Disember 05, 2015

Menyalahkan Tabung Haji Atas Kenaikan Tambang ERL Adalah Taktik Dajjal

1. Kenapa sekarang ni, aku selalu katakan yang kita kena berhati-hati?

2. Contohnya macam kes ERL ni. Nampaknya dah mula satu idea di kalangan kibod warrior pembangkang untuk pastikan YTL tak dipersalahkan dalam isu ni.

3. Hujah mereka mudah. Tabung Haji juga pemegang saham terbesar jadi kenapa Tabung Haji tak bantah? Ini bukti mereka ; pecahan pemegang saham ERL Sdn.Bhd adalah seperti berikut "YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji, SIPP Rail Sdn Bhd and Trisilco Equity Sdn Bhd with 45%, 36%, 10% and 9%"

4. Refer sini : Website ERL 

5. Tapi, kalau kau gunakan Google Cache punya tools, kau akan tau yang maklumat yang dipaparkan dah diubah......

6. Sebab pada asalnya maklumat tersebut bertulis "ERLSB’s shareholders are YTL Corporation Berhad , Lembaga Tabung Haji Bhd and Trisilco Equity Sdn Bhd with 50%, 40% and 10% shareholding respectively. "

7. Bila diubah? Agaknya pada 3hb Disember 2015. Sebab 2hb Disember, dia masih lagi pakai maklumat lama.

8. Kau boleh tengok info pasal cache Google tu dekat bahagian atas website tu. Refer sini ; Link ke Google Cache 

9. Apa possibility memang shareholder ERL Sdn.Bhd berubah selepas kenaikan tambang ni? Itu, yang kita kena cerahkan lagi lah.

10. Tapi bila kibod warrior pembangkang dah mula main kotor nak menyalahkan Tabung Haji dalam bab ni, aku pelik jugak la. Dengan tiba-tiba aje maklumat shareholder bertukar, terus start serang Tabung Haji dengan ayat "kenapa tabung haji tak bangkang keputusan ni?"

11. Lagi mudah buat orang Melayu marah dengan sebuah badan pengurusan haji yang dikepalai oleh orang Melayu ahli UMNO dan dibelakangi kerajaan sebab isunya kat sini, nak buat orang ramai benci apa saja yang ada kaitan dengan kerajaan. Aku tau la. Aku satu geng dengan diorang dulu.

12. Berhati-hatilah. Jangan kena main. Takkanlah hanya sebab kita marah kos tambang ERL naik, kita nak marah Tabung Haji sekali? Pelik bang tengok ada orang kita lagi suka hentam syarikat bermajoriti Islam berbanding yang bukan Islam....

13. Jadi, persoalan yang lagi besar.....kenapa shareholder ERL Sdn Bhd tiba-tiba bertukar selepas kenaikan tambang diluluskan oleh SPAD?

14. Tolong share kalau kau sayang Tabung Haji.
15. Jangan mudah kena main, orang Melayu. Berhati-hatilah.  Kalau kau nak baca kibod warrior pembangkang mana yang start spin nak salahkan Tabung Haji, kau carik la sendiri.

16. Ingatlah, orang yang paling bahaya, adalah orang yang ambik kesempatan untuk faedah dia, bila berlaku kesusahan ke atas orang lain.

Maklumat lanjut
Corporate Profile ERL Sdn.Bhd. Aug 2015

Link bacaan lain

8 ulasan:

Amir berkata...

Salam tot.

Aku tak jumpa lagi agen pro pembangkang tulis pasal tabung haji ini. Mungkin tak cukup viral ataupun aku yang terlepas pandang. Kalau ada tolong sharekan pakai facebook hang.

Yang banyak aku jumpa. Pro kerajaan tulis erl orang kaya saja guna, sebab tu boleh naikkan harga. dan rakyat marhaen yang tak pakai erl buat apa bising. Sama konsep macam hang tulis bukan penderma yapeim jangan emo pasal us trip.

Apa pendapat hang dengan konsep macam ini dari islam punya point of view.

Kalau hal ini tak berkait dengan kita, patut ka kita kisah.

Mantot berkata...

http://www.amenoworld.net/2015/12/kerana-kaitkan-syarikat-cina-sebagai.html

Amir berkata...

Salam tot.

Terima kasih sebab respon.
Aku dah baca. Amenoworld ni sebiji papagomo cuma side lain-lain.

Aku suka tulisan hang.

Tapi tula, nak cakap banyak-banyak pun aku tak pernah naik Erl ni. Komuter pun dulu masa belajar kl saja. Akaun tabung haji pun takdak, so aku macam segan-segan juga nak baca banyak.

Aku tunggu masa kerajaan ambil duit gaji aku directly dari akaun bank aku, baru aku nak kisah.


Tanpa Nama berkata...

siapa puak-puak dalam tabung haji itu yang akan buat komplin ???? opisboy..??? kerani-kerani..??? eo-eo..??? .......big-boss big-boss kat atas tu le yang patut buat bantahan .......SAYANGNYA SEMUA BIG-BOSS BIG-BOSS LTH TU SEMUA DAH JADI ORANG SURUHAN NAJIB...AWANG SELAMAT NAJIB......MULUT DAH KENA SUMBAT. BUNTUT PUN DAH SUMBAT ....BERANI MAHU LAWAN LAGI KA...????????????????????

Tanpa Nama berkata...

errr...mantot, timbalan menteri kau yang start kata ni salah tokey cina tu...ko gelapkan info ni ka? dalam blog tu pertikai apa yang timbalan menteri ko cakap...sebab tu dia tanya, tabung haji tak mau kenaikan tu ka? yang ko marah pasai apa?

ko marah sebab imej islamik timbalan menteri ko tu ka? sebab dia yang cover untuk jakim ngan yapiem (yang ko backup sangat tu ka? dalam isu yapiem lepas ko kata info dia tatau betul ka palsu...takde plak entry ko buat pasal yapiem kata info tu betul...takde plak entry pasal orang besar yapiem dapat ratusan ribu sebulan tu letak jawatan...hang tido ka?

sedar la bro...yang salah tetap salah...walau orang dok marah tu jakim ngan yapiem (yang kononnya untuk membantu, memartabatkan islam)...kalau salah, ko nak backup buat apa? ko orang ke beruk?

* ada orang yang aku tahu...bini kerja cikgu, dia baru-baru ni dapat banyak job ngan gomen..terus terusan kipas...hati dah gelap kot...

Din berkata...

"kawan mengumpat senang dicari kawan bersabar sukar dicari"

Ketakutan orang ramai apabila kepentingan mereka terganggu sedangkan untuk berjaya pengorbanan paling besar adalah datang daripada mereka itu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Betul bro yapiem dah sahkan dokumen leak tu mereka punya . skrg dia sibuk cari sapa'org dlm yg bocorkan. Kalau org dlm punya kerja tentu dia lebih tahu patut atau tidak buat event meraban kat us.

Tanpa Nama berkata...

Dulu pun rafizi bngkar kes nfc . diaorg ckg fitnah. Ambik 250juta lembu x nampak pun . skrg lepas la , kat akhirat x taula..masalah duit rakyat tu .