Oktober 13, 2014

Tolong Berani Bangun Lawan Majikan Kau Jika Dia Tak Ikut Undang-Undang

Semalam, satu malam aku membaca teks pembentangan Bajet 2015. 

Kalau kau baca, kau still akan nampak yang kita punya bajet is still a capitalist oriented economy dan nampaknya sistem tu still takkan diubah sampai bila-bila (sampai kiamat?).

Even kerajaan sendiri bahagikan bajet diorang kepada dua; iaitu bajet untuk capital dan bajet untuk people. Kau boleh baca sendiri benda ni kalau kau berminat nak tau ke arah mana kerajaan akan pacu ekonomi negara.

Dan tolong jelas, dalam bab ni, aku bercakap mengenai Good Capitalist dan bukan Bad Capitalist.

Aku orang biasa jadi aku assume majoriti kita, adalah orang2 yang tertakluk bawah bajet untuk people. Kau mesti dah tau apa yang diperuntukkan kepada orang2 macam kita, seperti kenaikan BR1M, bonus untuk kakitangan awam dan lain2. Tak kiralah kau sokong BN atau kau sokong Pakatan, aku jelaskan kat sini, aku akan refer kita semua sebagai KITA hari ni.

Kalau kau boleh beli nombor plet ratusan ribu, kau bukan sebahagian dari kita ni.
Tolong baca artikel lain ye?

Aku agak kecewa selepas membaca bajet kerajaan untuk 2015. Sebab nampaknya kerajaan akan terus lebih mementingkan pihak kapital berbanding kita sebab kau pun tau, kita bukannya sumbang banyak mana pun duit untuk kempen pilihanraya diorang.

Apa yang diberi kepada kita hanya BR1M yang akan dibayar secara dua kali (BUKAN SEKALI AA!), bonus untuk kakitangan awam (sebagai pengganti BR1M) dan beberapa insentif lain yang memang akan dapat terus ke tangan kita, tapi nampaknya akan terus dinyahkan oleh inflasi tiruan yang bakal hadir selepas pengurangan subsidi minyak dan inflasi yang akan wujud selepas GST dilaksanakan.

Ada beberapa bajet yang dikeluarkan yang aku berminat nak ambik peduli seperti dana untuk industri kreatif. Aku ucapkan terima kasih kepada PM kerana ingin meramaikan lagi penggiat industri kreatif tetapi the core question remain;

"Kenapa ramai graduate industri kreatif habis belajar, kerja sekejap, kemudian keluar dari bidang kreatif?" Kawan2 sehidup semati aku, dalam 15 orang...yang still buat benda kreatif, adalah 3 orang. PM ku, berapa juta pun kau inject dekat industri kreatif ni, selagi masalah asas dia tak solve, selagi tu la duit kapital tu takkan menghasilkan long term prospect yang diharapkan.

Apa masalah asas itu?

Kurangnya protection kepada pihak pekerja dan undang2 buruh yang agak pro majikan, khasnya dalam bidang swasta. Industri kreatif banyak bertunjangkan bisnes swasta, betul? Tapi kita jangan fokus hanya kepada industri kreatif, cuba kita fokus kepada keseluruhan industri swasta. Adakah pekerja mendapat perlindungan dan benefit yang secukupnya jika majikan cuba mengambil kesempatan ke atas mereka?

Kau boleh jawab sendiri benda ni kalau kau kerja swasta. Tanya diri kau, jika kau langgar kontrak, apa kau kena? Jika majikan kau langgar kontrak dan akta, apa dia kena?

Kau pun tau macam mana keadaannya kan? We are a group of frustrated worker yang tau dirinya dicabuli tapi tidak mahu berbuat apa2 kerana takut hilang sumber mata pencarian. (Kalau kau tak, tolong duduk diam2 dan jangan cakap aku silap, kerana ramai yang di luar sana yang mengalami masalah ni)

Aku pernah kerja satu tempat dulu. Ada sorang budak, baru grad, gaji dia Rm1300. Lepas konfem, majikan bagi dia Rm1500. Dia tolak. Dia mintak Rm1400. Kenapa? Sebab bila gaji dia dah mencapai Rm1500, dia takleh claim overtime dan overtime kitorang waktu tu, MAK AIH memang rasa menyirap aje.

