Oktober 24, 2014

Kisah Akhir Zaman 02 : Julia Benci Tudung

"Aku rimas pakai tudung ni..." bisik Julia kepada Azura.

"Ish, kau ni, pakai aje la. Habis subjek ni, kau bukak la balik," Azura berbisik. Ustazah Mastura memandang tepat ke arah mereka.

"Yes, Julia, Azura, ada apa-apa yang lagi penting berbanding pelajaran kita hari ini?" tanya Mastura. Azura mencebikkan bibir kepada Julia. "Ooppsie!"

"Takde apa Ustazah, saya just beritahu dekat Zura yang saya rimas dengan tudung ni," beritahu Julia. Satu kelas mereka tertawa.

"Kenapa awak rimas?" tanya Mastura.

"Ye lah, sebab tak praktikal. Kita duduk di Malaysia, cuaca kita panas dan kita pulak diwajibkan untuk menutup aurat yang pada saya, kelihatan tidak selari dengan kehidupan masyarakat kita," Julia menjelaskan.

"Hmmm...." Ustazah Mastura memikirkan sesuatu.

"Ustazah, bukankah Islam tu adalah agama yang menyenangkan kita jadi kenapa saya perlu bangun pagi2, gosok tudung, pakai tudung dan pastikan tudung saya ni tak senget...sehingga membuatkan saya kelam kabut nak hadir ke kelas?" hujah Julia lagi.

"Betul tu Ustazah, saya setuju!" Azura menyokong hujah kawan baiknya.

"Astaghfirullahhalazim. Bawak mengucap woi!" jerit satu suara lelaki dari tempat duduk di belakang dewan kuliah.

Azura dan Julia menoleh ke belakang. Mereka dah boleh agak suara siapa itu. Mamat poyo yang sedikit ekstrimis. Mereka gelarkan dia "Bajet Alim." Kebetulan pulak nama lelaki itu, Halim.

"Halim, awak jangan jadi ekstrimis sangat ye?" pesan Mastura sambil menegur Halim. Ustazah Mastura bingung bagaimana mahu menjustifikasikan praktikaliti kewajipan Islam itu dalam sosio kehidupan Malaysia. Belum masuk bab di mana dia perlu menjawab soalan berkaitan iklim Malaysia dan kesesuaiannya dengan kewajipan bertudung.

"Begini..Julia.." Ustazah Mastura ingin menerangkan tapi cepat-cepat dipintas Julia.

"Ustazah, saya dah tau apa Ustazah nak jawab. Ustazah akan kata ini semua kewajipan kita, tutup aurat tu wajib, ini semua untuk menjaga kehormatan wanita dan setiap helai rambut yang kita tayangkan akan dibakar api neraka kelak, saya percaya semua tu Ustazah," jawab Julia. "Ustazah tak perlu terangkan kepada saya mengenai hukum kerana saya tau apa hukumnya, tapi..."

"Tapi apa Julia?" tanya Ustazah Mastura lembut.

"Praktikaliti tak ada. Zaman dah berubah. Kita duduk di Malaysia, cuaca kita berbahang, saya tak nampak apa kekurangannya jika saya tak pakai tudung. Saya masih lagi sama," Julia meneguk air liur."....dan Ustazah, saya rasa, saya akan jadi Muslimah yang lebih aktif menyumbang kepada masyarakat jika saya tak dibelenggu dengan keperluan nak menutup aurat."

Julia diam. Ustazah Mastura diam. Satu kelas diam. Bajet Halim pun diam.

"Minggu lepas, saya ada join event dengan anak yatim. Kitorang bawak sekumpulan anak yatim pergi beli belah kemudian lepas tu belanja diorang tiket Sunway Lagoon. Ini semua inisiatif My Lord is Great Organisations universiti kita, yang anjurkan orang-orang Cina beragama Kristian. Saya ikut kerana saya diajak oleh kawan saya....sebab ada budak Islam 3-4 orang dalam rombongan tu," cerita Julia.

