Mac 18, 2014

Tolong Jangan Kutuk Arwah Lagi Kerana Aku Akan Mempertahankan Dia Dengan Penumbukku


Masa orang tu hidup,

a. Dia ambik pil
b. Dia kaki minum
c. Dia layan free sex
d. Dia suka enjoy

Kau diam.
Sebab kau kawan dia.

Bila dia meninggal;

a. Sebab ambik pil
b. Sebab mabuk over sangat
c. Sebab exhausted baru lepas fucking
d. Sebab dia dah terlalu hyper dengan campuran pil dan strobe light

Kau marah.
Kau geram kalau ada orang kutuk kawan kau.
Kau pun mula lah pertahankan kawan kau yang dah arwah ni.

Kau kata "dia sebenarnya baik."
Kau kata "dia sebenarnya insan yang cukup sesuai dijadikan kawan.."

Persoalannya;
Kenapa kau tak pertahankan dia masa dia hidup?
Kau layak ke jadi kawan dia kalau tegur dalam hati pun kau tak buat?

Kita mati kita akan tinggalkan 3 perkara aje.
Ingatlah benda tu.

Kalau kau ada kawan yang kau nampak macam rosak, kau tegurlah dia,
tak kiralah kau pun sebenarnya tak berapa elok pun.

Kan lagi elok mempertahankan seseorang yang masih hidup daripada kejahilan berbanding
seseorang yang telah mati daripada kutukan?



43 ulasan:

zalizalu berkata...

lepas magrib je, terus terbaca menda ni.. kira kuliah magrib la ni..

"kita hanya tinggal 3 perkara lepas mati"

Tanpa Nama berkata...

Nak pertahankan orang yang terang terangan salah buat apa. Sewel namanya. Lainlah kalau mati kena langgar ke, bolehla nak cakap jangan kutuk. Apedaaa

Tanpa Nama berkata...

Sapa yg ckp tu? Ulul amri?

Tanpa Nama berkata...

x baik ktuk org dh mninggal..cuma doakn arwah spya dtmpatkn kalngan org beriman..hebat sngat ke kita nak ktuk org lain...

Tanpa Nama berkata...

Doakan arwah ditempatkan dikalangan orang beriman?? Baiklah. Sebab sebenarnya arwah meninggal dalam perjalanan pergi kerja, bukan overdose dalam pesta arakn dan maksiat seperti dalam berita.

Tanpa Nama berkata...

Cuma doakan arwah supaya ditempatkan dikalangan orang beriman?? Baiklah terima kasih. Arwah ni sebenarnya mati dalam perjalanan pergi kerja, bukannya mati overdose dadah dalam pesta maksiat yang penuh dengan arak dan dadah.

Asparado berkata...

Baiklah malaikat

Tanpa Nama berkata...

memfitnah orang dah tidak ada,kamu jawablah fitnah kamu dimahkamah allah swt.jangan celupar sangat,PERINGATAN-Allah akan lebih celupar terhadap kamu didunia ini jika Allah memperkenankan.tunggu apa lagi teruskan keceluparan kamu terhadap sesiapa saja yang kamu mahu.

WADI berkata...

Itulah org kita bila da jadi brla nk bersuara. Masa depa hidup ada sapa2 pi tegur? Yg da mati tu matinya biarla jd pengajaran buat kita. Yg masih hidup ni jagala supaya kita ahli keluarga n kwn2 kita xterjebak sama. Semoga kita semua beroleh keampunanNya

Miss Brenito berkata...

Anon ni dah kenapa? sah2 la mati dalam keadaan terkutuk, camner nak doakan duduk dikalangan orang beriman? apa yang mantot cakap tuh bukan fitnah tapi realiti dan pedoman kepada kita yang masih hidup.

Tanpa Nama berkata...

pada aku...
kita boleh nilai..

dan iktibar pd diri dan keluarga..
jgn komen buruk2..
ada mata dn telinga, pndang dan dgr.



Tanpa Nama berkata...

Setuju ngn mantot..Bukan nak kutuk arwah, tp kalau sapa2 mati dalam keadaan melakukan dosa, macamana nk doakan dia ditempatkan dengan orang beriman. Betul, syurga neraka tu Allah yang tentukan, tapi ni jadi pengajaran orang lain, sentiasa beringat mati tu bila-bila masa dan kalau ada kawan yang suka buat dosa dan maksiat, nasihat la secara baik. Bukan dah mati, nak marah orang lain jangan kutuk kawan dia yang dah mati.

penyokong mantot berkata...

banyak la pulak melayu yang butthurt dengan post mantot kali ni. argument anda terhadap mantot semua invalid sebab depa mati di majlis maksiat. period. kalau nak sambung pertahan hujah anda semua perlu tunjukkan mereka ke sana untuk berdakwah atau menghentikan pesta maksiat tersebut.

