Oktober 09, 2014

Benci Agama 200%, Benci Agama Ketat-Ketat

1. Kebelakangan ni aku tengok, penentangan kepada agama seolah-olah agak open, secara halus.

2. Yang sedih selalunya dilakukan oleh orang Melayu sendiri. Kita tak sedar....tapi slow2 sebenarnya, kita diajak menjauhi golongan agama melalui pelbagai perkara yang berlaku sekarang ni...kau tak sedar ke yang negara kita makin lama makin ke arah "liberalisasi mentaliti" ?

3. Kalau kau sedar, sebenarnya amat mudah untuk buat orang Melayu benci dengan orang yang jaga agama dia atau particular pasal agama.

4. Plankan satu konsert. Anjurkan konsert "future music." Kalau kau tak tau apa itu future music, tu lagu yang bunyi techno, dush dush dush, nit nit nit...

5. Muzik yang disyorkan supaya kau makan pil dulu sebelum layan.

6. Iklankan pasal konsert tu. Hebohkan. Pastikan orang Melayu turut serta. Pastikan orang Melayu NAK pegi.

7. Secara automatiknya akan bangkit golongan2 penegak agama berserban, berkopiah ni yang akan bangun bantah benda tu.

8. Kau boleh kutuk diorang ni kuno atau lapuk atau ketinggalan zaman, tapi diorang ni buat apa yang kita sepatutnya buat, sebab kita tak buat benda tu.

9. Bila diorang bangun bantah, yang selalunya vokal bangun membantah...dalam media sosial...Melayu. Melayu yang bajet dia futuristik.

10. Dari situ akan wujud pengaruh yang agak berjaya setakat ini yang memisahkan golongan agama dengan orang biasa macam aku dengan kau.

11. Sampai satu masa, bila dah tak ada lagi orang yang bangun berani bantah benda2 lagha dan maksiat ni, apa nak jadi dengan anak2 kau?

12. Diorang akan fedap. Sebab diorang ni akan nampak yang masyarakat dah mula memulaukan diorang.

13. Tak suka contoh konsert aku? Kau boleh letak Festival Oktoberfest yang selama ni tak pernah ada kat sini, tiba2 pulak boleh diadakan.

14. Kau yang Melayu yang bangun mengutuk orang2 agama yang membantah ni kenapa?

15. Aku percaya dalam diri kau still ada sikit iman dan aku percaya yang kau tau apa yang diorang bantah tu betul.

16. Tapi mungkin sebab kau terlalu kejar keseronokan, kau suppress iman kau.

17. Padahal dalam diri kau, KAU TAU KAU SALAH DAN KAU TAK SEPATUTNYA BUAT BENDA MAKSIAT TU.

18. Aku rasa semua orang Islam sedar bila dia buat maksiat.

19. Sebab kalau dia tak sedar, dia tak Islam.

20. Itu beza kita dengan penganut agama lain dan kau sepatutnya cukup bangga dengan hakikat tu.

21. Cuma sayangnya rasa bangga tu tak kau praktikkan.

22. Malah kau tekan dalam2 lagi gemuruh gelabah hati kau tu dengan cuba melogikkan dan memodenkan Islam cara dunia sekarang.

23. "Apa salahnya aku pergi rave? Aku solat lima waktu?"

24. "Kau siapa nak judge2 aku kaki berzina? Syurga neraka Tuhan yang tentukan la. Kau tau tak ada cerita pasal pelacur yang bagi makan anjing dan dia masuk syurga sebab tu..kau nampak tak macam mana kasihnya Tuhan walaupun orang tu hina?"

25. Aku dah boring dengar orang berhujah halalkan benda tak elok dengan kisah pelacur bagi makan anjing tu.

26. Sebab kalau kau nak ambik kisah tu sebagai alasan nak menghalalkan semua benda salah yang kau buat, cubalah kau buat sesuatu yang menghina Islam secara terbuka.

27. Contohnya, kau Islam tapi kau pijak Al-Quran.

28. Tangkap gambar dan post dekat Facebook kau...kemudian bila kau kena kritik, kau jajalah cerita "Tuhan itu Maha Adil, Dia boleh bagi PELACUR masuk syurga! Bukannya kau yang tentukan syurga neraka, dosa pahala!"