"Sampai Sunway Lagoon pergerakan saya jadi terhad. Saya kena jaga aurat saya. Saya kena jaga batas saya. Saya tak boleh nak pegang-pegang anak yatim macam orang2 bukan Islam. Saya nak main dengan diorang pun saya jadi takut sebab takut baju basah dan pakaian melekat dekat badan."

Satu kelas diam mendengar luahan Julia.

"Jika Islam agama yang lemah lembut dan sempurna, kenapa Islam membataskan saya untuk saya buat sesuatu yang mampu mengubah hidup mereka? Bukankah Islam tu cantik? Bila kawan2 saya persoalkan kenapa tak mandi, kenapa nampak tak enjoy...saya jawab sebab my religion asked me to have some boundaries between me and the anak yatim, diorang tanya saya balik....I thought Islam is a beautiful religion? Why Islam forbid you from doing good deeds?"

Julia mula tenang.

"Saya tak tau nak jawab apa Ustazah, tapi saya tau I can do better and I can do much much more kalau saya tak dikongkong oleh agama saya sendiri."

Julia duduk.

Ustazah Mastura hanya diam.

"Julia..." panggil Ustazah Mastura.

Julia melihat Ustazah Mastura. Azura pun sama. Satu kelas tu pun menumpukan perhatian menanti apa jawapan Ustazah Mastura. Halim dah boleh agak apa jawapannya.

"Kita hidup di dunia ni bukan untuk orang lain, kita hidup ni untuk Allah. Jadi apa yang Allah mintak kita buat, kita buat. Tak kiralah apa saja dugaan dia. Sebenarnya boleh aje kita beramal dan masih lagi menjaga batas2 agama bla bla bla..." fikir Halim.

Ustazah Mastura menangis teresak-esak.

"Saya pun tak faham.....Julia," kata Ustazah Mastura sambil menangis.

"Saya tak faham kenapa saya perlu dengar cakap suami saya sedangkan saya ada fikiran saya sendiri, saya mampu berfikir sendiri dan saya mampu buat keputusan sendiri..." tangis Ustazah Mastura. "Saya belajar tinggi-tinggi..saya ada Master...saya tengah buat PHD saya..tapi kenapa perlunya saya dengar cakap seorang lelaki yang belajar setakat SPM?"

"What is the reason ketidakadilan tu berlaku?" tanya Ustazah Mastura kepada kelasnya.

Satu kelas diam.

"Saya rasa satu masa dulu ada lelaki yang ubahkan agama Islam ni supaya wanita tak mampu melawan mereka. Saya percaya yang Islam sekarang ni adalah Islam yang dah terpesong kerana dah dimanipulasi oleh lelaki-lelaki yang sexist." Azura bangun menyampuk.

Julia berdiri. Tangannya pantas meragut tudung yang sedang dipakainya.
"Saya tak percaya yang tudung adalah simbol kepada Islam. Islam adalah agama, Islam ni antara saya dengan Allah, jadi Allah lebih tahu niat saya kenapa saya tidak bertudung!"

Satu kelas bertepuk tangan.

"Pergh...rambut dia cantik jugak," Halim berfikir dalam hati.

....................

Ruangan iklan. 

Sehelai tudung merah bawal,
Sepasang kekasih indah,
Kenapa nama dia tudung bawal?
Entahlah.


Sila klik untuk maklumat lanjut.


...............


Nota kaki : M ada ke orang yang pemikiran dia lebih kurang macam apa yang berlaku dalam cerita ni? Entahlah. 

Jika dia masih mencari jawapannya kepada soalan2 di atas tu, aku sendiri tak tahu apa nak jawab jika ditanyakan benda2 camtu dan aku tak nak jawab dengan jawapan cliche "Sebab Allah suruh" kerana tak semua orang nak terima jawapan camtu.

