September 14, 2012

Siapa Peduli Pasal Lawatan di-Raja Duke dan Duchess of Cambridge?

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan siri setem dan filateli khas sempena Jubli Intan Ratu Elizabeth II dan lawatan Diraja Duke dan Duchess of Cambridge ke Malaysia yang akan mula dijual kepada umum Khamis ini di semua cawangan pejabat pos seluruh Malaysia. 

Ketua Bahagian Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata siri setem khas itu dikeluarkan dalam dua reka bentuk, mempamerkan gambar Ratu Elizabeth II dan gambar Putera William dan Kate Middleton dijual pada denominasi RM1.50 setiap satu.

"Setem kenangan ini begitu istimewa kerana menampilkan cetakan setem di dalam setem (gambar Ratu Elizabeth II) iaitu kami mencetak semula setem ketika awal pertabalannya yang dikeluarkan Pos Malaysia pada 1953 di atas setem yang baharu," katanya kepada pemberita di sini. Tahun ini merupakan Jubli Intan Pemerintahan Ratu Elizabeth II yang merupakan ratu paling lama memerintah dalam Monarki British iaitu selama 60 tahun.

 Yasmin berkata Pos Malaysia juga akan mengeluarkan siri Setemku dengan reka bentuk animasi Upin dan Ipin pada minggu hadapan. "Siri ini mempunyai lima tema yang dikeluarkan secara berperingkat di mana pelanggan berpeluang mencetak gambar sendiri di atas setem yang berlatarbelakangkan Upin dan Ipin," katanya.- Bernama

................

Aku tak paham...kita dah merdeka kan? Satu persoalan; adakah perlu kita berterima kasih kepada British kerana memerdekakan kita?

Yang paling pelik, cuba kau refer balik buku2 teks sejarah sekolah dulu, ada tak dalam buku tu masukkan sentimen membenci penjajah? Sentimen membenci komunis memang berlambak la. Nanti2 anak cucu kita punya buku sejarah pulak penuh sentimen membenci pihak pembangkang yang ada zaman kita ni.

Aku selalu terfikir ; adakah ada perjanjian sulit antara rombongan kemerdekaan dulu dengan kerajaan British pada masa itu yang masih diterima pakai sampai sekarang? Sebab kalau kau tanya orang biasa...kau peduli ke pasal Queen Elizabeth dan perkahwinan di Raja hari tu?

Orang2 macam aku akan jawab tak peduli. Buat apa aku nak peduli, kan Tapi cuba bukak mata sikit, adakah sebenarnya kita dipupuk untuk sayang British ni? Kita bangga kita anggota Komanwel, lagilah bangga bila kita jadi tuan rumah Sukan Komanwel, betul?

Dan itulah yang pelik pada aku. Musuh nombor satu negara (UMNO), Anwar Ibrahim..nombor dua, DAP, nombor 3..komunis. Tapi tak pernah pulak British dijadikan musuh. Political reason maybe? Sebab ada kepentingan gamaknya.

31 ulasan:

Riochan berkata...

masih dijajah dengan pahaman english people is higher & better than us thus we shud salute them. Anwar tu sapa?melayu biasa je kan..komunis?asians..pity for those yg ada mentality cmtu..

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ni bukan mentaliti semorang. org yg pedulikan pasangan ni masa kawin, org yg nak tgk baju kat. sama gak masa kim kardashian kawin, bukan pasal apa, pasal minat.

stem tu aku rasa org cam kita tak peduli, tapi pengumpul stem tegar, diorang peduli pasal stem eklusif macam ni, 20-30 tahun akan datang ada valuenya, ada peminat yg sanggup bayar puluhan ribu, sudah sama cam harga down payment sebuah rumah. so senang kata, bukan peduli sapa pun, tapi asalkan stem tu eklusif dan digunakan utk kepentingan diri sendiri akan datang bila dijual ada nilainya.

Tanpa Nama berkata...

Lagi satu, orang kulit putih selalu dilayan sebagai superior manakala orang kulit hitam selamanya akan seperti sampah. Tidak ada pemikiran yang matang yang menilai satu manusia lebih dari warna kulit

popo

Ujie Othman berkata...

setuju!
saya pun fikir..buat apa kita nak 'agung2kan' British? dia yg menjajah. skrg dia 'diangkat' mcm buat sumbangan besar utk negara kita.

merdeka? dia setuju sbb negara kita dah abis hasil utk diambil.

btw, saya pengumpul setem. tapi rasa nyampah tengok setem ni sbb kelihatan 'mengangkat' British.

