September 27, 2013

Awkward Agama : Malaysia Sukses Kerana Kita Suka Mengubah Bentuk Muka Bumi Tuhan Secara Mega

Hari ke hari, aku melalui jalan yang sibuk dan kelilingnya aku penuh dengan construction. Bukan sekadar nak bina MRT punya pasal, tapi belah sempadan Serdang, Bangi dan Putrajaya pun tengah rancak construction. Cuba la tengok macam mana rupanya exit ke Putrajaya sebelah Marriot Putrajaya sekarang. Aku tak tau apa sebenarnya yang diorang nak buat. Nampak macam hotel ada, shopping kompleks pun ada.

Aku borak dengan orang luar, yang mana datangnya dari Europe, Amerika atau Benua Australasia, diorang pelik, kenapa kita punya terlalu banyak bangunan tinggi. Terlalu banyak! Padahal, dari segi ekonomiknya, mereka la yang sepatutnya mampu bina bangunan2 tinggi ni. Tapi kenapa kita pula yang berebut-rebut membinanya?

Apa orang Melayu macam aku mampu buat dekat Suria KLCC? Atau Pavilion? (Aku tak pernah jejak Pavilion) Takde apa. Makan pun mahal. Untuk orang macam aku, yang ada family,ada dua income, gaji agak ok,kadang2 aku sendiri merasakan, style development Malaysia ni membuatkan makin lama, aku rasa aku makin miskin. We are moving towards a capitalist dream country.

Dah terlalu banyak tempat yang aku rasa jatuh dalam kategori out of reach pada aku.

Sebagai seorang bapak, tanpa disedari, sebenarnya aku slowly being push to choose, antara nak ada keluarga besar atau nak ada hidup yang still ok. Orang Melayu ni, kalau keluarga tak besar, tak meriah lah dia. Lama kelamaan, pada pandangan aku, bangsa Melayu kita sekarang ni, walaupun makin pandai, makin cerdik, makin mewah, kita sebenarnya makin jauh dengan nilai-nilai tradisi Melayu.

Kita dah jadi bangsa yang memikirkan how to make our first million. Kita dah letakkan kepentingan ekonomi first berbanding kepentingan keluarga. Kita dah tiba di satu tahap di mana  kalau kau jadi hamba company, kau akan direward sebaik mungkin, asalkan kau sanggup tak spend masa dengan family kau. Dan kau akan disanjungi, sebab kau rajin!

Atas desakan ekonomi yang makin menghimpit, ramai yang ambik jalan tersebut. Tinggalkan family. Anak membesar tak jumpa bapak. Mak hantar anak balik duduk dengan mertua sebab kena outstation punya pasal. Ni semua bukan budaya Melayu. Ni semua punca2 kenapa makin lama makin jauh kita dengan agama. Ye lah, siapa nak paksa anak solat kalau bapak balik rumah anak dah tidur?

Ada pemimpin kata, orang Melayu kena bangun, kena sedar kepentingan ekonomi. Kena kawal ekonomi. Kena lawan. Ya, memang betul. Ramai Melayu yang dah sedar pentingnya ekonomi. Bagus? Memang la bagus. Tapi semua benda ada pro dan kontra dia.

Melayu jadi kaya? Baguslah tapi apa side effectnya berusaha jadi kaya ni? Ramai yang kena spend masa berusaha untuk jadi kaya. Pemimpin2 kita selalu push Melayu jadi kaya, mulakan bisnes, join entrepreneurship.  Habis tu anak-anak sapa tengokkan? Kerja sekolah anak siapa nak pantau? Anak remaja kau buat apa siapa ambik tau? Ramai mak bapak bergantung dengan orang gaji dan cikgu semata-mata....tapi bila anak dia jadi failure, dia takkan salahkan diri dia langsung. Semua benda dia salahkan orang lain!