Kepada mereka2 yang memang ada terfikir persoalan yang aku kisahkan di atas, cariklah jawapan dia dengan orang yang lebih tahu. Kau lebih tahu diri kau.  Allah lebih tahu diri kau berbanding diri kau sendiri...tapi itu bukan lesen untuk kau deny hak Allah dengan alasan "Allah lebih tahu. Allah Maha Mengasihani. Ini antara aku dengan Allah..."

Aku harap kau jangan surrender agama dan diri kau sebelum kau carik jawapan dia. 

42 ulasan:

hikari berkata...

sgt deep... mohon terasa

s h a i berkata...

Tak cliche, mmg jawapannya sbb Allah suruh. Siapa kita untuk mintak Allah justify pulak niat kita sedangkan kita tak ikut suruhan agamaNya. kita harap syurga Allah dalam masa sama kita tak ikut suruhan agamaNya?Dalam pd kita engkar tu pun Allah masih bg nikmat hidup, makan minum udara air anggotabadan sihat kenderaan. Cuba kalau lps kita kata 'alah x tutup aurat pn aku still buat amal baik. allah tau niat aku' ,tiba2 Allah tarik nikmat telan air liur.nmpak siapa yg berkuasa?siapa yg mengharapkan siapa? Jd hidup jgn sombong dgn Allah sbb kita cuma Hambanya yg sentiasa berharap dari Allah.,harap nak makan,nak berak,nak bernafas,nak telan air liur,nak jalan,nak kaya,nak pandai,nak tidur.,semua tu atas izin Allah.jd siapa kita nak engkar suruhan Allah? Sama jugak, Allah suruh isteri taat suami..kena taat sbb jawapan yg sama 'Allah yang suruh'.

Tanpa Nama berkata...

Bro....itu adalah jwpn wajib yg selalu akan aku jawab...masalah dgn puak2 ni...disbbkan terlalu pndai...mereka tkkan percaya dan mempercayai bulat2 apa yg ustaz kata...ditambah lg kalo ustaz itu tk mahir berbahas inggeris...menafsir sendiri adalah pilihan golongan ini kerana terlampau pndai...dan ya aku sgt takut dgn golongan ini kerana mereka tkkan berubah sehingga maut di depan mata...minta dijauhlan dn beri keinsafan buat mereka

eddeved berkata...

ha ha ha!

tak per aku tolong beri my 2 cent.

i) menutup aurat (bukan pakai tudung)...maksudnya menutup pandangan lelaki terhadap engkau...tapi masalahnya kalau kau tutup aurat pun kalau dah takdir nak kena rogol...kena juga...kan? aku jelaskan...dalam Quran ada suruh menutup aurat, malah dalam Bible sendiri ada jelaskan prosedur menutup aurat dan kenapa perempuan kena tutup aurat...ni pengalaman aku...bini aku sebelum kawin dia sangat susah tutup aurat...pakaian dia semua terbukak sini sana...tapi sebab ayah aku ajar aku adab sopan, sebelum aku kawin aku nasihatkan dia...tutup aurat...dia degil...keras kepala...sampai satu hari aku dengan girlfriend aku masa tuh...pi satu persembahan teater...masa kita orang sampai...girlfriend aku (sekarang bini aku) tercengang! hampir semua orang dalam dewan tu bertudung...dia dan kawan dia aje tak! apa perasaan dia? malu? segan? tidak...dia buat derk...dia kan degil...esoknya tgh hari aku jumpa dia...terus dia pakai tudung...lagi lawa sioott!! lagi lawa dia masa dia tak tutup aurat...so, benda nih subjektif! subjektif in terms of...ikut suka kau lah! ada Tuhan kata tak tutup aurat masuk neraka? Ada?! kau kena ingat...memfitnah Allah tu sangat dibenci dan dilaknat...ada banyak nas dalam Quran kata azab yang keras kepada sesiapa yang memfitnah Allah...so cuba la cari nas dalam Quran kata tak tutup aurat masuk neraka...setau aku yang celaka besar, ahli solat...Fawailul lil musolleen orang yang hari-hari solat tapi menyesatkan orang lain dengan kata - Allah tak terima solat si pemakan riba' (habislah banker Bank Islam sebab semua makan hasil riba' Rule of 78), Allah tak terima solat penzina...err...penzina ada hati nak solat ke? Allah tak terima solat pencuri dan penyamun...maknanya sia-sialah solat Pak Najib sebab dia penyamun rakyat...apa kau lupa? Ada banyak pula nas dalam Quran Allah sebut - "aku tidak akan menghilangkan amalan pahala kamu"...so? ustaz terer ni apa mau cakap? kau Tuhan ka kasi hukum? cer explain? Kazim Elias? Mohd Asri? Don Daniyal? kasi explain pada aku nas Quran yang sebut Allah tak hilangkan pahala amalan tu kalau kau buat dosa sekalipun...

