Kita,rakyat Malaysia berbangga sbb Malaysia :
ada litar F1 yang canggih
ada KLCC bangunan kedua tertinggi didunia
dipuji pelancong2 asing yang datang
adalah negara yang ada kereta nasional sendiri
Tapi,apa gunanya semua tu?
Adakah aku hepi dengan semua tu?Ya,aku hepi sbb kita anjurkan F1,tp aku
lagi hepi kalau kerajaan kita :
hapuskan tol
tak mark up cukai kereta gila babi
pastikan rakyat kita biarlah taraf hidup sederhana tapi barang2 affordable
Apa yang aku nak bangga pasal Malaysia?Sebagai seorang rakyat,aku tak pernah pun rasa hepi psl bende2 yang betol2 melibatkan aku.Pernah sekali je la aku hepi sbb mak aku dapat bonus 2 bulan (mak aku cikgu) itupun sbb biasenye bonus sebulan je.Rakyat Malaysia terpakse menanggung hutang seumur hidup (biasanya) sbb nak bayar harga kereta yang dah ditambah cukai gila babi tinggi.Harga minyak pun sama jugak.Sket2 keluar statement harga minyak kita still lagi murah dari
negara tu,negara ni.Buat apa nak bandingkan harga dengan negara luar kalau rakyat sendiri rasa sakit?
Menteri2 tak rasa bende ni.Diorang ada elaun minyak,diorang ade driver,jalan naik kereta pun tak jem,pasang siren ke,suruh polis escort ke.
Susah kita nak jumpa pemimpin yang hidup mcm rakyat biasa.Yang rasa apa yang rakyat rasa.Bayar kereta bulan2 mcm org ramai.Diorang boleh buat rakyat hepi masa setahun sebelum pilihanraya,bagi peruntukan itu,duit kat org2 yang kurang berada.
Masa nak pilihanraya boleh buat rakyat hepi,tapi dah menang?Mintak jasa baik rakyat tolong beli bertahan dengan Proton.Tapi kalau takde Proton maknanya kereta murah untuk semua.
Pilihanraya tahun depan.Mungkin kalau takde perubahan kepada kehidupan rakyat,kita perlukan perubahan yang mungkin akan menyedarkan mneteri2 kita daripada terlena dibuai duit2 yang berselerakan,bertilam tebal dengan tilam spring yang sama harga dengan 6 bulan gaji seorang animator macam aku.
Aku takmau litar F1,aku tak mau bangunan tinggi2,aku takmau ada kereta nasional Proton yang harganya tak membantu rakyat langsung.
Apa lagi yang nak naik lepas ni?Bil letrik?Dah!Rokok?Dah!Cukai?Dah! Yang tak naik ialah taraf kegembiraan seorang rakyat malaysia yang duduk di Malaysia
Semangat Patriotik?Buat ade bersemangat tapi kerajaan selalu sengat rakyat.
1 ulasan:
2 minggu dah start baca blog ni. skg baru sampai page 2009. tapi saja nak turn 1st page tengok macam mana..suka baca blog mantot sebab idea-idea yang menarik. oke la..hehe
Catat Ulasan