Ogos 30, 2012

Kesihatan Rakyat Lebih Penting Berbanding Kutipan Cukai Rokok Berjuta-Juta

Tiap-tiap kali bila kerajaan bercerita pasal kenaikan harga rokok, alasan yang selalu digunakan adalah "untuk mengurangkan bilangan perokok di negara kita.

Aku tak pernah rasa kerajaan ikhlas dalam bab ni. Sebab walaupun alasan yang diguna pakai adalah "kurangkan perokok" tapi benefit sebenarnya pegi pada kerajaan dengan kutipan cukai yang lebih tinggi. Dan aku tak nafikan, kalau nak cukai perokok, cukaikan lah.

Tapi aku tak setuju dengan cara yang kerajaan ambik tu. Kalau cukai dinaikkan sebab nak kurangkan perokok, adakah langkah yang sama juga diambil dan dikenakan kepada cukai kenderaan? Adakah cukai kenderaan yang tinggi sebenarnya sebab kerajaan nak kurangkan bilangan kenderaan atas jalan dan ajak orang ramai naik pengangkutan awam?

Cukai tinggi tak semestinya mengurangkan bilangan perokok...sebab trend ni dah berulang banyak kali...walaupun harga naik...akan muncul perokok lain. Perokok2 tegar pulak akan carik jalan carik rokok seludup. Benda ni takkan berkesudahan....sebab tindakan kerajaan tu tak tepat.

Kenapa?

1. Rokok masih amat mudah didapati. Kau boleh beli kat mana-mana. Nak beli susu anak? Kau kena pegi farmasi, kedai ubat cina, shopping kompleks. Rokok? Semua orang jual. Apa yang kerajaan boleh buat? Hadkan penjualan rokok kepada tempat2 tertentu. Kalau arak boleh dikawal, rokok juga boleh.

2. Penjualan 20 batang minimum adalah langkah yang agak membuatkan perokok ketawa. Ada dua aje benda yang perokok sangat takut...rokok takde dan ada rokok tapi tak ada lighter. Jadi, dengan memaksa orang ramai beli 20 batang sekali beli...ini membuatkan bekalan rokok individu akan sentiasa ada. Tabiat perokok yang ingin berhenti ni mudah...selagi ada rokok selagi tu dia akan terhisap.

3. Walaupun iklan2 di kaca tv dan media massa dah tak ada, tapi di kedai2 makan dan kedai runcit, almari yang paling besar dan paling cantik adalah rak jualan rokok. Siap ada poster, ada gambar koboi, ada gambar gunung dan slogan yang membuatkan rasa cool merokok. Buatkan akta supaya display2 macam ni diabolished- kan.

Kepada yang belum tahu, di Australia baru aje diluluskan akta oleh kerajaan mereka yang memaksa semua pengeluar rokok menggunakan kotak standard yang sangat generik dan langsung tak menarik perhatian. Langkah ini amat ditentang oleh pengeluar rokok kerana dengan penggunaan warna yang sama pada semua kotak rokok, agak susah marketing jenama rokok dapat dilakukan dan sedang dibantah keras.

Tapi itu adalah langkah berani yang diambil oleh kerajaan Australia dan sepatutnya dapat dicontohi oleh kerajaan kita, tapi adakah kerajaan berani menanggung risiko syarikat2 pengeluar rokok tutup kilang di Malaysia dan bukak kilang di tempat lain?

Itu adalah sesuatu yang aku rasa kerajaan perlu beranikan diri untuk lawan dan tidak perlu takut kepada demand syarikat2 ini kerana kita semua sedia maklum, kesihatan rakyat jauh lebih penting berbanding kutipan cukai.

40 ulasan:

Henzy berkata...

Aku tak kisah siapa yg memerintah nanti, tapi perubahan yg baik seperti kepada rokok ni mmg perlu dilakukan.

Selain cuba perbaik kesihatan para perokok, kalau sekatan lebih keras ke atas rokok dilaksanakan, tubuh badan yg bukan perokok pun akan dijaga.

Tapi seperti biasa pelaksanaan di negara kita masih di tahap negara2 yg takde undang2. Di tempat2 terbuka masih ramai merokok, selamba. Restoran2, kedai2 mamak, kadang2 ada jer papan tanda kata dilarang merokok tapi semua dilanggar. Habis kena pada anak2. Takkan nak tunggu org tegur jer?

Rokok mmg bukans esuatu yg baik, dah tentu membahayakan org ramai dan diri sendiri.

Prince of Noob berkata...

rokok antara penyumbang cukai tertinggi untuk pendapatan negara... kalau penjualan rokok menurun, pendapatan negara berkurang, bila pendapatan negara berkurang, tak dapat la nak bayar bonus kat 1.4 juta penjawat awam dan bagi BR1M yg memakan kos sehingga berbillion2. sama juga dengan cadangan turun harga kereta. sbb tu kerajaan tak nak turunkan cukai atau stop penjualan rokok, arak, judi sbb benda2 tulah yg memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara.

mirul berkata...

apa fungsi rokok sebenarnya?
cuba terangkan sikit.

