Ura-Ura Mengenai Sistem Pelaksanaan Subsidi Minyak Yang Dikeluarkan Sin Chew Jit Poh
1. Satu tempoh percubaan akan diperkenalkan pada bulan Mac.Kerajaan akhirnya bertindak bijak sedikit mengubah rancangan asal mereka yang mahu memperkenalkan dan melaksanakan sistem itu pada hari yang sama.Plan asal diorang,implement dulu dan biarkan rakyat terkejut beruk pada 1hb Mei 2010.
2. Sesiapa yang mempunyai beberapa buah kereta hanya akan mendapat subsidi untuk sebuah kereta sahaja
3. Sesiapa yang tidak mempunyai kereta tidak layak mendapat subsidi.Mat motor?Mat racing kereta control?
4. Jika anda mempunyai beberapa buah kereta atas nama anda tetapi tidak digunakan oleh anda,contohnya kereta anak-anak anda,anak-anak anda tidak layak mendapat subsidi.Tapi,jangan terburu-buru tukarkan nama tuan kereta anda kepada nama anak anda.Tengok dulu bulan 3 ni macam mana.
5. Sistem kuota had pembelian petrol dengan subsidi dijangka dihadkan antara 100 liter hingga 300 liter seorang.Lebih daripada kuota dalam sebulan,pembelian minyak bayarlah tanpa subsidi.
6. Kerajaan tidak akan mengambil kira nilai kapasiti CC kereta anda dalam pemberian subsidi.
Ingat,semua ni rumours.
...............
Pada pandangan aku,langkah kerajaan ni hanya mampu menunjukkan,kerajaan tak pernah peduli pasal rakyat.Kerajaan hanya peduli pasal kutipan cukai diorang.Ingat.Subsidi 30 sen satu liter.Kerajaan kata kerajaan tanggung 4 billion setiap tahun untuk subsidi.Tarik balik subsidi tu.Tak payah subsidi langsung.Tapi turunkan cukai kereta (atau lebih baik apply sistem macam kat Langkawi).Kenapa?
Katakan Ahmad ingin membeli sebuah kereta "Toyota Vios G."
Harga Semenanjung RM85 ribu.Harga di Langkawi adalah 61,600.Bezanya lebih kurang 24 ribu.Jadi,katalah Ahmad memandu keretanya sebulan dan jumlah petrol yang dipakainya adalah 150 liter sebulan.
Harga 150l minyak 95 bersubsidi : Rm270
Harga 150l minyak 95 tanpa subsidi : Rm315
Bezanya = RM45 sebulan/Rm540 setahun
Bayaran bulanan Toyota Vios G:
Ada cukai - Bayaran 9 tahun 2.8% interest RM8500 downpayment = Rm886.83
Tiada cukai - Bayaran 9 tahun 2.8% interest RM6160 downpayment = Rm642.69
Perbezaan = Rm244.14 sebulan/Rm2929.80 setahun
Kenapa perkiraan di atas dibuat?
Cuba kita tolakkan penjimatan RM2929.80 dengan nilai minyak tanpa subsidi tu,
rakyat akan ada lebihan wang RM2389.80 setahun.Jadi tidak akan ada sesiapa yang bising pasal tidak ada subsidi lagi.
Tapi kerajaan takkan buat macam tu punya sebab diorang akan rugi dan besar kemungkinan pengeluar kereta Malaysia akan lingkup.
Cuba kita apply pulak benda tu dekat kereta nasional.
Perodua Myvi 1.3 SE Auto (RM52,900 ada cukai/RM46,530 takde cukai)
Ada cukai - Bayaran 9 tahun 3.75% interest RM5290 downpayment = Rm589.61
Tiada cukai - Bayaran 9 tahun 3.75% interest RM4653 downpayment = Rm518.62
Perbezaan = Rm70.99 sebulan / Rm851.88 setahun
Tolakkan RM851.88 dengan Rm540 nilai subsidi setahun,
rakyat still untung RM311.88 setahun.
Apa point aku kat sini?Apa-apa perkiraan yang aku buat kat sini takkan memberi kesan apa-apa sebab RAKYAT YANG UNTUNG.Tidak mungkin berlaku selagi kerajaan berperangai Firaun.Yang penting pada diorang,diorang selamat,biarlah rakyat merempat.Sebab tu diorang tengah mencari formula bagaimana untuk memastikan kerajaan tidak rugi.
"Eh,macam mana boleh rugi pulak ni?Duit cukai tahun lepas 88 bilion kan?" tanya anda semua.Komisyen orang tengah beli kapal selam RM500 ribu.Duit kena songlap PKFZ 10 bilion.Isteri perdana menteri pun dapat elaun beribu-ribu sebulan.Apa kejadahnya tu?
Sistem dah korup tak perlulah rakyat disusahkan.
Kesimpulannya,aku tak nak subsidi minyak dan aku tak nak bayar cukai kereta sebab aku tau aku rugi bayar kereta yang makin menyusut nilai dia hari-hari.Aku gi makan KFC pun aku kena bayar cukai.Balik dari makan KFC kena bayar tol.Cukai pendapatan pun kena tolak dari gaji.Beli rokok sekotak kena cukai 5 ringgit lebih.
Kami kerja bukan untuk tanggung kerajaan.Aku nak pegi honeymoon pun tak mampu sebab duit ngam-ngam aje tiap-tiap bulan bayar kereta.