itu sebab aku teringin nak bertemu muka dengan ustaz-ustaz nih...yes the time will come...ha ha ha!

ada apa-apa lagi kau mau tanya? aku tak ada hal...yang ni ALLAH SURUH...ALLAH suruh aku cakap! ha ha ha!

eddeved berkata...

ii) apa sumbangan ustaz-ustaz nih selain dari menyesatkan orang dengan hukum entah apa-apa dan menjadi mangsa fitnah filem porn?

iii) ustaz nih ada golden ticket ke syurga ke kita semua kena dengar dia?

iv) dia ada sumber wahyu ke yang membenarkan semua hujjah dia?

v) dia lupa ke Allah sebut pendita yang menulis kitab semua penipu?

so>

takkan pelanduk lupakan jerat setan kot?

Tanpa Nama berkata...

Jawapan persoalan ko, dlm quran Allah dah suruh tutup aurat:
"Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An Nur Ayat 31)


Pasal kena siksaan tak menutup aurat,
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”
(Riwayat Muslim)


Sekian..sila kaji sebelum menaip..

zaminc berkata...

Susah soalan ko Tot.

Bagi yang mahu fikir persoalan yang Tot utarakan, ada 2 point yang korang perlu masukkan sekali semasa fikir tu.

1) Islam ni agama fitrah, makna kata segala suruhan, galakan, larangan, amaran yang diberi dalam quran hadis adalah paling sesuai dengan fitrah manusia. Sama ada manusia dapat buktikan ianya sesuai atau tidak adalah satu persoalan yang lain pulak.

2) tak semua perkara dalam agama boleh di logik kan. Antaranya ialah sapuan wudhu pada khuf. Ikut logik kena sapu di bawah sebab bahagian bawah tu yang kotor.


Soalan eddeved; kalau nak cari literally tak tutup aurat masuk neraka memang takda, tapi ayat Quran tak serendah itu nak detailkan satu-satu. Detailkan satu-satu tu buku lampiran kerja darjah tiga.

Aku bukan ustaz so ambil ayat mudah2 jer :
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya,Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula" (Al-Zalzalah 99:7-8)


Anon di atas sudah menjelaskan tak tutup aurat itu suatu kejahatan.
Kejahatan pasti akan ada balasannya.

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan gol liberal menafsir islam untuk diterima oleh rakan bukan islam...so yg melompat seronok bukan islam...yg pening kepala para ustaz

Tanpa Nama berkata...

jauh sesat dah kau ni

Tanpa Nama berkata...

cuba bagi contoh camni...kerajaan tetapkan undang2 jalan raya...lampu merah berhenti,kuning sedia untuk berhenti,hijau jalan...
cuba langgar lampu merah,time lampu hijau berhenti plak...kelam kabut ke tak...org lain jalan ko pergi jalan jugak yang sepatutnya kena berhenti...accident nak salahkan sape...memang nasib baik tak accident...kalau time nak kena,ha baru geleng kepala...so mana lagi mudah follow the rule or ignore the rule...kalau nak ignore terpulang la...:) zaman berubah pun tetap merah kena berhenti,hijau jalan mungkin zaman dulu kuning sedia untuk berhenti dan zaman sekarang kuning kena drive lagi cepat sebelum merah...

kangkung berkata...