Apa yang aku nampak, Melayu memang ramai makin kaya, makin mewah tapi kenapa makin lama makin hilang nilai Melayu tu? Kenapa bila kau kaya kau jadi berlagak? Kau claim diri kau kerabat? Pelik kan perangai Melayu ni. Sebab itu agaknya bila ada Melayu kaya yang perangainya elok, kita kagumi betul dia, mungkin kerana orang seperti itu adalah sesuatu komoditi yang sangat rare dalam masyarakat kita?

Even pemimpin solat pun nak kecoh....sebab apa aa? Bukan ke kalau dia solat tu dia buat benda wajib...benda yang patutnya dia buat tapi ada yang ambik gambar dia solat nak tunjuk yang dia tu solat nak buktikan yang pemimpin yang dia suka tu ada la ke-Islaman dia lagi! Itulah dia Melayu masakini, kagum dengan mereka2 yang buat benda yang sepatutnya wajib....sebab nak jumpa yang betul2 baik tu dah payah.

Keliling aku penuh bangunan tinggi. Cantik, mewah, upscale. Kerajaan cukup bangga mencanang kejayaan mereka mampu mengubah bentuk muka bumi Tuhan ni. Kenapa kita, bangsa Melayu, semakin lama, semakin suka menggunakan unsur materialistik untuk mengukur nilai kejayaan bangsa kita?

Salah kapitalis? Atau salah orang Melayu yang embrace system kapitalis?


18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaek punya artikel.. makin lama melayu kaya lupa daratan dan menunjuk kekayaan depa ada.. tgk dlm fb sudah.. punya ramai dok post pasal depa beli barang mahai.nak menunjukkan betapa ramai melayu kaya dan banyak harta.. sedih tengok melayu sekarang..

Tanpa Nama berkata...

perenggan ke-3 tu sama mcm yg aku slalu fikir..
tanda nak kiamat..makin banyak pencakar langit..berlumba bina bangunan..bukan semua rakyat dapat faedahnya pun...sedih mengenang nasib bangsaku..

Shahrul Yusof berkata...

Pandangan kejayaan masyarakat Melayu Malaysia lebih tertumpu kepada kekayaan material semata-mata. Perkara-perkara lain yang menyokong kepada ketinggian ketamadunan manusia dihumban ke laut. Kita menganggap bahawa semakin tinggi pencakar langit, semakin tinggi peradaban kita. Padahal ia langsung tidak menunjukkan ketinggian peradaban Malaysia.

Harap bangunan je tinggi, tapi perangai sekor-sekor melingkup.

Tanpa Nama berkata...

mmg bernas atikel ko ni mantot. mohon share

Tanpa Nama berkata...

Aku pon kadang fikir mungkin lebih baik hidup senang pagi petang lepak kedai kopi tapi masih hidup dari gaji besar terkejar sana sini sampai life pon takda.. anak-anak pon tak kenal lagis anak saudara..

Kita kejar kemajuan untuk apa sebenarnya? untuk buat kita semakin susah atau semakin senang?

Walalhualam tanya la hati masing-masing..

mecha_praline berkata...

well said. ini cerita makcik aku dengan stuf company dorang dari itali yang kagum tengok malaysia (KL) penuh dengan skycraper tinggi. mamat itali tu kata kat tempat dorg bangunan rendah2. tak macam KL. spontan mck aku reply malaysia negara maju. itali negara membangun. memangla takda high building. mamat itali????

en.m.wikipedia.org/wiki/List_of_tallest_buildings_in_Italy

Tanpa Nama berkata...

Artikel yang boleh diringkaskan membawa maksud our life sucks because the leaders suck.

haziq berkata...

menara warisan apa faedah kalau byk lgi bangunan dkt tempat lain kosong .Dahlah byk tempat bersejarah dekat situ .

hanafijaafar berkata...

tak payah la malaysia nak buat bangunan tinggi-tinggi lagi, tu menara petronas pun tak penuh lagi.

negara maju tak sibuk pun nak kejar bangunan tinggi, bangunan tinggi sepatutnya wujud bila betul-betul tak ada tanah dah. Malah ada negara maju yang letak limit ketinggian bangunan supaya lepas ni tak boleh buat bangunan tinggi lagi.

aku suka entry kali ini, tapi ini sekadar mengenalpasti masalah. kita tak jumpa pun penyelesaiannya...

adakah mustahil untuk orang melayu nak kaya tanpa meninggalkan nilai-nilai melayu?

