Ogos 29, 2009

Gedung Kartun HARAM!Buah Dada..eh Mangga TAK HARAM

Ini adalah satu posting lama aku yang aku saja nak letak balik sebab aku rasa kerajaan menggalakkan penyebaran benda2 camni kat Malaysia jadi aku hanya menurut seruan kerajaan.Aku kena pastikan semua rakyat Malaysia dapat tengok benda ni.

Ye lah,benda camni HALAL pada kerajaan Malaysia yang majoriti menterinya Islam.

Majalah kartun yang membuatkan rakyat berfikir dirampas dan dipastikan tidak diedarkan.Tapi majalah2 macam ni yang sudah pasti membuatkan lelaki tidak senang duduk dan perempuan menyeringai dijadikan sebagai salah satu bacaan umum masyarakat kita?

Mana lagi salah?
Kutuk pemimpin yang tak serupa pemimpin dalam majalah atau keluarkan majalah yang merendahkan taraf gadis2 Melayu?

Entahlah.Mungkin menteri2 kita otak diorang memang dah tak berapa betol.Selamat menjamu mata anda dengan imej2 yang dihalalkan kerajaan Malaysia.

.................



Minggu lepas,ketika aku singgah kat kedai membeli barang makan,aku terpandang dekat majalah-majalah yang tergantung.Mata aku tertumpu dekat satu majalah yang agak "menonjol," mungkin sebab majalah tu mendapat makeover baru.Memang jelas kelihatan terang,membuatkan aku sedikit tertarik.Itulah majalah Mangga.Selain dari warna yang terang pada muka depan nya,aku juga tertarik dengan penggunaan font yang kelihatan simple tapi sangat effective.


Aku pun dengan gaya selamba dan tanpa malu2 (sebab takde orang) aku pun capai dan bayar.Menarik jugak kalau dapat dijadikan bahan bacaan menambah ilmu "di dada".Banyak artikel-artikel menarik dan ilmiah dalam Mangga ni,maklumlah semua majalah keluaran Utusan memang bagus.Bukak aje majalah ade gambar Stacy,aku tak tau pun siapa dia ni.Rasa2 aku dia ni AF kot?Aku suke tengok pakaian dia,membuatkan gadis ni nampak ceria.




Aku pun teruskan bacaan aku.Bahagian mula-mula ni,banyak gambar2 artis yang popular contohnya Erin,Afiqah,Zoey,Aweera,Oshin dan ramai lagi artis2 yang semuanya berbakat dalam bidang mereka ceburi dan sangat2 terkenal. Ada jugak gambar Zac Efron topless,aku suka betul dia ni dalam High School Musical.Selak2 lagi ada gambar Diana Danielle.Bagus budak ni,memang patut pun dia dijadikan role model kepada budak2 muda sekarang.Aku rasa semua budak2 lepasan SPM boleh jadikan Diana ni sebagai contoh seorang student yang cemerlang.Dalam gambar Diana ni,ada la tunjuk dia dengan pakaian repelling tali.Nampak macam seronok PLKN ni.Rugi jugak aku tak pegi.

"Wow,ada satu artikel berbaloi dibaca!Ada VIP dan laki orang nak pikat Eira Syariza." Siapa Eira Syariza ni?Entahlah.Aku tak pernah dengar pun.Tu semua tak penting,yang penting,dia seorang yang bermoral.Dalam artikel tu,dia menyatakan,dia takkan layan VIP dengan laki orang tu.Bagusla ramai perempuan camni,aku hepi dengar bila ada perempuan tak nak ambik kesempatan camtu.Kat sebelah ni aku letakkan gambar Eira Syariza ni,supaya lepas ni korang takkan nilai orang ikut pakaian dia.



Habis baca tu,aku terus sambung lagi membaca.Siapa kenal Zandra Aziela?Aku suka dia ni bila tengok dalam TV.Dia player bowling negara.Dia kata,dia bertuah sebab dapat seorang Pakwe yang understanding dan pandai memujuk!Aku rasa mesti ramai yang tertanya2 kan macam mana perangai pakwe dia,akhirnya sekarang kita dah tahu.Oh!Gila aah pengakuan ni...satu pengakuan yang berani dari Ruby.


