Ogos 28, 2013

Hanya Dengan Menyokong Parti Politik Tertentu Barulah Anda Terbukti Seorang Patriotik!

Satu fakta yang ramai orang kena perbetulkan dalam kepala masing-masing adalah Kerajaan Malaysia adalah gabungan Pihak Kerajaan dan Pihak Pembangkang.  Jika tidak ada kedua-dua pihak, ini bermakna tidak lengkaplah kerajaan Malaysia. Melainkan dalam situasi tertentu di mana hanya satu pihak menang semua kerusi, tapi apa yang kita nampak depan mata kita, Kerajaan Malaysia adalah gabungan Pihak Kerajaan dan Pihak Pembangkang.

Walaupun mereka dilabelkan sebagai Pihak Pembangkang, mereka-mereka ini masih lagi sebenarnya calon-calon yang menang dalam Pilihanraya tempohari dan mereka masih lagi wakil rakyat.

Itu fakta!Kau nak gebang macam mana dengan mulut berbuih dan semangat Melayu yang ekstrim gila babi, itu faktanya. Kerajaan Malaysia = Ahli Parlimen BN + Ahli Parlimen PR, Kerajaan Negeri = Wakil Rakyat BN + Wakil Rakyat Pakatan + Wakil Rakyat Bebas Kalau kita dah sedar pasal benda tu, barulah jom kita fikirkan isu yang sedang hangat sekarang ni.

"Kenapa kita tidak patriotik?"

Isu yang cuba dimainkan oleh pelbagai pihak mengenai tahap patriotik rakyat Malaysia agak hangat sehinggakan ada cadangan nak wajibkan bendera dikibar dan diwajibkan pasang lagu Negaraku dalam panggung wayang. Tapi betul ke itu isu sebenarnya?

Tak. Kita bukannya tak patriotik. Tapi kita ni dah jadikan patriotik sebagai isu politik. Sehinggakan ada pihak yang claim, jika kau tak pangkah satu parti, kau tidak patriotik. Perangai paling bullshit dalam pelbagai jenis bullshit yang cuba dijaja oleh macai UMNO..."hanya dengan pangkah BN dan sokong UMNO kau adalah patriotik..."

Tapi, masalahnya, di segi pihak pembangkang pulak, sebab politik sendiri dah dijadikan benda paling penting dalam hidup diorang, diorang ni sampai satu tahap dah tak kisah langsung pasal patriotisme sehinggakan ada yang labelkan "Yang patriotik ni semua macai UMNO otak tak berkembang."

That's the problem pasal patriotik ni. Dari yang paling atas kepadalah ke level macai yang paling hina sekali, politik dah jadi keutamaan terlebih dahulu berbanding negara.

Macam mana kau nak pupuk patriotisme kalau dalam bab sambutan kemederkaan sendiri, kedua-dua pihak yang dalam Parlimen tidak dapat sama-sama bersatu? Ini bukannya semangat parti, this is above that. Ini isu nasionalisme. Tapi Ahli Parlimen sendiri nampaknya dua-dua pihak tak boleh pakai, masing-masing nak tunjuk yang diri dia lebih ego beserta cool. Sebab itulah kempen patriotisme takkan berjalan. Sudah terlalu lama kita meletakkan politik above everything else. Menteri sama, ahli parti sama, orang biasa yang hanya mampu undi pun sama.

Jadi kita boleh nampak, penyokong BN pasang bendera dan penyokong Pakatan boikot semua benda. Kenapa tak mampu kedua-dua pihak dalam kerajaan sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan dalam satu upacara yang sama? Adakah sebab Pihak Pembangkang claim yang ini semua agenda British dan hari Malaysia sebenarnya adalah Hari Kemerdekaan negara?

Tak kiralah apa benda sekalipun teori yang ada tapi as part of the government, just ignore lah sekejap isu2 ni dan tinggalkan politik seketika. Sebab semua isu itu adalah isu nasionalisme yang dijadikan senjata parti politik.

Pihak kerajaan BN pula keluarkanlah invitation, panggil semua pemimpin pembangkang, tak kiralah dia tu kau dakwa kaki liwat, gayboy, syiah, ajaran sesat, kongkek bini orang dan bermacam benda lagilah yang kau claim pihak pembangkang buat, ajak diorang join sambutan kemerdekaan. Bagi diorang peluang duduk satu stage dengan kau masa perarakan. Yang kau pegi letak Macai Gred A atas pentas ramai2 buat apa? Diorang bukannya wakil rakyat pun.