Tanpa Nama berkata...

doa kat orang yang baik-baik dari doa yang mati kat rave party

enon berkata...

Ini semua pedoman untuk kita...
bila dah jadi inciden ni baru lah keluar segala maksiat2 tu pun kau masih pertahankan?
abis ape kau anggap respon masyarakat nak diam cool je dengan ape yg dah berlaku? "dah ajal die mati time tu,nak buat lagu mana,doakan lah dia sudah"...
aku tak rasa pun mantot kutuk org yang dah mati..
jangan lah otak sempit sangat wahai anon2...

Tanpa Nama berkata...

Ada kuliah mengajar yang sekiranya kita banyak bersedekah.InsyaAllah bila sampai ajal, kita dilindung dari mati dalam keadaan yang tidak elok. Jadi marilah kita banyak bersedekah. Sekian.

Unknown berkata...

Teringat masa muda dulu kawan aku ckp " tak takut ker time teekinja kinja kat club tu
Allah tarik nyawa"... Sampai sekarng aku teringat

Tanpa Nama berkata...

mesti pasai yg kat bukit jalil..aku pemerhati..kdng2 aku buka gak twitter bdk2 ni...ASOT bagi dorang cm nak smbut raya..counting till event ni dtg..stiap tahun k..ntah nape kali ni leh terlebih plak yg mati..tahun lpas akt sepang...set2 salah sorang yg dh mati ni slamber jer kot citer smlam bersenggama bagai...emm
memang tak elok kita citer yg buruknya..abis baiknya?
idup skali..mati pun skali jer...aku bukan baik tapi aku baca komen harun din baru2 ni..ni smua peringatan...jgn tgk ngn mata kasar nilai ngn mata hati..muhasabah diri...ok family dia perlu dijaga juga hatinya..tapi hakikat nk mnyedarkan cmne lak...macam salah sorang sokabar tnjuk pic dia pkai tdung..officemate..cino ckp eh pkai tudung...pun pegi tmpat cmni..haaaaa..walhal dia bukan pkai tudung pun sbnarnya...aku ikut citer set2 ni..cmne nyer bngganyer dorang lpak kat umah kwn dia..sama2 mnagih..menari2..lpas tu fuck ramai2..laps tu citer kat twitter..tak caya? ko pe tgk twitter syanashohaimee... ko p tgk kwn2 dia ngn previous post dorang..bukan nak aib dia..tapi tgk la da way melayu islam kita hidup..tgk previous cite bdk2 ni..tgk la..ni la melayuuuu yg lebih islam..sorry to say la

Tanpa Nama berkata...

ada gak anon kat sini tak faham antara kutuk ngn mengingati,,hebat kah kita nak mngutuk.katanya..doakan dia dikalangan org beriman..dik beriman kah dia mati di celah dadah arak n lelaki n perempuan bergesel cmtu?..dik cmni dik...ko le pikir tak..kutuk macam eh ko nape gemuk sgt sial!!..hah tu kutuk yer dik..tak bertempat...kalau dah sah dia buat maksiat..ko nak ckp pe..baguslah bermaksiat?
ko kna paham dik dunia akhir zaman..ni hakikat..kita lalai,,ni tuhan nak tnjuk,,kalau di anak tarik nyawa tgk ko terkinja n tgh berhenjut pon dia boleh..leh paham tak..bukan mngutuk..ni peringatan,,bukan dr matot tau..dari ALLAh..ko tgk guna mati ati yer,,jgn nak tegakkan sgt bnda yg jelas salah

Tanpa Nama berkata...

bro, saya sokong 100% antara kutuk dan mengingati ....... yang salah ttp salah walaupun kita cuba menutupi tp kebenaran milik allah yang ingin menunjukkan kebatilan yang disembunyikan...... tp penumbuk tu milik tuan adakah tuan di anugerahkan untuk menumbuk orang..... silakanlah bertambahla jahil lagi

Tanpa Nama berkata...

Mentality melayu mmg mcm ni. Kutuk je tau.

Ok aku pun tak setju nak doakan supaya simati ditempatkan di klgn org beriman.

Tp Lbh baik doakan supaya dosa mereka diampunkan atau sekurang2 nya diringanoan azab kubur.
klu org kafir pun sehina2 org pun dia akan ckp "may god have mercy on your soul".

Tanpa Nama berkata...

tolonglah delete gambar arwah tak bertudung<-------waktu hidup tk tegur tutup aurat pulak??berigtlah....

Tanpa Nama berkata...

Kita x patut kutuk firaun jgk, doakan dia. Hebat sgt ke kita nk kutuk org lain.

oxidase berkata...

