Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh seorang fresh graduate, adalah membuat keputusan, benda pertama sekali yang perlu dalam hidup...adalah membeli kereta.
Masalahnya, dekat mana2 pun kau boleh jumpa galakan dan pujuk rayu supaya kau beli kereta. Bukan sekadar oleh salesman, malahan bank pun galakkan kau beli kereta.
Sebab membeli kereta adalah pelaburan jangka panjang yang untung untuk bank dan syarikat penjual kereta, tapi once kau dah beli kereta, owner sebenarnya akan mengalami kerugian yang meningkat tahun ke tahun.
Benda camni kau takkan dapat tau dalam brochure loan kereta. Dalam brochure apa yang diorang ceritakan, adalah benda2 yang indah sahaja. WOW! ZERO DOWNPAYMENT! WOW! TAHUN PERTAMA INSTALLMENT BULANAN RENDAH GILA! Itu semua adalah fantasi yang dijual kepada pengguna dan yang sedihnya, ramai yang termakan pujukan fantasi bullshit ni.
Tak ada orang yang akan kata, membeli kereta adalah pelaburan yang bijak. Tak kiralah kau beli kereta mahal atau kereta kurang mahal (Malaysia mana ada kereta murah bro!) kereta bukanlah investment. Jika ada pakar ekonomi yang menyarankan agar rakyat membeli kereta sebagai satu bentuk investment, dia sebenarnya salesman kereta.
Mangsa paling ramai, fresh graduate. Kau bukak website bank, banyak gila pakej yang memudahkan kau beli kereta. Bunyinya pada awal memang mudah. Tak perlu bayar downpayment, tak perlu bayar 3 bulan pertama, nilai installment yang rendah pada 3 tahun pertama...tapi once kau dah sign semua perjanjian yang perlu dan kau gunakan kereta kau 3 bulan, barulah kau sedar, kau sebenarnya tak mampu pakai kereta. Kau nak buat apa lagi?
Nilai kemampuan membeli kereta yang digunakan oleh rakyat Malaysia selalunya hanya bergantung dengan nilai installment yang perlu dibayar bulan-bulan. Kita tengok sebulan berapa kena bayar, kemudian kita terus claim diri kita mampu bayar.
Tapi itu tak masuk lagi kos minyak, kos tol, kos insurans dan kos maintenance. Ada diorang cerita pada kau semua ni sebelum kau beli? Mana ada! Yang diorang cerita hanyalah installment rendah bulan-bulan.
Aku bulan2 minyak aku, RM250 ke RM300 average nya. Cuba kita kira balik kos sebenar bulanan supaya kau mampu beli sebuah kereta. Katakanlah, kau beli Proton Saga...installment bulan2 RM450. Bunyi dia sedap...sikit aje RM450 ni...tapi kos sebenarnya adalah ;
1. Installment bulanan - RM450
2. Minyak - RM150
3. Insurans dan Road tax (sebulan saving 10% hingga cukup) - RM120 (insurans dalam Rm1200 setahun)
4. Tol - RM50
5. 3 bulan sekali servis - RM180 jadi sebulan kena save RM60. Itu baru interval servis. Belum masuk major servis supaya kau dapat maintain warranty....
Berapa total sebulan untuk kos ownership kereta? RM830! Itu baru Proton Saga! Gaji kau Rm3000 pun kau akan struggle untuk bayar tu. Lagilah nak kumpul duit nak kahwin lagi. Kau nak saving lagi. Dan terimalah hakikatnya, dalam keadaan ekonomi sekarang ni, saving is better than spending. Satu benda yang kerajaan Malaysia buat2 tak paham....kalau dah tak ada duit, hidup la macam orang takde duit.
Kerajaan suruh kita ubah gaya hidup...aku nasihatkan kerajaan ubah gaya mentadbir. Semua orang cakap beli Proton Saga, affordable, berbaloi, mampu milik.
Kau still rasa benda yang sama sekarang?
.................
Dan sekarang ni, cuba bila kau jalan2, cuba kira, berapa banyak kedai kereta second hand yang kau nampak? Berlambak-lambak macam cendawan tumbuh lepas hujan. Ini menunjukkan pasaran kereta baru di negara kita sangatlah rancak sehinggakan banyak kereta downgrade jadi second hand di Malaysia. Penjualan kereta di Malaysia dah jadi terlalu mudah dibeli oleh orang ramai.