Tunjukkan pada satu Malaysia, pada hari kemerdekaan, semua orang adalah orang Malaysia. Tak ada UMNO,MIC,MCA,PAS,PKR dan DAP. Tak ada lagi Melayu,Cina,India,Kadazan dan lain-lain. Semuanya sambut sebab kita orang Malaysia.

Dalam bab ni, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan (BN+PR) untuk pupuk dan semai benda ni. Kalau kau sekadar pandai suruh orang pasang bendera buat apa? Itu level budak kecik. Fikir la besar sikit scope kau. Apa salahnya kita cuba push budaya yang elok sikit?

Macam mana la kau nak suruh orang sayangkan negara kalau kau sendiri nampak macam lagi sayang parti berbanding negara?

Ogos 27, 2013

Iklan Percuma Memacu Perniagaan Bumiputera : Walaupun Kau Pandai Tekan Shutter Tak Semestinya Menjadikan Kau Seorang Photographer



....dan juga, bila member kau ajak kau posing untuk photo shoot dia, tak semestinya membolehkan kau boleh letak dalam resume yang kau pernah jadi "Part Time Model."

Gambar copyright oleh owner. Iklan free untuk dia sebab seriously, aku sungguh takjub dengan hasil kerja dia.Kalau dah ramai pelanggan nanti, at least, belajar la sikit design sense. Teks kau stretch. Failed gila. Gambar kau ada yang stretch, ada yang squash....tukar la logo yang senonoh sket. Cyan terang camtu, orang tengok pun rasa sakit aje hati ni. Kaler yang kau pilih tu tak kena langsung dengan apa2 benda sekalipun kecuali kon jalanraya atau kau nak nampak jelas dalam sekumpulan orang ramai.

Generally, dalam fotografi zaman sekarang ni, selain daripada teknik ambik gambar, software pun sebenarnya sangat penting. Bila deal dengan software, kita kena ambik diri kita sebagai designer. Bukan sebagai fotografer lagi.

Lagi satu, takyah risau sangatlah nak letak watermark besar2 kononnya tak nak orang curik. Gambar kau hanya akan dicurik kalau ada;

a. Cleavage Melayu
b. Melayu Bogel
c. Gadis cantik Melayu bertudung
d. Gadis cantik Melayu freehair

Kalau aku ambik nak pilih fotografer, aku tengok ini header blog kau pun
aku rasa risau takut ada gambar aku ada yang bakal berubah figurenya. Ratio masa resize kena jaga. Pastikan tekan SHIFT tu masa resize. Jangan resize ikut document size...kau letak saiz A5 tapi kalau gambar kau nak jugak maintain ratio A5, kena la crop sikit gambar. Tapi selalunya, kita ni, sayang nak buang...rugi la sebab dah tangkap.Silap mentaliti tu.

Oh, aku akan teruskan kolum macam ni banyak2 lagi. Mana2 lagi perniagaan bumiputera yang aku terjumpa, aku akan postkan. Kau dapat promosi free, aku dapat tulis something bila aku tak ada idea.

Amanah dia besar. Kau cukup yakin hingga sanggup mintak orang bayar kau dan kalau itu aje hasil kau...memang sebenarnya agak menyedihkan.....portfolio kau hanya layak pakai dalam daerah yang kau duduk aje la. Kita kena buat benda ni proper. Kau patut establishkan benchmark yang lagi tinggi..maybe customer kau expect camtu, tapi apa salahnya kau improve sket diri kau, belajar pasal color, belajar pasal composition, belajar pakai font yang lebih sesuai. Semua orang boleh ambik gambar! Tapi secret dia sebenarnya bukan siapa ada hardware canggih....memang la gambar kamera mahal lagi cantik tapi kalau pakai compact camera pun sebenarnya ok kalau tuan dia terbaik. Tapi Melayu punya trend...sapa2 ada DSLR, boleh cuba jadi wedding fotografer.

Kau ingat benda tu tak kena belajar dulu ke?

