Mac 06, 2014

Simbol Kejantanan Seorang Lelaki Adalah Bila Dia Berani Cakap Dekat Isteri Dia "Saya Nak Kahwin Dua dan Saya Dah Ada Calonnya Yang!"

Aku selalu pesan dekat sini;

1. Kalau nak kahwin dua, bagitau isteri...tapi suami sekarang kebanyakannya penakut nak buat benda elok. Diorang lagi berani buat benda yang Allah tak suka.

2. Kalau ada suka dengan perempuan lain, bagitau isteri ; sakit hati macam mana pun isteri, jangan betray dia. Betrayal adalah benda yang paling sakit rasanya dalam hidup ni.

3. Jangan jadi sundal. Sundal adalah mereka2 yang tau si lelaki adalah suami orang tapi tak letak syarat dekat si suami orang ni kena dapatkan persetujuan dulu untuk dijadikan isteri. Setakat mintak persetujuan nak bercinta mintak dengan isteri buat apa? Bercinta bercouple sebelum kahwin tu kan haram.

4. Jangan sakitkan hati perempuan lain kalau kau perempuan.

5. Kalau kau bercouple dengan lelaki orang tak kiralah dia tengah proses nak cerai ke nak talak ke nak rujuk ke, kau la salah dan si lelaki tu pun salah. Aku ulang lagi....kau bercouple lelaki perempuan bujang pun salah...kau bercouple dengan SUAMI ORANG takkanlah tak salah kot?

6. Kalau kau bercouple dengan suami orang siap peluk2 pegang tangan, kau tak ada hak nak mintak si isteri dia mohon maaf dengan kau. Apa yang ada dalam kepala hotak kau ni dol? Yang kau pegi upload gambar kau dengan anak2 orang tu buat apa...itu bukannya gambar anak2 kau pun sis. Belum lagi. Takkanlah takleh nak sabar langsung kot?

7. Aku ulang lagi sekali secara general kepada semua suami dan lelaki Melayu. Kalau kau nak kahwin dua, kahwin. Jangan kahwin satu couple satu. Bagitau jujur dan ikhlas kau nak tambah lagi sorang. Isteri kau, dia akan menangis, dia akan marah, dia akan merayu.....tapi kau dapat elak buat dosa. Isteri marah, kau boleh mintak maaf..tapi kalau kau buat Dia marah, camne?

8. Suami2 sekarang ni ramai takut bini berbanding Tuhan. Kahwin tapi terpaksa pergi pusat spa sebab bini tak bagi. Kalau dia tak bagi, kau mintak! Itu hak kau.

9. Ramai jugak perempuan yang langsung tak hormat bini orang dan hormat Tuhan. Mungkin pegang suami orang lebih thrill kerana teori "forbidden fruit," benda yang takleh kita dapat tu lah benda yang kita nak sangat2 kan?

10. Orang bukan Islam dan orang Islam sendiri ada yang tertanya2 "kenapa Islam benarkan seorang lelaki kahwin 4 orang perempuan?" Kes awek single cuba tekel laki orang atau laki orang cuba tekel awek lain ni lah yang membuktikan apa yang Islam ajar tu betul. Tapi tak ramai lelaki yang berani nak amalkan benda tu sungguh2. Sebab pada kita...cinta terlarang adalah jauh lebih nikmat berbanding cinta yang halal ni kan?

11. Akan makin ramai awek single dan suami orang yang dahagakan kasih sayang dan kes2 macam ini akan makin kerap berlaku. Aku pernah dengar kes budak muda cuba ngorat laki orang sehinggakan nak bercerai berai dah....orang baru, pengalaman baru...memang la nikmat semacam aje.

12. Solusi dia, kita kena membudayakan kahwin lebih seorang ni. Walau bagaimanapun, masalahnya akan makin ramai juga orang yang akan memperjuangkan "ajaran Islam benarkan kahwin 4 adalah sangat tak relevan kerana ia menjatuhkan maruah wanita.."

13. Kalau kahwin lebih seorang tak relevan..apa solusi yang sesuai untuk zaman moden ni? Mungkin sebab itu kot kita juga cuba dijual dengan slogan "Sex is not a big thing" oleh sesetengah pihak.

14. SEX IS A BIG THING! Hanya ada dua jenis sex ni, zina atau bersetubuh suami isteri. Ada lagi jenis2 lain? Mungkin kau anggap beastiality adalah salah satu cabang bersetubuh kalau2 haiwan itu jatuh cinta dengan kau? Terpulanglah.

15. Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Ia langsung tidak ada kena mengena dengan point2 yang aku tuliskan ini.

31 ulasan:

CahayaAmanah berkata...

takutnya ak nak kawin....pelik2 tul

Seif Islam Atan berkata...

