Oktober 17, 2014

Anak Yatim di Hutan Di Susukan Tapi Anak Sendiri Di Rumah Kelaparan

Aku suka tengok ramai orang Melayu membuat amalan charity, mulakan campaign untuk tolong orang yang tak berkemampuan dan macam-macam lagi. Ramai yang mulakan awareness campaign sebagai permulaan, tolong create awareness mengenai sesuatu isu dengan harapan akan ada orang peduli....jadi apa yang aku akan tulis ni, kau tolonglah baca dengan hati terbuka.

............

Aku suka carik gaduh dengan orang, seperti pergaduhan paling legend aku dengan golongan mak-mak breastfeeding depan kolam KLCC sambil lensa kamera tangkap gambar diorang breastfeeding...sebab aku percaya benda tu betul.
.
Orang kita ni, kadang2 terlalu taksub nak buat campaign sehinggakan diorang akan justify macam2 untuk halalkan apa yang dia buat. Seperti pesta menyambut Halloween yang diadakan di Alamanda Putrajaya tahun lepas atau Pertandingan Si Comel Manja dengan budak2 digalakkan pakai baju ala2 orang dewasa dan menari depan orang ramai.

Aku tak tau lah apa nak jadi dengan bangsa kita....kita mudah benar petik hujah sana sini, petik hadis sana sini...dan kemudiannya gunakan peluru2 tu untuk bang balik orang2 macam aku, detractor benda2 "kebaikan" ni.

Masalahnya.....kenapa bila kau memerlukan agama, baru kau carik agama? Ini soalan yang aku tujukan kepada pengamal2 event dan charity yang try justify apa cause yang dia cuba anjurkan gunakan agama...tapi diri sendiri tak lengkap agama secara terang-terangan.

Kau cuba justify something...gunakan agama....tapi kau tak tutup aurat. Kau cuba justify yang budak2 Melayu ni boleh join Valentine sebab benda tu sebenarnya tak salah pun dari segi agama, ada hadis kata boleh, ada hujah kata tak apa, tapi kau sendiri pakai short nampak lutut masa berhujah.

Apa masalah kau sebenarnya?

Kalau kau betul2 nak gunakan agama untuk justify apa yang kau buat, kenapa kau tak justifykan permintaan agama kau dulu?

Apa hujah kau kalau kau tak tutup aurat? Bila bab tutup aurat, pandai pulak dia mengelat..."ini antara aku dengan Tuhan, tunggu dapat hidayah" dan bermacam lagi la ayat yang dikeluarkan. Tapi nak justify gadis Melayu boleh ke tidak jadi model hijabista? Pergh...bermacam hujah, hadis dan kenyataan ulama' dia pergi carik nak pastikan dia betul.

Yang basicnya, tak jaga.

Itu lah dia penyakit masyarakat kita. KIta selalu kejar benda yang advance. Berebut nak buat charity...berebut nak create awareness pasal something, berebut nak tolong orang lain....tapi diri sendiri tak terjaga.

Anak terbiar kat rumah orang gaji jaga. Suami makan apa yang dia beli kat kedai. Isteri jaga anak 4 orang seorang diri kat rumah sebab laki sibuk nak tolong orang lain. Sanggup upah orang lain jalankan tanggungjawab sendiri sebagai ibu bapa supaya dia boleh tolong sekumpulan anak yatim membaca.

Cilaka kan ayat last tu?
Tapi betul.

Sebab kalau kau terpaksa tinggalkan benda yang wajib dan memang dah jatuh dalam tanggungjawab kau hanya semata2 kau nak gi tolong create awareness pasal Islam dan masyarakat....priority kau sebenarnya dah crooked. Apa-apa hal pun, hirarki tanggungjawab kita amat jelas;

a. Lelaki kena pentingkan mak dia dari isteri
b. Perempuan kena pentingkan suami dan anak-anak dia
c. Mak bapak kena pentingkan anak-anak
d. Anak-anak kena pentingkan mak bapak
e. Yang paling penting....kau kena jaga diri kau sendiri terlebih dahulu

Bila dah clear benda basic2, barulah kejar yang extra ni.
Back to basic.

Kita kena kembali ke asal dalam banyak perkara. Budaya kita sekarang ni, kalau kau sebut pasal bulan Ramadhan...apa yang kau terbayang dulu? Sama ada nak raya, nak terawikh dan betapa peritnya nak puasa nanti.Apa yang wajib? Puasa. Berapa orang berani angkat tangan dan mengaku yang tiap2 kali Ramadhan datang...benda dia paling excited, adalah nak berpuasa?

