Dalam Harakah beberapa menjak ni kecoh pasal pelaksanaan sistem speed trap baru yang dinamakan AES..apa maksud dia aku tak ingat..automatic enforcement system kot? Atau "Auto Ekor Saman."
Beberapa pemimpin PAS memberikan pandangan dan kebanyakan pandangan diorang berbunyi agak negatif mengenai pelaksanaan benda ni. Antara yang disebutkan adalah ;
1. Ini projek kroni
2. Sistem ini tidak adil
3. Kenapa kena rahsiakan lokasi sistem tu dipasang?
4. Ini bertujuan untuk menghukum!
Aku kurang bersetuju mengenai pandangan diorang. Sebab pada aku, kalau lokasi diberitahu kepada orang ramai, surely...orang ramai hanya akan slow pada lokasi2 tertentu. Kita semua sudah maklum, itu adalah mentaliti pemandu Malaysia sekian lama.
Kita ambik petikan ini dari satu forum yang jelas menunjukkan mentaliti rakyat Malaysia ;
Ini lah mentaliti orang Malaysia. Najib bagi projek kat kroni, salah...tapi diri sendiri tak dapat nak patuh had laju jalanraya. Salah satu benda yang paling aku tak suka dalam pelaksanaan undang2 Malaysia adalah undang2 trafik yang main2. Benda paling cilaka sekali yang selalu dibuat oleh orang lain, khasnya kereta2 besar (dan kadang2 Perodua Viva bikin) adalah tidak langsung takut had laju jalan raya. Kenapa orang putih yang bawak Ferrari, yang bawak Rolls Royce atas jalan...boleh ikut speed limit? Kenapa orang negara lain yang bawak motor 1300cc boleh ikut had laju yang ditetapkan...kenapa kita tak boleh padahal ramai yang bawak setakat Yamaha LC135cc?
Sebab ada mangkuk2 ayun diluar sana yang berpendapat, dia boleh bawak laju selaju mana dia nak dan jangan ada sapa2 pun blok jalan dia kalau dia tak akan high beam dan high beam dan high beam...dan apabila dah potong, usha buat muka tak puas hati. Kau nak buat macam tu kalau orang tu bawak 50-60km/j dekat lane kanan buat la, tapi kalau kau dah capai limit had laju jalan tu, kalau kau nak pegi laju lagi pandai2 la kau cilok mangkuk!
Orang2 macam ni adalah parasit atas jalan raya yang perlu dibendung...sebab mereka bukan setakat parasit...tapi mereka juga adalah talam dua muka. Sebab kalau dia nampak polis trafik kat depan, cepat2 dia akan masuk lane tengah dan bawak ikut had laju.
Aku cukup setuju kalau kerajaan menjana pendapatan negara dengan mengutip hasil daripada wannabe racer macam ni. Dah sah2 kalau kena saman dengan polis trafik, dia akan buat muka seposen dan mintak tolong. Sebab dia tau dia boleh lepas.
Jadi, aku cukup setuju sistem ni dilaksanakan. Sebab apa? Sebab ramai di luar sana yang bawak kereta takde rasa takut dengan undang2...melainkan ada kelihatan polis atau JPJ.
Pelbagai faedah boleh dinikmati, antaranya ;
1. Kurangnya peluang untuk polis trafik menjana pendapatan sampingan
2. Menerbitkan rasa takut kena saman pada setiap pemandu
3. Menjana pendapatan negara
4. Rosmah Mansor gembira kerana nilai2 murni dapat diterapkan pada masyarakat
Tak banyak benda yang aku setuju dengan tindakan polis, tapi ni adalah antara langkah bagus yang telah diperkenalkan.
Mungkin selepas ini, pihak polis boleh letak kamera di mana2 lokasi hotspot trafik jam dan saman golongan2 pemandu yang suka potong queue trafik secara AES jugak. Bayangkan, berapa juta kita boleh kumpul setiap hari? Dan letakkan gambar diorang dalam internet. Kah kah kah kah!
Yang paling penting...takkan la rakyat biasa aje kena speed trap ni. Menteri yang bawak untuk personal reason atau anak2 menteri yang bawak kereta macam lahabau takkan tak kena kot?

Just drive over 160KM/H than you avoid saman because i heard that speed trap machines in Malaysia cannot do over 160KM/H reading...
Bawak aje lebih 160km/j kau boleh elak saman sebab aku dengar mesin speed trap detector Malasia tak dapat tangkap lebih dari tu

38 ulasan:
aku tak suka tgh2 bawak laju ada orang high beam dr belakang. normally benda ni jadi bila aku nak ke johor. ada je singaporean yg duk high beam lagi laju drpd aku. cilake.