Bila aku baca Ruangan Bicara Romantis,kata-kata yang terkandung dalam ruangan tu membuatkan aku rasa betapa bersyukurnya aku kerana dapat mencinta dan dicintai.Aku faham sangat bagaimana rasanya bercinta ni,setiap saat aku selalu terbayang aje awek aku,apa yang dia buat,tertanya-tanya,rindu selalu menyelubungi jiwa.Tulisan brader ni membuatkan aku hampir menitiskan air mata sebab bila aku hayati luahan perasaan dia,aku dapat rasakan betapa kuatnya perasaan dia menghargai cinta.Brader Aiman Arief,aku harap kau bersabar.Bunga bukan sekuntum.Sabar.Aku ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menghantar luahan perasaan anda kepada majalah Mangga ni.Bagus kalau tahu ada orang yang sama menghargai percintaan sekuat aku.

Ada artikel mengenai sepasang couple yang baru aje berumah tangga iaitu Yatt,aku tak tau sapa Yatt ni,tapi Yatt la nama dia.Dia baru aje kawin bulan Mac dan dia telah pun ditemuramah oleh Mangga untuk menceritakan mengenai pengalaman berumah tangga diorang ni.Aku rasa soalan-soalan yang diajukan oleh Mangga sangat bersesuaian dengan keadaan sebab aku sure,semua orang yang baru kahwin tidak lagi segan silu menceritakan mengenai pengalaman malam pertama mereka.Bila dah kahwin,semua pasangan perlu berterus terang seperti Yatt ni.Barulah boleh dijadikan pedoman kepada mereka yang belum berkahwin.

Bila aku sambung baca lagi,ada dua page yang mengandungi maklumat-maklumat yang boleh dikategorikan penting.Aku agak terkejut bila mengetahui Khaty ialah gelfren Zed Zaidi.Aku mati2 ingat Zed Zaidi single lagi!Kemudian Ain pulak menceritakan macam mana percintaan dia diganggu oleh orang ketiga!Artikel berikutnya pulak menceritakan mengenai pelakon berwajah manja,Shieyna merasa sungguh bertuah dengan pakwenya.Kemudian ada lagi satu artikel mengenai pelakon lelaki hensem iaitu Nizen yang mengakui dia sudah pun berjumpa dengan si dia yang special.Aku tulis kat sini sebab aku rasa rugi kalau aku tak share benda2 ni dengan korang.

Ada poster cun,gambar pelakon terkenal,Diana dengan boifren dia kot,terkenal jugak kot boifren dia ni iaitu Syed Ali.Kat mana nak carik baju macam yang dipakai oleh Syed Ali tu?Brand Pepsi Cola ni ok ke baju dia?Baju Diana pulak mempunyai motif batik pada baju dia,aku pun memang tengah buat research pasal batik ni jadi sedikit sebanyak membantu aku dan juga dapat membantu memperkembangkan lagi industri batik Malaysia ni.




Bila aku tengok gambar kat sebelah ni,aku jadi tak paham.Sebab berdasarkan pengalaman aku,bila perempuan jumpa perempuan,memang nak bergaduh aje.Macam member2 aku dulu,budak2 pempuan yang duduk serumah,ada je tak puas hati dengan housemate.Tapi dalam gambar ni,3 orang pempuan ni dapat duduk sekali tepi swimming pool dengan muka tersenyum gembira.Nampak keakraban diorang dalam gambar tu.Aku harap lepas korang tengok gambar ni,korang boleh try pupuk semangat muhibbah yang jelas menonjol dalam gambar tu.Bagus photographer dia.Gambar sharp.Costume artist dia pun pandai memilih busana.Warna2 yang digabungkan tu dapat menghasilkan kontras dalam gambar yang kuat.

Kepada lelaki2 yang keseorangan,aku syorkan korang beli Mangga tiap-tiap bulan,sebab dalam Mangga banyak cerita mengenai bagaimana nak menjaga perasaan perempuan.Macam artikel sebelah ni,Hafiza jeles bila ramai perempuan usha boifren dia.Moral dia,kalau dah ada awek,jangan menggatal.Ain pulak diganggu VIP dengan cerita lucah,moral dia,perempuan tak suka dengar atau tengok cerita lucah.Widya belum ada kekasih,jadi,cepat2 la tekel Widya.Ketiga-tiga artikel ni dapat memberikan pengetahuan yang berguna dan aku suka cara penulisan yang sangat bersahaja yang ditonjolkan.Ada maksud mendalam tapi kita perlu berfikir untuk dapat tangkap maksud dia.