Bab wedding fotografer memang aku particular sket. Aku cukup anti orang yang letak watermark dekat semua gambar dia. Aku pun boleh tangkap gambar nasik yang aku makan dan claim dia "sebuah art" lalu aku letakkan watermark. Tapi mana art dia? Kau ingat senang ke nak claim sesuatu benda itu art?

Kenapa tiba2 ramai benar berminat nak jadikan fotografi sebagai hobi padahal time sekolah dia la yang claim "Pendidikan Seni adalah untuk orang2 yang malas belajar." Asas fotgrafi ni datangnya dari situ la. Berapa kerat sangatla yang minat nak ambik seni masa sekolah dulu......

Aku bukan seorang fotografer. Antara 100 orang yang claim diri dia fotografer, berapa orang la sebenarnya yang betul2 fotografer? Mungkin ada la 4 atau 5.

Sila Hubungi Untuk Sebarang Tempahan
Iqa Fotografos
011-26604920

Ogos 26, 2013

Kitab Bapa Cheapskate Bab 06 : Barang Knock-Off Sesuai Untuk Parents Yang Biar Dirinya di Rip-Off

Kadang-kadang bila jalan, aku saja suka masuk kedai baby. Seronok tengok barang-barang dalam tu. Rasa innocent. Menurut pandangan aku yang daif ini, barangan mommy dan baby adalah benda2 paling overprice dalam dunia dengan term investment paling cekik darah. Contohnya, kalau kau beli car seat jenis bassinet, boleh pakai sampai anak setahun aje....harga...dekat seribu jugak la sebab trend zaman sekarang, kalau ada bassinet, kena ada stroller. Jadi, manufacturer combine dua benda tu sekali.

RM1000 untuk benda yang pakai setahun! Gila! Aku takde la nak beli benda2 camtu. Mesti kau nak kutuk aku sebab aku kedekut nak spend untuk anak. Tapi aku tanya aje la kau balik,"siapa yang ajar kau spend banyak untuk anak tu tanda kasih sayang?" Iklan TV barangkali?

Mak bapak generasi aku ni....lagi banyak dia spend untuk anak, lagi bertambah lah kasih sayang dia. Ada tak mak bapak camtu? Ada bro! Itu tak masuk lagi rip off paling besar dalam dunia...breast pump! Harga Rm1600 untuk dua vacuum pump dan padding getah!

RIP-OFF TAHAP MAHADEWA! Tapi orang kita beli...diorang mampu...jadi, siapalah aku ni nak kutuk2...aku hanya mampu belikan wife aku vacuum cleaner yang digunakan sebagai breast pump....sayangnya, dia tak pernah pakai. Jadi aku gunakan vacuum cleaner tu hanya sebagai vacuum cleaner.

Kau jalan, survey macam2 barang pasal budak2 ni..kau perasan tak satu benda. Apa dia? Majoriti peralatan safety untuk baby dan toddler ni tak ada cop SIRIM. Helmet? Ada. Barang elektrik? Ada. Tapi untuk barang budak2....tak ada cop SIRIM.

Kenapa?

Mungkin sebab market tu tak pentingkan faktor keselamatan sangat agaknya. Apa sangatlah kalau ada baby tersepit dengan stroller atau car seat yang mampu press budak....budak, besar mana la sangat.

Bagaimanapun, secara ikhlas, kenapa tak ada penarafan SIRIM diwajibkan untuk barang2 seperti ;

1. Stroller
2. Car seat
3. Carry On Bassinet
4. Tricycle dan mini bicycle

Kita duduk dekat negara yang import masuk barang separa grade. Maksud aku, kebanyakan barang yang kita beli, datangnya dari negara China dan kualitinya tak sama dengan apa yang China produce untuk negara maju. Apa yang banyak kat negara kita, adalah produk2 yang aku tak sure sama ada research dia tu, sahih atau tidak. Siapa designernya? Adakah produk tu di design dengan structure yang betul? Betul ke selamat letak anak dalam angle camni? Sesuai ke material yang digunakan untuk cuaca kita yang panas ni?

Yang kau boleh tengok, produk2 safety baby kita ni..banyak yang nampak macam barang knock off. Brand pun yang aku tengok ramai pakai brand Sweet Cherry sebab murah. Tapi kau sure ke barang2 tu selamat?