Zara Aulia berkata...

Ko menzahirkan apa aku pun rasa..kadang kadang walau kat luar rumah aku rasa ketat dan sendat..dah lah duduk umah pun himpit himpit sebelah sebelah atas bawah..skang kalau kuar pun rasa terhimpitmhimpit dek bangunan bangunan yang kemain naik nya....

Tanpa Nama berkata...

Aku rindu nk duk kampung yang xsemak ngan bangunan yg tinggi2 nie. tgk lembu, kambing, kerbau. lebih baik drpd tgk org yg xreti nk tutup aurat btul2.

-Buluh-

Unknown berkata...

salam.

since aku keje bidang construction ni...hahahha.

1. majority worker kt site non-malay. either foreigner indon/bangla, atau chinese.

2. org melayu kt construction? mostly golongan paling bawah (kerja bawahan) dan golongan paling atas (datuk2). golongan menengah melayu kurang banding dgn bangsa lain. most professional dan contractor bidang construction ni, non-malay.

2. mentality development construction ni aku simplify as mentality RM/sq. feet. 1 sq feet berapa RM boleh dpt? Kalau nak tahu, kampung baru tu dia punya Rm/sq ft sgt mahal, tapi cuma mcm ada "tangan" menghalang je.

3. so far, aku tak rasa construction as a whole mem-perkasa org melayu, melainkan untuk org melayu angkat untung atas dasar "makan atas angin". org2 cam aku hanya cari makan biasa2 angkat gaji bulan saja.

4. aku tak rasa most tall buildings kat malaysia ni milik org melayu. aku tak percaya sangat. itu mentality dalam drama tv je tu.

Black Pearl berkata...

suka untuk aku katakan di sini:
"Kita bangga ada KLCC, tapi pada masa yang sama, adik-adik kita di Sabah Sarawak masih naik rakit untuk ke sekolah"

hazaryu berkata...

macam mana aku nak beritahu benda2 macam ni untuk orang2 yang terdekat dengan aku??

Tanpa Nama berkata...

Instead of condemning the system, apa kata kita sendiri explore betul-betul. ini bukan masalah kerja macam org gila semata-mata gaji atau hanya orang yang berpangkat datuk2 duduk dekat atas, org takde title jadi kuli atau asal melayu je jadi kuli. btw malaysia adalah negara yang mendapat ranking tinggi utk corruption. Rasuah menyebabkan sebahagian dari kita tertindas. oleh itu kita perlu mind set dalam kepala kita jangan terima rasuah maksudnya kita tu semua orang dan kita kerja haruslah sebab kita memang suka kerja kita. automatik bila kita betul2 suka, kerja yang susah menjadi mudah. tak suka boleh cari kerja lain yang kita suka melainkan kita memang malas. tak ada masalah. Kejayaan seseorang bukanlah di ukur dgn betapa senangnya dia nk meraih kejayaan tu tapi betapa susahnya dia mengharungi segala kepayahan dan dugaan. tak perlu kata dia cina dia boleh la naik, kita melayu jadi bodoh. salah! mereka naik bukan sebab mereka cina tapi sebab mereka berusaha. think positive dan mari bersangka baik. sampai bila nk jadi macam mantot? mengamalkan gaya hidup islam, alhamdulillah bagus, tapi seringkali mengeluarkan entry yang menunjukkan dia suka bersangka buruk. itu tidak bagus. kalau kita fikir system kerajaan malaysia sangat salah, usaha memperbetulkan. kalau rasa diri tu takde masa sangat sebab baki2 masa yang ada adalah khas untuk bersama keluarga, jadi tidak perlu berlagak seperti tin kosong yang hanya berkata-kata tetapi tiada apa-apa. action speak louder than words.