Tanpa Nama berkata...

ohh..aku baca post ko ni baru ingat dh 3 jam aku buat keje sampai lupa nak isap rokok..ok nak g isap rokok jap..

jack

adam berkata...

kenikmatan dunia sehhh. Memang begitu.

Mirul

Sumber ilham, dan peneman kebosanan kalau kau tanya aku.

Cik Siti Fairuz berkata...

ye ke adam, peneman kebosanan?
apsal ramai je layan t.tarik sambil dikeliling awek hot pn layan rokok?
alasan.. ke sebab mmg org sekeliling kau amat membosankan? ilham la sangat

adam berkata...

cik siti fairuz

Itulah. Saya cakap betullah tu. Walau ada awek hot pun di keliling bukannya dia boleh hilangkan bosan tekak die.

Kenapa menghentam orang sekeliling saya? What have they done to you?

You can say ilham la sangat but to me, it makes my brain running. So?


Cik Siti Fairuz berkata...

ooo adam jgn la marah
tu ayat umum lelaki lepak kt mamak..sgt menyusahkn rokok berbatang2 kt sebelah
bagus la otak adam boleh running...hehe
Akak pn tak kenal adam.ni ayat menaip dlm jamban

adam berkata...

Na'ah. Saya tidak marah. Cuma tertawa.

Melihatkan naifnya pandangan cik siti dalam istilah 'kebosanan' itu. Yang saya boleh simpulkan bahwa pandangan cik siti mengenai istilah kebosanan itu hanyalah

Bosan = pabila tidak dikelilingi orang.

Tak bosan = bila dikelilingi orang.

Walhal ada saja manusia memilih asing sebagai bahagia dia.

Yeah. Ayat umum buat mereka di mamak. Dan jawapan saya kepada mirul pula hanyalah solely reflecting myself. See the difference?

Jawapan itu hanya tertakluk kepada saya saja bukan insan lain. Up to their own selves if they want to answer Mirul's question.

Guess you are the one slipping into the abyss of boredom, that is why you are typing those comments inside the WC. Pretty much stuck in your denial world.

plain83 berkata...

Oh noes..perokok tegar yg butthurt detected..beep beep beep

adam berkata...

another inferior human being trying to look superior by using those 'brilliant' butthurt detected words.

ha ha ha.

Saya cuma menolak kenyataan cik siti sahaja yang tiba-tiba menghentam orang sekeliling saya dan pandangan naif dia mengenai istilah 'kebosanan' itu.

tidak pula saya pertahankan pasal rokok dari sudut pandangan cik siti itu.

cuma menjelaskan mengenai jawapan rokok kepada mirul buat diri saya sahaja.

i guess my head is running better than you all, non-smokers mighty human.

lihat cara menjawab sudah boleh menilai. cukuplah. kasihan sama kekonon trollers ini. pathetic.

Cik Siti Fairuz berkata...

wow..byk isap rokok.. boleh la otak tu running berjela jela.tipikal
takyah la nak cucuk sgt

plain83 berkata...

LoLz adam chill man..no need to get all 'fired' up over petty comments..i'm cool wit'chu man, if it gets your brain runnin' (even though it kills ya) than that's your thing..what ever works for you man..peace yow..

Tanpa Nama berkata...

aku bertahun2 dah berhenti merokok lepas dengar nasihat TGNA..
-coma-

Tanpa Nama berkata...

adam! adam! we want your brain!

adam berkata...

See? that is what i want to hear, the words like 'even though it kills you'.

somehow it is a good piece of advice instead of bashing off about something totally unrelated like orang keliling engkau. pretty damn stupid rite?

macam saya cakap abah aku bodoh dapat anak macam aku. gile takde kene mengenanya. bodoh aku akulah, abah tak terlibat.

im not fired up. just feeling sorry for all your answers that doesn't bringing up the discussion as it is supposed to be.

ok itu saja. Assalamualaikum wahai wanita berhati mulia,kudus suci dari dosa semua. Angels in Paradise.

plain83 berkata...

adam ma man why so serious? here's another piece o' advice man, life's too short to be all serious all da time, loosen up a bit n go wit' da flow..life's full o' haters you can't deny dat, just laugh it off n continue doing yow brainstormin'..

Tanpa Nama berkata...

adoyai, mcm ni la adam.. why u kenot brain this? isu rokok ni lapuk. takde bendanye ko nak menilai org cara menjawab isu pengharaman rokok kt sini. ok?
"bringing up the discussion as it is supposed to be" ptuih ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat pasti ke putrajaya jika anwar ibrahim umumkan harga rokok turun 80%.

adam berkata...

Anon

Entah mende-mende kamu cakap nih, bila pula saya ade petik suruh bincang pasal haram rokok segala pun tak taulah.

malas ah nak ludah-ludah ni. rase macam ludah tu jatuh ke muka kamu sendiri balik jek.

Tanpa Nama berkata...

