Ogos 03, 2012

Awkward Agama : 6 Trend Ramadhan Masyarakat Melayu Yang Ganjil

Tiap2 kali bulan Ramadhan ni..akan bermula la bermacam trend. Trend-trend ni HANYA akan muncul di bulan Ramadhan.Kenapa? Aku tak tau. Susah nak explain tabiat orang Melayu...

1. Trend Wanita Bertudung Sebulan Sekali

Ni lah antara trend yang kelako. Masuk aje bulan puasa, dengan tiba-tiba, yang tak bertudung, pakai selendang. Yang free hair tiba-tiba pakai tudung. Tapi habis aje bulan Ramadhan...selendang simpan balik dalam almari. Tak basuh. Boleh pakai terus tahun depan punya Ramadhan.

Mungkin explanation kenapa benda tu terjadi kita boleh nampak kat masjid. Ada perasan, kalau kau pegi masjid, mesti ada signboard bergambar "Ini Zon Menutup Aurat." Kalau signboard tu untuk orang bukan Islam..tak apa. Tapi masalahnya gambarajah dekat sign tu..gambar perempuan berbaju kurung tak bertudung dengan logo pangkah besar2. Apa kebenda?

2. Trend Berhenti Buat Maksiat Untuk Sebulan

Ada orang macam ni dan orang macam ni wujud. Daripada bulan Syawal sampai bulan Syaaban, dia pegi disko. Tapi bila tiba aje Ramadhan, dia tak nak pegi disko. Kalau sebelum tu kerja dia nak dating sambil ringan2 dengan awek, Ramadhan aje dia stop. Dengar aje takbir Raya...habis solat pagi Raya..call awek, ajak ringan2. "Ayang..dah 1 Syawal. Kita boleh ringan2 balik tanpa rasa bersalah!"

3. Trend Berbelanja di Luar Kemampuan Ketika Ramadhan

Selama ni aku ingat isteri menarik muka masam sebab sofa kat rumah tak diganti baru atau langsir tak update design latest hanya berlaku dalam drama. Tapi bila benda tu dah terjadi dekat kawan aku dan dia terpaksa save duit kaw2 sebab tak nak isteri dia masam, itu menunjukkan walaupun tagline Ramadhan adalah bulan rahmat..lebih ramai yang assume time Ramadhan adalah time untuk jadi lahanat

4. Trend Artis dan Selebriti Beramal

Banyak orang buat jamuan anak yatim time ni. Tapi yang peliknya, antara bulan Syawal ke bulan Syaaban, kenapa tak ramai yang nak meraikan anak yatim time tu? Adakah sebab Ramadhan adalah satu2 nya bulan di mana kalau kau perlu push diri kau untuk buat kebaikan? Atau anak2 yatim hanya memerlukan kebahagiaan di bulan Ramadhan? Atau mungkin...kalau buat bulan lain, promosi diri kurang?

5. Trend Televisyen Semua Tiba-Tiba Bertukar Jadi "Separa Alim"

Kau bukak TV pada bulan Ramadhan, dengan tiba-tiba magically..semua rancangan penuh dengan unsur2 Islamik dan nilai pengajaran. Drama pun penuh dengan kisah teladan yang menggunakan agama sebagai dasar. Dengan tiba-tiba wajah2 bersongkok, berkopiah, bertudung labuh memenuhi kaca TV. Wajah2 seksi dan gedik jadi berkurangan. Ceramah banyak, perbincangan agama banyak, bacaan ayat2 pun banyak.

Dan fenomena ini akan berterusan..sehinggalah sampai seminggu lepas Syawal. Dan slowly, imej2 itu akan digantikan dengan visual biasa...

6. Trend Majalah Hiburan Pun Jadi Alim Sebab Ada Edisi Ramadhan

....daripada bertukarnya media televisyen menjadi separa alim...perubahan itu juga akan jatuh sedikit kepada media cetak yang kerjanya 24 jam mensensasikan berita2 hiburan. Cover depan Pancaindera ada gadis bertudung, URTV ada sekumpulan lelaki dan perempuan pakai baju raya...even majalah haram mughallazah iaitu Mangga pun letak gambar perempuan berbaju kurung dekat cover dia siap keluarkan cerita pasal pengalaman artis berpuasa...