Eh,ada lagi gambar Diana tadi!Dalam gambar ni,corak batik tu nampak lebih jelas.Kalau kita tengok corak dia betul2,idea motif tu datang dari bentuk daun yang digabungkan secara menegak untuk menghasilkan satu rekaan yang agak outstanding dan menonjol.Baru aku perasan,licin betul kulit Diana ni.Macam mana dia jaga kulit dia nak elakkan kulit ada spot2 merah aa?Kulit aku sensitif bila kena panas.Nampak selesa sofa yang dia duduk tu.Mungkin sofa kulit.Masalahnya sofa kulit ni kalau buat tidur rasa panas kan?Ke tu PVC?


Ni yang aku paling suka tengok!Lelaki yang aktif macam ni.Sebab bila kita selalu pergi berenang di tepi kolam renang,secara automatik badan jadi sihat.Rasulullah pun suruh kita berenang,sunnah tu.Aku harap daripada kerajaan buat kempen2 besar-besaran suruh kita amalkan cara hidup sihat,lagi baik kalau kerajaan galakkan lebih ramai lelaki pergi berenang.Lepas habis berenang,lepak tepi tangkap gambar sebagai satu daya penarik untuk masyarakat kita memulakan hidup yang lebih baik.

Sebagai penutup,aku ingin memperkenalkan kepada korang bintang baru yang bakal naik iaitu Hafiza.Dengan berbekalkan bakat yang dianugerahkan Tuhan,Hafiza berharap agar segala kebolehan dia dalam bidang lakonan dapat digunakan sebaik mungkin. Dia juga berharap peminat dapat mengingati drama2 lakonannya dengan penggunaan ekspresi muka yang berkesan dan penghayatan watak yang dramatik.

Aku perkenalkan kepada korang,pelakon baru yang bakal meletup...HAFIZA.

Hafiza,pelakon baru yang bakali meletup

Cuba la baca Mangga dari satu perspektif yang lain.Mesti korang pun akan nampak macam apa yang aku nampak.

27 ulasan:

ashraf sahdan berkata...

kah kah kah..
betul2 beb..
kerajaan huru hara..
menteri2 pon baca mangga..
tu yang tak bley haramkan tu..
muahaha..

berkata...

Double standard?

Tapi bukan majalah je yang kena. Filem pon. Yang lokal tak boleh dah tunjuk lumba haram, bohsia, hantu, tahyul semua. Tapi, kalo filem luar apa cite? Kalau dalam kategori (lebih kurang) sama kena ban ke semua? Kalo cite rempit tempatan tak boleh tayang, asal (franchise) Fast & Furious boleh? Kalo cerita tahyul lokal tak boleh tayang, kenapa Harry Potter boleh?

Aku bukan layan pun cerita merepek tu semua, tapi aku tak percaya dengan censorship. Tinja je semua tu. Seni (tak kira serius atau picisan) kalau dah ditapis, dah takde makna dah.

Kalau ikut aku, biar je semua tak bertapis. Seni sampah ke, avant garde ke, bogel ke, tahyul sesat akidah ke, biar tayang je semua tak bertapis. Kalo dah pandai guna otak, mesti boleh pilih sendiri kan yang mana terpuji, yang mana terkeji? Kan? Self regulated la.

Tapi.

Melayu sensitif lebih. Dahla sensitif lebih, malas berfikir plak tu. Orang suap, dia telan. Patutla semua benda kena ban. Kalo tak kena ban, kena tapis sampai tinggal sisa je.

Pasal Gudang Kartun tu, mungkin artikel dia boleh tahan pedas. Tapi bab kartunnya dah basi ah. Sesiapa yang dah reti baca blog tak perlu kot baca kartun dia. Isu basi 2 bulan dah, format pun stuck in the 90's lagi. Tak rugi apa kot kena tarik majalah tu.

Come on la Zunar. Tak mencabar langsung. Aku percaya dia boleh buat jauh lebih baik dari tu. He's a fucking legend! Strip dia yang dalam Harakah 10 tahun lepas lagi fresh dari yang dalam majalah tu kot.

RM4 untuk majalah kartun 68 mukasurat? Pfft!

Tanpa Nama berkata...

"menarik" sungguh mangga tu... ..
baik lagi makan buah mangga..

