Mac 07, 2008

"Saya Nak Pangkah BN!Terjamin!"

Hari itu macam biase,aku pergi kerja.Jadi lalu la aku dekat tempat Admin ofis aku.Tanye pasal Sabtu hari pilihanraya tu dapat cuti ke kena apply.

Jadi,bile dah bertanye macam tu topik perbualan akan terus masuk "Nanti awak undi apa?"tanya Gadis Admin itu."Hah,saya tak mengundi,tak sempat daftar,"kata aku (yes,aku tak mengundi dan aku sedikit malu bila menulis ni)

"Tapi kalau saya undi saya pangkah Pembangkang"kata aku dengan gaya macho sebab Admin aku agak cun orangnya (sangat cun).

"Apasalla nak undi pembangkang?Kan kerajaan sekarang ni bagus.Terjamin!"balas dia manja2 kucing.

"Hah?Terjamin?"tanya aku.

"Ye lah.Kan banyak dah diorang buat kat Malaysia ni.Sumbangan apa semua,pembangunan ok,"balas Admin aku dengan gaya cute.

Lepas tu aku malas nak cakap apa sebab mungkin itu pandangan dia.Mungkin dia tak pernah bukak Malaysia Kini ataupun Malaysia Today.Dia mungkin bergantung dekat RTM,TV3,Bernama dan suratkhabar yang hanya meloyakan tekak dan perut bila membacanya.

Nak aje aku jawab "Terjamin kepala hotak kau" tapi sebab dia cun aku diam je la.Kuasa perempuan cun boleh buat orang terdiam.Jadi aku harap kalaulah Admin aku tu terbaca apa yang aku tulis ni dan fikir balik.Fikir betul2 dan tengok balik berapa kos dia hari2 bawak kereta dia.Berapa ringgit tol dia kena bayar lalu Puchong.Berapa ringgit dia spend untuk beli barang2 makanan yang makin lama makin mahal.

Kuasa perempuan cun sangat hebat.Itu sebab orang lagi suka Nurul Izzah.Sapa nak vote Shahrizat Jalil?Dia tak cun langsung.

(Jangan marah ye cik Admin)

1 ulasan:

phatcrewz berkata...

takpe mantot nanti aku bgtau izmi tu yg ko x puashati ngan die...hahaha