................

Semua itu berlaku dalam sebulan Ramadhan. Dalam setahun..ada sebulan orang Melayu ingat Tuhan dan kita gunakan sebulan itu sebaik mungkin. Tahniah. Sudah pasti segala amalan yang kita buat dan segala kemungkaran yang kita jauhi dalam Ramadhan akan menjadi bekalan yang cukup untuk sepanjang tahun.

Kenapa perlu kerja setahun kalau boleh kumpul simpanan untuk setahun dalam sebulan? Work smart babeh!

14 ulasan:

Tiong berkata...

sarcastic

Tanpa Nama berkata...

Biarkan lah... sikit2 buat baik lama2 jadi la betul2 baik. Jgn diperlekeh usaha org nak buat baik. Kita jaga hati kita supaya dan jgn judgemental.

Syakir Zainol berkata...

betapa bersyukurnya aku dgn bini aku...

minatgiler berkata...

bersangka baik ajalah.. mana tau dalam ramai2 tu, ada yang terus dapat hidayah sempena ramadhan ni.

Sang Merah berkata...

Smae juga dgn hari Jumaat...ibarat meletakkan hari Jumaat dan bulan Ramadan menpunyai darjat lg tinggi dr Allah pn ada....alahai mindset huuuuuu......

Nik Zulkhairi berkata...

power gambar tu. spender putih.

Tanpa Nama berkata...

sapa pulak yg letak hari jumaat dn bulan ramadhan lebih tinggi dr Allah. Tk pernah pulak aku jumpa mcm tu.. mcm2 hal....

Prince of Noob berkata...

tak boleh cakap ni trend melayu yang ganjil, sebab benda ni memang dah biasa berlaku kat malaysia bila time bulan ramadhan dan tak ganjil. yg ganjil kalau time bulan lain elok baik ja tetiba bulan ramadhan jadi jahat minum arak ka beromen berzina ka haaa tu ganjil lagi pelik

Tanpa Nama berkata...

Tak pelik pon. Syaiton nirrojim kan kena rantai.

plain83 berkata...

Yg kna rantai time Ramadhan ni pangkat general2 besar jer, yg prebet2 ni berkeliaran lg..sbb tu la still ada perbuatan2 sumbang mcm 2 ekor lam gambar tu..

'izzat berkata...

takkan lu lagi suka orang yang pergi disko syawal-syaaban. bila ramadhan. lagi kuat dia pergi disko. itu lagi ganjil. at least dia hormat bulan ramadhan pun dah kira okay. mana tau one day, masuk syawal terus jadi baik.

Tanpa Nama berkata...

bro buang la rasa superior dalam diri ko tu. suka nar merendah2kan org lain. one moment sibuk nk negara islam hudud etc, at the same time hati penuh berlumut. mmg ramai org2 mcm ko ktmmalaysia ni.... potray imej islam tapi.... ( sambunh sendiri lah) . ni la org2 pro PAS. kahkahkaj

Master Yoda berkata...

Artikel lu mmg tepat...Ramai je kenalan FB gua mcm ni, tetibe je letak gambar bertudung, berjubah bagai..Then, hahaha, sendiri mau ingat..This year, last year, ;ast 2 years..Haha, kelakar manusia ni...

"I blum dapat hidayah lagi, bla bla bla"...Padahal 1400++ lps, hidayah dan suruhan tuk jaga aurat dah diturunkan...Ni slah satu cth la..

Nak berubah, biar betul2...Ikut musim watpe??

Nak berubah, azam tu biar seteguh waja, hangat2 tahi ayam, just nak show off watpe??

Nak berubah, kendiri kene kuat, sekadar nak respect RAMADHAN JE, lps tu jadi member kamcing syaitan watpe??

Kita yg sekeliling ni mendoakan si pelaku yg nak berubah (it is good), but kalau si pelaku tu je yang memang PURA2 je berubah (who knows), wadda tut...

Baik fokus kat diri dulu, tanya kat diri, "gua ni dah jadi semakin baik ke?" "Abis Ramadhan ni, dah leh buang/kikis ke sifat2 mazmumah yang berbaki dlm jiwa"

Dah la Tot, chow..gua nak gi keje

Tanpa Nama berkata...

first..