Mac 24, 2014

Mengapa Tidak Banyak Laporan Berita Yang Mengajak Orang Takut Dengan Tuhan Secara Terus Terang?

Berita Asal

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pembatalan Konsert Life In Colour yang dijadualkan pada 19 April di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

Setiausaha Agungnya, Khairul Anuar Abdul Manap berkata, pembatalan konsert oleh pihak penganjur itu merupakan satu usaha yang baik untuk menghormati sensitiviti rakyat yang sedang berduka ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370.

Katanya, pembatalan itu juga mungkin bagi mengelakkan dari berulangnya tragedi di Stadium Bukit Jalil pada 15 Mac lepas apabila enam remaja maut selepas dipercayai mengambil dadah dan alkohol berlebihan semasa berlangsungnya Konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014.

"Diharapkan pembatalan konsert seumpama ini yang telah dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negara akan dibatalkan terus dan tidak langsung diadakan pada tahun-tahun yang akan datang," kata Khairul kepada Bernama.

Katanya, golongan mahasiswa berpendapat konsert seumpama ini tidak langsung mempromosi budaya dan adat ketimuran malah telah mencemarkan nama Malaysia apabila budaya kebaratan yang tidak sihat dibawa masuk.

"Seharusnya kita lebih kreatif dalam mempromosi kebudayaan dan pelancongan negara ke arena antarabangsa," katanya.

................

Berita Power

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersyukur dengan pembatalan Konsert Life In Colour yang dijadualkan pada 19 April di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

Setiausaha Agungnya, Khairul Anuar Abdul Manap berkata, pembatalan konsert oleh pihak penganjur itu merupakan satu usaha wajib yang baik untuk menurut perintah Allah SWT.

Katanya, pembatalan itu juga mungkin bagi mengelakkan Allah murka dengan masyarakat Malaysia.

"Diharapkan pembatalan konsert seumpama ini yang telah dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negara akan dibatalkan terus dan tidak langsung diadakan sampai kiamat," kata Khairul kepada Bernama.

Katanya, golongan mahasiswa berpendapat konsert seumpama ini tidak langsung mempromosi budaya dan adat ketimuran malah telah mencemarkan kesucian gadis-gadis dan jejaka-jejaka apabila budaya kebaratan yang tidak sihat dibawa masuk.

"Seharusnya kita lebih takut dengan Allah dalam mempromosi kebudayaan dan pelancongan negara ke arena antarabangsa dan diharap PM Najib tidak lagi menganjurkan acara K-Pop untuk belia, selari dengan imej baru PM Najib yang berkopiah, berjubah dan ber Ya-Hanana," katanya.

6 ulasan:

K.A. berkata...

"selari dengan imej baru PM Najib yang berkopiah, berjubah dan ber Ya-Hanana"

syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Tanpa Nama berkata...

Tok jib dkt 2jam pujuk cik mah g tempat tu,siap bohong cik mah nnt shah rukh khan ada dtg . Leh laga pipi

lkjhgfdsa berkata...

HAHAHAHAHAHA

LydSunshine berkata...

Fine. Yang ber Ya Hanana tu kelakar.

Tanpa Nama berkata...

jika kita ada berkawan dgn org kafir berdakwahlah dengan mereka, terangkan keesaan Allah dan kebenaran Islam, agar diakhirat kelak dia tidak menyatakan tiada rakan Islam yg cuba menyedarkannya... sesungguhnya Allah maha adil...peringatan pada aku juga.

Tanpa Nama berkata...

yang last tu...yahananaa......hihi


tapi...konsert ni mmg tak payah adakan terus.