p;s biarpun mahathir buat something yang mungkin ada cacat cela, at least dia pernah memberi sumbangan kepada malaysia. dia pun manusia macam kita. tak perfect. kalau kita rasa kita ni jauh berganda-ganda lebih terbaik dari mahathir, silakan bangkit tunjuk diri anda di mata rakyat malaysia.. luahkan segala idea2 bernas anda tentang menjadikam malaysia ini sebuah negara pertanian yang tak perlu pun mega2 project ni, yang paling penting ialah hidup di dalam suasana yang sederhana seperti di kampung2. boleh dikenakan kesalahan undang2 kalau mencacap kat instagram. silakan. kalau rakyat malaysia rasa idea anda bernas insyallah anda boleh menjadi pemimpin. macam TGNA dia menegakkan pemerintahan kerajaan islam 100%, mungkin kerana sejak zamman british lagi malaysia merdeka dgn rakyat berbilang bangsa dan agama, (nak putarkan balik masa, kita tak lahir lagi, melayu plak zaman tu sekolah pun takde) takpelah atleast TGNA dpt memimpin kelantan mengikut syariah islam dgn hasil ketabahan TGNA dan sahabat seangkatannya, oleh itu sama-sama kita berkongsi malaysia ni bersama-sama dengan org lain tanpa mengira bangsa dan agama. kita hormat menghormati satu sama lain. sentisa bersangka baik. pergi mana-mana senyum. paham2 sendiri sudahlaa, macam mana kita nk buat pemeritahan islam 100% di seluruh malaysia sedangkan kita berkongsi negara dengan rakyat yang beragama lain. mari pikir dengan lebih mendalam jangan cakap pakai ikut sedap.

mrwn berkata...

Anon (backup Chedet):
Dah tau system capitalist ni salah, masih tak 'condemn the system'?
Orang ramai tak tahu pun diorang hidup dalam sistem ni (a fish does not know it lives in the water)
Jadi tugas kita la nak sedarkan sistem sekarang ni salah.
Kita ikut cara Nabi, sedarkan keluarga, sahabat dahulu yang Islam ada sistem (undang2, ekonomi, pendidikan) sendiri.
Lepas tu baru embrace orang ramai / rakyat

Kerajaan Islam Madinah tu 100% Islam, siap ada campur Yahudi lagi, boleh je kongsi sama.
Takkan kita yg 'bijak pandai' ni tak boleh buat? jangan cakap ikut otak je, belajar sejarah tu :)

Mantot:
Tak perlu salahkan kapitalis, tu memang kerja dia,
macam setan sesatkan orang, dah memang tugas dia...

Melayu tak embrace sistem kapitalis, tapi disogok perlahan2.
British setuju nak bagi kita 'Merdeka',
sebab pemimpin yang akan naik nanti dah dididik dengan cara hidup British,
penjajahan fizikal dah habis, sambung lak penjajahan pemikiran
sampai sekarang cara hidup British disanjung2.
Sampai undang2 50tahun dulu pun pakai lagi, padahal British sendiri dah tak pakai.

Apa kita boleh buat? Sedarkan keluarga rapat, sahabat karib, jiran2 rapat tentang
salahnya sistem sekarang, betapa cantiknya sistem Islam.
Kalau rasa macam 'lost', rujuk Quran / sejarah hidup Nabi / Ustaz yang korang percaya

Tanpa Nama berkata...

Hallu org atas...ko suruh org belajar sejarah sedangkan ko yg sebenarnye tak belajar sejarah...haha..orang ramai tak tahu mereka hidup dalam sistem capitalist??? Seriously?? Kau dah kaji betul2 ke ni hahaha

Tanpa Nama berkata...

Try ah tye dorang, lelebih lagi cai cai yg melayu ni.. x yah tye sejarah pe bagai la.. tye kapitalis tu ape.. konfirm dorang ckp tu slot drama melayu kat tv3..