Obefiend Weiland berkata...

pasal tu kena pandai bypass guna PARODY

jgn direct sangat. bila direct sangat otak lembu nampak apa kita buat

aku rasa zunar kena belajar dari P Ramlee la. Macam cara dia ejek UMNO dalam Bujang Lapok. orang tak perasan sangat kalau macam tu. padahal dia nak kata umno tu sarkas

HAHAH HAHA

btw

orang yang sama dok kata dia isle ialah orang yang keje kat KDN dan luluskan majalah tetek ni. aku? aku layan je... tapi aku wasatiah dengan bacaan lain. BOLE KE CAMTU?

aahahahahahah

ahahaahaha

Obefiend Weiland berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aizat berkata...

aku rasa sel sel otak aku dah mati sikit tengok entry ni.. bukan pasal gambar, tapi pasal isi kandungan. gambar tu "menghidupkan" benda lain..opps puasa.

Lady D berkata...

malaysia boleehhhh!!!!!
itulah dia perempuan2 ada otak tp otak simpan dekat kaki....

mantul berkata...

siot ko tot! abes kurus pahala pose aku bace entri kali ni..hampeh!!
(bkn ko tp mangada2! = mangga + dada)

berkata...

Obi, aku rasa Zunar dari dulu dah amalkan slogan Mantot:

Cursing Malay: Terus Terang, Tak Pernah Subtle.

Hahaha.

balqissy berkata...

oh. terasa nak pg beli mangga sekarang. agaka2 da sold out ke?=p


btw: pasal filem banned tu. saya sokong juga ada penapisan. kenapa? bukan sebab mentaliti orang melayu, tapi tengok lah siapa pelakonnya. kalau cerita barat, pelakon dia bukan islam. kalau di Malaysia, kebanyakan cerita yang di banned itu pelakonnya Islam, dan boleh ke sebenarnya seorang islam melakukan aksi seperti itu, walaupun di dalam lakonan?

saya memang tak tahu apa motif sebenar banned, tapi ini pendapat sendiri. kalau kita bebas sangat dengan pelakon kita, mereka jadi tiada landasan. budak2 yang tengok pun akan meniru la. la, dia orang malaysia. kalau dah dalam tv kita pampangkan benda2 macam ni, kalau kat luar macam mana pulak? sama lah dengan majalah mangga ni. kalau kita selalu tunjulkan budak2 dengan cara 'moral' seperti yang diceritakan, so agak2 moral masyarakat malaysia akan jadi bagaiamana ya, nanti?

tapi, kalau nak banned filem negara lain, saya no comment. suka hati. tak kesah sangat pun.

Mantot berkata...

pada aku,tujuan filem yang paling mulia adalah menceritakan mengenai kisah2 yang mengajar maksud hidup dan patut diketahui masyarakat.

katakanlah,anda kenal seseorang yang hidup dia penuh dengan rintangan dan pada pendapat anda,dia adalah ikon rakyat yang jauh lebih hebat daripada angkasawan malaysia

filem adalah medium terbaik utk masyarakat belajar mengenai kisah hidup orang lain.

sayangnya,banyak filem kat malaysia ni lebih kepada mempopularkan sesuatu gaya hidup yang fasik atau lawak2 bodoh yang tak membantu langsung (gitu-gitu)

nak banned ke tak aku tak peduli.yang aku tau,filem kita majoritinya sampah

berkata...

Balqissy, sila baca lagi sekali ayat berikut:

"Kalo dah pandai guna otak, mesti boleh pilih sendiri kan yang mana terpuji, yang mana terkeji? Kan? Self regulated la.

Tapi.

Melayu sensitif lebih. Dahla sensitif lebih, malas berfikir plak tu. Orang suap, dia telan."


Budak, kalo masih belum reti guna otak (baca: hati kudus?), tak nampak agama/bangsa pelakonnya. Tak reti beza baik/buruk. Yang dia nampak, itu manusia. Dia bukan kira pelakon tu dah lafaz syahadah ke belum. Kalo dia rasa benda yang dilakonkan tu bagus, dia ikut.

Tapi, mak/bapak/penjaga dia mana? Bila budak dalam tanggungan tak reti nak self regulate, bukan ke dah jadi tanggungjawab yang dewasa ke untuk bantu/asuh/didik? Kalau dah cukup umur tapi masih tak reti guna otak, itu lain cerita la kan.

Filem dah ada klasifikasi, kenapa nak censor lagi? Redundant kan?

Bila mak/bapak/penjaga pulak yang heret anak bawah umur pegi tengok cerita bukan klasifikasi umum tu apa cerita? Pastu nak salahkan filem sebab bawak pengaruh tak bermoral ke?

Secara peribadi, aku rasa insulted bila kerajaan buat macam rakyat tak reti fikir sendiri. Macam rakyat bodoh sangat sampai semua pun State/Federal yang nak kena buat keputusan. Dah macam Komunis pun ada. Dalam pemerintahan komunis, individualism tak wujud. Jadi semua keputusan pun State yang buat. Ironic betul kerajaan Malaysia ni kan.

