November 09, 2010

The Flight of The Middle Man : Lintah Darat Melayu atau Drakula Versi Moden?

Satu-satunya benda yang aku paling tak suka dalam bisnes bangsa Melayu adalah wujudnya budaya middle man atau dalam bahasa Melayunya,orang tengah.Aku gelarkan orang-orang ni,kaki pau professional.Tinjau aje la mana-mana bisnes sekalipun mesti akan wujud golongan ni.

Apa kerja seorang middle man sebenar?Kerja seorang middle man sebenar adalah mencari client dan dari situ diorang dibayar fees diorang.Kita boleh nampak middle man di mana-mana aje.Salesman kereta,salesman rumah,pemborong runcit dan mana2 lagilah yang ada sales.Sindiket gores dan menang juga menggunakan middle man untuk menipu orang ramai.Syarikat gelang useless AC Mizal juga menggunakan downline sebagai middle man.



Tapi,aku tak nak cerita pasal middle man mcm tu.At least middle man tu ada jugak usaha dia.Aku nak cerita pasal middle man yang paling useless antara semua middle man iaitu...

MIDDLE MAN KEPADA MIDDLE MAN

Sangat ramai orang Melayu yang suka buat kerja macam ni.Apa modus operandi diorang?

Mula2 sekali,kita tengok macam mana semua ni boleh berlaku,aku bagi contoh; tender RM20 ribu untuk membuat website dan CMS mana2 Jabatan Kerajaan kat Malaysia ni.

1. Kerajaan bukak tender,jadi selalunya tender ni nama dia aje tender,yang dapatnya kroni.Kita panggil dia Datuk A.Datuk  A adalah seorang berpengaruh dalam politik dan dia juga mempunyai kuasa dalam menentukan siapa yang layak dapat tender.Datuk A langsung tidak tahu menahu apa itu website tapi dia nak RM5 ribu daripada peruntukan kos website tu.Kata dia,nak bawak perempuan simpanan melancong kat Paris.

2. Datuk A akan mencari mana satu anak buah dia yang paling dia sayang.Carik punya carik,dia jumpa Kroni B.Kroni B adalah seorang bisnesman yang berjaya.Apa yang dijualnya?Entah!Apa sebenarnya servis yang dia keluarkan?Tak pasti.Yang pasti hanya satu,Kroni B adalah anak buah Datuk A.Apa yang Kroni B tahu pasal website?Dia reti bukak Facebook.Tugas Kroni B sekarang,adalah untuk menjual tender tu kepada mana-mana syarikat yang nak buat job tu.Fees Kroni B untuk buat semua ni?RM5 ribu jugak.

3. Kroni B akan call mana-mana syarikat yang dia nampak ada potensi buat website.Syarikat-syarikat tu akan quote harga dan kroni B akan pilih syarikat mana yang quote harga paling rendah untuk memaksimakan lebihan baki daripada pembayaran yang perlu dikeluarkan.Asal siap dengan kos yang paling rendah sebab Kroni B tau,paling penting...mesti ada gambar Ketua Jabatan dekat front page.....Itu compulsory.Syarikat C menjanjikan boleh buat website dengan kadar seberapa segera dan hasil yang baik.Masalahnya....Syarikat C adalah sebuah syarikat IT yang tahu macam mana nak pasang network tapi haram tak tahu apa2 pasal website tapi diorang gamble, letak harga RM10 ribu.

4. Masa semakin suntuk.Projek perlu disiapkan dah ni.Syarikat C pun sebab tak nak pening kepala,bukak iklan dekat mana-mana forum komuniti designer dan programmer atau suruh staff tanya mana2 kawan yang boleh buat website.Tiba-tiba antara semua staff ada seorang angkat tangan kata "Saya ada member boleh buat bos!" Bos Syarikat C pun meminta staff dia tadi manage-kan benda tu dan pastikan job tu siap."Duit masyuk ni,kau setelkan,aku bagi kau percent!Aku kira projek ni RM2 ribu,kau punya percent kau mark up sendiri," kata bos dia.Staff tadi pun berkobar2 la.Kita gelarkan dia staff D.

5. Staff D pun dengan pantas menelefon member dia,"Brooooo,gua ada projek besar untuk lu!Website sekali dengan CMS untuk Jabatan Kerajaan..RM1500,amacam?" Member dia tadi,seorang programmer pun angguk aje la sebab bulan tu dah berapa hari makan megi.Programmer tadi pun ambik job tu dengan bayaran RM1500.Member dia,staff Syarikat C sudah makan RM500.