Tapi apa kita nak buat dengan kereta second hand yang berlambak-lambak tu? Jepun tolak kereta second hand diorang dekat kita dan orang kita berebut beli. Tapi siapa yang beli kereta second hand kita? Entahlah.
Pada aku, ada berlaku kesilapan yang telah dilakukan bila kerajaan terlalu menggalakkan orang ramai beli kereta baru sehinggakan untuk jangka masa panjang, mekanisme untuk mengawal bilangan kenderaan di Malaysia ni masih lagi tidak diwujudkan. Kereta baru akan makin banyak keluar dari kilang, kereta lama akan ditolak dan tersadai kat kedai second hand.
Cadangan aku, jika kita boleh ambik kereta import luar dan dijual oleh authorized dealer macam BMW buat (BMW start jual kereta re-cond untuk tampung permintaan market) kenapa tidak Perodua atau Proton lakukan benda yang sama? Wujudkan skim pembelian semula kereta dengan pemberian rebate (macam Proton pernah buat dulu) tapi kemudiannya...dijual balik selepas replacement parts dan inspection dilakukan oleh Perodua atau Proton sendiri di bawah satu skim dengan value yang jauh lebih murah dan memudahkan siap warranty lagi.
Cukup 15 tahun usia kereta, lupuskan dia.
Kereta second hand sekarang tak laku sebab loan susah nak dapat, kalau dapat pun interest berasap telinga jadi kenapa tidak diwujudkan mekanisme yang melibatkan pengeluar kereta sendiri dan juga pihak bank? At least kita boleh recycle balik kereta. Harga pun tak la membebankan sangat pembeli kereta pertama harapnya.
Tapi itu semua impian aku aje la. Aku rasa pihak pengeluar kereta sendiri tahu, kos untuk wujudkan skim macam tu tak berbaloi because of the higher risk yang diorang perlu tanggung. Lagipun, mungkin, diorang sendiri lebih tau lifetime sebenar produk diorang.....hahaha.
Walaubagaimanapun, kita perlu sedar, kereta perlukan tanah sebagai parking. Sampai satu masa, bila keadaan dah jadi di luar kawalan, mungkin kita kena beli tanah hanya untuk parking kereta. Rumah tanpa porch kereta? Mungkin wujud satu hari nanti. Kereta dah terlalu banyak dan ruang untuk simpan dah jadi makin limited. Setiap tahun ada 2 juta kereta baru bertambah atas jalan raya.
Kenapa tak implement strictly akta pelupusan kereta? Usia kereta 10 tahun, 15 tahun, perlu dilupuskan (kereta antik lain lah) Pada aku, banyak benefitnya for the long term. Satu, sale kereta akan konsisten. Dua, masalah parking dan space akan dapat dikawal. Tiga, kita boleh forecast berapa jumlah kereta atas jalan raya setiap tahun. Empat, nilai duti kenderaan dapat diturunkan. Lima, jumlah kutipan cukai kerajaan mengikut jualan dapat dirancang kerana kita lebih mampu merancang jumlah jualan dan pelupusan.
Cuma mungkin cara melupuskan kereta tu la yang akan jadi kos yang agak besar tapi kalau kau bagi aku pilihan, sama ada nak menghadapi masalah macam mana nak lupuskan kereta atau masalah jam macam cilaka sebab kereta banyak atas jalan dan penuh kereta second hand di bahu jalan, aku prefer solusi yang create space.
Dah la Jepun hantar kereta diorang kat kita, Korea pun hantar kereta second hand diorang kat kita, sekarang German pun dah start benda yang sama, kau tak terasa ke Malaysia ni macam tong sampah kereta?
Once kereta tu dah sampai Malaysia, masalah lepas2 tu bukannya masalah diorang. Tu semua dah jadi masalah kita. Siapa yang nak kita persalahkan nanti? Kau beli kereta recon bunyi memang la sedap. Bawak sedap, dah kereta mewah.
Tapi long termnya, apa jadi selepas kau tak nak lagi kereta kau tu? Nak hantar balik Jepun? Diorang sendiri pun tak galakkan rakyat diorang memandu...kenapa kita pulak yang tergila-gila nak beli?