Nak bersangka baik tak kena tempat. Pergi rave party, pakai macam orang takda agama, arak bersepah sana sini, mati overdose... camana nak bersangka baik? camana nak doa supaya ditempatkan dikalangan orang beriman?

Tak silap aku ada hadis sahih,pasal orang berzina takkan berzina kalau beriman, orang mencuri, takkan mencuri kalau dia beriman, orang yang minum arak, tak akan minum arak kalau dia dalam keadaan beriman.

Entah la gua pun bukan baik sangat, tapi nak tunggu baik baru boleh cakap, payah laa... yang penting gua tak pegi rave party...

Betula apa mantot cakap, masa hidup tak nak tegur kawan atau keluarga tu, dah mati macam tu baru nak beriya marah orang lain.. baru sibuk nak pakai hujah hujah agama pasal aib kan la seme ni..sebelum ni lupa ke nak carik hujah tegur kawan/keluarga tu. Lagi pun tang mana yang mantot aibkan si mati...takde punn

Tanpa Nama berkata...

Sbb tula kita diajar baca doa standard utk org meninggal yang Allahummaghfirlahu sampai habis..(Ya Allah, ampunkanlah dosa dia...)

Sama utk semua, cuma kalo org baik kita akan rasa nk doakan lbh lagi..dan bknlah org baik tu takde dosa kan..
So takdela isu doa supaya masuk kalangan beriman ke,malah aku rasa bkn baca Al-fatihah pun tapi doa yg aku ckp kt atas tu...

Kita kena tau apa yg Islam ajar,bkn yg melayu ajar...

Kematian tu sbg iktibar,kalo tak boleh amik iktibar dr kematian, hati tu dah mati, carolah semula hatimu itu.

Tanpa Nama berkata...

apa masalahnya dengan mendoakan orang lain agar ditempatkan di kalangan orang beriman walaupun di waktu hidupnya kita tahu mereka agak jahil dan alpa? adakah korang rasa korang ni memang baik sangat, suci murni dan hanya korang yg layak didoakan agar ditempatkan di kalangan orang beriman??? korang pulak yg nak tentukan iman orang lain, orang lain beriman orang lain tak beriman???

bodoh punya mantot kerana bagi ajaran & ideologi sesat

Tanpa Nama berkata...

Memang mereka ni semua mati dalam keadaan mengaibkan, tapi untuk mengutuk kata keluarga tak pernah cuba tegur dan larang tu kita pun tak tau..kita kenal ke keluarga diorang semua? tau ke apa yang berlaku dalam keluarga tersebut? mungkin ibu bapa sesetengah daripada mereka dah berpuluh kali berperang bergaduh dengan anak ini? kalau kita tak kenal dan tak tau sesuatu perkara tu jgn mudah menuduh. Ini semua ujian bagi keluarga tersebut dan kita2 yang sangka kita dah 'cukup beriman' ni pun, yang dah cukup bagi didikan kat anak2, kalau Allah nak duga, siapalah kita untuk lawan kehendakNya? Cuma berdoa kita dijauhkan daripada ujian sebegini dan jadikan pengajaran.

Peminat Mantot berkata...

Kepada anon di atas,
aku doakan agar dikau sentiasa di dalam barakah dan perlindungan Allah SWT.Bersabarlah dengan teguran kawan2 di atas.Masing2 punya hujah dan pandangan, ada betul,ada yang kurang betul.Apa2pun kita hanya manusia yang lemah, berdoalah agar kita semua ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan solehah..semoga Nabi Muhammad akan mengaku kita ni (yang Islam) adalah umatnya.

p/s : Janganlah pulak anon diatas join mana2 rave party,konsert kalau tidak rugilah doa aku tu..

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya peminat mantot kat atas, sama lembu dgn mantot. ko rasa diri ko begitu penting eh? ko rasa doa ko begitu mahal & berharga eh? ko rasa Tuhan tu hanya dgr doa kau sahaja eh? kira ko dah baik gila la sbb x join rave party? kalau doa pun berkira & x ikhlas, org lain pun x harap pun doa kau. simpanlah doa kau tu baik2.

