Mac 05, 2014

Kitab Bapa Cheapskate 08 : Jika Cikgu Tak Bagi Saya Lulus SPM, Saya Rogol Cikgu dan Suami Cikgu

"Lu ingat lu sorang aje langsi?" kata seorang budak. "Gua ayah long la!" jerit sorang lagi, cuba melawan. Lepas tu budak2 tu pun bertekak ramai-ramai ala-ala macam filem KL Gangster. Nasib baik tak ada yang ikut style Rosyam Nor rogol dalam filem tu...

Itu scene2 yang banyak kau akan nampak kalau kau lepak taman permainan budak2. Setakat perkataan bodoh, babi, bacul, bapak kau bodoh, mak kau bohsia semua benda tu diorang sebut masa tengah sepak bola. Ada sekali aku tengok budak India jadi keeper, kena score, budak Melayu sorang ni marah dia "Hoi keling jaga la gol betul2!"

Masalahnya, budak2 tu sekolah rendah aje lagi tu bro!

Sebagai bapak yang concern, aku sebenarnya memang agak concern dengan pengaruh budak2 zaman sekarang. Semalam aku diskas kenapa budak perempuan seksi...hari ni aku cuba huraikan satu masalah yang menimpa budak lelaki....

...Kenapa budak lelaki diajar untuk jadi ganas?

Kau tengoklah sendiri permainan yang ada. Untuk budak2 3-4 tahun ke atas, kebanyakan permainan yang ada mesti berorientasikan keganasan. Pedang, pistol, karakter gaduh, askar tembak red indian. Aku tak tau la kalau itu adalah permintaan market TAPI.....takkanlah budak2 ni memang mempunyai permintaan nak main permainan ganas2 dan market ada untuk cater permintaan diorang ni?

Kalau kau beli pedang untuk anak2 kau, apa yang diorang akan buat? Tikam orang, lawan pedang. Bunuh. Seolah-olah minda budak2 ni dari kecik lagi dah dididik supaya mereka biasa dengan keganasan. Adakah ini mind control yang sengaja direka oleh pihak kapitalis untuk kawal dunia ke-tiga? Wallahuallam.

Sebagai seorang bapak yang dah ada anak, kau akan sedar satu hakikat ; kebanyakan permainan yang ganas adalah permainan yang murah harganya dan permainan yang membina minda agak tinggi harganya. Kenapa? Aku tak tau. Mungkin ada pihak nak orang susah stay susah...semua permainan yang ganas2 ni adalah permainan yang dibuat tanpa usul periksa ciri2 keselamatannya dan semua permainan yang baik ni, khasnya yang mempunyai kartun sebagai tema mempunyai harga yang agak astronomic untuk orang yang tak mampu.

Kita adalah masyarakat yang embrace keganasan, kalau kau tak nak admit la. Kalau ada peluang pukul orang, belasah orang, kita akan join, betul? Even dalam undang2 tidak rasmi kita pun ada termaktub, "dapat tangkap pencuri, belasah dulu puas2 sebelum polis datang."

Banyak negara maju yang fikirannya jauh lebih ke depan berbanding kita, mereka tahu jika pencuri kena tangkap, mereka tak punya kuasa lagi untuk menghukum sebab itu salah pada undang2 diorang. Tapi undang2 kita lebih bersifat tribal, klasik, kuno, dog eat dog.

Kita adalah masyarakat yang kurang civilized, kerana kita suka sifat tak civilized tu. Kalau kau tak percaya kau tengok la mesti ada yang akan komen "biarlah, pencuri tu deserve kena belasah! Padan muka dia!" Walau bagaimanapun, tanyalah diri sendiri, kalau Rasulullah tangkap pencuri, apa yang dia akan buat? Melayu ni, mulut aje sebut "Rasulullah Idolaku" tapi itu ajelah yang dia buat. Amalkan haram nak buat.