Aku gaji waktu tu Rm2200, tapi setiap hari aku kerja untuk 2 hari. Setiap hari aku kerja 16 jam. Apa aku dapat? Nothing. Hujung bulan gaji aku Rm2200....tak tolak EPF lagi. Tapi budak2 industri kreatif, kitorang diam, sebab ini passion kitorang. Jadi kitorang teruskan kerja. Ada yang tahan aje la sebab dah berapa interview dia pegi tak dapat2, ada yang sampai tak jumpa anak bini hari2. Merungut setiap hari? Memang. Menyirap? Memang.

Tapi kitorang ada choice? Ada.
JANGAN STAY DEKAT INDUSTRI KREATIF!

Dan itulah yang aku buat. Aku masuk education. Kawan aku berenti kerja sendiri buat karikatur. Ada yang pergi kerja bank. Ada yang last aku dengar buat MLM. Passion yang ada terpaksa dikorbankan untuk dapat income.

Sebab agak tak adil jika kerja jalan tetapi kitorang seolah2 dipaksa untuk overtime secara percuma. That is the core problem! That is the core problem of the whole private sector. Staff terlalu mudah untuk ditekan kerana persaingan yang terlalu kuat. Akhirnya cycle tu akan repeat...aku bagi contoh industri kreatif balik...kerja 3-4 tahun..frust. Tukar bidang lain takpun start company sendiri. Ganti dengan fresh grad. Last2 injection capital kerajaan tak menampakkan hasil sebab industri dah hilang pengalaman orang2 yang dah ada pengalaman.

Mungkin kerana itu kita terkebelakang berbanding Indonesia dan Thailand dalam bab industri kreatif, industri automotif, industri pendidikan dan bermacam industri lain? Ada kawan kerja Proton? Tanya dia sendiri apa aku tulis ni.

Perdana Menteri ku...aku, personally, nak sokong kau. Aku tau kau orang baik. Muka kau bukan muka orang jahat. Bangsawan, yes, jahat, tak...tapi aku percaya ada beberapa langkah yang perlu diperkenalkan oleh pihak kerajaan supaya tipped the balance a bit, bagi some soft of protection kepada orang2 yang nak kerja makan gaji, especially sektor swasta...public sector aku dengar kau gred apa pun, overtime berbayar RM50 sampai pukul 9 malam? Betulkan aku kalau aku salah.

Skim gaji minima is a start. Tapi RM900? Tak ramai kan yang tau gaji minima kita ikut jam adalah Rm4.33 seminggu dan Sabah/Sarawak Rm3.85. Rm4.33 SEN SEJAM! Kau nak beli nasik pun sangkut dalam keadaan sekarang ni dan mulai tahun 2012, pekerja yang mempunyai gaji RM2000 dan ke bawah layak dilindungi oleh Akta Kerja 1955. Sebelum tu, hanya gaji Rm1500 ke bawah.

Yang paling penting kau kena tau dan sedar, undang2 pekerja kita ada dua...gaji bawah Rm2000, mereka tertakluk bawah Akta Kerja 1955 dan mereka bergaji atas Rm2000, mereka tertakluk bawah Seksyen 69B.

Apa bezanya?
Tah lah. Aku pun tak berapa clear...tapi yang jelas;

a. Kau tak sepatutnya kerja lebih 48 jam seminggu
b. Kau tak sepatutnya kerja lebih 10 jam sehari
c. Majikan yang menyuruh kau kerja overtime PERLU membayar overtime jika kau tertakluk bawah Akta Kerja 1955.

Itu undang2!