Ada ke lg wanita berhati mulia, kudus suci murni mcm yang adam ckp tu? >_<

Cik Siti Fairuz berkata...

tu la.. aku pun baru nk ckp mana isu haram rokok kt atas tu?
pernah gak cuba merokok dulu zaman sekolah. sbb ada spy sana sini, terus taubat.
ni la psl tak pandai nk komen apa kt sini, otak tak running nih

Tanpa Nama berkata...

Bapak aku benti rokok lepas dengar tazkirah pasal rokok tu haram.
Dan dia adalah perokok tegar yg biasanya time sblm n slps mkn kene sap kok sbtg dua dlu.
(Walaupun dah terang dan nyata kat kotak tu tuleh haram)

-adila

Tanpa Nama berkata...

menggelabah aku tengok kau ni adam. muka konon2 jambu, ayat bermadah2, cakap nak omputih saja, rasa diri intelligent gila, dahla perasan diri sendiri dr pakar motivasi boleh menyelesaikan masalah orang... baru kena jentik sikit dgn 2 awek dah emo... booo

Tanpa Nama berkata...

1.bg aku merokok adalah haram kerana menzalimi diri sendiri dan org sekeliling.

2.aku rs perokok adalah org yg lemah otak.bergantung sgt pd asap beracun utk berfikir dan sgt lemah ketahanan mental untuk berhenti.

-mia-

Tanpa Nama berkata...

Perokok jg manusia dan ada hak untuk merokok!

Tanpa Nama berkata...

Woi Noob, takkan komen hang satu jaaa? X mao lawan ka?

Prince of Noob berkata...

tak perlah anon. highlight kat ruangan komen utk entry kali ni adam... entry lainlah aku komen byk sikit

btw apa bakal berlaku di Malam Merdeka ini? tengok kat sini hehehe....

frank berkata...

apeke bangang la komen adam ni.

EQUILIBRIUM berkata...

Saya perokok tegar yang sudah 2 kali ramadhan berhenti. harap2 lepas raya ni terus berhenti total. sebab utama saya berhenti merokok kerana tak mampu lagi mau bakar rm300 sebulan untuk rokok. saya memang tak percaya rokok membahayakan kesihatan. tiada bukti sains pun rokok membahayakan kesihatan. semua yang ada hanyalah bukti statistik merokok membahayakan kesihatan.

bayangkan dengan gaji bersih rm2000+ pun merokok telah menjadi satu bebanan untuk saya. boleh saja saya beralih ke rokok murahan tapi apalah nikmat merokok kalau terpaksa menghisap tembakau murahan. kalau satu hari nanti harga rokok turun dan gaji bersih saya mencecah rm5000+ saya akan menikmati semula tembakau asli organik Dunhill Menthol 20s.

Tanpa Nama berkata...

adam ni bajet lebih. lu sorang je lah yang cool boleh berfikir lepas hisap rokok adam. orang lain tak. naib baik lu punya muka jambu. stim jugak sikit.

Tanpa Nama berkata...

Rokok nie memang peneman dikala bosan. Jadi agak penting jugak la aku rasa.

Master Yoda berkata...

rokok tu haram...full stop

kalau boring, buat aktivito lain selain rokok...berjalan ke (just jln ambik angin) dari duk then sedut asap and nikotin masuk dlm paru2...

cuba bagi aku 1 point rokok ni bagus dari segi medic...aku nak yg saintifik punye, siap lab test and ade research paper bagai...kalau ade, aku cash in RM 100..

Tanpa Nama berkata...

Perkara tebaik lps mantot balik becuti dia rajin update blog. tu y aku suka. mmg betol2 energetic. dh lama aku tggu saat ni. Leh baca blog smbey sapkok. pehh..feel~

-pena-

Tanpa Nama berkata...

Perkara tebaik lps mantot balik becuti dia rajin update blog. tu y aku suka. mmg betol2 energetic. dh lama aku tggu saat ni. Leh baca blog smbey sapkok. pehh..feel~

-pena-

Tanpa Nama berkata...

Aku tak suke perokok, nak termuntah baunya,nak pulak asap rokok lebih memberi efek pada orang yang tak merokok yg ada dkt perokok, so kalo ada perokok, aku blaah or tukar meja..lg satu bj kita jgk nanti berbau..

Tapi janganla kacau adam wei, dia cuma ckp nk hilang kebosanan je, dh kena smash cam hape..lek arr korang..ckp omputih pn tak leh..mende arr..rilek arr.. =)

-makcik kpg sblh-

Tanpa Nama berkata...

tapi aku merasakan si adam tu bbnu-budak2 baru nak up. kah kah kah,

Tanpa Nama berkata...

adam bajet cool...ni king anom da dtg...jom campak adam ke lautan titanic bersame noob ...

Dunhiill berkata...

Cukai rokok tinggi ialah win-win situation. BN tambah kaya & paksa perokok berhenti rokok agar non-perokok selamat. heh...

nazri berkata...

kesihatan rakyat lebih penting? bunyi macam kalau orang merokok, itu salah kerajaan. sendiri ada otak fikir la isap rokok tu ada faedah ke tak, takkan itu pun nak kena di ajar. nak kata bodoh nnti nampak kasar pulak tapi, mmg pun