"So, Man, aku dengar kau dah jadi ahli surau sekarang?" tanya Halim.
Azman hanya senyum. Dia memandang puluhan rakan-rakannya yang dari tadi tidak henti-henti mengimbau kembali memori lama zaman persekolahan mereka dulu.
"Boleh la sikit-sikit Lim," Azman tersenyum melihat cikgu-cikgu beliau yang ramai sudah pun berpencen dan berehat. "Tak sangka aku ramai jugak kawan-kawan kita yang berjaya jadi orang besar kerajaan."
"Hahahaa, tu la bro, aku malas nak cakap banyak, tapi apa kebangangnya diorang ni, boleh sokong Najib? Hello? 2.6 billion bro?" gelak Halim. Ada beberapa orang rakan sama kelas mereka yang berpaling ke belakang.
"Slow sikit bang, sensitif tu," bisik Azman.
"Ah, hanya manusia bodoh aje yang akan percaya apa si Najib tu kata, apa logiknya duit tu derma? Mana logik? Tak ada orang yang sebaik tu nak saja-saja derma duit dekat kita la bro," Halim berhujah.
"Wallahuallam bro," Azman tersenyum.
"Kau ni dah jadi macai la ni kan?" tanya Halim. Azman mengerutkan dahi.
"Huh? Bila masa pulak?" nafi Azman.
"Aku memang dari dulu lagi tak pernah mau si Najib ni jadi PM. Tah hapa-hapa. Semua benda spoon feed. Bapak punya legasi, anak dapat nama...dah la bini dia satu hal..." rungut Halim.
Azman senyum. "Apa masalah bini dia bro?" tanya beliau.
"....Kau boleh tanya aku? Kau tengok la sendiri, boros, nak menyibuk, suka masuk campur urusan negara, nak glamour, muka dia pun aku tengok tak lalu, tu rambut tu satu hal, duk tayang rambut dia aje, tudung tak reti pakai," Halim menghelakan nafas. Naik darah dia.
"Rilek woi....kau ni pun, kita dah 37 dah ni...kesihatan kena jaga," Azman menenangkan rakannya.
"Malu bang PM duk gebang pasal Islam, tapi bini dia duk tayang rambut. Pada aku, tak layak dia jadi pemimpin kita, kalau keluarga dia sendiri pun dia fail nak jaga. Takkanlah dia tak sedar orang kutuk-kutuk dia pasal isu rambut dia tu?" terang Halim.
Azman hanya tersenyum lagi. Dia tak mampu nak berkata-kata dengan hujah sebaik Halim. "Bro, jap eh. Aku gi jumpa Farid jap kat situ," Azman bangun lalu berjalan ke arah Farid.
Halim melihat Azman seperti berbisik kepada Farid sesuatu. Lalu Azman pergi mengambil hidangan yang telah disediakan pihak hotel. Farid berbisik sesuatu kepada isterinya, lalu dia bangun, melangkah ke arah Halim.
"Lim, Azman kata, kau cakap, aku gagal jaga keluarga aku, sebab isteri aku tak pakai tudung. Betul ke?" tanya Farid.
Halim terdiam.
"Cilakak kau Man..." Halim berbisik kepada dirinya sendiri. Nasib baik telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
"Jap eh Farid..." Berpeluh Halim memikirkan cara nak melarikan diri.
Mesej dari Azman rupanya.
"Kita kena kumpul keberanian untuk tegur kawan-kawan kita dulu sebelum kita tegur pemimpin. Good luck. :D "
Farid berdiri di depannya.
"Err..." Halim gelabah. Matanya liar mencari Azman, si ahli surau.
7 ulasan:
Orang bahan rosmah sebab sakit hati dengan najib, dan nampak rosmah macam over je, bahkan dia isteri PM, tapi cuba fikir, bini mahathir pun tak pakai tudung.. Tak pulak kene tengok dia kena bahan macam nie..?
betul ke najib tak layak memimpin hanya kerana rosmah free hair? mantot, otak ko dah tepu ngan projek gomen ka? ka ko nak kipas najib sebab nak dapat mega mega punya projek?
ko buat la statement macam mat maslan...dia dapat berjuta tu...apa standard mengampu dengan aritkel ni?
orang lain punya la terseksa dengan keputusan, penguatkuasaan, perangai najib ngan rosmah...kalo ko still nak backup dia, aku rasa ko beruk (soalan ko dulu - orang ka beruk)...
najib gagal memimpin keluarga sebab bini dia free hair adalah antara point la...takkan itu pon ko gagal faham...orang islam, tapi taknak ikut suruhan Allah memang gagal...ko tak faham yang ni ka?
kalau aku dalam situasi citer, aku sanggup je hadapi...berani kerana benar la bro...
mamtot...otak ko dah tak boleh buat artikel pasal politik la...jangan jadi macam mat maslan...
Off topic : mantot, ko dah bawak orang miskin ngan anak yatim gi layan simulator golf tu ka?...kan diorang beli sebab nak bantu orang miskin sama anak yatim main & ko pon yakin yang yapiem tu bijak pandai mengurus duit bantu orang miskin sama anak yatim...bawakkan diorang layan golf...
Lagi satu, tolong la jawab bagi pihak jakim soklan yang sultan johor tanya tu...mana tau, ada nak beli flight simulator sama fishing simulator plak...ya, ko yakin sangat jugak yang jakim pon pandai menghabiskan duit - Tak perlu la di audit...mereka bukan picisan macam jabatan lain...
Lupa plak...ko kan pembackup jabatan jabatan gomen...patut nya aku tak payah komen pon...Kim salam kat cikgu Dan pelulus projek ya...jangan lupa masuk tender nanti, sertakan post artikel dalam blog ko....
tot, reverse psychology ko mmg mantap..
ko ada ciri2 political psychopath
Keep it up bro. Stooopid will always be haters.
Kalo type mmg baguih..cuba kau kena confront mcm halim..mau terkencing..hehhe
Aduyai budak2 otak slow ni
Catat Ulasan