Oktober 01, 2014

"Aku Nak Isteri Yang Berkulit Sawo Matang" Kata Ramai Lelaki

Aku jarang tengok TV. Sekarang ni lagilah jarang, memandangkan aku dah potong Astro.

Sebab tengok TV selalu menampakkan kebodohan society kita, kita adalah society yang terlalu terkejar-kejar untuk jadi sama macam template yang pihak lain sediakan.

Beli kereta ini. Beli barang ini. Pakai baju ini. Pakai seluar ini. Jadi macam dia ni. Jangan jadi macam diri sendiri. Tolong rasa malu kalau kau cuba jadi diri sendiri.

Dalam TV banyak benda camtu. Sebab dalam TV banyak iklan. Iklan....adalah alat yang sangat bahaya jika orang yang mengawal penghasilan iklan itu jahat. Sebab dia mampu corakkan society jadi macam dia nak. Untuk orang2 yang gullible, memang mudah sebenarnya diorang terjerumus. Apatah lagi kalau kena provoke dengan iklan.

Kau pernah tengok iklan ubat gigi? Kalau kau perasan, sebenarnya semua orang yang berus gigi dalam iklan ubat gigi, langsung tak letak ubat gigi. Sebab tu diorang nampak kemas dan bersih masa memberus gigi. Tapi otak kita takkan perasan benda camtu sebab kita dijaja dengan imej yang kita nak nampak. Membuatkan kita jadi apa yang kita nak jadi. Padahal, itu sebenarnya apa yang mereka nak kita jadi.

Pengiklanan boleh heret kau ke neraka. Serius. Aku nasib baik kerja buat iklan dua hari aje. Sebab iklan banyak jual something yang fake untuk entice consumerism.

Golongan yang paling aku kesiankan? Orang kulit hitam, especially perempuan berkulit gelap. Diorang ni memang easy target mana-mana produk.

Kau cuba bukak TV dan kau tengok berapa banyak iklan yang mengatakan kulit hitam tak elok. Kulit gelap ni perlu dicerahkan. Jika kau dapat jadi cerah sikit pun berbanding kulit kau sekarang, Insya Allah akan ada lelaki yang tangkap cintan dengan kau.

Jahat sebenarnya mesej tu. JAHAT GILA."Cerahkan lah kulit anda yang gelap! Belilah produk kami. Malulah anda jika anda berkulit gelap."

Yang cantik? Yang putih. Yang putih kemerah-merahan. Yang buruk? Yang hitam kemerah-merahan.  Itulah hebatnya kuasa marketing dekat society kita. Ramai gadis di luar sana benci dengan diri sendiri hanya kerana kulit dia gelap.

Buang aje lah Fair and Lovely tu dik. Lagi baik kulit kau gelap dan kau sayang diri sendiri, daripada menghabiskan sejam sehari sapu losyen pencerahan hanya semata2 nak rasa diri lebih konfiden. Itu semua effect placebo aje. Effect kosmetik. Kecantikan kulit ni luaran aje.

Tuhan bagi kulit kau gelap? Belajarlah sayangi diri sendiri. Jadilah diri sendiri. Jangan terikut dengan penjual2 produk ni. Game diorang mudah, sebarkan mesej kulit gelap itu huduh, sebarkan mesej lelaki suka perempuan berkulit cerah. Laki perempuan semua terikut..hasilnya? Kau pun tau.

Jangan malu dengan muka sendiri tapi janganlah sampai jadi orang yang tak tau malu,ye?
Yakin lah sikit dengan kurniaan Tuhan dekat kau.

Kalau kau nak jugak tuduh aku tak paham perasaan perempuan, kau anggaplah kulit kau yang gelap tu sebagai rahmat dekat kau, sebab kau dikurniakan perasaan malu yang lebih tebal berbanding gadis2 Melayu lain yang berkulit cerah tapi duk jual muka sendiri dekat media so-sial sebab dia rasa diri dia cantik gila.

Orang hati busuk kata kau buruk, tak usah lah kau dengar.


15 ulasan:

cewek berkata...