Untuk barang2 import macam Graco dia ada Euro punya certification tapi yang lain, mana ada. Design pun selalunya diorang cedok orang lain punya design jadikan brand diorang sambil letak nama macam power, ala-ala Itali atau European.

Kenapa, car seat dan stroller budak tidak perlu melepasi piawaian SIRIM? Sorilah kalau sebenarnya ada tapi setakat yang aku tengok, tak ada. Even sticker MC (Malaysian Standard for Plastic) pun kadang2 tak ada. Kita kecoh pasal BPA dalam botol susu tapi ada banyak lagi benda yang kita perlu still perjuangkan.

Tu tak masuk lagi design tricyle budak2 yang bermacam fesyen. DAH LA BURUK GILA DESIGN macam di-design oleh seorang yang tak tau apa langsung design sense dan kaler pun bukan main striking sampai pedih mata tengok. Kau cuba jalan2 kat kedai dan kau akan jumpa pelbagai jenis tricycle yang kebanyakannya tak ada brand. Ada satu aje yang ada brand, company Malaysia nama My Dear...yang tu produk dia agak ok sket tapi kebanyakannya...agak menyedihkan. Bila aku tengok choice yang ada untuk aku beli tricycle dekat anak aku, aku jadi sedih sebab jelas benar....kita duduk dalam market yang cuba jual barang knock off tapi over price.

Kau cuba tengok tricycle kat atas tu, kau cuba bayangkan, kalau anak kau tengah kayuh, terlanggar something kemudian terhantuk ke depan.

Menurut budaya Malaysia, sudah terhantuk, barulah kita nak bertindak. Jadi, ada ke anak sesiapa nak kena jadi mangsa dulu baru badan berkenaan nak tersedar, yang basikal macam tu banyak dijual kat Malaysia. Kau nak beli tricycle ni untuk anak kau? Price range dia aku tengok RM60 ke RM89

Merata2 tempat jual..cuma mungkin, kualitinya buruk sikit.
Kalau ada design Mickey Mouse, Mickey Mouse dia mesti nampak terencat sket.

Ogos 23, 2013

Awkward Agama : Ustaz Yang Mempersoalkan Kepandaian Ibu Bapa Zaman Moden

Sham dan Emy duduk di kerusi mereka sambil pasangan-pasangan lain mula memenuhi bilik yang sederhana besarnya. Di sebelah mereka adalah sepasang suami isteri yang datang dari Kepong, Karim dan Suzi. Di kiri mereka, Meor dan Nina.

Seronok rasa Emy kerana dapat bertemu dengan geng-geng seangkatan dengannya. Suami isteri yang dalam proses mahu jadi ibu dan bapa. Kandungan Emy sudah lebih 5 bulan, sekali-sekala mengah juga Emy kerana pertama kali merasa ada makhluk kecil dalam perut menendang-nendang. Sakit, memang sakit tapi mereka berdua sangat bahagia.

Seorang lelaki memakai serban masuk dari pintu dan terus ke arah meja di depan sekali. Beliau menekan-nekan laptop di meja dan menyalakan projektor. Terpampang besar tajuk kelas hari tu "Anak Adalah Ibarat Kain Putih."

"I ingat kelas keibu-bapaan ni cover practical things only...rupanya ada jugak kelas camni," bisik Sham pada isterinya. Emy hanya mengangguk. Emy berpusing memandang sekeliling, semua pasangan yang datang adalah Muslim.

"Assalamualaikum semua! Nama saya Rahman, penceramah untuk anda semua hari ini. Saya tak suka bercakap banyak...jadi, hari ini, kita melukis sajalah," jelas Encik Rahman dengan ceria. Serentak dengan itu keluar dua orang pembantu Encik Rahman membawa bersama mereka set lukisan berisi cat warna air,berus dan kertas lukisan.

"Apa yang ada depan anda semua sekarang adalah alat2 untuk melukis. Saya tak nak beritahu anda apa anda kena lukis, terpulanglah kepada anda nak isikan kertas tu dengan apa pun," senyum Encik Rahman sambil berkata.