..memang rakyat biasa je yg kena saman trafik... rakyat biasa je perlu patuh undang2...
satu berita baik untuk yg keje gomen. bila makin ramai kena saman, pendapatan negara makin meningkat. bila pendapata negara makin banyak, senangla kerajaan nak bayar bonus dan duit raya setengah bulan utk penjawat awam.
nak bawak laju ikut suka hati ko la. kalo yg mati tu ko takpe. org tanam je terus. tapi bila ko yg bawak laju pastu langgar pulak orang yang bawak kenderaan dgn berhemah tak ke naye je org yg baik itu. siap pakej anak bini org tu pulak naye. kalo tak raya kat hospital raya kat kubur.
jgn le pentingkan diri. naye je kat org lain. nak tunjuk terer sgt pergi le lawan kat litar. tunjuk le ko hebat hingga peringkat dunia. bawak nama malaysia ke peringkat antarabangsa ye dak. mati kat trek bawak moto/kete laju org tak marah pun.
tak betul hang punye komen ni...
goverment memang nak sapu duit rakyat cukup cukup...
sepatutnya goverment tak payah buat speed trap pun...
implement je cut-off speed sume kete kat Mesia ni not over that 110kmh... settle!
goverment save duit utk beli kelengkapan sped trap.. kos nak kawal selia polis pun makin kurang... eksiden pun konferm kurang bile sume orang dah tk bleh speeding more than 110kmh...
itu lah 10 sen dari aku...
implement cut off speed 110kmh? setel?
apa punya pendapat..kalau pemandu2 dok bawa kereta laju2 lebih 110kmh jugak, takdak guna...sekarang ni had laju 150,160 pun orang dok langgaq...orang buat taktau ja
ko lupa tot,
kalo jadi pemain bowling kebangsaan pun boleh lepas undang-undang.
sila tambah dalam list ko.
To Bro Sabri...
Implement Cut-Off??? sdgkan skang ni yg xde guna cut-off pn depa dok upgrade enjin dari 1.5 pergi ke 2.0 contoh mcm wira yg dok berspah skang ni nk jadi Evo la konon...WEVO tu yg dari enjin 1.5 upgrade jd 2.0 turbo dan ada gak jadi 2.0 NA.. so adakah bro sabri rase kalau implement cut-off tu boleh berjaya??
Aku rasa tidak sbb kat Malaysia ini ramai yg pandai dok upgrade sana sini nk jd inventor x ramai tapi upgrader mmg ramai.. so anytime je cut-off 110 tu bole dorang buka dan transform jd 220..
tak salah bagi aku nak bawak laju.tp kena beringat.bukan semua yg bawak laju2 tu kurang ajar dan sebagainya..dan yang bawak slow pun bukan semua yang bagus, smp ada yang kekurangan "common sense" yang menyusahkan pengguna jalan raya yg lain jugak..contoh?ntahla.korang sndiri pn penah je kot mengalami situasi camtu..sendiri fikirlah.
kalau aku terbawak lebih 1km/h pn dah kne speed trap (true story),aku dah tak tau nk buat ape lagi lah...
hehe...aku suke faedah yg dsenaraikn oleh mantot; kurangnya peluang untuk polis trafik menjana pendapatan sampingan. adakh trjamin tot? lg tggi samannya lg tinggi pendapatan terjana. ko g bayar saman kat trafik jalan bandar. akan ada polis ulat saman offer selesaikan ikut pintu belakang...hehe
Kalau nak menakutkan rakyat, letak jer sekali saman RM5,000 tak pun lebih lagi. Baru betul menakutkan. Itu bukan hanya menakutkan kerani dan pegawai rendah, malah pegawai atasan, senior enggineer pun cuak. Alasan nak menakutkan tidak cukup relevan.
Kalau boleh ulas sekali kenapa sampai dua company swasta yang terlibat, dan akhir mereka mempunyai target untuk kutip saman melebihi RM10juta? Apa tujuan sebenarnya? Untuk untung atau untuk menakutkan rakyat? Faham-faham je la kan, nama pun swasta.
Kena lihat realiti jugak. JKR dan polis dua badan yang berbeza. JKR tetapkan had laju jalan, kadang2 sampai tak masuk akal. Jalan besar, cantik, 60km/j. Lebih sikit kena saman. Tanya polis, dia kata tu under JKR. Dia tau saman je.
Pedehal jalan yg patutnya kat tempat lain had laju 90km/j, tapi kat situ 60km/j dengan keadaan jalan yg lebih kurang sama... Bila tanya JKR, diorg belum dpt arahan utk update had laju. Sudahlah papan tanda had laju pun tersorok. Malah ada yg takde papan tanda lagi, alih2 saman datang.