Tanpa Nama berkata...

patutnya buatlah setem kenang-kenangan gambar rosmah ke...aku musti beli.. kalau gambar monarki british ni aku beli yg dikeluarkan oleh pos british/england aje..
-coma-

umno_baru berkata...

kalau stem tu mengambarkan kehebatan islam....ada pengumpul stem tegar yg nak beli ke? Setuju dgn hang (cursing malay)...ni semua propaganda secara halus.

Islam belum merdeka di tanah tumpah darahku berkata...

My 2 cent la....kan yg bg pembangunan kat mesia post merdeka UMNO, jadi kita dipaksa utk berterimaksih ngan UMNO...
samalah gak ngan BRITISH, diorg bg pembangunan/pekerjaan/bg makan kat Malaya pre-MERDEka n bg kita keMERDEkaan, so kene lah berterima kasih ngan diorg w/pon diorg yg jajah kita....
***cer google trnslt MERDE dlm bhs france apa***

Cik Siti Fairuz berkata...

aku rasa omputih pun duk gelak tgk setem ni. Btol tu, aku lagi setuju gambar rosmah / tun hasmah atas setem tu (versi bertudung).

mirul berkata...

aku terpikir jugak kadang kadang,macam mana agaknya kalau sejarah terbalik?
bangsa melayu yang menjajah eropah.adakah diorang ni akan buat benda yang sama kalau kita merdekakan diorang?

Paolo Balam berkata...

perjanjian sulit itu, mungkin anak cucu 'mereka' masih menyimpan skrolnya. mungkin.

Prince of Noob berkata...

sebenarnya masa putera william dan bini dia dtg tu, aku ada terasa mcm kepala penjajah ni buat lawatan2 ke negara2 yg pernah diorang jajah seolah2 julius caesar yg nak melihat apa perkembangan negara2 yg dibawah taklukannya... nak tgk dan pantau macam mana keadaan negara2 yg pernah di bawah penguasaan mereka suatu ketika dulu, adakah negara itu membangun mengikut corak dan acuan yang mereka mahukan?

kalau nak ikutkan bangsa, bangsa melayu kan lagi superior dari bangsa2 lain di muka bumi ni, kita kan ada Alter Terahsia Bangsa Melayu... bangsa yang hilang... the lost tribe, yang bersaudara dgn kaum arab dan yahudi... kenapa perlu tunduk dgn british?

Tanpa Nama berkata...

kalau nak masukkan elemen benci penjajah, macam mana dan bagaimana?

dari mengajar budak membenci baik ajar dorang menghargai. akujenis orang yg rasa hatred wont solve a thing.

alah kalau team bola tu mai malaysia, bukan semua kisah. puak bola ja terkebil2 excited. samala kalau kate william, lady gaga ka, zaker naik ka, puak2 yang berminatlah yang suka.

why so..?

Tanpa Nama berkata...

*menghargai kmerdekaan inb4 stupid butthurt reaction

Tanpa Nama berkata...

perjanjiannya selagi ada bulan & bintang.....
selagi itu "hubungan" itu masih ada...

Eray Majid berkata...

huh tak terfikir lak pasal mende nie. tp serius kan derang tuh penjajah, patut mmg kita patut nyampah mcm kite nyampah kat komunis

Tanpa Nama berkata...

allah..sambut sebagai tetamu macam mai melawat rumah kita ni ja..besa la..bukan nya sambut tahap dewa sangat pon..depa mai cara elok apa..hang takmau sambut sudah lah..depa pon tak suruh hang dok p hemoi pon..

jin kazomo berkata...

kita ni dah kena brainwashed british tu superior, british tu tuan. orang melayu la dulu paling bodo tak nak merdeka takut tak boleh nak handle negara sendiri bila british takde. benda2 macam ni kena tukar

Tanpa Nama berkata...

Setuju ngan Anon 3:18..diorang dtg utk celebrate nenek depa dah 50 tahun jd queen jaa..

takkan kita nak buat rusuhan pulak diorang dtg..if they come in peace, kita sambut in peace laa..

rasanya sepanjang penjajahan drg pun they were nice to us, no? bukan mcm zaman jepun kan? (betulkan la klu salah)

so chill2 sajaa :)

Tanpa Nama berkata...

