Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh seorang fresh graduate, adalah membuat keputusan, benda pertama sekali yang perlu dalam hidup...adalah membeli kereta.
Masalahnya, dekat mana2 pun kau boleh jumpa galakan dan pujuk rayu supaya kau beli kereta. Bukan sekadar oleh salesman, malahan bank pun galakkan kau beli kereta.
Sebab membeli kereta adalah pelaburan jangka panjang yang untung untuk bank dan syarikat penjual kereta, tapi once kau dah beli kereta, owner sebenarnya akan mengalami kerugian yang meningkat tahun ke tahun.
Benda camni kau takkan dapat tau dalam brochure loan kereta. Dalam brochure apa yang diorang ceritakan, adalah benda2 yang indah sahaja. WOW! ZERO DOWNPAYMENT! WOW! TAHUN PERTAMA INSTALLMENT BULANAN RENDAH GILA! Itu semua adalah fantasi yang dijual kepada pengguna dan yang sedihnya, ramai yang termakan pujukan fantasi bullshit ni.
Tak ada orang yang akan kata, membeli kereta adalah pelaburan yang bijak. Tak kiralah kau beli kereta mahal atau kereta kurang mahal (Malaysia mana ada kereta murah bro!) kereta bukanlah investment. Jika ada pakar ekonomi yang menyarankan agar rakyat membeli kereta sebagai satu bentuk investment, dia sebenarnya salesman kereta.
Mangsa paling ramai, fresh graduate. Kau bukak website bank, banyak gila pakej yang memudahkan kau beli kereta. Bunyinya pada awal memang mudah. Tak perlu bayar downpayment, tak perlu bayar 3 bulan pertama, nilai installment yang rendah pada 3 tahun pertama...tapi once kau dah sign semua perjanjian yang perlu dan kau gunakan kereta kau 3 bulan, barulah kau sedar, kau sebenarnya tak mampu pakai kereta. Kau nak buat apa lagi?
Nilai kemampuan membeli kereta yang digunakan oleh rakyat Malaysia selalunya hanya bergantung dengan nilai installment yang perlu dibayar bulan-bulan. Kita tengok sebulan berapa kena bayar, kemudian kita terus claim diri kita mampu bayar.
Tapi itu tak masuk lagi kos minyak, kos tol, kos insurans dan kos maintenance. Ada diorang cerita pada kau semua ni sebelum kau beli? Mana ada! Yang diorang cerita hanyalah installment rendah bulan-bulan.
Aku bulan2 minyak aku, RM250 ke RM300 average nya. Cuba kita kira balik kos sebenar bulanan supaya kau mampu beli sebuah kereta. Katakanlah, kau beli Proton Saga...installment bulan2 RM450. Bunyi dia sedap...sikit aje RM450 ni...tapi kos sebenarnya adalah ;
1. Installment bulanan - RM450
2. Minyak - RM150
3. Insurans dan Road tax (sebulan saving 10% hingga cukup) - RM120 (insurans dalam Rm1200 setahun)
4. Tol - RM50
5. 3 bulan sekali servis - RM180 jadi sebulan kena save RM60. Itu baru interval servis. Belum masuk major servis supaya kau dapat maintain warranty....
Berapa total sebulan untuk kos ownership kereta? RM830! Itu baru Proton Saga! Gaji kau Rm3000 pun kau akan struggle untuk bayar tu. Lagilah nak kumpul duit nak kahwin lagi. Kau nak saving lagi. Dan terimalah hakikatnya, dalam keadaan ekonomi sekarang ni, saving is better than spending. Satu benda yang kerajaan Malaysia buat2 tak paham....kalau dah tak ada duit, hidup la macam orang takde duit.
Kerajaan suruh kita ubah gaya hidup...aku nasihatkan kerajaan ubah gaya mentadbir. Semua orang cakap beli Proton Saga, affordable, berbaloi, mampu milik.
Kau still rasa benda yang sama sekarang?
Dan sekarang ni, cuba bila kau jalan2, cuba kira, berapa banyak kedai kereta second hand yang kau nampak? Berlambak-lambak macam cendawan tumbuh lepas hujan. Ini menunjukkan pasaran kereta baru di negara kita sangatlah rancak sehinggakan banyak kereta downgrade jadi second hand di Malaysia. Penjualan kereta di Malaysia dah jadi terlalu mudah dibeli oleh orang ramai.
