November 17, 2006

Film Review : Gol dan Gincu (Bahasa Melayu)

ahahahha,raye2 ni malas gile nak berjalan.lepak tgk tv kat rumah.bukak astro ria ade plak
gol & gincu baru stat.

movie ni mmg antara movie2 yang boleh menjadi new wave kepada industri perfileman Malaysia yang makin tenat ni.shot-shot yang baik dan aku boleh kate pelakon2 die pun boleh berlakon (dibandingkan dengan filem2 melayu yang lain yang lebih suke ambik penyanyi jadi pelakon)

fazura (awek kaki pukul) berlakon sebagai seorang awek yang kurang menadapat perhatian daripada boifrennya iaitu Eddy (Ashraf SInclair).Eddy ni pulak minat bola (futsal) sangat2 sampai die lagi konsentret futsal berbanding awek die.Lalu diorang pun break.Fazura ni stay single dan Eddy ni pun dapatla awek baru lakonan Shazzy.Oleh kerana Fazura tengok Eddy camtu,die pun cube la mendekatkan diri die dengan futsal niuntuk kembali memenangi hati Eddy.Gitulah cerite die lebih kurang.

Ape yang aku respek dekat cerite ni ialah cerita Malaysia dan bukannye cerite Indonesia celup.Bile kite tengok cerita ni kite tau cerita ni adalah cerita Malaysia yang moden.FIlem ini juga bukan satu filem yang dibuat secara cincai dan dari segi jalan cerita,lakonan dan shot2,filem ini cukup berjaya.
Tahniah kepada pengarahnya,Bernard Chauly kerana filem ini mmg best.Walaupun ada beberape scene yang nampak mcm over sket (scene budak2 perempuan dalam bilik menari ramai2,pastu main perang bantal)scene yang nampak rush (scene bapak Sharifah Amani kene tangkap,camne la bapak die tetibe ade kat situ lak?bapak die minat bola gak ke?)

Main actress Fazura mampu membawa watak ni dengan selambe je dan mmg minah ni best berlakon.Ashraf Sinclair macam biase je,watak die byk bermain ngan perasaan desperate.Chemistry antara due org main actor ni mmg ok dan begitu jugakla lakonan daripada team mate "Bukan Team Biasa." Gadis-gadis 3R terutamanya Rafidah menunjukkan diorang dapat byk training berlakon dalam short dramna yang selalu keluar dalam 3R.Paling mengejutkan aku ialah lakonan Shazzy.Wah!Minah ni berlakon mmg best!Pelakon paling best dalam filem ni.

Gol & Gincu mungkin takkan mendapat sambutan yang diperolehi filem2 Malaysia lain.Tapi filem ni menunjukkan industri filem kita ada kualiti.Mungkin filem ni takkan menang anugerah mane2 festival filem,tapi filem adalah hiburan.Gol & Gincu merupakan sebuah filem dan juga sebuah hiburan.

Review ****

Tiada ulasan: