Mac 31, 2014

Kapal Terbang Itu Masih Hilang Tapi KIta Sudah Boleh Belajar Daripadanya Bab 01

1. Kalau kau bukak tv dan baca paper ; kau akan perasan beberapa benda yang bagus. Melodi dah di "gantung" sementara siaran dia.

2. Anugerah Bintang Popular Berita Harian pun dah ditangguhkan rasanya.

3. Banyak bacaan surah2 dimainkan di TV.

4. Dengan tiba2 banyak break dekat TV yang mengajak orang sedekah Al-Fatihah.

5. Semuanya kerana kejadian MH370.

6. Agak malu la sebab kita perlukan satu tragedi untuk buat semua benda tu.

7. Sedangkan sepatutnya semua benda tu jadi kebiasaan.

8. Lebih malu lagi, kalau lepas semua ni dah berakhir, good or bad, tv dan media kita kembali kepada biasa.

9. Mula tayang balik Melodi, ABPBH dan video klip awek2 manja dimainkan semula.

10. Semua benda ada positif dan negatif dia. Dalam tragedi ni ada hikmah dia....

11. Jika MH370 adalah titik tolak kepada perubahan media kita, itu adalah satu benda yang sepatutnya kita semua sokong.

12. Aku cuba berfikiran positif. Aku cuba....

13. Aku harap ada orang yang kerja broadcasting baca apa aku tulis ni.

14. Jika ada apa-apa benda yang kau nak buat dan kau terpaksa tangguh buat, sebab niat kau nak menghormati tragedi MH370 dan tak nak menyinggung perasaan mangsa...

15. Itu bermakna benda tu kau takyah buat langsung sebenarnya.

16. Kau pun tau kan, apa yang kau buat itu sebenarnya salah. Tu yang banyak rancangan sampah dekat Astro Warna tu stop ke tak? Aku tak tau, aku tak ada Astro.

17. Kalau kau tak nak terima benda ni, kau cuba bagitau aku apa yang "elok dan betul" pasal Melodi dan ABPBH....

18. Kalau society kita ni takut mati, tak perlu pun kita kena lalui tragedi untuk memperingatkan diri sendiri.

19. Kalau kau mati eksiden masa tengah sibuk nak kejar artis pasal kau nak sibuk bongkar masalah rumah tangga dia....camna?

20. Takkan kau nak dikenang sebagai "Arwah meninggal dunia ketika sedang bertugas untuk penerbitan dan pada ketika itu, beliau sedang berlari mengejar artis A yang dikhabarkan baru sahaja melahirkan anak luar nikah dan arwah ingin mendapatkan penjelasan, siapa bapa sebenar kepada anak tersebut?"

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah.kah..kah... pekerjaan sbgai press hiburan mmg satu pekerjaan sampah.

onlajer berkata...

hang dah boleh apply jadi pegawai penerangan hahaha

Tanpa Nama berkata...

bagus juga x rancangan gosip .Mmg membazir masa tgk

just azura! berkata...

kita doa yang baik baik. mane tahu lepas ni bebetoi tak de dah melodi and anugerah artis?

Tanpa Nama berkata...

setuju setuju..... pakcik pon memang dah lamo tak pasang ASTRO.... tu.. LA.. tu..

Tanpa Nama berkata...

http://www.jimstonefreelance.com/

cuba baca artikel ni.. mcm make sense tapi entah.. takde siapa yg tau perkara yang sebenar selain org2 yang ada dalam pesawat tu.

Unknown berkata...

its all about sensation... sape la yg berminat nk ambil tahu klau benda tu x sensasi... then walaupun benda tu dah sahih salah dari segi moral atau agama, as long as they can bring up the profit... why not... punya la byk program2 smpah kat tv skrg nie... majalah2 ntahapa2 pun dah makin berlambak...