Tapi apa kita nak buat dengan kereta second hand yang berlambak-lambak tu? Jepun tolak kereta second hand diorang dekat kita dan orang kita berebut beli. Tapi siapa yang beli kereta second hand kita? Entahlah.
Pada aku, ada berlaku kesilapan yang telah dilakukan bila kerajaan terlalu menggalakkan orang ramai beli kereta baru sehinggakan untuk jangka masa panjang, mekanisme untuk mengawal bilangan kenderaan di Malaysia ni masih lagi tidak diwujudkan. Kereta baru akan makin banyak keluar dari kilang, kereta lama akan ditolak dan tersadai kat kedai second hand.
Cadangan aku, jika kita boleh ambik kereta import luar dan dijual oleh authorized dealer macam BMW buat (BMW start jual kereta re-cond untuk tampung permintaan market) kenapa tidak Perodua atau Proton lakukan benda yang sama? Wujudkan skim pembelian semula kereta dengan pemberian rebate (macam Proton pernah buat dulu) tapi kemudiannya...dijual balik selepas replacement parts dan inspection dilakukan oleh Perodua atau Proton sendiri di bawah satu skim dengan value yang jauh lebih murah dan memudahkan siap warranty lagi.
Cukup 15 tahun usia kereta, lupuskan dia.
Kereta second hand sekarang tak laku sebab loan susah nak dapat, kalau dapat pun interest berasap telinga jadi kenapa tidak diwujudkan mekanisme yang melibatkan pengeluar kereta sendiri dan juga pihak bank? At least kita boleh recycle balik kereta. Harga pun tak la membebankan sangat pembeli kereta pertama harapnya.
Tapi itu semua impian aku aje la. Aku rasa pihak pengeluar kereta sendiri tahu, kos untuk wujudkan skim macam tu tak berbaloi because of the higher risk yang diorang perlu tanggung. Lagipun, mungkin, diorang sendiri lebih tau lifetime sebenar produk diorang.....hahaha.
Walaubagaimanapun, kita perlu sedar, kereta perlukan tanah sebagai parking. Sampai satu masa, bila keadaan dah jadi di luar kawalan, mungkin kita kena beli tanah hanya untuk parking kereta. Rumah tanpa porch kereta? Mungkin wujud satu hari nanti. Kereta dah terlalu banyak dan ruang untuk simpan dah jadi makin limited. Setiap tahun ada 2 juta kereta baru bertambah atas jalan raya.
Kenapa tak implement strictly akta pelupusan kereta? Usia kereta 10 tahun, 15 tahun, perlu dilupuskan (kereta antik lain lah) Pada aku, banyak benefitnya for the long term. Satu, sale kereta akan konsisten. Dua, masalah parking dan space akan dapat dikawal. Tiga, kita boleh forecast berapa jumlah kereta atas jalan raya setiap tahun. Empat, nilai duti kenderaan dapat diturunkan. Lima, jumlah kutipan cukai kerajaan mengikut jualan dapat dirancang kerana kita lebih mampu merancang jumlah jualan dan pelupusan.
Cuma mungkin cara melupuskan kereta tu la yang akan jadi kos yang agak besar tapi kalau kau bagi aku pilihan, sama ada nak menghadapi masalah macam mana nak lupuskan kereta atau masalah jam macam cilaka sebab kereta banyak atas jalan dan penuh kereta second hand di bahu jalan, aku prefer solusi yang create space.
Dah la Jepun hantar kereta diorang kat kita, Korea pun hantar kereta second hand diorang kat kita, sekarang German pun dah start benda yang sama, kau tak terasa ke Malaysia ni macam tong sampah kereta?
Once kereta tu dah sampai Malaysia, masalah lepas2 tu bukannya masalah diorang. Tu semua dah jadi masalah kita. Siapa yang nak kita persalahkan nanti? Kau beli kereta recon bunyi memang la sedap. Bawak sedap, dah kereta mewah.
Tapi long termnya, apa jadi selepas kau tak nak lagi kereta kau tu? Nak hantar balik Jepun? Diorang sendiri pun tak galakkan rakyat diorang memandu...kenapa kita pulak yang tergila-gila nak beli?

