Mac 27, 2014

Advance Technology Scalar Energy Saver Chip Made in Japan Yang Ajaib


Ini adalah sticker. Tapi ini bukan sticker biasa. Ini adalah sticker Ion Bio-Energy.
 Nampak made in mana sticker ni? Made in Japan!



Anda boleh lihat sendiri keberkesanannya. Sticker ni mempunyai pelbagai function dan benefit yang rahsianya, adalah tenaga ion yang terkandung yang mampu mengalirkan ion yang mempunyai tenaga kinetik yang mampu memberikan faedah kepada manusia dalam 3 cara ;

1. Kesihatan
2. Penjimatan petrol
3. Penjimatan tenaga elektrik


Jika anda berminat membeli sticker ion ini, anda boleh download brochure ini. Brochure ini mampu menerangkan dengan lebih lanjut dengan sebarang persoalan yang anda punyai. Anda boleh lihat sendiri betapa bahagianya salah seorang pelanggan kami selepas suami  beliau mula menggunakan sticker ion bio-energy ketika berasmara.



Biarlah gambar yang berbicara.
Anda tak mahu?



Ini pula adalah testimoni pelanggan dan pengguna ion bio-energy sticker yang telah pun merasakan keberkesanan produk ini. Anda boleh lihat sendiri bagaimana berkesannya produk ini berdasarkan kepada testimoni mereka yang semuanya positif. Yang lebih penting...


Ini adalah Datuk Lee Chong Wei.

Anda boleh lihat sendiri buktinya. Untuk beliau, kami telah mengeluarkan satu produk khas ion bio-energy sticker versi bersaiz mega yang anda boleh lihat ditampal di perut beliau seperti gambar di atas, digunakan semasa pertandingan All-England.

Produk ini hanya terdapat di Malaysia buat masa sekarang. Pihak syarikat masih lagi mencari peluang untuk memasarkan sticker ion bio-energy ini dipasaran luar. Jadi apa tunggu lagi? Kenapa nak membazir wang dengan berjumpa doktor, membakar minyak petrol atau menggunakan elektrik berlebihan? Hanya dengan satu sticker ion bio-energy, anda akan mendapat pelbagai faedah. Bayangkan kalau anda tampal 2? Atau 3!


Ini pula adalah produk lain yang dikeluarkan oleh pesaing kami. Beza produk ini dengan produk kami adalah kami menggunakan teknologi "Advanced Technology" manakala produk diatas hanyalah menggunakan teknologi "Energy Proiection." Jangan beli produk ini kerana produk ini tidak sama dengan produk kami.


Makluman : Produk ini mengandungi serbuk 26 Jenis batu gunung berapi dihasilkan menjadi sekeping sticker yang berteknologi tinggi. Mengandungi Ion (-) Negatif ditugaskan untuk meleraikan molekul petrol dan diesel supaya ianya menjadi banyak dan memampatkan tangki petrol dan diesel serta memberi kuasa pada denderaan.

Harap maklum : Produk ini tidak sesuai untuk mereka yang mengalami alahan (allergy) dengan batu gunung berapi.

34 ulasan:

ninaC berkata...

hahahahaha.

good one mantot.
this is funny.
made my otherwise mundane thursday.

Tanpa Nama berkata...

kah kah! kelakar bhai

Ariff berkata...

Too good to be truth

Encik Rasis berkata...

"hati jangan keladak tuan. apa kata tuan cuba dulu baru komen."

penjual stiker ni komen bila aku tanya macam-macam pasal stiker ni. sia-sia aku belajar fizik kat U dulu. kalau aku tau tampal stiker boleh betulkan macam-macam masalah, tak payah aku susah-susah belajar...

Laici berkata...

benda ni betul ker rekaan ni???

Tanpa Nama berkata...

ahahahhaha..
aku dah lama nak cr bahan bacaan macam ni..
how i miss aidid writings.

mn pegi mamat tu..

nazrul ali berkata...

proiection win;-D

Tanpa Nama berkata...

apsal kereta kat Jepun tak guna benda ni???

Tanpa Nama berkata...

tak payahlah nk perli sgat admin oiiiii..

haritu aku pakai pelekat ni dekat otak . alhamdulilah.. genius aku sekarang. aku sekarang ni tgah study PHD kat oxford.. jeles tak jeles... nak lgi berkesan kau telan pelekat ni. mesti genius smpai ke 79 generasi.. hahahaha

nadz ruslan berkata...

rindunya aku kat parodi kau mantot.

Seres.Huyt berkata...

Scalar System..
Teringat kat episod baru Kamen Rider Gaim..
tapi dalam episod tu,Scalar System tu khas untuk hapuskan manusia,bukan bagi energy..

Tanpa Nama berkata...

woi en.bongok..agak agak la kalu nk menipu..budak sekolah rendah pun pandai buat edit photoshop..tak macam ko bongok spesis unka..edit gambo cam tahi..

Tanpa Nama berkata...

you make my day

Tanpa Nama berkata...

Pada asalnya aku x nak komen.. Nak gelak je.. Tapi apakan daya.. Ada anon yg tak paham realiti dan sindir.. Aku gelak kat ko lah mcm tu...

Tanpa Nama berkata...

Hari tu bapak member aku dh tua nak mampos pakai menda. Hari ni dia dpt wakil selangor lari pecut 100 meter.

Tanpa Nama berkata...

masalahnya still ramai percaya...tmasuk la anon2 di atas...muahaha

Tanpa Nama berkata...

Nice said. Y xpaham sarcasm mmg biol.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak jimak isteri, perlukah stiker itu di tampal/balut disitu? untuk tambahkahkan power sila bagi pencerahan..

Tanpa Nama berkata...

Anon yg x fhm sacarcm tu umpama lelaki slh masuk jamban pompuan,pastu dah kluar rasa malu sgt sbb dah berak tahi busuk ngan bising kt jamban gender yg slh

Tanpa Nama berkata...

hahahah
kesian anon yang lurus..


meh tampal satu kat dahi meh..

Unknown berkata...

Jangan sentap, suka parodi mantot bersahaja

Tanpa Nama berkata...

Tuan Mantot..disebabkan faktor ekonomi yang semakin merundum ni..kalau saya fotostat stiker tu..agak-agak ion negatif tu still sama ke dengan yang ori... Mengikut teori kuantum fizik yang saya belajar...sesuatu ion itu boleh berpindah/dipindah secara telepati, keadah relatif tu dah kira agak kuno... Ini adalah kerana pihak tuan ada mengatakan teknologi yang di gunakan adalah ADVANCE...so ianya tak mustahil kan????? hahahaha.....You make my day man!

Tanpa Nama berkata...

Bang... PM rega skl postage bang.... kuikuikuikui.....~ :P

Tanpa Nama berkata...

melayu makin layu terkulai..ini pun cayer ker..kutip duit berkoyan-koyan dengan kebodohan orang lain..

Unknown berkata...

ni letak kat paip air pun blh jimat penggunaan air sekali.

thank you Mantot. sampai kering gusi dan tersalah ikat tali perut aku (nanti beli sticker, blh ubat balik) sebab ketawa.

Tanpa Nama berkata...

aku search berjam-jam pasal natang ni.. bukak youtiub, google siap pasal natang ni..
just nak bukti kan kat kawan aku mende ni tak betul..
plis help me make her understand..

Unknown berkata...

Bnda ni syarikat mna yg bt?

Unknown berkata...

Bnda ni syarikat mna yg bt?

Ali Bio Aura Sabah berkata...

Tuan2 yg berfikiran negatif harus mencuba. Permulaan dulu, saya berfikiran sama spt tuan2. 100% mmg saya x percaya jika di lihat dgn mata kasar.

Sebagai org yg masih berakal, saya cuba 10 pcs. Stik di kereta dan device yg ada di rumah. Saya dapat hasil yg positif.

Jgn menghukum dari wajahnya yg hodoh. kita masih peluang untuk membuat kajian secara amali.

Muhammad Nur Aliff bin Saji berkata...

PM cikit.. pm kt email: aliff_ahtenk@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Benda ni terbukti jimat minyak.

Kalau korg tak cuba buat mcm ni..

Korg pelekat pada tangki minyak kereta..

Lepas tu korg isi minyak bagi penuh..

nak lg mujarab..selimut kereta korg tu..

Pergi keja naik moto..

Konfem lepas korg balik dari keja, minyak still

penuh!!! Serius. Cuba dulu baru komen.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh

Tanpa Nama berkata...

Sbb nak kau perasan la a bodo

Unknown berkata...

Jangan lah smpai penipu sampai "Tahap Dewa" Gamba Lee Chong Wei tuh tk nmpak sngat2 kew edit sangat ke sangat sangat... ����