Aku perasan, datang aje bulan Ramadhan...ramai yang share pasal Terawikh aje.....(sampai sekarang aku tak dapat lagi respon pasal kesahihan fadhilat Terawih dari JAKIM yang aku email dulu)

Mata duk nampak yang sunat aje.

Join konvoi sempena "Save Gaza" tapi bini kelam kabut kat rumah sorang diri jaga anak2 hingga tak cukup tangan. Benda baik...tapi mana kepentingannya?


Rauangan iklan.Promosi hebat khas untuk anda.

..................

Mungkin ramai yang rasa, jika duduk rumah, dia agak terkongkong, especially perempuan.

Sebab tu aku tengok ramai yang cuba buat charity bermacam2 dengan harapan dapat sumbang something kepada masyarakat. Tapi aku mintak la tolong dulu, evaluate dulu kau punya tanggungjawab, adakah benda tu dah tertunai? Adakah anak2 kau akan rugi jika dia tak dapat spend masa dengan kau? Fikirkan apa yang kau lost masa kau pegi charity tu.

Jika ada benda yang kau lost tu sebahagian dari tanggungjawab kau, kau kena la organize balik priority kau.

Dan lastly, kepada mana2 individu yang cuba justify apa yang dia nak buat gunakan hujah agama apabila ada kritikan muncul, tapi diri sendiri terang2 tak mampu nak ikut apa yang wajib....tolonglah berhenti gunakan agama untuk "betulkan" apa yang kau cuba perjuangkan.

Islam ni simple aje sistem larangan dia.

Ada benda kau kena buat. Benda wajib. Ada benda kau jangan buat. Benda haram. Ada benda yang dikategorikan dekat tengah2 dua tu. Yang sunat, makruh dan lain-lain. Penuhi lah yang wajib dulu sebelum kejar yang sunat tu.  Itu aje. Tapi ramai sekarang ni golongan yang kejar benda sunat...tapi yang wajib pun fail.

Apa cerita?

Dah la yang wajib tu pun dia pecahkan dua kategori..."ni wajib yang kena buat, ini wajib yang suka hati dia nak ikut."

21 ulasan:

Abdullah. berkata...

Who are we to limit the mercy of Allah?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum....ana nk jemput ikut ana pegi india pakistan bangladesh...

Tanpa Nama berkata...

betul kata kau. aku teringat aku dengar kuliah --- kalau kita katakan ada duit bonus atau macam durian runtuh ke apa..kemudian niat nak sedekah, lebih baik kita sedekahkan dulu pada ahli keluarga, kemudian pada adik beradik yang memerlukan -- lepas tu baru pergi pada mereka yang lain lebih memerlukan.

Kadang2 ada orang yg sibuk duk derma sana sini tapi adik beradik sendiri hidup susah, terkontang kanting, cuma tak meminta2 je pada orang lain. kita nampak susah orang lain, tapi tak nampak susah daripada keluarga kita sendiri.

THE Unknown berkata...

aku sebenarnya lagi berbulu dengan golangan yang panda rendah pada orang lain kerana mereka tak seiman dengan mereka..
aku pernah kena carut dengan seorang pakcik sebab pakai seluar tiga suku waktu solat.

apapun aku setuju dengan point berkaitan ramadhan tuh.

joki baba berkata...

Betul tu... Kalu nak nak nolong sangat.. Mula mula tolong ahli keluarga sendiri dulu, lepas tu adik beradik, lepas tu Yg terdekat dgn keluarga, lepas tu yg terdekat, lepas tu yg terdekat...

Tanpa Nama berkata...

Islam menggalakkan cronyism dan nepotism? ooh...

Tanpa Nama berkata...

isteri kau tak beri kasih sayang kat ko ker eh?

Tanpa Nama berkata...

Islam suruh tlg saudara mara agar jgn smpai meminta2.cronism tu tlg smpai makan 10 generasi xabes

eddeved berkata...

maaf bro, aku dah janji dengan kau aku tak nak kacau kau...tapi maaf beribu-ribu bro...aku gatal otak nak kasi pandangan...secara harfiahnya mungkin pandangan aku nih hina pada pandangan manusia lain.

bro,

apa yang aku faham, manusia ni ada level pemahaman dia...ya, aku sokong kau...kadang-kadang kita kena cari gaduh dengan orang, dari pergaduhan itu akan terjumpa satu hikmah...dan dari hikmah itu kita kenal Tuhan dengan lebih mendalam dan redho serta merasakan level kita dah diangkat...