"Saya tak pandai melukis Cik!" sahut seorang lelaki dari belakang. Gelak satu bilik itu mendengarnya. "Tak apa, buatlah apa yang terbaik yang anda boleh buat.." Pakat ramai-ramai mengangguk."Tapi saya ada satu syarat, anda mesti lakarkan sebuah rumah dalam lukisan anda tak kiralah macam mana,saiz apa, warna apa, jenis apa...rumah kayu,rumah batu, kondo, flat...tak kiralah apa pun mesti ada rumah."

"Kalau tak buat rumah?" tanya Karim.

"Anda tak layak sambung kursus2 yang lepas ni!" tegas Encik Rahman menjawab. Kaku sebentar peserta. "Serius ke ni Encik? Kami dah bayar!" Encik Rahman senyap. Dia merenung peserta yang bertanya. "Ya, saya tak pernah main-main..Setengah jam dari sekarang."

Peserta-peserta pun tekun memulakan kerja mereka walaupun ada bercampur baur dengan rasa tak puas hati. Emy dan Sham mengambil keputusan mahu melukis pemandangan sebuah keluarga yang beraya di kampung di hadapan sebuah rumah kayu yang mempunyai rekaan bercorak klasik. Sham menjenguk di sebelah dan dia nampak Meor dan Nina melukis seekor burung sedang bertenggek di dahan sambil di belakangnya ada sebuah rumah kecil.

Semua peserta tekun menyiapkan lukisan mereka sehinggalah waktu mereka tamat.

"Wah, baguslah awak semua ni,selalunya saya bagi setengah jam tak cukup. Mesti meleret ke sejam lebih!" Encik Rahman memberikan komennya."OK, baiklah,semua boleh tak angkat lukisan masing-masing dan tunjukkan pada semua."

Mereka lalu mengangkat lukisan mereka. Ada yang melukis seorang bayi sedang bermain di depan rumah, ada yang melukis sebuah rumah dan didalamnya ada buaian bayi. "Apa yang anda nampak?" tanya Encik Rahman.

"Semua lukisan ni tak sama tapi dipengaruhi oleh faktor kami tengah expecting?" jawab seseorang.

"Betul. Semua lukisan awak tak sama, tapi sebab ini adalah kelas parenting, awak akan lukis sesuatu yang berkait dengan parenting..." ulas Encik Rahman. "Bayi, adalah seperti kertas putih yang awak lukis tu. Semua orang, ada cara idea masing-masing apa nak dilukis dan macam mana nak melukisnya...membawa maksud, walaupun awak boleh belajar bermacam cara dengan orang lain, tapi decision dan faktor paling penting, adalah diri anda sendiri."

Sambung Encik Rahman, "faktor-faktor pengaruh yang berlaku kepada anda akan mempengaruhi anda, anda semua adalah parents in waiting jadi semua lukisan anda reflects benda tu. Ini, adalah pengaruh hidup. Ini adalah faktor luaran kepada macam mana cara anda nak besarkan bayi anda tu nanti...ada orang influencenya elok,eloklah cara dia. Buruk pengaruhnya,buruklah cara dia.."

"Baik atau buruk perangai dan penjagaan bayi itu, adalah bergantung kepada anda,cara anda dan apa yang mempengaruhi anda nanti.Dia lahir ke dunia bersih, tugas anda semualah nak lukiskan dia supaya jadi macam mana nanti..." Ramai peserta yang mengangguk-ngangguk kan kepala tanda paham."Anda lukiskan dia buruk,cincai boncai, jadilah dia cincai boncai." Encik Rahman sengih. "Saya ada satu soalan..."

"Apa benda yang sama dalam semua lukisan?" tanya Encik Rahman. "Rumah..." jawab seorang peserta. "Betul. Tapi kenapa semua orang lukis rumah tu?" tanya Encik Rahman.

"Sebab Encik suruh!" jawab seorang bakal bapa.Tergelak satu bilik itu. Encik Rahman senyum. "Kalau tak buat pun tak apa kan? Bukannya saya boleh hukum kamu pun sebenarnya. Awak masih lagi akan jadi mak dan ayah," Encik Rahman bertanya dengan lantang. Terdengar dua tiga orang mengeluh kurang senang. "Tapi, kan tadi Encik cakap..."

Encik Rahman hanya berdiri tegak. "Siapa lah saya ni...yang awak semua ikut cakap saya jugak kenapa?" Ramai wajah terpinga-pinga mendengar kata-kata Encik Rahman.

