Mac 25, 2008

Antara Anyir dan Jakarta Kita Jatuh Cinta

Aku habis kerja hari ini on time.Jadi macam biasalah aku pegi lah lepak dengan member aku kat terminal bas.Bila balik tu terjumpa pulak bekas lecturer aku.Dia kata dia baru baik sakit.

Tengok dia agak kurus.Sebab dulu badan dia berisi.

Bila aku balik,masa aku tengah bawak motor tu,aku terfikir la macam-macam.Bagus kerja cikgu ni.Walaupun gaji cikgu ni tak seberapa,tapi apa yang dia ajar aku dulu,sampai sekarang aku ingat (walaupun aku belajar tak habis,hehe) dan cikgu yang baik aku rasa sampai bila-bila pun murid akan ingat.Cikgu aku ni dulu dia baik dengan aku walaupun aku dulu student yang problem gak.Sampai sekarang dia ingat aku dan aku pun terasa banyak gak terhutang budi dan ilmu ngan dia.

Sambil aku bawak motor,aku pun fikir2 balik cikgu2 aku dulu.Ada cikgu yang aku ingat sampai sekarang dan ada jugak yang aku dah tak ingat dah sangat sebab tak berapa rapat.Ada jugak beberapa cikgu yang merangkap warden yang aku tak nak ingat langsung sebab perangai tak serupa cikgu.Ada ke boleh curik duit budak,Ustaz aku sorang ni.Ada lagi satu cikgu ni pulak,belasah member aku suka hati dia.

Aku pun teringat dekat seorang Ustaz aku dulu.Tah lah,aku takleh langsung maafkan Ustaz aku seorang ni.Sampai sekarang.Masa dulu pun ada time raya bermaafan ramai2,tapi aku buat dengar tak dengar je dia mintak maaf dan aku pun tak berapa ikhlas masa tu mintak maaf.

Kenapa aku berdendam sangat dengan dia?

Masa tu bulan Februari 1995.Masa tu aku form 2.Arwah bapak aku masa tu baru meninggal bulan 10 1994.Jadi sekolah baru bukak balik dalam sebulan lebih.Masa tu kelas agama jadi Ustaz ni mengajar lah.Tah aku tak ingat apa benda tah aku takleh jawab,aku kena diri atas kerusi.Ustaz ni hangin sangat tah hape pasal tah,mungkin bini dia tak bagi kot malam tu,jadi dia bad mood.

Tengah dia maki2 aku tu,dia tanya aku "Kamu ni apa nak jadi?Apa yang kamu boleh buat?Bapak kamu baru meninggal kan?"

Aku diam je la.

"Kenapa kamu biar bapak kamu meninggal?"

Pergh.Luruh sial hati aku masa tu.Terus aku takleh tahan aku nangis masa tu.Nasib baik sekolah aku semua laki dan member aku semua paham je.Kalau ada yang lepas tu kutuk aku memang aku terajang je kot,nasib baik takde.

Sampai sekarang lah aku berdendam dengan Ustaz ni.Ya aku tau dendam ni tak elok,tapi dia cikgu dan dia juga seorang Ustaz dan pada aku,dia tak patut tanya aku macam tu.Kalau cikgu BI ke aku consider la sebab cikgu BI sekolah aku semua HOT HOT dan SEKSI SEKSI dan tidak mengajar pendidikan Islam.

Apa yang aku nak cerita kat sini ialah,ya,aku patut hormat cikgu.Tapi kalau cikgu tu tak hormat anak murid,layak ke dia jadi cikgu.Sebab tu lah kot aku anti orang-orang yang nampak macam kuat agama.Bukan anti semuanya,cuma ada sesetengah golongan tu (ni bukan PAS eh) yang nampak macam berlakon je pandai agama.Cakap berbuih-buih pasal agama tapi kadang2 tengok 2x5 je.

Apa yang aku nak cerita kat sini,cikgu pun ada yang baik dan ada yang buruk (yes,BURUK)

Bukan semua cikgu2 tu baik dan perfect2 belaka sebab ramai yang jadi cikgu ni sebab terpaksa dan bukan sebab minat.Menjadi seorang cikgu juga bukan boleh dilatih.Ambik lah degree ke master ke Phd ke tapi kalau kau bukan Cikgu,kau tetap bukan Cikgu.At least,kalau tak suka pun kerja Cikgu,jangan buat perangai buruk dan paling penting,jangan tanya student kau dia boleh tahan qada' dan qadar ke.

Kepada cikgu-cikgu aku yang aku ingat,harap korang ok dan sihat.Kepada cikgu yang hanya tau menyusahkan student,takpelah,tanak aku cakap apa2.Kepada Ustaz ni,harap Ustaz insaf je lah.

Kepada student2 MMU yang pernah belajar dengan Encik Halim,doakan dia terus sihat.

Cikgu yang baik orang akan ingat sampai bila-bila.Berusaha berusaha.

8 ulasan:

a w e n g berkata...

nice entry.

Lutfi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
lutfi berkata...

setuju2

areque berkata...

ooo ustaz tuh.. aku baru ingat balik scene2 tuh.. lek tot

anis berkata...

Encek mantot..

Anak sedara saya juga punya pengalaman yang buruk dengan sorang ustazah kelasnya. Ustazah nih cakap pada anak sedara saya yang belum lancar membaca quran, "sebab kamu nih banyak dosa.. tuh pasal kamu bodoh tak tau baca".

Di waktu lain lagi, ustazah yang sama menyumpah murid² kelas anak sedara saya dengan perkataan "Jahanam". Sape yang jahanam sebenarnya? Dah tentulah ustazah nih kan? Pakai tudung labuh tapi mulut macam haram.

Tanpa Nama berkata...

hey


Just saying hello while I read through the posts


hopefully this is just what im looking for looks like i have a lot to read.

Tanpa Nama berkata...

You just need to view how [url=http://worldclocksite.com]World Clock map[/url] is working clocks on http://worldclocksite.com/ [url=http://worldclocksite.com]world clock[/url]

Tanpa Nama berkata...

bqxol http://www.kermiteer.com/
wqphl http://www.pannoliniperneonati.com/ zwvtk
longchamp outlet [url=http://www.kermiteer.com/]longchamp taschen[/url]
christian louboutin outlet [url=http://www.pannoliniperneonati.com/]louboutin schuhe[/url]