Pada aku, pakai tudung ni sama macam pakai baju/seluar/innerwear. It's part of the attire, tak terpisah dengan pieces yang lain. Kalau panas, kenapa tak bogel je? It's mindset sebenarnya. Sebagai Muslimah yang tinggal di negara bukan Islam, aku faham apa relevan pakai tudung ni. Sebab kita boleh solat di mana-mana, dengan attire yang dah lengkap. Ada kawan2 freehair yang tak solat di luar sebab tak ada telekung. Sini mana ada masjid/surau tepi jalan. Kan dah rugi tu..

Unknown berkata...

engineering.

1. Dalam engineering, mesti ada Standard yang org refer, so keje tu selamat and mencapai function.

2. bila orang bukan bidang engineering tetiba nak sembang engineering ikut pahaman dia, mesti silap dan menjadi sembang bukan2. sebab engineering ni ada disiplin dia.

3.kebanyakan engineer amalkan basic engineering dalam kerja, kalau nak expert, kau kene spend numerous time and effort utk kuasai bidang tu, jadi professional bagai.

4. masalahnya, bila engineer tak spend time kuasai bidang engineering, tapi sibuk2 mengulas Standard Engineering tu ikut2 suka2 dan pahaman sendiri, in the end, output dia jahanam dan worst, jambatan boleh runtuh, bangunan mengancam nyawa.

5. sekarang korang tukar :-
Engineering = Agama Islam
Standard = Alquran dan Sunnah
Engineer = penganut agama Islam.

6. Kalau kau terpaksa spend time and effort utk kuasai bidang kerja dunia kau, spend lah time and effort untuk dunia lepas mati kau.

Sekian.

Unknown berkata...

Engineering ni susah, sebab in the end, kau nak selamat, kau tak nak jambatan runtuh, menyusahkan orang, etc.

Agama ni pasal nak selamat lepas mati. Tu sebab dia susah, ada disiplin dia.

Itu pun kira Tuhan dah cukup mudahkan cara nak practice dia supaya semua orang boleh buat dan selamat. Susah, tapi kau boleh buat bersesuaian dengan fitrah manusia.

Tanpa Nama berkata...

Ngeri baca komen yg persoalkan penulis kitab tu..imam2 tersohor nak menulis kitab bukan saja2 tulis..istikharah sokmo diorang tu..byk amal banding zaman skrg...nabi s.a.w. tinggalkan kita dengan al-Quran dan sunnah dia..kalau ikut betul2, pegang betul2 dua tu inshaAllah slamat akhirat..dunia memang penuh pancaroba..tapi akhirat yg berjaya yg kita nak..
pasal wanita dan hijab ni..kalau kita tgk, ada surah yg perintahkan supaya wanita2 beriman supaya berhijab dan tak bertabarruj ( berhias) spt wanita2 jahiliyyah..malah ahlul bait diperintahkan oleh Allah utk duduk di rumah, mengenakan pakaian yg labuh dan x lembutkan suara pada lelaki ajnabi supaya dikenali sbg perempuan yg baik2...al-Quran tak pernah berubah walau zaman berubah. Ahlul bait (ummul mukminin) tu contoh ikutan utk wanita mukmin..kalau nk buat amal pun, buat program yg sesuai dgn kita laa.. yg julia tu pegi ikot program yg kristian anjur buat apa..hahaha~
Nak belai anak yatim? Buat program ngn anak2 yatim pompuan je...atau kalo nk yg laki...cari yg budak2 bawah 10thn..Allah dh bgtau orang beriman camana cara dia.."wa qolu sami'na wa atho'na".."kami dengar dan kami taat"
Dah kalo byk dalih tu bukan beriman nama dia..
ada video ni..org kat india..pompuan tu islam tp buat kempen pompuan muslim kat india x nak pakai tudung. Siap demonstrasi bakar tudung..sekali Allah bayar cash..kat situ jugak dia rentung kena sambar api pas bakar tudung yg dia cabut tu..huhu~

si tenang berkata...