6. Programmer tadi tu pun tersedar yang dia tak berapa pandai mereka grafik website terus menelefon kawan nya seorang designer."Hoi,aku nak mintak tulong hang,design aku website.Aku bagi hang Rm300." Designer tadi pun angguk sebab designer tu memang tengah carik duit nak kawin.Programmer RM1200,Designer RM300.

7. Programmer dan designer tadi buatlah kerja siang malam 3 hari berturut-turut nak siapkan website tu.Siap aje,programmer tadi tu pun tunjuk dekat Syarikat C.Syarikat C tunjuk dekat Kroni B,Kroni B rejek kata HODOH!

8. Syarikat C call Programmer suruh buat ammendment.

(Langkah 7 dan 8 boleh berulang sebanyak mana yang mungkin ikut kemahuan)

9. Website itupun siap selepas dipersetujui oleh Kroni B.Kroni B pun merasa gembira lalu ditunjukkan kepada Datuk A.Datuk A merasa sangat berbesar hati kerana gambarnya jelas terpampang pada muka depan website tu.Datuk A pun mengeluarkan peruntukan Jabatan untuk melakukan perasmian website Jabatan tersebut siap ada upacara memotong riben dan tarian poco-poco oleh semua staff perempuan Jabatan dia.

10. Selepas sebulan website itu online,Programmer itupun menelefon Syarikat C meminta baki duit bayaran yang belum dibayar.Syarikat C kata "next week,tengah proses." Perkara itu selalunya berlanjutan selama beberapa bulan.


....................

Itu adalah budaya kerja di Malaysia di mana ramai orang-orang yang kaya sebab menggunakan taktik ni.Macam mana nak counter benda ni?Open tender boleh meminimakan penyalahgunaan keluaran tender.Selain tu,kerajaan juga boleh mewujudkan sistem grant seperti MDEC dalam menyiapkan projek2 tertentu.Pitching mesti dilakukan secara terbuka dan duit dikeluarkan secara berperingkat.Macam mana nak perbetulkan benda ni?Aku pun takde idea sebab ini adalah sistem yang telah digunapakai sekian lama.Efektif?Percubaan memasak ayam goreng menggunakan kilat dari langit adalah satu benda yang jauh lebih efektif berbanding sistem ni.

Luar sana,ramai orang yang kaya menggunakan cara ni.Sepanjang hidup aku,aku dah jumpa beberapa orang yang sebegini dan apa yang aku boleh simpulkan kat sini mengenai pandangan aku terhadap diorang adalah...diorang ni hidup dalam dunia yang deluded.Takde langsung rasa bersalah dan selalunya..harap maaf lah...mesti Kroni B ahli Pemuda UMNO dan Datuk A adalah orang berpangkat.Mana ada bentuk perniagaan yang membolehkan anda makan untung atas angin macam ni.Semua tu haram.Ramai orang Melayu yang kaya dengan duit haram.Sebab tu ramai orang Melayu beranak anak luar nikah.Nak makan,makan!Tapi berpada-pada la.Macam mana duit cukai negara tak terbuang?

Sebab kita tak peduli lagi dah haram halal.
Asal untung kita sapu.Asal sedap kita tibai.

November 08, 2010

7 Ciri Wanita Yang Membuatkan Aku Rasa Dia Hot

1. Perempuan yang main gitar 



Mana-mana perempuan,tak kira lah dia cun ke tidak,asal dia masuk band dan sarungkan strap gitar ke tubuh,dia akan dikategorikan sebagai perempuan seksi.Tak payah pakai seksi pun takpe,asal ada gitar,seksi.


2. Perempuan yang main dram


Spesis ni adalah spesis yang paling rare..lagi rare lagi hot.Cuba tengok gambar di atas?Hot bukan?Cuba bayangkan dram tradisional tu dibuang?Tidak lah hot sangat kan sebenarnya gadis itu?

3. Perempuan yang lasak

Perempuan reti bawak motor ala mat rempit?Perempuan reti memanjat gunung?Perempuan reti bertukang kayu?Automatik dia hot.

4. Perempuan yang main game atau melibatkan diri dengan teknologi


Salah satu cara yang diamalkan oleh ramai gadis US yang ingin digilai lelaki2 dunia.Tapi,kalau setakat ada iphone,itu tak dikira.

5. Perempuan yang reti melukis komik


Serius.Aku tak tipu.Lagi lah pulak bila tak ramai pelukis komik wanita yang ada kat Malaysia ni.Satu masa dulu,kartunis Cabai (Tiga Dara Pingitan) adalah seorang wanita yang hot pada aku.Yang kat atas ni nama dia Fiona Staples.

