Dah lama aku tak pegi zoo.Aku rasa last aku pegi bila aku kecik.Masa aku pegi tu aku ingat lagi haiwan2 dia semua aktif- aktif. Berlari,mengaum,mengembek,boleh kata haiwan tu bertindak macam haiwan.Seolah-olah binatang2 tu dah dilatih untuk memuaskan hati pengunjung Zoo Negara.Tapi,bila aku pegi hari tu...
Binatang2 semua macam segan mati tak mahu.Harimau nak bangun malas.Rusa nak berdiri pun malas.Orang utan lebih gemar duduk berdua-duaan sambil mencium ketiak pasangan mereka (kisah benar)
Zoo Negara kini sudah semakin usang.Akuariumnya sudah habis bercalar balar.Haiwan2 nya pun dah makin berkurangan.Binatang juga kelihatan kurang gembira berada disitu.
Apatah lagi dengan wujudnya gerai2 yang berlambak-lambak disekitar compund Zoo.Aku tak menyalahkan faedahnya,tapi bila budak-budak lebih gemar memandang ais krim berbanding zebra di sebelah gerai,payah Zoo Negara nak survive.
Zoo Negara wujud tanpa sokongan kerajaan.Satu hari makanan harimau,RM200.Masalah kewangan memang menjadi penyebab utama kemerosotan kualiti Zoo Negara.Tetapi tidak perlulah dicekik pengunjung2 yang dahaga.Bagaimana hendak disokong jika peniaga yang berniaga merebut peluang keemasan menjual "2 scoop ais krim Walls + kon ais krim murahan" dengan harga Rm7.90?Adakah itu yang dinamakan tolong Melayu?
Dan bagaimana pula dengan mereka yang sudah berkeluarga?Tidak ramai yang mampu berkunjung ke Zoo Negara.Dengan harga tiket dewasa Rm20 dan harga tiket kanak2 Rm6 beserta bayaran parking RM4.20,sebuah keluarga dengan 2 orang anak kecil perlu membelanjakan Rm56.20 hanya untuk berkunjung ke Zoo Negara.Tidak ramai yang mampu untuk membelanjakan nilai itu kerana nilai itu sangatlah besar sebenarnya.
Zoo Negara adalah satu warisan negara yang perlu dihargai rakyat Malaysia.Tetapi statusnya sebagai Zoo Negara sepatutnya mampu membuatkan rakyat dapat mengunjunginya kerana faedahnya besar.Kita tidak mahu generasi muda tidak kenal bagaimana rupanya beruang atau harimau,keliru antara seladang dan lembu.Tetapi,selagi Zoo Negara tidak mendapat bantuan kewangan yang mencukupi,selagi itulah majoriti rakyat tidak berkemampuan untuk mengunjunginya.
Selamat menonton
Kesimpulannya,jika anda ingin membawa anak2 anda ke Zoo Negara,pastikan anda menyimpan Rm100 untuk bayaran tiket dan parking,kemudian bawa bekal makanan.Sila buat piknik di kawasan Zoo Negara kerana ia adalah satu kesilapan besar jika anda ingin membeli makanan dan minuman di situ.
Harganya tak masuk akal.Bawalah anak2 anda secepat mungkin sebelum haiwan di Zoo Negara hanya tinggal kambing dan rusa.Tidak berbaloi dikunjungi jika dikirakan budgetnya tetapi berbaloi untuk mendidik anak2 mengenai haiwan2 yang kian pupus.Lawatilah sebelum terlambat.