.................

30 ulasan:
Minyak dah naik harga plak, lagi la tambah org nak tolak kereta
harga kreta 2nd hand pulak mahai.. monthly installment lebih kurang beli baru..interest tinggi sgt
well said tot.
gua dulu pun lepas grad pikir nak kahwin je. lama simpan ni, masuk angin. HAHAHA
Tot, yang kau cakap pasal perlukan tanah utk parking dah dipraktikan di Jepun...kau perlu Parking Space Certificate (shako shomeisho) sebelum kau boleh beli kereta..
Senario yang biasa kita lihat:
20 tahun dulu : hampir setiap rumah di taman perumahan ada satu kereta parking dalam pagar.
10 tahun dulu : setiap rumah di taman perumahan ada kereta dalam pagar. Kereta anak2 di luar.
Sekarang : Setiap rumah ada kereta dalam pagar. Luar pagar kereta anak2. Tanah tepi tong sampah berebut dengan jiran. Hujung minggu, bahu jalan di simpang masuk rumah pun penuh dengan kereta family2 yang balik kampung.
family aku, sedara2, kwn2, jiran2, masing2 suh aku beli kete. alasannya senang aku nak balik kg. padahal aku blk naik public transport pun mcm la susahkan diorang. aku blk sendiri sampai depan pintu rumah kot. bukan nak suruh org amik kat mana2. lagipun aku blm kawen. suka ati aku la kan. aku je tau duit aku ada berapa. suka sgt nak paksa aku terikat dgn bank.
setuju, parking dah mula menjadi masalah. contoh kat kawasan rumah aku, rata-rata ada at least 2 buah kereta. Dah tu masing-masing tak nak letak kereta mereka dalam porch, walaupun 2 buah kereta saloon biasa boleh muat. Tapi nak letak juga kat luar pagar ditepi jalan awam. Setakat ni belum lagi lah, tapi tak lama lagi, pasal nak parking kereta akan berlaku tembak menembak pulak, diminta jauhkan musibah tersebut, Nauzubillah ! Yang sedap nya pulak yang meletak kereta tu orang pandai-pandai, pelajaran berijazah, ada yang jadi Cik Gu pulak tu. Bila anak aku tanya, mcm mana Cik Gu boleh buat mcm itu, tak ada sivik ke ? Susah aku nak menjawap nya.
Salam all…
Tak dinafikan apa yang dituliskan oleh Mantot. Mengenai asset jangka panjang atau pendek, baik ia ada nilai yang bagus pada masa akan datang. Aku lebih tumpukan bagaimana wang perolehan yang aku dapati dan cara mengalirkannya.
Mula aku bekerja hinggalah aku kahwin. Ada desakan dari kenalan dan juga diri sendiri (pengaruh persekitaran) untuk membeli kereta awal. Aku menilainya mengikut pandangan syarak (mesti ada yang menolak/menafikan dan bagai lagi). Untuk mendapatkan sebuah kereta yang baharu atau terpakai, pastinya memerlukan modal yang besar. Untuk mendapatkannya, meminjam dengan bank yang mengamalkan sistem riba’. Oleh kerana tiada pilihan bank yang mengamalkan sistem pembankan Islam (tanpa riba’. Jelas keharamannya) dan tiada individu yang sanggup memberikan pinjaman kepada aku. Maka aku membuat keputusan untuk tidak berkereta dahulu. Dalam keadaan sekarang ini, yang mengizinkan aku adalah kereta terpakai cap PROTON…hahaha
Sehingga diterbitkan rezeki aku dengan usaha dan penat lelah bekerja hampir 2 tahun setengah. Akhirnya akuuu… Bernikah (siapa sangka kahwin awal) dan berkereta (kereta terpakai). Pembelian kereta terpakai mendapat ‘liputan’ dari rakan kenalan aku yang mengatakan “kenapa beli kereta terpakai?”, “rugi tahu tak…rosak sana sini…semuanya modal…tahuuu?”. Aku memberitahu kepada mereka, setiap perbuatan seorang Muslim itu wajib terikat dengan PERINTAH dan LARANGAN-NYA. Itu adalah titik perpuluhan (terjemah; point) kenapa aku membelinya. Selagi mana transaksi aku benar (syarie), maka aku teruskan dan telan. Aku percaya, ramai yang tidak ambil endah tentang keharaman riba’ ini.
