Oktober 10, 2014

Kisah Akhir Zaman 01 : You Are Not My Mother!

Zarif membuka matanya.

Dia masih lagi rasa kepenatan semalam. Kepala dia berpusing, berpinar-pinar. Dia sendiri tidak sedar pukul berapa dia sampai ke rumah dan macam mana dia sampai ke rumah.

Zarif melihat ada gadis disebelahnya. Gadis itu terbaring tanpa berpakaian seurat benang pun. "Gadis Melayu akhir zaman, mudah benar jadi peneman," fikir Zarif. Nama gadis itu sendiri dia tak pasti.

"Mungkin Lina, Rina barangkali? Atau Tina? Tak mungkin Tina, zaman sekarang orang tak bagi lagi nama anak dia Tina, mungkinkah Gina? Yang aku pasti hujungnya Na," Zarif mengelamun.

Na berdengkur perlahan. Zarif langsung tak ada rasa memandang gadis tersebut lalu dia bingkas bangun, memakai seluar, menggosok gigi, mencuci muka dan turun ke bawah menuruni tangga. Suara televisyen jelas kedengaran berita yang sedang membicarakan perihal kawasan sekitar Mekah yang telah dibom oleh militan-militan tidak dikenali.

"Morning Daddy!" sapa Zarif. "Morning my son!" Encik Rahman menjeling anaknya tapi mata tidak lepas dari surat khabar digital yang tertera dalam ipadnya.

"So, how is last night?" tanya Encik Rahman.

"Ok aje Daddy, tapi client tu demanding sangat lah," keluh Zarif.

"It's okay la, daddy dah kenal lama dia, I knew the owner pretty well so hopefully negotiation kita will be going smoothly," jelas Encik Rahman.

"And, Zarif....I see you bawah balik Sharina semalam, you must be doing something good kan? Chill up lah," pujuk Encik Rahman.

"SHARINA! I forgot her name dad!" Zarif menepuk dahi.

"Selamat pagi!" Jeffrey melangkah keluar sambil menatang satu jag berisi air milo panas. "Zarif, you are the man!" Jefreey memuji kehandalan Zarif.

Zarif tarik muka. Dia langsung tak suka lelaki itu ada di rumahnya.

"Another thing Zarif...just a reminder, next time, if you nak bawak balik girls home, inform us first ok!" Jeffrey menuangkan air ke cawan.

Zarif mendengus. Dia cukup menyampah dengan pondan tua itu.

"Hey shut up ok! You are not my mother!" jerkah Zarif.

"Zariff....calm down..." pesan Encik Rahman.

"Merosakkan mood orang aje pagi-pagi ni!" Zarif berbisik dengan kuat.

"Zarif, you pun tau me dengan Uncle Jeffrey is already planning to get married next year...... so either way, dia akan jadi you punya mother," pujuk Encik Rahman dengan lembut.

"....." Zarif diam.

Dia tau ayahnya mahu mengahwini Uncle Jeffrey selepas menunggu hampir 3 tahun kebenaran pernikahan sama jenis dibenarkan kerajaan Malaysia. Ayahnya pun sudah lama menduda selepas bercerai dengan ibunya, dalam satu perceraian yang amat kronik akibatnya berbelas tahun dulu, membuatkan Encik Rahman berikrar dia tidak akan mengahwini lagi mana-mana wanita di dunia.

Encik Rahman bangun. Dia memegang bahu Zarif.

"Zarif, I've been alone for how long? 12 years, 13 years...." kata Encik Rahman sambil memandang Zarif. "You know what I have gone through before, kan?"

Zarif mengangguk.

"You know how long I waited for this?" tanya Encik Rahman. Zarif diam. Dia tau ayahnya dan Uncle Jeffrey dah berkenalan lebih 8 tahun, bercinta lebih 7 tahun.

Jeffrey hanya diam memandang lelaki yang dicintainya itu memujuk bakal anak tirinya.

"Hi! Morning!" Sharina menuruni tangga dengan memakai robe mandi Zarif.

"Morning Atina," sapa Zarif.

"Hey! SHARINA LA!" jelas Sharina.

"Yeah..whatever," kata Zarif melangkah pergi. Encik Rahman pening kepala. Peluang bisnes dengan ayah Sharina, hartawan hartanah terkenal Malaysia, nampaknya hanya tinggal rangka.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya itulah yg bakal terjadi apabila anwar pakatonirrojim memerintah malaysia... kawin sejenis & seks bebas akan dihalalkan...

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik Malaysia bergabung dengan Singapura dengan Lee Hsien Loong menjadi Perdana Menteri

Unknown berkata...

Kemukakan bukti

Tanpa Nama berkata...

Mcm biasala...mesti ada kaitan dengan Anwar. Tak pelik kalo statement tu keluar dari pengguna android phone super canggih tapi bila mai bab berita mesti ngadap mainstream media jugak. Terima, angguk n telan je apa media kawalan tu bagitau. Phone canggih buat ngorat awek je doe.kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

kemukakan bukti??!! bebal ke apa ni

Mantot berkata...

apa kejadahnya nama anwar keluar ni?

tanda akhir zaman = gay dan lesbian itu normal

Tanpa Nama berkata...

its not about anwar laa... x penah blaja pasal akhir zaman ker??

Tanpa Nama berkata...

Euw. Gays have standard okay? We don't pick old ugly faggots. Let alone the fat straights to sleep with. We only pick the hot guys with 6 packs.

Tanpa Nama berkata...

diorang ni dah terpengaruh dgn dakyah be end...sebab tu be end buat apa pun snyum je...dalam hati terseksa....