Yup, Skrg ramai yg kulit coklat, da jadi pink2... Keh3. Esok beranak, anak coklat gak

Whatever! berkata...

eddeved berkata :

aku dapat rasakan betapa panas mendidihnya perut kau bila kau tulis benda nih, aku empati bro...aku empati...

so aku tak mau jadi bodoh komen lebih-lebih...

baiklah aku katakan aku dah dapat apa aku nak dan aku rasa cukuplah tu...nanti kau punya kepanasan tahap api neraka susah pulak nanti...

aku suka baca artikel kau...intelek yang menggoda...

okay aku akan menyahkan (awww! nyah tak kuasa mak!) diri aku dari laman blog mu forever dan akan unfollow twwet kau ha ha ha!

anyway thanks for playin'.

Tanpa Nama berkata...

aku dapat rasakan yg eddeved ni seorang yang poyo dan berjiwa bapok. g mampos la ko.

zaminc berkata...

Apa masalah eddeved ni dengan ko ni tot?

Mantot berkata...

aku tak tau.

aku tak kisah pun.

Pakar bisnes online berkata...

Wanita kulit gelap= buruk
Wanita gemuk= buruk

Iklan membentuk society?

Tanpa Nama berkata...

Tipikal org kita..senang dipengaruhi...sebab tu org luar senang buat duit kat sini...byk sgt gamers tapi lagi byk yg kena game...

Unknown berkata...

salam eddeved.

ada satu komen ko tulis itu hari baca.

"aku ada terbaca satu cerita, masa nabi berhujjah dengan yahudi, yahudi tanya...kalau kau nabi kau kasi tau kami cerita pasal penunggu gua dan Iskandar Zulkarnaen, nabi cakap...okay!
dia tunggu wahyu tak datang, datang sampai dia kena tempelak dengan yahudi, kata terer...ni penipu nih!
sampailah turun wahyu - demi waktu dhuha, sesungguhnya Tuhanmu tidak benci dan tidak meninggalkanmu" - itu komen kau.

aku share apa yg aku tau, pasal aku rasa kurang tepat citer kau.

citer ni pasal surah Al Kahfi.

Yahudi tanya Nabi S.A.W. pasal penduduk gua dan Iskandar Zulkarnaen tu.

Cuma wahyu terputus, then ayat yang turun tu bukan Ayat Surah Dhuha, tapi ialah Ayat 23-24 Surah Al Kahfi tu, yang mana Tuhan mengajar kalau janji sebutlah "Insya Allah" i.e. Dengan keizinan Allah.

Saja share2 ilmu. Aku pun banyak tak tau.
"Perhaps my Lord will guide me to what is nearer than this to right conduct." - potongan ayat 24 Surah Al Kahfi tu

Unknown berkata...

Kalau ada sapa2 yg reti explain pasal citer Surah Al Kahfi tu bleh la elaborate, share2 ilmu.

pasal article, memang betul

"Belajarlah sayangi diri sendiri. Jadilah diri sendiri"

Tanpa Nama berkata...

Addeved cr publisiti dgn timbulkn controversi kat blog org len. Tulis blog pon merapu..

sofy berkata...

Gelap dan gemok tu aku.ada aku kesah.produk kt fb tu semua menipu.mmg kau akn putih tp bila kau tua azab nk menanggung kulit kau rosak penuh jeragat.pakai apa pon xjd.aku nmpk semua tu jd kt mak aku.so aku bljr utk jd diri sendiri.ape mslh kalo kau gelap dan gemok??wtpe nk malu

Tanpa Nama berkata...

Kalau kau gelap tapi kau pandai jaga kulit dan penampilan, memang tak ada yang perlu malu. Ramai yang hitam manis lebih menawan dari yang putih tapi tak ada facial features yang jelas. Kalau kulit berjerawat n berjeragat, elok lah kau tukar jantina jadi lelaki. Pasal gemuk tu, kau perlu berasa teramat malu dengan diri kau, masyarakat n Tuhan. Dia bagi kau anugerah, jagalah elok2 bodoh!

Unknown berkata...

mudah kok sebenernya buat memutihkan kulit :)

Tanpa Nama berkata...

Hahaha

Akma Nora Abidin berkata...

Well said Admin. Best baca entri org yg open minded and tak mudah terpengarudh serta diadun oleh acuan yg tah pape. Anyway, sy berkulit gelap,muka plain, berat bdn xde mslh, high confident, tp kdg2 tewas jgak dgn stereotypes masyarakat kite ni. It's frustrating.