk UMNO tak mau jadi pembakang kalau masuk UMNo leh jadi macam Kak Jat dapat rm250 juta.. agak kantoi boleh kawtim suruh syarikat lain beli cover.. untung lagi.. :)
Masuk la umno untuk keselamatan dan kemewahan dunia dan akhirat..
umno ada parang terbang jangan memain tu british surender.. bagi kemerdekaan tanpa peperangan.. Semua orang umno dah kaya raya pembakang ni yang ramai miskin miskin.. dah tau miskin takda duit lagi mau kecoh..
bagi yg kurang senang dgn "satire" ini,sebenarnya, inilah pemahaman bagi rakyat yg tak biasa berpolitik. kalau ya pun menteri2 bangang ini maksudkan lain, menteri2 bangang ini kena pandai bertutur bila menghadap media. Tapi saya rasa menteri2 ini mmg maksudkannya pun, sebab dah biasa bangang dan besar kepala.
Anyway, "satire" ini ada kelasss..good job, bro...
terbaek :)
Viva la mantot
Catat Ulasan