Yup..setuju ngn yg reply ni..dalam Quran Allah bagi perintah. Azab utk yg x tutup aurat diterangkan dalam hadis. Yang nabi nampak masa peristiwa israk mikraj..kita wajib beriman ngan semua tu..

Tanpa Nama berkata...

Setakat nk sembang dekat sini nak tunjuk macho x payah la eddeved. Gi la jumpa ustaz2 tu gua nk tgk lu sembang apa. Org mcm lu bising dalam tulisan jer....realiti zero.

Tanpa Nama berkata...

Gi mampos la eddeved.

Tanpa Nama berkata...

cuba ambil 2 biji gula-gula yang bersalut ... sebiji dibuang salutnya dan yang satu lagi biar bersalut ... jatuhkan ke 2 biji gula-gula tersebut ke atas lantai yang kotor ... suruh dia ambil satu untuk dimakan ... agak-agak yang mana akan dia ambil ...???

Tanpa Nama berkata...

Berbiru said...

Secara jujurnya, Islam memang susah bagi aku sebagai pompuan. Nak jaga itu ini, tak boleh buat itu ini.

Aku suka sukan lasak macam rock climbing, slinging shot, flying fox dsb tapi kekadang benda2 agama ni buat semua tu jadi terbatas and thus, tak best. Sampai aku rasa kadang2 aku rasa agama tu tak bagi enjoy. Sikit2 ada limit.

Ni aku agak mesti ada yang kutuk komen aku. Tu satu lagi yang buat aku rasa tak best jadi Islam kat bumi melayu ni. Asal tegur je nak kutuk terus.

angah berkata...

Ak x ingat kisah mana,tp lebih kurang macam ni la kisahnya, Nabi SAW pergi ke pasar,didapati pasar tesebut di kuasai oleh orang kafir, maka dia membuka satu lagi pasar untuk umat islam berjaul beli.

Persoalannye sekarang,nape umat islam kat malaysia ni rasa sangat susah nk buat kerja amal dan aktiviti sukan lasak2. Sebab paling mudah,semuanya di organize oleh orang bukan islam n yang ala2 liberal.

So menda paling mudah, kalau korang nk buat aktiviti amal, korang sendiri la organize event tu,korang sendiri yang tentukan sape yang patut korang jemput,yang patut korang nak bt amal kebajikan. Bukan tak ada event/sukan lasak yang mengikut syarak,kena pandai cari je. Kalau korang organize pun,bukan salah kan. Its ok if event yang korang buat tu, kapasitinye kecil,yang penting amal kebajikan korang tu.ni kalau semua pakat nk join je segala amal kebajikan yang sememangnye dapat liputan meluas,tapi batas agama tak terjaga, x guna jugak amal kebajikan korang tu..

Aktiviti lasak? Lately aku ad bace berita pasal seorang perempuan bertudung labuh sangat sukses dalam acara menunggang kuda. Tak cukup lasak ke aktiviti yang die buat tu? Jenis2 yang kata suka sangat aktiviti lasak tu, pegi la join..

Tanpa Nama berkata...

Dorng ni sampaikn je ape yg Allah suruh sampaikn..itu je tugas kt. Sbb iman ni kpercayaan..hnya org2 tetentu je bleh jwb soklan2 camtu. Bg yg xdpt jwb..jwb je mcm biasa..dia xnk tima 2 dia punya pasal..cuma kt doakn smoga 1 hr nati Allah bka pintu hati..nnti kt akhirat bila ditanya adakah kt dh sampaikn ape yg Allah pesan..kt bleh jwb.

Tanpa Nama berkata...

