Wan Azizah duduk di kerusi empuk di Pejabat PKR Kajang. Banyak mata tertumpu kepadanya. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng duduk di sebelah kanan beliau sementara barisan pemimpin Amanah yang diketuai Mat Sabu duduk di sebelah kiri.
"Terima kasih semua kerana dapat hadir dalam tempoh waktu yang singkat," kata Wan Azizah. Pemimpin lain hanya tersenyum. "Jadi mesyuarat kita hari ni adalah untuk membincangkan mengenai siapa yang akan memgang jawatan pemangku Perdana Menteri."
Ramai di antara mereka mula tersenyum lebar.
"Jadi...mengikut perjanjian asal kita, apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan kita akan melantik saudara Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," terang Wan Azizah.
"Setuju!" kata mereka sebulat suara.
"Keputusan itu masih kekal," LIm Kit Siang menambah.
"Jadi kita perlu lantik pemangku kepada Perdana Menteri buat sementara ketika kita menunggu mahkamah membebaskan saudara Anwar Ibrahim," Mat Sabu bersuara.
"Kita nak buat keputusan tu hari ini juga?" tanya Tony Pua.
"Ya, kerana rakyat mahukan solusi pantas," Nurul Izzah bersuara. "Saya calonkan Rafizi Ramli sebagai Perdana Menteri sementara." Kedengaran suara bersetuju dari segelintir penyokong PKR dalam bilik tersebut.
"Saya cadangkan Saifuddin Abdullah," kata satu suara dari belakang. "Dia bekas UMNO dan dia orang yang paling berpengetahuan antara semua."
"Tapi dia masih baru dalam PKR, kami dari Amanah mencadangkan Tuan Haji Salahuddin Ayub sebagai pemangku Perdana Menteri dan saudara Mat Sabu sebagai Timbalannya," kata seorang ahli kuat Amanah.
"Ehem ehem..." Lim Guan Eng berdehem. Di tangannya dia memegang sehelai kertas bertulis 3 nombor, 64 - 31 - 24.
"Kami dari DAP adalah yang memegang kerusi majoriti di sini, jadi rasanya elok kami yang calonkan siapa pemangku kepada jawatan Perdana Menteri," kata Lim Guan Eng.
Mereka semua diam.
Wakil dari Amanah dan PKR sedar, walaupun digabungkan kedua-dua kerusi yang mereka menangi pun belum sama dengan jumlah kerusi yang dimenangi DAP.
"Baru menang pun dah nak berpecah ke?" tanya seorang wakil DAP. "We have waited a long time for this...just agree la. UMNO no more! Good what!"
"Aku dah agak dah benda ni boleh jadi!" bisik seorang pemimpin PKR kepada seorang ahli Amanah.
Wan Azizah hanya merenung wajah wakil DAP yang berkata itu. Kemudian dia memusingkan wajahnya ke arah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang duduk di sebelah kanan beliau.
"Demi kesepakatan kita bersama, siapakah calon yang parti DAP rasakan layak untuk memangku jawatan Perdana Menteri sementara itu?" tanya Wan Azizah.
Semua orang diam menunggu jawapan dari wakil DAP.

7 ulasan:
Kata Tok Guru dari Parti Bulan Mengambang, calon tersebut tak lain tak bukan KULI.
Penulis ni penipu. Pru13 dap tanding baru 51 parlimen dan 102 dun. Bodoh, tapi ada hati nak jadi penulis. Nak famous guna jalan singkat boleh bro, tapi jgn tunjuk bodoh diri sendiri hehehe
Nama pun cerpen selepas menang majoriti mudah dalam PRU, betul lah tuh kiraan dia,
=64+31+24 = 119 majoriti mudah(minimum)
Yob,
ini bukan cerpen, ini kempen nak suruh hamno dan gerombolannya terus perintah dan sedut malaysia sampai akhir zaman..hahaha
aku sellau bukak page ni...dulu biasa topik pasal masalah melayu...la ni dah jadi blog umno (baru dapat peruntukan kot)...kih kih...buatla berapa banyak blog pun...bukan pujukan blog/page2 tersebut dapat membantu bayar tol..kenaikan sara hidup...umno masih boleh hidup kerana masih ada purata pengundi berumur lingkungan 50-70an ...mereka ni memang paling taat dengan parti ni (dengan pengulunggan ucapan pm pun mereka ni boleh menangis teresak esak)..mugkin bila golongan ni dah x de..generasi baru menjadi pengundi..admin ni dah bole buat page resepi masakan ke..page iklan baragan terpakai ke ...hu hu..hu..
Jangan marah sangat kat admin..page dia sukati dia le nak tulis ape..dia pun cari makan jugak (macam pengerusi PAC yang baru..hahaha!)
Setuju dgn anon 14 dec 2:08 ni.. Blog mantot.. Ikut suka dia la.. Angin ko pn kekadang tinggi kekadang rendah. Angin mantot pn gitu gak.. Tp aku salute lu mantot.. Tulisan kau mmang best tak kira apa genre pun.. Kau tulis apa melayu tak sedar.. Gogogo mantot.. Jgn kutuk agama sudah la
Catat Ulasan