Berapa banyak company berani langgar? Berapa ramai yang berani suarakan benda ni? Berapa ramai yang dah suarakan tapi tak dapat apa-apa dan kemudiannya kena carik kerja lain sebab dia dah bawak company dia kerja ke mahkamah dan company dia ugut nak kenakan tindakan?

Tolong clarify betul2 dengan orang ramai pasal Akta Kerja 1955 dan Seksyen 69B ni. Itu polisi yang akan membantu kerajaan Barisan Nasional kekal memerintah. Bukannya sekadar bagi duit, bagi beras, bagi topi, bagi teh serbuk. Updatekan akta. Protect pekerja, Protect orang bawahan. Jaga kebajikan diorang. Pastikan jika pekerja PERLU bekerja, mereka dapat something dari situ sebab bila kau diperlukan kerja, banyak sebenarnya yang kau dah tinggalkan. Masa untuk keluarga, masa untuk diri sendiri, masa untuk berehat...

Aku dah melalui satu zaman di mana aku kerja untuk 2 hari dalam 1 hari dan aku dapat nothing. Mungkin itu kot yang mendorong aku anti BN kuat-kuat sebab bila aku baca undang2 pekerja, memang ada undang2 tu, tapi aku tak tau kenapa bila aku ajak ramai2 gi report, diorang takut. Aku pun tak gi report sebab aku tak nak diorang kena apa2 (kawan2 aku) dan aku decide untuk cabut lari.

Kat mana protection untuk orang camtu? Kenapa orang kita takut nak buat aduan jika majikan take advantage? Thats the biggest hurdle yang kerajaan perlu galakkan orang kita pecahkan.

Kerajaan boleh mulakan kempen, sedarkan orang ramai mengenai undang2 pekerja yang sebenarnya ada, tapi entahlah...mungkin orang kita ramai sebenarnya dah jadi mangsa sistem kapitalis dan lebih rela ditekan, diperah dan diperguna...asalkan mereka dapat gaji hujung bulan. Mungkin mereka tau pasal undang2 tu tapi ramai tak berani tampil ceritakan masalah kerana pada mereka...kerajaan melalui kementerian dan agensi  tak akan berpihak kepada mereka?

Setelkan core problem ni sebab umumkanlah bajet hebat gah macam mana pun akronimnya, kalau pekerja masih lagi takut nak suarakan hak mereka....itu hanya menunjukkan akta yang kerajaan buat tak mencapai sasarannya.

Kikis imej tu jika Barisan Nasional nak terus dapat mandat memerintah kerana aku percaya, generasi aku dan bawah aku, adalah orang2 yang sangat frustrated dengan etika kerja di Malaysia yang seolah2 majikan boleh buat apa2 yang dia suka. Itu imej Barisan Nasional pada mata anak muda. Sangat capitalist friendly.

Budak2 dalam industri kreatif? Lagilah frustrated, kan?
Especially golongan perempuan.

Nak dapat kerja dalam industri kreatif pun susah sebab majikan tau, korang nanti takleh stayback office lama, haha,  tu tak kira yang dah awal2 risau kau mengandung. Waktu interview, cubalah kau tanya, ada overtime ke tidak kalau kena stayback...tengoklah dia punya spin macam mana.

Negara kena la accept yang satu hari nanti orang kita yang level pekerja akan bangun dan demands right diorang. Sekarang ni still tak ramai tapi generasi bawah aku pasti akan melawan sebab aku tengok diorang ni berani dan aku tak rasa yang kerajaan sekarang mampu provide apa saja demand diorang ni satu hari nanti dalam bab kebajikan pekerja selagi ekonomi kita terlalu capitalist oriented.

Sampai sekarang ni masih lagi ada majikan yang tak naikkan gaji pekerja kepada gaji minima. Salah siapa? Yang aku pasti bukan salah pekerja jika dia tak dapat gaji berkadar dengan gaji minima sebab itu bukan tanggungjawab dia..