Kawasan2 macam ni patut dan amat sesuai pasang AES tu. Setakat 1 hari, boleh dah capai target swasta+kerajaan, RM300,000 (andaian minima 150 buah kereta yg lalu situ)
aku blaja kejuruteraan awam, buat kajian jalan raya..blaja nak buat jalan..blaja kenapa ada had laju...jgn ckp jalan cantik besar letak 60km/j takde sebab..suma bersebab..banyak faktor..jumlah kereta normal, laluan angin, laluan haiwan, laluan manusia, jenis foundation bawah jalan, jenis tar, jenis batu, dan lain2...
lawak gak ada cadangan letak cut off speed tu...manusia yg memandu tu kena jaga sikap - lebih bertamadun...bukan kereta tu yg salah...hehe...takde plak dgr negara maju buat cut-off speed limit enjin kreta...hahaha..lawak..
Orang belajar kejuruteraan awam patut tahu berapa tahun sekali kena update. Ini tidak, sampai 30 tahun, macam tu jugak had lajunya. Apa binatang nak lalu kawasan tu pulak..
patutnya kalau binatang lalu, letak la signboard binatang lalu. berhati2. bukan letak had laju semata2. pastikan papan tanda had laju tu ada, ini tidak.. tau2 dah kena saman... bila check kat polis, suruh tanya jkr. tanya jkr, dia kata xtau pasal signboard. apa daaa..
bro yang orang x puas hati bukan sebab xleh speeding, tapi yg kene kt jalan biasa area 60-70kmj. Time jalan kosong kadang2 x prasan speed dh 80kmj lebih..aku dah dapat bersepah saman ekor speed bawah 90kmj
pandu perlahan tapi tak cekap juga bahaya.mgkin lebih bahaya.
kalau dh jalan kosong tengah2 mlm plus hiway lari laju sket 130-140 pun kene saman.aku rasa x adil.lain la kalu tgh jam ujung minggu ke PD.
punca banyak kemlgan di malaysia - TERLALU RAMAI YANG TAK LAYAK DAPAT LESEN BERJAYA DAPAT LESEN(x cekap memandu, buat decision2 yg merbahaya)
oh ya, drunk drivers must be banned.for life.sekali je dpt tangkap sita trus lesen.ini adalah pemandu paling merbahaya.lebih bahaya dari aku rempit kelisa aku 140km/h di jalan kosong menghala ipos
kete moto CC besar2,enjin kuat tp takleh bawak lebih 110km/h..hmmm...buang karan...
kesian kat org yg cuma mampu beli kete/moto CC kecik...kalau time2 musim perayaan boleh faham la kalau ade sistem AES ni.tapi kalau dah implement permanent nnt..baik xpyh jual la kete2,moto2 kuat...
so bgtau jela lokasi AES ni..ok apa..terus terang aku pn bukan nak ikut sgt undang2 jalan raya...tipula suma org baik sgt nak ikut...kalau ada tuuu..BAGOSSSlaaahhh....hehehe
bg sy,
xpayah letak speed limiter ke saman ekoq ka apa ka..
BACK TO BASIC.. SIKAP..
kaji n impliment balik :
cmna kita bg lesen kat seseorang pmandu..
cmna jln raya kita..
cmna undang2 kita..
kalo jln elok, keta canggih tp sikap pmandu xkisah la laju ka plahan ka tu mcm VAVI, xguna gak..
smua org marah bila pmandu laju..
smua org marah bila pmandu tkedek2 n super sopan n cermat kat jln..
BACK TO BASIC.. SIKAP..
Kalau aku exceed limit automatic saman, kalau aku tak boleh bawak 110 kmh sbb jam, sapa pulak nak saman PLUS?
mohon cipta AES untuk saman pemandu wanita yang bawak slow tapi duduk dilorong tengah, dan tukar lane sesuka hati tanpa tengok side mirror atau cermin belakang... kalau dapat cipta mesin AES yang begini, konfem akan capai target jumlah saman tu....
Kalau dh name jalan raya,10 lorong sekali pun speed limit tetap 90km/j.hiway pun same.kalu ade 28 lorong pun speed limit takat 110km/j je.speed limit ni bkn engineer yg tetap kan.tp bdn yg berkaitan keselamatan.moral nye,jgn salah kan jkr.
sebab apa belanja juta2 sistem AES ni?
utk pastikan rakyat selamat di jalan raya atau nak pastikan rakyat ikut peraturan jalan raya?
klau nak kata sruh rakyat ikut peraturan, kenapa bersungguh2 bab jalanraya ajer?
so mungkin utk pastikan rakyat selamat tanpa eksiden di jalan raya..