Tanpa Nama berkata...

sian lak kan anon yg anti mantot. yg siap ideologi salah..babe ko citer ngn aku,,idelogi si mati tu betulkah..ok kalau dia cukup ilmu agamanya..ber hot pant ker dia...berbaju lurah kah dia...paling bsar la..mnum arak ker dia? haaaaaaa..kannn...ko ckp pasal fmily si mati...ni lagi 1 ko tau kan level nak didik anak..nasihat pukul..kang ckp dera la plak/..bg org yang tak paham macam ekau ni...cara pukul pun islam ajar tau..kalau ko ikut smua tu...sure tak jadi cmni kan..ko paham tak pe mantot nak ckp smua berkait k...smua ni kesan tak ikut ajaran islam ko paham tak...mana aibnya..ape tot ckp n komen diatas mngatakan sesuatu yg benar..ko rasa sakit sbb ko terpukul..nak aib..ketika matinya dia tersingkap hot pant dia hingga nampak yg sulit...haaaa tu aib weh..tu aib..mati di tempat maksiat mmg laib tapi tu jer benar n since bila lak kbenaran itu mngaibkan..bukan kita perlu berkata yg benar ke walaupun pahit...ko ni sakit ler..bnda jadi jgn nak blame org macm mantot..ko tgk dr pandangn org macam mantot n pk nape ni jadi..elakkan..ni la mngingati..tak payah la nak pertahankan bnda yg batil yer..

Tanpa Nama berkata...

ahhahha..komen doa mantot berkira dan tak ikhlas..pasai p ASOT.. ko tau kan alalh larang pergi tempat mcm tu...bercmpur belainan jantina..berpakaian ..dgr lagu melalaikan..bukan aku suruh ko pkai serban tapi ko jgn la pertikaikan hukum allah...salah is salah..yg nak hentam si mantot pe ker hal..eh ko tau kan bnda belrkalan utk dlam kubur..ada tak dia mntion kawan2 berhibur ko yg posted dia luv u forever kat fb tu smapai doanya..aderrrr? aderrrr? sbnar yg berlaku ni peringatan cara yg jelas dr alalh buat kawan2 arwah jugak..babe,,,stop it k! jgn tegakkan benang yg basah..ubah diri k..better kita amik ikhtibar,,at least allah tau kita peduli..kita sedar..n kita dh bangun

Tanpa Nama berkata...

saya doakan supaya dalam kubur nanti boleh jawab soalan munkar nankir...OK tak anon marah marah

Tanpa Nama berkata...

Aku pulak doakan, para peminat dan penyokong parti maksiat, peminum peminum arak dan penggemar dadah ocaasional mahu pn tak occasional, YANG MASIH HIDUP BERNYAWA LAGI.. agar kembali beriman kepada Allah..ikut dan amalkan sebenar benar ajaran Islam, supaya nanti bila kita kembali ke Rahmatullah dapat ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman...

boleh?

Tanpa Nama berkata...

kenapa nk kutuk org dh tiada, bahagian dia dengan tuhan dh selesai, kita yang masih hidup ini cuma perlu doakn dia,biaq dia tenang di sana, xde salah apa pun, sapa-sapa yang kutuk 2 tau ka ampa mati nanti dengan keadaan elok..tah2 yang kutuk 2 nanti lebih teruk dan hina lagi daripada ni.. kita xkan tahu mcm mana perakhiran kita nanti..klw rasa hari ni kita dh cukup bagus, cukup baik, esok blum tentu kita akan still bagus kn..

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu dah nak kutuk sebab si mati pun mati dalam keadaan terkutuk.. Ambillah iktibar. Sila ambil tahu tentang keluarga, jangan sibuk main henpon je kat rumah tu..

Opocot!!Online berkata...

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kota
Tersembunyi bawahnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Tanpa Nama berkata...

anon yg butthurt tu clan2 g ASOT?


DennouTantei berkata...

benda senang tak reti beza kan mana yang nasihat mana yang kutuk nmpk sgt org bodoh..tak la bodo sgt tp masuk kategori bodo, semoga Allah S.W.T. ampun dosa2 pengomen2 sini...

Tanpa Nama berkata...

semoga Allah S.W.T ampun kan dosa ko sebab kata org bodoh

Unknown berkata...

Aku rasa ramai yg dah merapu.. mantot just nk sampaikn yg time kte hidup saling tegur menegur , ingat mengingati..bukan ye bila da mati bru kte nk pertahankn si mati tu ckp dia baik bagai masa hidup... sedangkan time hidup tgk je kwn tu terkinja2..huhu

Unknown berkata...

Aku rasa ramai yg dah merapu.. mantot just nk sampaikn yg time kte hidup saling tegur menegur , ingat mengingati..bukan ye bila da mati bru kte nk pertahankn si mati tu ckp dia baik bagai masa hidup... sedangkan time hidup tgk je kwn tu terkinja2..huhu

lkjhgfdsa berkata...

Pointnya adelah:

Tegurlah kawan kau ketika dia masih hidup,
sebelum orang kutuk dia bila dia dah mati.

Gitu.

Tanpa Nama berkata...

Aku nk share, kita bleh tentukan mcm mane kita nak mati dgn izin Allah.

"Kita akan mati celah² ape yang kita suka buat" - Ustaz Jafri.

Kalau kita suka solat tahajud, insyaAllah kita akn mati dalam solat.

Begitu la sebaliknya.

-Daun-