UMNO dulukan malayan union. malayan union kan tali barut british. nak heran apa masing2 mcm x pernah tgk mat saleh datang mesia.

Tanpa Nama berkata...

Mantot aku rasa ko x paham konsep. Think wise speak wise bro.

Unknown berkata...

so kalau ko paham konsep... apa dia... bagitaulah... kami pembaca pon nak tau jugak pemikiran orang orang yang wise ni

me berkata...

mantot, ko perasan tak Kate tu togel je. Ada akak kita tu tu main badminton pun pakai mutiara besar ibu jari

plain83 berkata...

LoL setem? Seriously? Isn't that too..over the top? Aku ingatkan spatutnya dlm setem ni hanya patut ada ciri2 yg melambangkan identiti sesebuah negara (mcm padi, manggis, durian, kancil...etc), then baru la ada meaning? Gosh I am so confused..LoL

Tanpa Nama berkata...

kalau ikotkan buku sejarah, seolah2 mengambarkn british la palingg baik...padahal mereka lah yg paling lame berkuase.rse2 brape ratus billion harta kite diangkut k negara mereka, brape ratus ribu org awam & ulama' yg tlah dibunuh, brape puluh ribu wanita yg dirogol, brape ramai org islam yg murtad etc2....btw aku tak pernah dengar statement mntak maaf dri british @ pulangkn balik khazanah malaysia. still kita masih menyanjung mereka stinggi2 nya....

Tanpa Nama berkata...

knapelah rmai org dlu2 x nampak yg umno ni tali barut british???sblum merdeka, antara parti2 MELAYU/ISLAM yg wujud adalah API (Angkatan Pemuda Insaf), PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya), AWAS (Angkatan WAnita Sedar), hizbul muslimin etc. tpi 1 parti nih jugak dipilih iaitu UMNO (United Malayan Nationalist Org). sudah terang lagi bersuluh nengok namenye.arggghhh!!!! knape mudahnye kite ditipu??? KNAPE??!!

SyncRo MEOR berkata...

why...so...serious ? make nice sudah..

Pasal setem tu, ko nak letak gambar sendiri pun boleh kan.. Unnecessary sure, macam tak perlu - but i feel just a nice gesture on our part.

Propaganda halus ? Riight....

punchdrunk lovesick berkata...

kenapa perlu sambut depa bagai nk rak???gua dh rs agak berlebih-lebihan pulak..depa bkn ketua negara pon...ada nenek dia,pastu bapak dia..ntah2 xsempat jd ketua negara!!!hahahahahah..yang kat MALAYA ni pulak terkinja2 nk sambut depa!!

gua lebih suka ikut cara INDONESIA melawan penjajah!! lawan!!lawan!!lawan!! bkn Bodek!!!bodek!!bodek!!!hahahahahaha

kata malaya dah merdeka..xkan still nk bodek british kot?????

Unknown berkata...

takde la benci benor dgn kerabat london ni.. another side respect diorg gak even ade je org england sndiri tak suke n kutuk2 diorg tak kena gam kena palit derhaka.. tp nk besar2kan diorg dtg Malaysia hrmm xpyh la kot.. ni next week inysaAllah ade ulamak tersohor nk dtg, ade prog kat pwtc, heheh kompem tak diuar2 kan pon.. sentimen melayu kite suke sgt bnda2 dr luor nihaaa.. psl british, ak gerenti ank2 muda skrg taktau sgt psl sejarah tau itu putera n princess plg hot, nk tgk dressing n tgk prnce will yg makin kurg ensemnya.

PELAUNG PULAU berkata...

aku rasa dia ibarat macam citer transformers 3 masa sentinel prime cakap camni..

What you must realize my Autobot brothers, is we were never going to win the war! For the sake of our planet's survival, a deal had to be made... with Megatron!

if you know what i mean.. lol

Tanpa Nama berkata...

British bagus sangat bagus apa salahnya kalau pasal setem tu itu menunjukkan hubungan malaysia british sangat akrab...

Tanpa Nama berkata...

british bagus. apa salhnya pasal setem tu itu menunjukan hubungan malaysia dan uk sangat akrab