Aku pergi mana-mana pun aku akan jumpa suami atau isteri yang bersetuju mereka tidak memberikan yang terbaik untuk anak mereka melalui pemberian masa.
Jadi kebanyakannya akan gantikan masa yang mereka tak ada tu dengan hadiah fizikal seperti permainan atau percutian hujung tahun.
Yang ajaibnya, diorang ni tau, itu bukan satu tindakan yang betul, tapi dibetulkan dengan ayat "zaman sekarang, dua-dua mak ayah kena kerja untuk tampung keluarga." Zaman mak duduk rumah dah berlalu sebab kalau mak tak kerja, kemampuan keluarga takkan cukup.
Ramai orang buat assumption ni tanpa pernah mencuba dan akhirnya, pasangan suami isteri ni terperangkap dalam satu jerat 'makan gaji > belanja ngam-ngam > dapat gaji."
Buat la macam mana pun, gaji yang suami isteri ni dapat ngam-ngam.
Pada aku, itu satu benda yang agak tak betul la sebab kita sendiri tau, pada mak ayah, anak nombor satu. Masa untuk anak nombor satu. Kerja? Tak ada kerja pun kau boleh hidup.
Sebab ramai orang Melayu hidup dalam keadaan ngam-ngam. Laki kau naik gajike, wife kau naik gaji, at the end of the day, kau NGAM-NGAM. Betul. Ramai keluarga Melayu menghadapi masalah sama. Aku masa dulu kerja gaji 5 angka pun, alih2 ngam-ngam jugak.
Kelakar kan?
Itulah sebenarnya satu benda yang orang kita tak berani cuba. Kau sedar tak, kalau dalam kepala kau ada tersimpan rasa kena spend masa untuk anak lebih dan itu satu kekecewaan pada kau, aku tanya la, kalau bukan sekarang bila lagi?
Makin besar anak kau, jarak dia mentally dan physically akan makin jauh dengan kau. So bila sebenarnya kau boleh spend masa dengan anak kau?
Bila dia dah besar?
Cuba la ajak anak remaja kau gi shopping dengan kau.
Berapa kerat aje mau.
Kau kerja makan gaji, kau dah tau dah berapa increment yang kau akan dapat tiap-tiap tahun dan persoalannya, adakah akan ada satu moment di mana kau dah tak perlu lagi dah fokus kerja sebagai priority nombor satu kau dari segi masa?
Sehari ada 24 jam.
Tiap2 hari kita spend average 10 jam untuk kerja dan travel pegi kerja. Tinggal 14 jam. Tolak 8 jam untuk tidur.
Tinggal 6 jam.
Sampai bila kita nak jadi masyarakat yang pengasuh dia spend lagi banyak masa dengan anak kau berbanding kau? Lepas tu tertanya-tanya "apa dia ubat masalah moral di kalangan remaja sekarang ni haa?"
Sampai bila?
Budak-budak makin besar dia akan ada kawan dia. Satu hari nanti bila anak kau lagi percaya kawan dia dari mak ayah sendiri, tak ke kau akan memandang balik masa silam kau dan bertanya-tanya, "kat mana silap aku?"
Gaji besar, tak ada masa untuk keluarga.
Ayah kena ada untuk ajar anak solat waktu umur diorang 7 tahun. Jika tak mahu mereka solat, paksa mereka solat. Mak takkan sampai hati paksa anak solat sebab naluri dia tak keras macam ayah dia.
Macam mana nak paksa anak solat kalau waktu maghrib ayah masih lagi tengah kena hadir mesyuarat?
4 ulasan:
Aku tak de anak, tapi isteri jaga anak kawan2 kerja aku, aku pun tumpang kasih dgn anak2 kwn. Yang aku hairan, sabtu ahad pun sibuk nak keja walhal aku yg x da anak ni boleh menolak sebarang aktiviti hujung minggu ( bkn ot) di pejabat tetapi tidak pada yang ada anak ni lebih selesa menghantar ke rumah org ngasuh..
tok jalai,
kami kerja swasta kalau nak performance bagus. kena la bodek bos dengan KPI cantik. baru boleh dapat kenaikan gaji banyak sikit.
sebab tu yang kerja sampai ke larut malam + weekend.
bukan tak pernah mula berniaga, tapi apakan daya, modal kecil=margin keuntungan kecil=harga sedikit mahal=pengguna beli barangan dari kedai@supermarket besar. kami tutup bisnes.
Habis tu apa solusinya?
So apa penyelesaian nya woi
Catat Ulasan