GST punya iklan hari2 boleh main kat TV, apa salahnya keluarkan iklan pasal hak pekerja kat TV? Ceritakan kepada orang ramai betul2 apa hak diorang. Website memang ada...tapi, buktinya still ada kat sini, kan?

Hak pekerja kat Malaysia masih tahap cap ayam tapi lagi 5 tahun, kita nak capai taraf negara maju cum berpendapatan tinggi. Macam mana benda tu tak seiring? Pekerja negara maju adalah pekerja yang tak takut nak suarakan hak mereka tapi kita masih lagi takut nak buat aduan kalau majikan tak bayar overtime.

Bersediakah kita?
Bersediakah kerajaan?

Bersediakah kita, pergi buat aduan tuntut hak kita jika kita rasa majikan kita merogol, mencabul dan melapah kita?

ps - Jangan suruh aku jadi majikan dulu baru paham masalah macam mana. Kalau kau nak jadi majikan dan kau tak boleh ikut undang2, jangan jadi majikan.


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

En. Mantot nanti tulis pulak tentang hak-hak majikan.

ss_izal berkata...

tot, nape baik sangat tulisan ni

Tanpa Nama berkata...

Kita perlukan Parti Pekerja untuk suarakan dan perjuangkan hak pekerja!

Tanpa Nama berkata...

Kalau rasa kuar graduate bolh gaji 2500.. puiii!! Company mn yg sanggup bg fresh grad gaji byk tu? Pengalmn aku lh.. kjer 5 thun pun compny besar ad yg bg bawh 2500.. ak xthu lah fakta mn bg fresh grad 2500.. puiii!!

kesan 20sen berkata...

Sokom matot..tp ak frust..cuti depavali tukar dr khamis ke rabu plak...habis plan ak nk holiday..khamis smpai sabtu

eddeved berkata...

maaf bro, aku komen, artikel ni sangat menarik.

akta undang-undang pekerja memihak banyak kepada pekerja, terutama pekerja swasta.

undang-undang pekerja sangat mantap bro, kalau kau pandai corner kau akan nampak, sebagai contoh IRA 1967 (Indutrial Relation Act 1967), ada klausa di mana kalau kau rasa kau teraniaya kau boleh repot dengan Mahkamah Industri.

Jarang ada orang buat repot yang kalah dalam kes dia, kecuali kalau terbukti dia salah.

Dalam kerajaan lagi susah nak naya pekerja...kalau kau kerja gomen, nak buang, zalim kau bukan senang...lagi susah dari swasta...

esok aku kena pergi court...Insya Allah...menang kot?

Ada undang-undang yang larang pekerja dizalimi...

aku pernah kena naya, kena pecat, aku bawak pergi Pejabat Buruh, within three months semua settle...boss aku bayar balik gaji aku...

okay bro...sorry.

Tanpa Tiub berkata...

bwahaha..undang2 pekerja banyak memihak pada pekerja terutama pekerja swasta? kau duduk mana ni..antartika ke? berapa banyak komplen, yang bawa ke pejabat buruh tak ada tindakan..

ijan naruto berkata...

Mantot,
Abg ak lg truk, company dia xbyr gaji 3 bulan. Pg pjbt buruh report. Smpai skg xda pape
Mana dia undang2 untk pekerja

raayeop berkata...

kadang kadang undang2 yang tertulis pun masih ramai nak melawan.

Tanpa Nama berkata...

Untuk gomen, below gred 41 je blh claim OT la Mantot :(

azwin nalisa berkata...

company aku dah bertapak lebih 60 tahun. ak fresh grad, xdpt pn gj rm2500. start je, rm2300. tolak epf socso, dlm 2k. kaum lain, degree pn xde, freshhhh sgt, basic je rm3k.nk gaji naik, pangkat naik, kne pndi kipas. kalo xpndi, jdk la kuli batak hari2 smpi laki ak boleh tanggung sume hutang maka dpt ak duk umah. phewww~~