Untuk pengetahuan korang. Membeli kereta tunai lagi berbaloi. Kalau dilihat term-term dan mengekonomi pendapatan kita. Aku boleh simpan bersih RM2000. Perbelanjaan runcit kereta secara bulanan, RM500 -+ (minyak+tol), RM150 (servis,roadtax,insurans,tayar,dll). Sebenarnya dengan membeli kereta secara tunai banyak memberi kebaikan dan mendapat keredhaan Illahi.
>> reset_root
Perbandingan kawan aku berkereta
Komitmen bulanan: RM800 (buat pinjaman penuh)
Minyak + Tol: RM500
Servis: RM150
Berbanding dengan aku…
Komitmen bulanan: tiada
Minyak + Tol: RM500
Servis: RM150
Dengan RM800 aku boleh macam-macam dan simpan. Contoh, satu bulan satu bentuk cincin…hehehe
>> reset_root
kereta 2ndhand kancil aku beli pun masih dalam range harga 9k bro.. Ko nak lupuskan kereta 15 tahun.. adeh.. setiap 10 atau 15 tahun kena beli kereta baru la.. Kena prepare bajet baru plak saving lagi gilo apo.. tu bila karajaan perkenal usia 5 tahun kereta ramai bantah termasuk penjual kereta 2nd hand.. sistem kat Malaysia dah harga kereta yang mahal pun tak berbaloi nak buat macam tu.. pekdek kata beli kereta pakai sampai mati..
Kereta ni kalau wel maintain elok aje leh pakai sampai 20 atau 40 tahun bahkan lebih.. sebab kereta ayah mertua aku usia dia dah 20 tahun tapi elok lagi drive pun smooth berbanding kereta baru macam proton saga..
kereta ni kalau ko tak maintain tak sampai 5 atau 7 tahun hancus..
kalau nak lupus kereta 10-15 tahun, kurangkan harga kereta dlu, dan stabilkan gaji pekerja2 kt msia ni
Rumah sekarang kondo etc. yang baru dah siap kira untuk parking 2 kereta. ada juga yang siap sewa parking..So nak beli rumah check la ada tak parking atau tak include ke tak.
Satu lagi untuk korang nak beli kereta yang montot lupa nak mentian pasal maintenance.. nak beli kereta survey dulu dan carik yang berbaloi long term, maintenance dan part kereta tak semua barang ganti dia murah.. macam kereta kontinental harga kereta mahal maintenance barang ganti pun mahal.. kereta korea harga nampak murah tapi barang ganti mahal.. kereta jepun pun lebih kurang tapi ada juga la afordable.. so pepandai la survey semua benda sebelum beli kereta..
Mantot,
Aku rasa industri restoration suatu yang baik dan elok untuk malaysia baik pulih kereta secondhand dan upgrade sekali :)
tengok "King of restoration" and "Counting Cars" macam besh aje restore benda lama jadi cantik.. hoho..
Tu belum jenis yg belum kahwin pakai kereta kecik. Dah kahwin pakai sedan besar sikit. Dah ada anak tukar beli Exora. Hutang semua kereta tu tak habis bayar lagi. Selama pakai cuma bayar interest ja. Membazir. Rugi. Nafsu orang sekarang ni tinggi. *aku lepas grad terus beli Kawasaki Versys. lulz*
tot
6. parking. kalau kerja KL parking mesti kena bayar. Kat aku ni parking monthly dah 200 sebulan. kalau ikut jam. mampus, RM 2/3 sejam.
7. Saman. musti kena juga. Mungkin saman trafik. Saman ekor. atau saman majlis.
8. basuh kereta. kalau malas dan takde masa, seminggu sekali basuh. sekali basuh RM 10. sebulan dah RM 40.
9.Pewangi kereta. habis juga la 15RM sebulan.
10. kadang kau eksiden kecil. kena tanggung sendiri. sebab kalau claim insuran tak berbaloi.
dulu masa kecil, aku heran kenapa keta vokwagen@kereta kura buruk. sampai dalam kartun lat pun 'keji' kereta tu. Proton masa tu macam canggih. Tup tup, vw dah kembali hebat. macam juga audi. seluruh dunia kehebatannya...
