Disember 23, 2015

Kita Doakanlah Agar Lebih Ramai Gadis Melayu Nak Jadi Model Seluar Dalam Supaya Benda Ni Dapat Perhatian Pihak Berkuasa


Aku cukup malu lah dengan benda camni.

Kita sibuk nak censored media, tapi bila aku gi jalan2 dengan anak aku, aku gi bahagian bra, ada gambar awek yang dah 3/4 bogel terpampang besar-besar. Bila gi bahagian lelaki pulak, ada gambar lelaki dekat kotak spender yang kalau dia buat camtu dalam media, SELURUH NEGARA AKAN MEMPERSOALKAN KREDIBILITI LEMBAGA PENAPISAN FILEM.

Nasib baiklah kalau gambar lelaki, tak ada pulak shopping kompleks yang letak gambar lelaki pakai spendar, besar2. Yang kena print besar-besar ni, perempuan aje. Hehehe...

Sebagai sebuah negara yang majoritinya Islam, aku bertanyalah, kepada pihak berkuasa, kepada pihak Jabatan Agama, kepada Ustaz, kepada kau dan aku, KENAPA benda camni kita boleh pandang sebelah mata?

Pelik kan?

Masyarakat boleh bangun mengkritik artis Melayu yang bergambar pakai bikini dan kemudian tayang kat Instagram, tapi bila dia pegi beli bra, semua marketing dan display yang ada, seolah-olah benda yang normal dan dah jadi keperluan.

Mungkin, kita kena mula letakkan gambar awek Melayu sebagai model2 yang akan dijadikan display2 dekat department pakaian dalam ni. Barulah masyarakat akan bukak mata agaknya. Pakai bra, seluar dalam, tapi pakai tudung.

Baru muslimah.

Walaupun apa yang dipaparkan itu indah, tapi benda2 tu sebenarnya salah.

Cuba kau terangkan pada aku fungsi gambar2 separuh bogel tu diletakkan besar2 dalam shopping kompleks? Untuk marketing? Siapa yang ajar marketing ni?

Setan?
Ahli neraka?

Kalau aku cuba jual Takaful dengan berpakaian hanya boxer, kau rasa berkesan tak?

10 ulasan:

Akim berkata...

Selagi tak jadi viral kes berkenaannya, percayalah kerajaan akan tutup sebelah mata je

Tanpa Nama berkata...

kalau xde iklan atau model2 mcm tu..org xtau ape guna spender..takut2 yg beli nanti buat tapis air teh..xpun ustaz2 bli pakai mcm kopiah..haha

admin Master G berkata...

Agak² la nak bagi cth pun.. Org islam jatuhkn air muka org islam sendiri.. Byk karekter ko boleh bagi cth.. Ustad juga ko pilih n kupiah yg letak kt kepala setiap org islam pegi solat.. Cth byk.. Topi kontraktor ke, org brsukan ke, atau x payah bg cth langsung

Tanpa Nama berkata...

"Tapi bila aku gi jalan2 dengan anak aku, aku gi bahagian bra, ada gambar awek yang dah 3/4 bogel" maaf bertanya, tapi kenapa tuan tanah pergi bahagian bra bila pergi berjalan dgn anak? Ada fetish tertentu ke?

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya setengah makhluk yang balik dari Mesir & entah dari mana2 tu yang banyak buat fitnah tentang Islam. Pakai ikut sunnah tapi hati busuk, mulut macam longkang malah mempertahankan yang batil dan menolak yang haq. Orang macam ni eloknya rungkai je kain serban tu buat cawat.

Tanpa Nama berkata...

Aummm

Tanpa Nama berkata...

yg pergi siar komen nombor ekor ni pula mcm mana nak kira? ini pula marketing apa?

lkjhgfdsa berkata...

wah blog ko dah baru sekarang eh

Tanpa Nama berkata...

Lari tajuk kau ni

Tanpa Nama berkata...

Blah la gila. Tak tau dosa ke