6. Perempuan yang komedi


Jarang dijumpai spesis ni,sebab selalunya lawak2 orang perempuan ni lembut sket dan lawak2 orang lelaki kasar sket.Sebab tu tengok mana2 cerita sitcom,karakter paling lawak adalah karakter lelaki.Tapi,selalunya itu sebab lelaki tak berapa malu.

7. Perempuan yang selamba

Aku paling suke jenis ni.Tak make up,tak berapa bergaya,tak berapa peduli pasal kecantikan diri,asalkan tak pengotor sudah.Sikit2 nak masuk tandas,tengok cermin....boring gila aah.

November 06, 2010

Sajak Emo : Tuding Jari Pada Tuhan

Ada orang kata,
Bila kita sakit,
Itu tanda Tuhan sayang,
Dia nak ingatkan kita.

Ada juga orang kata,
Bila negara kena timpa bala,
Tu tanda Tuhan sayang kat negara,
Mungkin dah lama sangat lupa dia.

Memang senang nak kata,
Bila ada bencana,
Ramai tunjuk jari kat Tuhan,
Kata tu semua Tuhan punya kuasa.

Tuhan punya kuasa,
Cipta dunia,cipta kita,
Serba serbi lengkap tercipta,
Tak ada benda yang tak sempurna.

Tuding jari kata Tuhan punya kerja,
Bagi turun bala,turun bencana,
Memanglah Tuhan bagi turun bala,
Kau ubah dunia Dia buat apa?

Sungai dah elok-elok ada,
Kau pusing ke arah lain,
Tanah dah elok ada,
Kau korek buat tasik.

Tuhan dah cipta dunia,
Lengkap sempurna,
Kau pegi ubah kenapa?
Sebab Tuhan ke kau ditimpa bala?

Kenapa tak tanya diri sendiri,
Habis tanah semua terokai,
Asalkan duit ke poket sendiri,
Bila banjir kata kuasa semulajadi.

Kepala hotak kau kuasa semulajadi.
Kau dah lupa Tuhan dah cipta dunia sempurna hakiki?
Semua benda mesti ada sebab terjadi,
Tak kisahlah banjir atau gunung berapi.

Semua benda kata bencana semulajadi,,
Apa yang semulajadi kalau air sungai tak berlalu pergi?
Tak malu ke kita manusia ciptaan,
Setiap masa,kena bencana,tuding jari,salahkan Tuhan?

November 04, 2010

20 Haribulan 10 Pada 20:10 Tahun 2010 Melaka Maju!


Yes.Aku pegi Melaka hari tu,23 hb Oktober 2010, 3 hari lepas Melaka jadi negeri maju.

Ni lah rupanya keadaan Melaka pada hari tu.Penuh dengan robot.Ni baru 3 hari jadi negeri maju.Cuba bayangkan setahun! Aku jeles!

Aku jeles gila Kedah tak maju!
Kedah penuh dengan sawah aje!Tambak lah sawah tu,buatla bangunan tinggi-tinggi!Sampai bila nak maju kalau orang Melayu Kedah asyik nak bersawah aje?Baik jual tanah kat kerajaan kemudian kerajaan jual pulak kepada golongan-golongan yang mampu untuk dinaikkan kawasan perindustrian.Orang Melayu gi duduk kawasan kampung dah la.

Barulah maju.Ada kelas!
Banyak pub,disko,hub hiburan.Kalau tak macam mana nak tarik pelancong luar datang.Mana ada pelancong datang nak tengok sawah?Semua nak berdansa dengan gadis tempatan!Baru maju!

Mari kita lihat lepas ni,siapa yang maju,pemimpin atau rakyat yang makin senang hidupnya.

November 03, 2010

5 Artis Yang Aku Harap Masih Hot Pada 2030


Aku tak pasti mana datangnya,tapi aku dapat merasakan 
feel pelakon drama2 Jepun dari muka dia.


Sentiasa hot.


Hot cuma muka terlalu orang putih.


Jarang aku baca pasal wartawan puji betapa cantiknya Sheila Majid.Mungkin sebab dia nampak macam Melayu tulen,tak pan asian.Lawa sebenarnya dia ni.

Aku pernah terjumpa dia dan aku mengaku aku terpana beberapa minit sebab 
dia memang lawa.

Zaman sekarang ni dah berubah kot.Pelakon2 lebih gemar beraksi gaya kiut macam Scha Al Yahya atau Liyana Jasmay.Dah kurang dah pelakon Melayu yang nampak kewanitaan diorang.Lisa Surihani lawa dah lawa dah...nampak macam kasar aje,hehehe.Adalah beberapa artis yang aku nak letak tapi lepas tengok diorang sekarang,aku tak jadi.Dah tak natural.