"Dengar sini wahai bakal ibu dan bakal bapa, perintah Tuhan dah kata, bila anak umur dia 8 tahun, paksa dia solat. Jikalau dia enggan, pukul dia. Soalan saya, berapa orang kat sini ada perancangan nak ikut benda tu? Arahan saya anda semua boleh ikut, jadi simpan dalam diri perintah Tuhan pun perlu diikut!" Tegas Encik Rahman ketika itu.

"Kita boleh cuba lukis anak-anak kita sebaik mungkin, kita boleh cuba berikan dia pengaruh yang paling baik dalam hidup, tapi kalau bekalan paling penting dalam hidup kita tak mampu nak sediakan, apa yang berlaku dekat lukisan anda?" Semua orang diam terpinga, panas telinga. "Tak mencukupi syarat!"

"Nasib baik saya suruh lukis rumah, kalau saya suruh lukis lembaga menakutkan macam mana? Dia hanya mintak kita buat benda baik-baik tapi kenapa ibu bapa zaman sekarang lebih mementingkan benda lain yang Dia tak mintak pun untuk diberikan kepada anak?" Sedikit mengah Encik Rahman ketika itu.

"Dia dah suruh tapi berapa orang yang nak ikut? Tengoklah masyarakat kita sekarang. Janganlah kita nanti pun tak memenuhi tanggungjawab dan syarat utama yang Dia dah berikan kepada kita semua, tau. Ok! Assalamualaikum!" Serentak dengan itu Encik Rahman pun melangkah keluar dengan cukup bergaya macam Rajnikandh, hero filem Tamil.

Emy dengan pantas cuba merapatkan jaket lembut yang dipakainya supaya tidak terlalu mendedahkan dada, terasa panas telinganya sebab barulah rasa segan sedang menjalar dalam jiwa.

Ogos 22, 2013

Kisah Wira-Wira Kehidupan Yang Kurang Mendapat Sanjungan

1. Kau beli air tin kat kedai yang terdapat di shopping kompleks.

2. Kau try hirup sikit, rasa macam cilaka sebab kau tersilap beli.

3. Kau decide daripada minum air camtu, baik buang aje la air tin tu.

4. Kau pun search tong sampah, mana yang ada sekeliling kau.

5. Kau jumpa satu tong sampah yang separa penuh.

6. Kau pun campakkan lah air kau tadi dalam tong sampah tu.

7. Kau pun terus berjalan sebab date kau hari tu janji nak berdating lagi 5 minit di lokasi romantik kau.

8. Makcik Cleanaer adalah seorang andartu dari Jawa.

9. Makcik Cleaner baru sahaja selesai mengemop lantai.

10. Makcik Cleaner ingin mengosongkan sampah yang sudah pasti penuh dalam tong sampah.

11. Makcik Cleaner pun bukak penutup tong sampah.

12. Makcik Cleaner tengok sampah dalam tu berair, dibasahi dengan air gas yang masih lagi sejuk dan tertumpah dalam tong sampah.

13. Makcik Cleaner merasa sedih sebab kerja yang sepatutnya setel dalam 2 minit jadi lama.

14. Makcik Cleaner pun angkut tong sampah bawa ke bilik mencuci.

15. Makcik Cleaner tarik keluar plastik tong sampah yang ada dalam tu.

16. Makcik Cleaner nampak plastik bocor sebab ada orang buang botol kaca pecah dalam tu mengakibatkan air busuk dah mengalir keluar dari plastik.

17. Makcik Cleaner pun ambil plastik lain,double bagged plastik tadi.

18. Makcik Cleaner pun mencuci tong sampah tadi kerana tidak mahu bau busuk merebak.

19. Makcik Cleaner selesai mencuci lalu dia meletakkan semula beg plastik baru di dalam tong sampah.

20. Makcik Cleaner kemudian mengheret semula tong sampah ke lokasi asal.

21. Makcik Cleaner dipanggil oleh supervisor beliau kerana ada budak muntah di tingkat 3.

22. Makcik Cleaner pun bergegas ke tingkat 3.

23. Date kau lalu tepi tong sampah lalu membuang sekotak air youghurt yang masih separuh berisi sebab perut dia rasa tak sedap.

24. Makcik Cleaner masih lagi bergegas ke tingkat 3 secepat mungkin.