Aku tak tau kenapa kita suka keganasan. Pada aku, benda tu tak normal. Bila budak lelaki main masak2, kita pandang slack, takut dia jadi pondan... tapi kalau kau renung balik, kau nak anak kau jadi tukang masak atau jadi gangster tepi jalan yang hanya reti nak carik pasal dengan orang lain?

Pada pandangan aku semua tu bermula dari awal lagi. Kau bagi anak kau permainan berorientasikan ganas ni, Insya Allah, dia akan jadi ganas. Kau bagi dia main doktor2, masak2 atau even permainan potong sayur untuk budak lelaki, dia akan dapat experience yang lebih baik berbanding main yang takde faedah ni.

Kenapa kita perlu ikut trend market yang ada sedangkan kita sebenarnya boleh ubah dan terapkan identiti kita sendiri? Berentilah jadi trend follower. Buatlah cara sendiri. Bandingkan ciri2 tu dengan agama. Barulah terbaik. Hentikan lah cuba semai budaya ganas ni dalam anak2 Melayu generasi muda ni. Kalau kau ada jumpa hadis ajar anak macam mana nak bertumbuk masa kecik, kau bagitau aku....mana tau aku terlepas pandang.

Sampai bila kita nak lahirkan orang2 yang suka keganasan, sokong filem ganas dan pukul2 ni tapi tak suka tengok filem yang ajak orang berfikir sehinggakan produser filem sendiri tak nak buat filem yang mengajak penontonnya berfikir, oleh kerana filem2 sedemikian takkan dapat sambutan?

Cikgu kena ugut rogol oleh student.....dah tahap mana kritikalnya masyarakat kita ni? 

11 ulasan:

AsknieAlias™ berkata...

Anak laki aku umur 5 tahun suka gila main kereta mainan. Koleksi ade la penuh sebakul. Agak agak yang ni kategori ganas tak?

Tanpa Nama berkata...

AsknieAlias™: Ganas2. koyak poket seluar dibuatnya

Wind berkata...

Jadi pengikut trend memang amalan masyarakat kita. kalau benda yang baik takpe la jugak. Bukan sekadar tv penuh dengan benda bangang, filem, novel, sampai lagu pun benda yang hampas. Drama tv lagi laaaaa sakit hati nak tengokk. .wooooo

Aizuddin berkata...

Kalau main Transformers OK tak?

Tanpa Nama berkata...

main longboard ok kot

Tanpa Nama berkata...

bg main monopoly je..untung2 da besar jadi taikun..

Isya PurpleZ berkata...

main Millionaire laa... nanti besar boleh jadi bussinessman berjaya. hehe.

http://isyapurple.blogspot.com/2014/02/contest-teka-gambar-dan-menang-topup.html

Tanpa Nama berkata...

Agak2 yg suka 'turun' berhimpun kat dataran merdeka tu main permainan ganas2 ke....?

jvector5 berkata...

Siapa yang jaga anak kebanyakkan waktu? Ibu atau ayah?

Yang lelaki role model dia ayah, tapi ayah selalu tiada. Jadi tengok apa untuk contoh? TV dan rakan sebaya.

Benda ini ada dibincangkan dalam www.artofmanliness.com

Ini artikel yang berkenaan : http://www.artofmanliness.com/2010/12/13/a-generation-of-men-raised-by-women/

"Products of divorced parents, single mothers, or fathers who spent more time at work than at home, these men lacked a vital example of manhood growing up. Oftentimes, not only was their dad not around, male mentors in other areas of their life were few and far between as well. "

Tanpa Nama berkata...

aku mcm tak setuju lah mantot klu pistol mainan sume tu bleh jd penyebab bdak jd violence. sbb aku kecik2 dlu bapak aku bg chess, bg mainan kereta, bg mainan saidina, scrabble sume. aku tak jdi doktor pun, tak jd engineer pun. aku jd tukang masak

Tanpa Nama berkata...

Mmg pun...dak skrg bkn mcm dlu...xleh nk slah mne2 pihak pun..slah an dri dlu..xpun msuk bilik ko baring kat katil tenung siling..pk dlm kepala otak ape yg aq nk jdi..snang ckp la ko muasabah diri..