Article yg baik. Tapi maaf, tegur la sikit. Ak rase x perlu gune gmbar saudari ni tok dpat tarikan pde artikel ni. Wlupun kite tau kes die.
Harap bole buang gmbar. Kecian kat orgnye skng. Die bukn nk cari publisiti murahan. Hanye ingin tegakkn hak die.

Salam.

Tanpa Nama berkata...

Grr..Bangang abadi sungguh si Hanez Suraya ngan Mr. R ni.Poyoooooo....

CahayaAmanah berkata...

pasal kawin lebih dari 1 ni...ak tertanya2 kenapa kebanyakan org jepun suka keluarkan genre 1 cerita anime 1 wtk org laki dan ada bnyk character perempuan berlambak2 dan minat lelaki yg satu tu.... ap motifnya? kenapa genre jenis tu bnyk dibuat dah la tu tiap2 tahun ada tajuk baru untuk genre tersebut....

Jai berkata...

Opismet aku pompuan sorang ni. Dalam satu kursus motivasi, ustaz ni lepas duk citer macam2 tersentuh la bab poligami. Dia punya tak puas ati tarik muka 18. Masa makan boleh cakap kat aku, suruh ustaz tu keluarkan ayat quran dan hadis mana yang benarkan/galakkan poligami ni. Aku dengar dia ada masalah dgn laki dia, mungkin ada kaitan dgn hal ni kot. Aku ckp dgn bini aku, bila ada org camni yg berlaku persundalan. Sbb yg halal dia dgn keras pertikai. Bkn sbb aku nk kawin lain, tp sbb ada laki nk buat benda halal tapi bini lebih rela dia buat yg haram. Dia jugak citer kawan dia siap bekalkan kondom klu laki gi outstation. Buat la asalkan tak kawin lain. Abis camno???

100% Jade berkata...

Alah, sebenarnya cukup je lelaki untuk setiap perempuan, cuma kena mencari lebih sikit lah. Laki pun time nak kawin je ikut sunnah. Kalau macam tu, rumah tangga tak jugak bahagia. Sebab tang kawin je ikut sunnah, yg lain ikut suka.

Unless la kau mampu financially, dan mampu adil, isteri kau pun boleh terima.

Tanpa Nama berkata...

bukan lelaki penakut kalau kawain lain tak bgtau isteri..cuma tak perlu nak bgtau pon isteri kalau nak kawin lain..kalau ikut ajaran islam yg sebenarlah..adil tak adil tuh adalah dengan Allah SWT..isteri juga ada hak yg sama seperti tuntutan, dan hak2 lain..so paling best sekali adalah point 12..huhuhu

AZLI SISEK berkata...

Poligami tue sunnah.jika mampu nikahlah 2,3 atau 4.jika x mampu berlaku adil cukuplah hanya 1.tp zaman moden nie,wanita lebh rela suami g buat maksiat tanpa pengetahuan dari jujur..Allah tak kan menganyai hambanya..cinta 1 hanya pada Allah..

Tanpa Nama berkata...

Berebut lelaki kaki perempuan, buat apa? Tinggalkan saja lelaki macam ini. Lelaki cheap sale. Geli ler share share.

Mohammad berkata...

Ini la masalahnya.. lepas baca text ni.. aku rasakan.. bukan laki tu takut bini.. tp bini tu yang menakutkan..

asyik marahhh je dalam penulisan..

wlpn mmg ada kebenarannya. :)

Mohammad berkata...

Org2 ckp kita mmg sepatutnya kawen 4.. kalau tak mampu baru kawen 3..

(Sekadar melawak)

Tanpa Nama berkata...

Sblom kawen aku ckp kt laki aku.. dh ade org lain.. dah suke.. nk kawen bgtau. Sy izinkan... jgn tipu saya. Sy xkn maafkn.

Sebelum kawen atau cari lain.. sila cermin diri dulu.. mampu atau tak mampu. Mampu dr segi zahir dan batin dan ADIL.

Kalau x mampu.. sila pilih saya atau dia. Tapi jgn tipu dan zina. Sy x suke.. sy izinkan dan redha awk kawin lain.

**alhamdulillah... setakat ni die selalu telek diri die x mampu dari segi ADIL. Tu yg die ckp...
Wallahualam

AkuBukanLelaki berkata...

lelaki ekarang mmg menakutkan

Tanpa Nama berkata...

Lelaki sekarang memang penakut. Tak ada telor.
Pergi sambut anniversary BINI ORANG tak apa.
Dah berjanji dengan bini berminggu2 nak program boleh je cancelled macam tu.
Mati kaki kot dengan bini orang.
Ko pun sama je mantot.
Ulang ayat sama dua tiga empat kali.

Tanpa Nama berkata...

Becinta mmg la sedap dol, bila dah kawin baru kau tau langit tinggi rendah

Tanpa Nama berkata...

lebih baik kuarkan gambar puan liyana manan ni..kes dia tgh hangat skng..kesian dia jd perhatian..betol ke gmbr dia xde kaitan dgn entre ko ni???? lol

Tanpa Nama berkata...

cayalah Mantot... dah luah perasaan kat bini kau..

