Ogos 29, 2012

"Pakcik! Seringgit Aje Pakcik? Menyesal Saya Datang Sini! Ptuih!"

Masa aku kecik dulu, waktu sekolah rendah, time raya aje, aku dengan sepupu aku mesti gi jalan area kampung masuk aje rumah sapa-sapa dan pegi beraya...dengan harapan dapat duit.Time tu, dapat 50 sen...sangat mewah. Dapat seringgit, banyak tu. Total duit hari raya kalau sampai seratus ringgit, kaya benar rasanya.

Tapi, sekarang ni. bila lepak kat kampung, nak jumpa budak2 datang beraya pun susah. Budak-budak sekarang pun makin pandai, diorang pegi beraya kat taman-taman. Rumah rapat2, berjalan tak jauh, kutipan pun dapat dimaksimakan.

Apa yang aku tak suka bila aku tengok gelagat budak2 ni adalah bila diorang datang, tangan masing-masing pegang henfon. Aku tak tau kaya mana mak bapak diorang tapi selalunya henfon diorang lagi canggih daripada henfon aku....jeles bai. Aku ada nampak budak-budak pegang Blackberry (apa kejadahnya bagi budak2 Blackberry?) dan ada jugak budak beraya pegang iphone....dan extreme sket...bawak ipad.

Dan bila budak2 tu datang beraya...diorang bukan beraya...diorang duduk dalam rumah kau...sambil minum air...lalu main game. Yang lain pakat kerumun ramai2 tengok.

Fenomena ni juga agak jelas kelihatan dekat anak2 buah aku bila mana yang ada henfon canggih (atau pau bapak dia punya) ini akan membuatkan budak2 lebih tertumpu dengan henfon atau tablet dan bukannya nak berborak dengan pakcik. Mana2 yang jenis loner pulak boleh duduk sorang2 kat ceruk2 dan main game dengan PSP.

Dalam 20 tahun, perubahan ni sangat jelas kelihatan. Budak2 datang beraya, lalu main game dan sebenarnya datang semata2 sebab nak dapat duit.

Paling gua bengkek adalah kalau kau bagi seringgit...dia mengeluh. Aku pernah kena sound dengan sorang budak beberapa tahun lepas bila aku bagi seringgit, dia sound kata "rumah besar, takkan bagi seringgit?" (rumah mak aku takde la besar cuma corner lot aje). Semenjak hari tu, aku bersumpah dalam diri aku, aku takkan bagi duit raya dekat budak2. Kah kah kah.

Kalau dia boleh datang rumah aku kononnya nak beraya tapi tangan pegang iphone, itu maknanya dia tak memerlukan duit tu. Dan nampaknya, nilai duit raya yang acceptable untuk budak2 sekarang ni pun mengalami inflasi yang agak hebat. Standard sekarang ni, RM5.

Makin maju kita, makin hilang rupanya nilai tradisi kita. Sehinggakan tradisi raya kita pun dibaham dengan pemahaman kapitalis yang mementingkan nilai wang ringgit dan harta benda.

Dan masyarakat kita terus mengajar anak2 kecik menjadi pengikut kapitalis yang sangat setia. Nak tengok benda ni dengan jelas? Gi kedai buku. Cuba kira berapa banyak judul buku yang ada tajuknya "Bagaimana Menjadi Millionaire?" atau "Rahsia Menjadi Kaya."

Cuba fikirkan, budaya bagi duit dalam angpao raya ni sebenarnya datang dari siapa? Kenapa kita buat? Kenapa sampul duit raya kita panggil "angpao"? Atau istilah orang Melayu selalu pakai.."Angpao Raya."

Mesti DAP punya pengaruh ni!


20 ulasan:

mdazlnshkni berkata...

aku setuju. jgn bagi duit raya!

Irfa berkata...

sbb tu aku tak izin anak2 aku beraya umah orang tanpa aku.hahaha

Prince of Noob berkata...

hari raya kat malaysia ni penuh dgn budaya bangsa lain je pun... bagi duit raya, main mercun semua tu asal budaya cina... pasang pelita tu budaya india. kat arab dan kebanyakan negara islam lain mana ada buat semua tu.

Tanpa Nama berkata...

Tu la jadinya kalau bagi muka sangat kat Cina..

just azura! berkata...

kesian aa budak-budak zaman sekarang ni..tak merasa apa yang kita rasa dulu.. dulu kita dapat seringit dah bahagia budak sekarang dapat seringgit buat muka.. dulu kita raya rumah makcik belakang rumah ada soal jawabnya anak sapa, dok mana, balik mana..la ni dok mengadap gadget ja..

bukan budak je..kadang orang tua pun sama...