AES ni dipasang di jalan2 persekutuan dan jalan2 negeri juga ke?
mcm mana AES ni boleh memastikan jumlah kemalangan membabitkan motosikal dapat dikurangkan, sebab majoriti kemalangan dan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal... penunggang motosikal juga tertakluk pada skim AES ni juga ke?
harap2 kadar kemalangan menurun kerana AES ni sebab kalau tak turun2 gak kompem kjaan tak reti buat keje, belanja juta2 takder hasil.
Apa kejadahnya beli speed trap device beratus ribu ringgit.....Kat sekolah menengah lagi Cikgu dah ajaq mcmana nak Kira jarak Dan masa....contohnya....jarak Antara aloq setaq ke sungai dua penang lebih kurang 110 km...kalau ambil kad plus Kat tol pkl 11.00 pg mesti sampai Kat sungai dua tak kurang pkl 12.00 tgh.kalu sampai kurang automatic dia bawak lebih 110 km/sejam.sampai ja Kat tol sungai dua bunyi alarm Dan assist keta tersebut utk disaman....So...kalau anda....nak bawak laju?boleh.....tp kena sampai time yang ditetapkan.....bawak la 180km/j pun .....sampai Kat tol parking tggu time.....hahahaha......laju sebab nak cepatkan.....
Tak kan menteri tak belajaq pasal calculation ni?senang ja.....tu kalau Kat highway kan.....kalau Kat jalan biasa mcmana plk?......Kita bg menteri yang pikiaq....org bawahan dia banyak dok buat apa....bonus dapat....gaji mahal... Kalau tak tau gak nanti aku post...
Untuk pengetahuan, dalam AES, lokasi kamera tidak dirahsiakan. Akan ada 'signboard' besar memberitahu ada kamera di hadapan. Lokasi kamera pun hanya diletakkan di tempat yang kerap berlaku kemalangan maut, bukan main serkap jarang je nak letak. Kalau nak kata saman ekor pun tak berapa sesuai sebab setiap kali kenderaan buat salah, kamera akan tangkap gambar, so kalau tak puas hati, bole 'request' gambar sebagai bukti. Tapi aku rasa saman akan dihantar sekali dengan gambar.
manusia liar, sukar nak dijinakkan..
Lagi besar kete, lg tingi cc, lagi laju la dieorg.. aku xpenah jumpe lagik ferrari bawak 100 kat highway... merc ke, bimer ke, samer je memasing. jual je kete kecik.. nk laju pn takat maner sangat. jgn bg dierorg tukar enjin.. ha. setel
Psg aes kat kawasan sekolah2.xpenah lg aku nmpk kereta bwk bwh 30kmj area tu.komfem sehari je dh dapat juta2.
selamat hari raya yang bakal tiba mantot. bawak keta berhati-hati balik kampung. baca doa naik kenderaan insyaAllah elok jalannya.
Cakap banyak2 pungpang pungpang pun x guna la..
Balik kampung nanti ikut aje peraturan..
Susah sangat ke..
Nyawa lagi penting kot..
LOL.
Saya doakan kamu semua selamat sampai ke destinasi masing2..
Selamat Hari Raya and Drive safely allz...memasing macam bagus je bebual kat atas tuhhh...hahahaha
bawak slow-slow sudah abis
tapi singaporean selambe aje keluar masuk malaysia wpun saman tertunggak..
patutnye Malaysia kutip kat diorg sekali... jgn lepaskan kereta singapore kalau diorg ade tertunggak saman, ini pun pendapatan jugak
kalu guna satelit adakah ada masalah bila awan mendung seperti astro..?
Mokcik bawak laju laju sebab nanti nk beratuq panjang bayaq duit kat PLUS, jgn suh mokcik guna smarttag yg salu takleh read pastu mokcik kena reverse keta plak, kete belakang hon hon mokcik.. guna T&G kena bukak tinkap, kete proton mokcik power window kalu bukak takleh tutup dah..nk bukak pintu bagai bek mocik beratuq bayaq kat toll booth udah
mokcik limah
Aku setuju dengan pandangan harakah no 3 & 4. Kata mentaliti, tapi yang rahsiakan tu pon mentaliti juga. Apa kata mentaliti yang berkuasa tu tukar dulu, educate rakyat malaysia untuk ikut had laju at least kat tempat yang dipilih. Tempat tu dipilih sebab mungkin statistik kemalangan teruk kot? then memang lebih baik ler kalau semua orang aware & slow masa tu. Saper yang oppose tu, confirm sebab nak dapat pendapatan dari saman kot?....
Catat Ulasan