29. Ya, memang bukan kita yang tentukan syurga neraka, dosa pahala.

30. Tapi, bukan ke kita dah diajar, macam mana nak ke syurga?

31. Macam mana pulak orang zaman sekarang boleh berharap dia akan ke syurga DAN dia boleh langgar semua larangan Islam yang menghalang dia ke syurga, hanya kerana dia percaya Allah SWT itu Maha Adil lagi Maha Pengasih....

32. Takkanlah hanya sebab kau pegang Allah SWT itu Maha Memaafkan kau nak gunakan itu sebagai alasan kau buat maksiat?

33. Sedap gila kau hidup boleh buat maksiat, kemudian kau anggap Allah SWT tu Maha Pemaaf jadi siapa2 yang tegur kau buat maksiat can shut the hell up...

34. Apa guna ada Kitab, Hadis dan Fatwa?

35. Bercakap pasal fatwa, aku tengok ramai jugak yang pandang fatwa ni seolah2 benda main2.

36. Kau cuba ingat balik, bila zaman kau belajar dulu, cikgu kau cakap, lecturer kau cakap, kau dengar atau tidak?

37. Kenapa tak nak dengar fatwa? "Sebab kalau tak ikut fatwa tak berdosa," kata ramai orang.

38. Adakah kerana fatwa itu ilmu percuma? Atau masyarakat kita dah sampai satu tahap di mana bila bercakap pasal bab-bab agama, diorang lebih prefer supaya "if it is about religion, it is up to me and God only yeah? Dont be busy busy body please."

39. Mungkin kita boleh buat yuran akses satu fatwa Rm5 untuk rujuk fatwa baru orang betul2 hargai fatwa tu.

40. Kita sangat menghargai benda yang kita kena bayar, kan? Kelas agama banyak gila free tapi yang tiket beratus2 hanya semata untuk tengok DJ tekan laptop jugak yang dia nak pegi.

41. Tapi bila Ustaz kenakan bayaran untuk bagi kelas...dia marah pulak.

42. Tu yang pelik tu. Tudung Rm300? Beratur nak beli. Ustaz mintak kutip derma masa ceramah? Ustaz tu mata duitan la oi!

43. Cuba Google "Ustaz Mata Duitan" tengok gambar siapa keluar.

44. Kebelakangan ni kita diajak supaya "memoderatekan Islam." Jangan jadi terlalu extremist. Kena man-man. Kena slow-slow....

45. Masalahnya, senyap2 kita diajar...dalam Islam tak sepatutnya ada "paksaan langsung berlaku"  kerana Islam adalah agama yang "cantik dan sempurna serta lemah lembut ajarannya" dan jika perlu dipaksa, ia berlawanan dengan ajaran Islam.

46. That is wrong. Kau sedar tak jarum2 halus tu sedang dicucuk oleh pihak2 yang tersembunyi?

47. Meh sini aku nak tengok kau larang anak kau berzina tanpa sebarang paksaan.

19 ulasan:

Tom berkata...

Pelacur yang bagi minum anjing kehausan boleh masuk syurga.. bukan free2 masuk syurga tapi kena seksa dulu kat neraka sebab dosa melacur.. entah berape ribu tahun dalam neraka jahanam baru dapat masuk syurga...

Nak try rasa neraka jahanam juga ke baru nak rasa syurga?? Try amik mancis bakar jari sendiri.. tengok tahan berape lama? Tu baru api dunia. Panas gunung berapi tu pun baru Haba dari sebesar zarah api neraka..

Tanpa Nama berkata...

Well say mantot

Tanpa Nama berkata...

Kisah pelacur dengan anjing tu Kisah sekerat, cerita la full kalau nak hujah pun diorg ni..btul tot?

Ridzuan K berkata...

Kita dah start masuk zaman ancaman akidah. Be prepared lah.

joki baba berkata...

Pendapat yg benar.. Good one..

Tanpa Nama berkata...

Pertama sekali aku salahkan Harian Metro. Dari situ budak2 mentah belajar macam2 secara langsung dan tak langsung.

Tanpa Nama berkata...

APA fungsi kerajaan? Kenapa benarkan konsert sebigitu masuk? Dan x perlu warrior berserban buat bantahan xde org layan pun.kesimpulannya fungsi kerajaan tu ape? Kalo x boleh buat polisi yg bail untuk rakyat bail aku undi warrior berserban jadi menteri .so semuanya terjaga . betul x mantot?

Tanpa Nama berkata...