Jawapannya.... kerana Allah tahu apa yg terbaik utk ciptaanNya. Kita boleh persoal mcm2 tentang Islam. Kenapa begini kenapa begitu. Tapi kita tak sedar lagi jauh kita mencari lagilah dekat kita dengan Ilahi. ada org rasa bosan dengan tudung dan tutup aurat. Dia rasa rimas dan mcm2. Lalu dia buka dan perlihatkan auratnya. Dia rasa sgt bebas dan bahagia. Tapi percayalh, jauh di sudut hati, dia sebenarnya sedang mencari benda yg dia sendiri tidak tahu nak terangkan. Sebab itu Allah turunkan kalamNya utk kita hayati. Aku percaya ramai yg terlupa seribu satu persoalan yg kita cari tentang apa shj di dunia ni sebenarnya ada di dalam Al-Quran. Sebab apa? Sebab tanpa Ilahi kita takkan wujud pun di dunia ni. Kita ni hanyalah hamba. Bila kau baca dgn mendalam ayat2 al-quran baru kau sedar, kau persoallah apa sekalipun, kau tak akan dpt jawapan kecuali hanya dalam al-quran. Jadi, usahlah persoalkan apa yg Pencipta kita sudah tetapkan. Dia yg berhak ke atas kita. Kita ni bukannya apa pun. Hanyalah penumpang dalam bot yg hampir-hampir karam. Yg duk selamatkan kita selama ini hanyalah sekelumit iman yg tak putus2 menampal pada apa2 yg bocor. InsyaAllah

Tanpa Nama berkata...

It's okay my dear...boleh jer pilih syurga di mana yg kamu mahu.Kalau mahu di dunia,teruskanlah enjoy dan langgar suruhan Allah sbb kamu rasa agama itu menyusahkan kamu.Syurga kamu hanya di dunia shj.Tapi bg org beriman,sabarnya dia di dunia akan diberi ganjaran syurga di akhirat kelak.
Saya tak akan mengutuk tapi mahu kamu berfikir sendiri,jalan mana yg kamu mahu pilih.
Tapi saya harapkan pengakhiran yg baik utk kamu.
Dan utk pengetahuan kamu,jika kamu benar benar redha dan ikut suruhan Allah...kamu akan rasa nikmat syurga di dunia dan akhirat...InsyaAllah

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya jawapannya mudah. Terpulang kepada individu tersebut. Kalau rasa nak masuk syurga Allah, ikut suruhanNya. Kalau tak nak, langgar je lah apa yg Allah perintah. Dapatlah anda buat apa yang anda suka, Allah dah beri pilihan untuk kita. Isu timbul krn sibuk fikir apa orang fikir dan diri sendiri nak ttpi tidak fikir apa yg Allah nak.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak jadi orang Islam, ikut hukum-hakam Islam ..... tak nak ikut hukum hakam Islam, jangan jadi orang Islam ... jadi kristian ke, hindu ke, budha ke, yahudi ke, majusi ke .....

Tanpa Nama berkata...

Macam dalam CRUEL PASSION.koo stark.ko ni bior benar.hehe.

Tanpa Nama berkata...

Hei eddeved.....fuck u motherfucker retarded moron.....

zer berkata...

Jawapan ade dlm alquran.baca quran tolong faham terjemahan nye sekali

Sekian

Unknown berkata...

Anda bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Kenalah ikut perintah dan larangan. Anda memerlukan Allah atau Allah memerlukan anda. Lagi satu Iman. Lemah Iman akan lemah semuanya.

Tanpa Nama berkata...

Mantot,

Pada aku, entri mampu mengugat keimanan bagi manusia yang Allah tak bagi hidayah untuk rajin membaca. Semoga semua manusia baik yang baca atau yang tak baca entri ni Allah bagi hidayah untuk hidup dan mati dalam iman dan islam.

aku ada analogi yang aku pun dapat dari orang lain (yang aku tak ingat namanya). Analoginya begini - orang yang kurang bijak adalah orang yang letak perhiasan yang melampau di tandas rumahnya melebihi ruang tamu, melebihi bilik tidur dan melebihi mana-mana bahagian dalam rumahnya. dia ni renovate tandasnya sampai letak mangkuk emas bertatahkan permata. dinding tandasnya dia pakai sutera sebagai wallpapernya. Sedangkan tandas ini gunanya tak pun sampai sejam dalam sehari. Tak bijak kan orang ini?