Shako shomei nk apply kene ade petak parking .Nak cari petak parking, mcm carik rumah sewa, kene bayar deposit, bayar sewa bulan2,..tkleh kurng dari 3bln sewaan.
pndapat org biasa macam aku ialah
paling ramai anak muda di istihar black list adalah sbb keta.mampu beli tp x mampu bayar ansuran.hehe.pastu keta kena tarik,tak pasal2 nama black list..nak beli keta senang,gaji rm1500 dh boleh beli keta kalau nama clear.dulu2 kalau nak beli keta kena ada deposit paling kurang rm5000
satu lagi...kenapa kena ada keta?
sbb kemudahan trsport awam belum maju lagi.kalau perkhidmatan awam ada disemua kwsn perumahan..aku rela naik komuter@erl..boleh lelap lagi
Peluang bisnes tu untuk menyediakan perkhidmatan awam yang lebih efisyen :)
Semoga kerajaan tak terima cadangan ko untuk lupus kereta yang lebih 10-15 tahun tu. uhuhuh. Keta aku dah 12 tahun. Aku dah abih bayar. Hidup aku lapang sebab dah takde utang dgn bank. Kalo keta tu kena lupus, aku tak mampu nak beli keta baru, cash. Sebab aku takmau buat loan bank.
yang mantot cakap pasal lupus kete yg umur dah 10-15tahun tu bende ni dah di implement kat singapore...nak tau macamana diorang buat smpai nmpk mcamane tak jadi msalah atau bebanan kat diorang untuk tukar kete...g la carik sumber...aku da tau...tanak share je...manjang share je senang la idop korang...jgn malas2...rajin2 la wat research ....da la assignment kat U dulu korang bnyak meniru copy paste je...bab research pun malas?? truk la
Klu ak p keje ada public transport xyh nak menukar2 , aku x beli kete...
Improve public transport 1st
-Garam
Punca aku beli keta:
1. Dalam setahun berbakul2 org cakap naik moto ni bahaya... So, akibat doa2 org2 tu, aku eksiden. Takut dah nak naik moto jejauh.
2. Public transport entah apape. Bila nak improve pon tatau la.
3. Lepas aku grad, kebanyakkan iklan tawaran keje tulis "own transport required. Preferable car"
4. Tambah la sendiri.
Aslina, muka ko cun n xde parut, ko tipu, ko xeksiden sbnrnye..wakaka
maner ada orang naik motor tak jatuh/exsiden.. Naik basikal pun jatuh dua tiga kali baru expert..
Kerajaan kita ini berkiblatkan Kapitalist...bukan pikir untuk rakyat. Gila..loan kereta sampai 9 tahun..sebabnya bank ialah kroni depa dan nak jadikan rakayat hamba..bayaq interest seumur hidup. cukup 9 tahun, kereta dah takda value...nak maintain pun mahal..paksa beli lagi...loan lagi hutang sampai tua...kalu tak leh bayaq depa cekup jer kereta...NPL cuma 3 bulan..ngapa tak buat 6 bulan, mcm dulu..mantot, ak harap ko buat kajian terperinci ttg topik ini dan kita sebar-sebarkan.. ini masalah terbesar orang miskin sebab kenderaan dah jadi suatu keperluan hidup...
Mantot, aku rasa Bank2 dah implement syarat baru untuk lulus loan beli kereta. Pendapatan mesti RM3000 ke atas, wajib downpayment 10% dan bayaran balik dlm masa 7 tahun. Bila baca posting kau ni, aku rasa mesti kau sokong syarat baru bank ni
Tukar kerajaan. .
Aku tgh kira2 nak amek kete ke x? Bila mintak keje ada yg bg syarat kena ada own transport. Klu org offer keje gaji tinggi tempat jauh pulak tu jauh dr public transport atau public transport mcm haram tpaksa la tolak. Klu tempat dekat pun yg patut dr rumah ke tempat keje cuma setengah jam, naik public transport boleh jd tiga jam. Ingat nak beli kancil je. Baru 9k utk yg well maintain.
Catat Ulasan