"Kau boleh letak Festival Oktoberfest yang selama ni tak pernah ada kat sini, tiba2 pulak boleh diadakan."

bro, oktoberfest dah ada lama kat malaysia, memang acara tahunan anjuran carlsberg dn GAB. selalu ada iklan dalam akhbar dan majalah english.

Tak caya boleh google oktoberfest malaysia tahun 20xx, di mana, xx ialah nombor 00 hingga 13.

tahun 199x ke bawah pun ada.

cuma dulu tak digembar-gemburkan pasal carlsberg dan GAB faham keadaan malaysia yang majoriti Islam.

Jadi aku rasa kau faham kenapa isu ni timbul secara tiba2, padahal sebelum ni takde kecoh satu benda pun...

Tanpa Nama berkata...

aku sokong hang mantot... cuba tgk komen anon 11.51pm pun kita dah tau dah apa yg hang ckp mantot mmg betul.... disebabkan benda mcm tu dah lama dibuat jadi kita sebagai masyarakat diajar supaya menerima tanpa prejudis... bila kita cuba nak bersuara akan keluar ayat lebih kurang "Jadi aku rasa kau faham kenapa isu ni timbul secara tiba2, padahal sebelum ni takde kecoh satu benda pun." ..... cuba tgk billboard gambar perempuan separa lucah terpampang dekat jalan2 utama.... anak2 kita yg kecil tgk mcm xda apa2 sbb kita diajar yg benda tu adalah "normal" ... kita pun bila ternampak tak rasa apa2(maksud aku dari segi adakah kita rasa ia berdosa..bab nafsu jgn ceritalah) ..... benda2 semua ni dah lama mantot.Perlahan2 masuk dalam kehidupan kita. Bila Hassan Ali sebut semua ni sbgai jarum2 halus kita terutama org melayu yakni Islam gelak. Rasanya point paling penting aku rasa apa yg masyarakat Islam hadapai sekarang ialah kita tidak pernah ambil serius akan akidah islam kita. Kita jadi mcm tu sbb kita nak dilihat 'kool' dan konon2nya seorang islam yg 'mudah' semua perkara......

Tanpa Nama berkata...

Mohd Hafizee Bin Md Zin
017-2552993

Asalamualaikum..terbaekk tot..
dunia akhir zaman camnilah rupenye

Tanpa Nama berkata...

Salam Mantot,

Aku selalunya baca je malas nak komen tapi bila sebut bab Oktoberfest ni aku cam nak ckp skit la. Betul cakap anon 11.51pm tu, dah lama dah event ni ujud tapi dulu xkecoh2 kenapa baru sekarang. Aku rasa aku paham apa yang anon ni cuba sampaikan. Bukanlah kerana dia liberal atau terlalu amik mudah (ni aku rasa la..perspektif aku kan...sebab ramai yang mcm anon nih)aku jugak kaki komplen bila mana time tu aku kerja area bdr utama tu and dtg kerja dengan rasa mual dan takut sebab masih ada yg xhabis mabuk dan aku hanya mampu geleng kepala bila esoknya pergi kerja parking penuh dgn botol2 pecah dan kekotoran yg terhasil dari event nih. Sebab aku hanya orang kecik yang suara aku ni hanya Allah je dengar (Alhamdulillah..aku dapat kerja jauh dari kawasan-kawasan macam tu). So pada yang tak pernah tau pasal event ni dah lama bertapak maka tau-taulah yang event ni lama dah. Dah tau camtu masih gak aku tengok orang melayu yang ramai melonggok dalam OU tu sampai tak cukup-cukup parking. Ko nak cakap apa area tu private properties kot, sama dengan kisah ko marah orang bukan islam makan benda haram dalam rumah dia, eh rumah dia ko tak de hak kot (ni jawapan aku dapat masa aku komplen dulu) maaf pada yang terasa ye. Salam Jumaat.

Mantot berkata...

aku paham apa yang Anon tu cakap.

Samalah macam ajaran sesat. Benda tu mungkin dah lama berlaku.

Bila tiba masa ajaran tu jadi isu, mesti ramai yang akan kata "bukan ke benda ni dah lama ke? kenapa sekarang baru jadi isu? aku dah tau lama la.."

bila benda tu jadi satu isu negara, itu maknanya isu tu dah sampai ke pengetahuan pihak yang ada kuasa nak ubah.

kau mungkin tau pasal ajaran sesat ni dah lama dulu dah....cuma, kau sendiri tau dengan pengetahuan kau tu, kita ni hanya mampu sekadar tahu dan takleh nak buat apa2 sangat.