Sama juga lah orang yang tak bijak di atas dengan manusia yang meletakkan keselesaan dunia pada kelas pertama dalam hidupnya. Padahal akhirat tu kekal abadi selama-lamanya tapi dia sibuk hias dan letakkan keselesaan utama dunia yang sekejapnya lebih sekejap dari nisbahnya guna jamban ni. Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Salam Mantot.

Gigil aku bace komen yg ade dlm entry nie. takot siot..

Ko bayangkan sape yang bagi perintah suruh pakai tudung, taat suami.

Skrg ko bayang kan, Allah yang Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha berkuasa tgk makhluk die yang xder kuasa persoalkan ape yg die suruh.

takut weh... siape kite nk persoal arahan Tuhan sekelian alam nie. MasyaAllah..

Ustaz aku jawap, xnk taat, g cari dunia lain atau tmpt lain yg bukan Allah jadikan.. duduk kat situ n wat la ape yg korang suke..

Tanpa Nama berkata...

loli said..

Aku rasa masalah diorang sebenarnya ialah hidup sebagai orang Islam di Malaysia.

Melayu kan otak sempit.

Tanpa Nama berkata...

so Mantot..bila pulak nk kuar Kisah Akhir Zaman 03?

Acapan berkata...

Ko nak tunjuk ko kritis dlm berfikir..tp hujah2 ko kelaut...tak masuk lg bab ko cite bende personal pasal isteri ko..tak malu dowh..

RJ berkata...

Org moden tidak berpakaian dianggap sebagai bertamdun sbb duk dlm bandar, jika org asli tidak berpakaian duk dalam hutan digelar tidak bertamdun apa beza dgn org moden kalau diletakkan didalam hutan.

Tanpa Nama berkata...

Serius aku tak phm mamat eddeved ni pemikiran dia lagu mana..mcm org psiko pun ada gak..ko ni betul ke tak betul? Tiap kali ko reply aku rasa makin mengarut dan makin ke laut...tak yah nk tnjk diri tu loser sgt boleh? Hanya org loser yg ckp ikut emosi. Ko ni nak menopaus ke hape? Ceh!

Tanpa Nama berkata...

Salam sis...tutup aurat pun boleh sukan lasak. Peluh, panas kejap je. Lepas tu balik bukak la aircon puas2. Berkorban lah sikit di dunia ni...insyaAllah Allah bagi ganjaran yg berganda2 kat akhirat nanti. Akhirat itu benar, syurga itu benar, neraka pun benar. Moga Allah pelihara kita semua.

Tanpa Nama berkata...

Hidayah milik Allah. Pernah dengar cerita ayam dan tuanya?

alif berkata...

Aku berharap yang kau masih percaya bahawa Al-Quran dan Sunna adalah panduan hidup kita.



"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, tetapi itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, walhal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

[al-Baqarah, 2:216]

Kalau kau tak percaya pada ayat Allah, kau nak parcaya apa lagi. Aku hanya mampu berdoa yg terbaik utkmu

alif berkata...



"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, tetapi itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, walhal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

[al-Baqarah, 2:216]

Jawapan semuanya ada dalam Alquran dan sunnah, tak perlu nak gi jauh2

azie berkata...

sis sayang...saya bertudung labuh.tapi dalam masa yg sama saya buat aktiviti lasak..tiada masalah pun...aurat tetap terjaga aktiviti lasak tetap dilakukan..asalkan menjaga batas

Tanpa Nama berkata...

ada orang Russia buat satu lakonan dimana seorang perempuan bertudung di ganggu oleh seorang lelaki di shopping mall. Ramai lelaki datang utk pertahankan perempuan tu. Tapi bila pelakonnya ditukar ke pada wanita yg tidak bertudung, ramli yang tidak mengendahkan .