Serious bro...aku baca blog kau kadang-kadang aku tak faham bro apa kau nak sampaikan...tapi aku cuba justify dan melihat dari dalam...dan aku mula faham apa kau nak sampaikan...mungkin kau sampaikan dalam nada bersahaja dan kadangkala "mengena" dan "pedas" pada yang membaca...tapi bro...kalau kau tak kena bantai gila ba**, kau tak akan belajar...

aku respek dan faham apa kau nak tulis....

cuma kadang-kadang bro...Tuhan bagi petunjuk nih pada semua orang, semua manusia faham...tapi nafsu masing-masing dengan setan dah bagi elok apa yang depa nampak...macam best dan tak ada dosa aje guna agama untuk justify apa depa buat...

at the end of the day bro...hanya kau dengan orang-orang yang tahu dan faham aje yang akan faham apa permainan Tuhan nih...

teruskan mengutuk dan mem blast orang...itu adalah tanda-tanda orang yang ada Tuhan dalam hati dia...

ha ha!

ps: kejap lagi karang ada laa orang blast aku, tak per...music to my ears!

Mantot berkata...

Bang, apa benda yang kau mengamuk pasal Edrie Hashim hari tu?

Tanpa Nama berkata...

jadi, macam mana pula org yg sibuk g perang kt timur tengah tu sampai mati? ramai yg angkat mereka ni syahid.

same question to the so-called jihadi fighters ni. g jauh2 tolong org tah sapa2 dgn isu perang pun kita x pasti pihak mana yg betul. di malaysia, mak bapak dh terbela ke? anak bini dah terjamin ke?

ni lagila teruk. dia sibuk kejar mati syahid (konon) tp keluarga terabai. dah mati, sapa nk tanggung keluarga ditinggalkan?

ye ke syahid mcm tu?

Tanpa Nama berkata...

glemour is money and money is wealth ... that what it is...

Tanpa Nama berkata...

anta ana unta banana

Tanpa Nama berkata...

point entry ni dh jelas.setiap perkara ada keutamaannya.aku dh byk kali jumpa org mcm ko ni eddeved.dh byk kali aku baca komen2 ko.aku rs ko xsedar lg kot.biar la aku bgtau ko.ko ni jenis org yg budget bagus dan attention seeker.harap terasa dan sedar diri skit.komen2 ko tu menmpakkan kebodohan ko sendiri.

Abdullah berkata...

Aku agak setuju dengan apa yg kau cakap ni. Aku faham maksud mantot ni, dan ada betulnya point dia smpaikan, pasal bnda wajib dan sunat, priority dan bukan priority. Dan aku setuju nak buat charity iangan sampai anak isteri yang kelaparan. Itu aku sokong sangat.

Tapi tu lah, ada sesetengah benda lain, kadang bila kita nak condemn orang seolah2 urusan menghakimi manusia ini mudah. Macam kau cakap bro, at the end yang menentukan kedudukan kita di syurga atau neraka bukan manusia tapi tuhan. Mungkin benda kecil yang kita buat tapi istiqamah tu yang mendapatkan kita rahmat tuhan kan. Honestly aku tak tulis ni atas dasar butthurt, tapi sebab aku percaya yang rahmat tuhan tu tuhan saja yang tahu betapa luasnya. Semalam aku tengok tv, ada ustaz ni dia cakap, "jangan kita letakkan neraca keadilan Allah ni sama dengan keadilan kita." Apa yang aku faham kat situ, tuhan maha adil, 'maha' yang hanya tuhan saja tahu, tak tercapai akal fikiran kita manusia nak hakimi org.

Allahualam.

Tanpa Nama berkata...

Hari ini hari pegang anjing.aku pegi dan pegang anjing.aku ok.terima kasih sbb iklan hari pegang anjing.

Mantot berkata...

so apa yang kau belajar dari event tu?

Tanpa Nama berkata...

pegang tangan awek/boyfen dah byk, x perlu kempen pun..sekarang kempen pegang anjing..lepas ni kempen pegang babi + ada babi golek kat event tu...meleis..

Tanpa Nama berkata...

Eddeved tu komen lagi aku tak phm..nmpk sgt loser sbb kata tknk kacau tp komen gak..bodoh tp sombong ..tu lah dia...

raayeop berkata...

kita selalu nak sebuk pasal orang lain tapi diri sendiri pun goyang lagi...

Tanpa Nama berkata...

aku nak guna kau punya post ni utk anaylytical essay aku but first thing first, kau punya main idea apa? to prioritize benda atau jgn gunakan agama utk justify bnd yg kau dh buat?
-hantu