Oktoberfest dah lama berlangsung? Takpela. Benda dah jadi.

Tapi bila kita dah tau, kita dah ada tanggungjawab pastikan diorang tak anjurkan benda tu lagi.

lagi ramai orang tau, lagi ramai orang berpotensi untuk bangun dan bantah.

firdaus m berkata...

salam.

betul cakap Mantot. Artikel ni ialah utk sesama Muslim yg suka pi belasah "golongan agama".

Memang lah golongan agama tu tak maksum, tapi kita, org Muslim sendiri yg maki belasah, yg non-muslim pakat tengok saja.

aku rasa ni semua pasal politik Umno-Pas-PKR saja, tapi saja ubah playing field kepada agama-liberal-non liberal. most issues pun rhetoric dan tak menguntungkan sesiapa in the end, tapi saja bangga duk belasah sama sendiri.

memang selama ni Oktoberfest ni ada tapi tak kecoh, sekarang ni dikecohkan utk perangkap politik, tapi menyebabkan kita sesama Muslim belasah sesama sendiri kt media social.

satu saja, dalam dunia ni kita cakap lah benda yg betul2 kita expert. kalau separuh masak, baik toksah cakap, walaupun nampak cool macam Benz Ali, tapi half-cooked egg punya ilmu banyak bahaya dari baik. kalau ada benda share, share 100% jangan separuh2.

kalau tegur, tegur la baik2 toksah memaki, so silap buleh diperbaiki, bukan jadi pergaduhan.

few common sense ni aku rasa boleh ubah masyarakat internet Malaysia, insyallah.

Tanpa Nama berkata...

Itulah aku tulis suara aku kecik just tengok je mampu, pastu paling-paling kutuk dalam hati...itulah kekuatan aku umat islam zaman sekarang ni, over-over nanti di cas pelampau agama walhal...sebab tu la kita ni kalau ada suara banyak atau ada kuasa baru la orang buka mata dan kalaulah orang di luar sana tau bahawa kuasa dan duit tu hanya kat dunia je mungkin, mungkin la ye tak wujud semua ni.

anon 10.21a.m a.k.a anas

Tanpa Nama berkata...

ya sayalah anon October 9, 2014 at 11:51:00 PM GMT+8 tu.

sebenarnya oktoberfest ni kalu korang rajin baca wiki bukannya pasal minum arak pun.

minum arak specifically beer tu cuma acara sampingan je.

okotberfest tak patut diharamkan kerana oktoberfest adalah acara kebudayaan warga Jerman dari Munich.

Yang patut diharamkan ialah orang Islam yang pergi teguk beer tak kira masa oktoberfest atau tidak.

Tanpa Nama berkata...

Org islam menyambut aidiladha disebabkan beragama islam...org malaysia menyambut octoberfest disebabkan.....sebenarnya kita berdarah german....tiada kena mengena dgn arak....faham!

Tanpa Nama berkata...

P kamalanathan melarang proses korban di sekolah untuk menjaga sensitiviti org hindu.....

semut berkata...

Yup..kita sekarang diancam dengan pemikiran liberalisasi. Kalau kita tak setuju..dianggap kita extremist muslim. Bagi aku..kalau benda tu haram..tetap haram. Takdaknya ikut situasi. Tanggungjawab kita bukan untuk memuaskan hati manusia..tapi kita hamba Allah.
Oktoberfest? Aku pertama kali dengar tahun ni. Sudah lama kat Malaysia. mungkin secara private party. Tapi sekarang terang2 publisiti besar-besaran. Berasaskan festival kebudayaan Jerman. Apa rasionalnya kita sambut kat sini? Sama mcm halloween..lama-lama dh mcm jadi satu perayaan pula kt Malaysia ni. Kena sambut..baru nampak cool gitu.
Pendapat aku, aku tak setuju oktoberfest, halloween bagai. cukuplah sekadar golongan minoriti penganut agama tersebut atau expatriate yg menyambutnya.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya orang hilang hormat dengan agama sebab orang agama tu sendiri. Fatwa berlambak yang merepek ada. Yoga haram? Itu haram ini haram. Lagi satu cara approach yang agak tradisional n kampong. Sila ambil orang muda yang fit dan untuk bekerja di jabatan islam. Ni semua yang kerepot buncit n pak lebai.