Tanpa Nama berkata...

Haha pengaruh DAP?

Tanpa Nama berkata...

Dulu dengan singgit macam2 boleh beli.sekarang?beli air mineral pun tak lepas.

Tanpa Nama berkata...

Den dah terkeno!! ank buah spupu ckp,, lahh, 2ringgit je?!! adoiialaa aii..hope bsr ckit ank aku x laa brni ckp cmtu..klu x..bia ibu cili mulot dia!!hohoho

Tanpa Nama berkata...

kalo budak tu still nak makan minum masa dtg raya tu aku bagi je duit sikit. tapi kalo dtg duduk je pastu nak duit raya mmg rasa nak picit2 je dia.

pasal gajet2 tu malas nak komen sbb anak buah aku pun camtu. aku sound kang makpak dia aka kakak abg aku kecik ati pulak.

anak aku nanti taktau camne. rasanya beli pc beso gajah tu je kat umah. gi umah org sila beramah mesra sesama sedara. jgn nak bukak gajet2 ni depan org tua. kecik ati makpak aku cucu tak layan sbb asyik layan game je.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju, jgn bagi kalu diorang komen lebih-lebih. pas tu sekolahkan bebudak ni, bagi le ceramah sikit pasal ambutan hari raya sebenarnya mengikut Islam. aku pernah buat.. terdiam bebudak tu. puas hati aku boleh membebel di pagi raya. Kadang-kadang mak ayah kena bagi pesanan berjela-jela buat bebudak yang gi 'mintak sedekah' secara terhormat ni

plain83 berkata...

ohhh the negative effects of modern technology..melayu cepat lupa dan mudah benar terpengaruh..

Tanpa Nama berkata...

salah ibu bapa skang bg gadjet mewah2.dulu 1st hanset aku dapat masa sem 3 diploma.tu pun h.set motorola bapak besar.kalau baling kat babi dengan tokey2 babi mati.igtla wahai ibu bapa skarang.jgn mewahkan hdp anak2 anda.bia mereka blaja dr susah br merasa nikmat mewah dan dapat mengelakkan kes dtg beraya semata2 kena paksa ngan family pastu main gadjet dari masuk rmh smpai berambus.

-mia-

Tanpa Nama berkata...

Itu la aku betul2 tk paham ngan makpak zaman sekarang! This gadget should never be their needs. Ini semua sepatutnya adalah reward if their children is well behave. Tool utk umpan mereka jadi baik. Think about it.. Why do 15 years old need cell phone anyway? Nak call bf? Geli2 dlm handphone? Ghentikn la.

Tanpa Nama berkata...

haha...aku pun sama, bdk2 dtg beraya, aku sekolahkan cukup2 psl tujuan kita ziarah-menziarahi semasa bulan raya...aku suh dorang peghabih ayaq memasing, then dorang balik jgn hrp aku bagi duit...tapi kalo perangai yg aku berkenan, dok sopan jek kat rumah orang...aku bg ler singgit....

sim_2096 berkata...

janji dicapati

sim_2096 berkata...

janji dicapati

Henzy berkata...

AKu bagi duit kat mak bapak, mak pak mentua jer.

Kat budak2 yg dtg raya atau anak2 buah sendiri aku dah tak nak kasik. Tapi wife aku kasik gak. Takleh nak halang. Aku mmg tak nak budayakan dah duit raya ni, dan harap2 dapat ajar anak aku camtu.

Tapi anak aku pun aku hulur gadget. Baru 2 tahun. Hmm, maybe bila dia besar sikit aku akan kurangkan kebergantungan dia pada gadget. Sebab bila balik kg kadang2 aku bosan kat kenduri aku keluarkan phone aku tiba2 ramai bebudak kerumun, bebudak kerumun bapak org siap rampas dari tangan aku semata2 nak main game yg aku main. Sejak dari tu aku berazam tak nak anak aku jadi camtu.

Adab dah kurang.

Puan Muda berkata...

singgit dah tade nilai
lantaklah ko bebeudak nak cakap hape
janji sape yg nak bg det raya tu ikhlas nak bersedekah ms syawal

kalo aku sound je,taknak takpe.bg kt kawan

Mak Wardah berkata...

Salam kenal. Gejala yg kurang sihat.

Wallie berkata...

Lerr... aku still bole paham knp bebudak skrg komplen kalau dpt singgit. Kalau korang kecik dulu dpt singgit mmg le best. Cuba kalo dulu ko dpt 2 sen, tipu la kalau korang tak komplen(at least dlm hati). lol