Aku bukan saja tak setuju dengan censorship, tapi aku jugak tak setuju dengan double standard. Buku/filem/muzik yang kerajaan rasa merosakkan (sebab rakyat semuanya zombie, takde otak), kalo nak ban, ban la semua. Jangan lokal tak boleh, luar boleh, politik tak boleh, tapi seks boleh, dia tak boleh, saya boleh. Apa ni?

Kalau tak setuju dengan apa aku cakap ni, tak apa. Aku rasa Mantot suka perbincangan sihat dalam blog dia ni, kan Tot? Kan? Kan?

shafiqshahari berkata...

aku suka blog ni sebab si mantot, penulis blog ni pandai memerli dgn cara memusing balik cerita 100%. anyway, mmg betul.. artis dan media skarang dah mcm x ingat akhirat.. bodo betul.. aku malas nak citer soal aurat pasal ak rasa diorang da tau. Pelik kenapa kerajaan tak hentikan jer majalah Mangga dan yg seangkatan dengannya.

Filem ? pon sama jer.. tapis jer la filem2 tempatan yg ada adegan2 x ingat akhirat tu. jgn bandingkan dgn filem luar, mereka mmg dah tersasar jauh.. so, lebih baik kita jaga soal hiburan di negara kita ni jer dari ambik tau soal hiburan dari negara2 cam us tu..

------------------------
Hukum Islam tetap hukum Islam. Hukum dari Allah yang Maha Adil.
So, jgn campurkan ideologi dlm soal hiburan2 di Malaysia ni..
jwpn2 lapuk dari artis:
'nanti dpt hidayah la..'
apa2 jer la.. hidayah kena carik dan bukannya datang sendiri.
-------------------------------

Tanpa Nama berkata...

wow majalah ala2 playboy malaysia... bagus bagus... memang dijamin halal utk semua peringkat umur.. kukuku

Tanpa Nama berkata...

klu tak silap, psl mangga ni ko dh post kan dulu? klu tak silap lah he3

Xeno berkata...

Majalah mangga nih kalau bawak ke sekolah memang kena pelempang free dari ustad takpon cekgu disiplin.

KELEMPAP!

Aku sendiri pon x paham laaa, double standard. Black Eyed Peas, Mariah Carey Avril dll tak kasi buat konsert kat msia tapi majalah macam ni dihalalkan???

ali berkata...

a'ah la.. baru aku perasan mantot.
apa hal ekk? :O

aku ingat majalah ni dah mati dulu sebab bila aku beli first time and last time aku, bapak aku tangkap dan beliao sangat marah kat aku dan aku janji, aku dah tak pernah beli majalah sial ni lagiek!!!!

tapi aku kena tangkap macam aku beli porno la pulaksss. hahahahaha
tapi ni pun, lebih kurang ye tak?

rindunyerr hihikk

ali_ah

humanbeing berkata...

Hm. Di sekolah kita tak dibenarkan mengaler ngaler rambut dan berpakaian kurang sopan. Ironinya pengacara rancangan Remaja pun tak mahu outdated ya. Ironi. Ke itu namanya approach?

xora berkata...

kamu sungguh sinis.. dan itu yang kami suka.. teruskan menulis!

zuliana_me berkata...

Wow, blok mantot mmg best...post ni mmg lawak giler... mantot's new reader.hehe..

zuliana_me berkata...

haha..salah ejaan. sorry ya.. "blog".

Ross Safina Hor berkata...

Beautisleep: inginkan buah dada yang menarik, mantap dan seksi, jumpa kami nanti di Mikross - The Fat Fighter Frogram. Kami akan menganjurkannya nanti di Kuala Lumpur , Terengganu dan seterusnya diseluruh Malaysia. Insyaallah...

http://beautisleepfatloss.com

Tanpa Nama berkata...

la.. ade lagi trick swimming pool kat mangga ni...

noorulaz berkata...

congrates bro! Memang yang ni yang patut kerajaan tolong tgk2 kan!

Tanpa Nama berkata...

haha..very sinical entry..

"Cuba la 'baca Mangga dari satu perspektif yg lain'."

kahkahkahkahkahkahkahkahkah...

Tanpa Nama berkata...

Selagi adanya nafsu dan setan selaki itu kena ada sensor

Tanpa Nama berkata...

terkedu tngok kemajuan/kekreatifan majalah mangga.