Tanpa Nama berkata...

Post jujur. Siap ngutuk konon ramai laki takde telur. Persoalannya, adakah penulis benar2 luahkan ayat2 dlm entri ni kpd bininya sendiri?

Tanpa Nama berkata...

NAK KOMEN GAK...SBNARNYA BUKAN HANYA PADA KES HANEZ SURAYA TAPI KBETULAN KES DIA TGH MELETOPS DGN BANGANG ABADINYA MINAH NI BGI STATEMENT..DIA JENIS HMBUR DULU PK KEMUDIAN..SI MAMAT R TU PON SGT BANGANG ABADI..P VACATION KONON NGN ADIK SI HANEZ PUN ADA GAK..MAK AII KEPIT AMIK PIC TARIK BERDIRI CELAH KANGKANG TU KIRA TAKDE PAPE..HANES PAS NI KO ORDER ROTICANAI KAT MAMAK CER KO SURUH KEPIT KO CELAH KANGKANG ..PEMINAT TANYA KO CKP ..DIA JUST PENEBAR ROTI CANAI I!!! HAHAHA BANGANG K KO NI ...SERIOUS..NAK SAMAN LA.SOK TAKKAN SAMAN LA WALAU TAK MINTA MAAF..BABE U DH UMOR 30 TAHUN..PLS LA JGN PIKIR MACAM BUDAK2 BARU NAK UP SGT.ADUH HAI

Tanpa Nama berkata...

LAKI ORG NI DIA ADA TARIKAN YG AGAK PELIK..MACAM LEBIH THRILL BERKASIH NGN BERSTATUS CMNI..MAY B HANEZ CKP DIA TAK TAKUT KARMA...BUT FOR ME..I DH RASA..DULU I PERNAH TERLIBAT NGN HUSBAND ORG YG KONON DLM TEMPOH BERCERAI..MMG DUNIA I PUNYER TIME TU..THEN WIFE DIA CALL NANGIS2.MERAYU..MERAYU FOR SOME ONE YG MMG HAK DIA...I TARIK DIRI..YESSSS I TELANJUR N SGT MNYESAL,,THEN I KAWIN..BERJANJI DGN LAKI I UTK BERUBAH..BERTAUBAT,,KMUDIAN KARMA DTG..HUBBY I ADA AFFAIR..I RASA APA YG WIFE EX BF I RASA DULU..SAMPAI BERJAM BAWAH SHOWER,,N PK INI BALASAN ALLAH PADA I..SO MACAM HANEZ KER SAPE KE PMPUAN YG BERNIAT NAK SUAMI ORG..STOP IT GALS...KALAU NAK KAWIN MACAM TOT CKP..SAH ..HALAL CARA YG ISLAM SURUH..KALAU TAKAT DIA NAK RASA U..JUST STOP IT...TAK BERBALOI..TRUST ME!

Nurul M. berkata...

statement 15.
macam mana nak nafikan statement tuh?
fikir 100 kali pon xdapat deny gamabar tak ada kene mengena dengan point y ditulis.
ke buat lawak neh?

hikari berkata...

susah nak cakap. cakap lebih boleh gugur akidah wei. yang perempuan kalau dah itu yang kau nak, agak-agak hati cukup kental dan ada bran tak nak letakkan syarat macam ni:

http://sangkelip.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Laki kau ler tu yg takde telor

Dex Banner berkata...

Good writing and even a decent writer you are...great blog!

Tanpa Nama berkata...

Dex Banner tu sedara Bruce Banner ker??

me berkata...

mantot, sofuan kawan ko kan? how's his family doing? #prayformh370

Tanpa Nama berkata...

ke mantot adalah sofuan?

Tanpa Nama berkata...

sbb takde post di blog nie drp 6 March?...

Tanpa Nama berkata...

pada aku buat tak faham jangan main tabur je bab poligami, ianya melibatkan hal agama... sebab apa yang ditaip datang dari hati penaip, takut akibat marah sampai persoal hukum, nabi dan tuhan yang bagi korang nafas yang korang sedut hidup hari2 setiap saat

Tanpa Nama berkata...

Kalau sunnah ikut betul2... Selidik isteri2 Rasulullah, janda yg suami terkorban dlm perang... Bukan kahwin kerana nafsu... Rasulullah x bercouple dgn isteri2Nya sblm menikahi.. Tp laki2 sekarang siap couple holiday bagai... Pastu bila dh kantoi, nk kawen baru claim sunnah... Cara hidup laim x ikut sunnah pulak ye... Sy x menolak poligami tapi berlaku adil lah kepada kami wanita....

Tanpa Nama berkata...

Dulu lagi peradaban manusianlelaki ada lebih isteri dan banyak gundik sampai beribu ribu..datang islam menghadkan kepada hanya 4 sahaja.