Januari 13, 2015

Siapa Sebenarnya Yang Tengok Drama Islamik Waktu Maghrib dan Beli Novel-Novel Cinta Fantasi Wanita Dahaga Kasih Sayang Ni?

Semalam aku tengok drama Islamik yang tak Islamik langsung kandungannya. Hanya pada nama sahajalah Islamiknya.

Sama seperti jika seorang pelacur gelarkan dirinya Pelacur Muslimah. Luarannya nampak macam ada label Islam tapi pekerjaannya masih lagi.....tak betul. Melainkan jika ada seorang Ustazah kata boleh jadi pelacur jika dalam darurat.

Kenapa banyak benar lambakan drama-drama dan novel-novel yang nampak macam Islamik tapi pada asasnya nak ajak orang berfantasi semata-mata? Khayalkan masyarakat dengan cinta, dengan harta, dengan imej lelaki kacak memandu kereta mewah, punya rumah besar dan orang gaji Indonesia. Terlanjur atau termengandungkan anak orang, kemudian cinta berputik. Dari zina jadi benci, dari benci jadi leka, dari leka jadi biasa, dari biasa jadi suka.

Dari suka jadi cinta.

Basah gadis-gadis Melayu ini apabila aktor melafazkan kata cinta pada perempuan yang telah disetubuhinya tanpa pernikahan.

Itu seolah-olah acuan yang digunapakai oleh penerbit-penerbit drama ni dan masyarakat kita seolah-olah menelannya bulat-bulat.

Aku tau aku selalu berbicara mengenai hal ini sebab perkara ini memang mengganggu aku dan mungkin kau pun dah bosan dengar aku cerita pasal benda ni tetapi pokok pangkalnya, mana puncanya?

Jika kau tanya orang yang ada sebelah kau sekarang, "kau layan tak drama Islamik waktu Maghrib dan novel-novel cinta Melayu? "100% orang yang kau tanya takkan mengaku dia suka dua benda tu. Sebab dalam banyak-banyak perkara, benda yang orang kita susah nak mengaku adalah kita suka kepada sesuatu yang bergelar guilty pleasure.

Guilty pleasure aku?
Filem Pitch Perfect. 

Dah berapa puluh kali aku tengok. Memang setiap masa ada saja dalam telefon aku untuk aku layan bila-bila masa. Mungkin ini juga sebab emosi aku yang tak berapa menentu apabila melihat Anna Kendrick. Kau lupakan dia pernah berlakon dalam Twilight, kau cari satu filem nama "Up In The Air."

Dan, aku memang lemah kot dengan perempuan macam tu.
Kalau dia potong rambut pendek....huhuhu.

CUKUP PASAL ANNA KENDRICK BRO!

Berbalik kepada isu guilty pleasure ni, kalau kau masih belum sedar lagi, majoriti hiburan mainstream di negara kita adalah berbentuk guilty pleasure.

Jika kau nak sesuatu yang thought provoking atau drama yang memaparkan isu yang agak berat, kau perlu cari betul-betul dalam industri tempatan, cari filem luar atau drama luar. Perlu effort untuk dapatkan sesuatu karya yang ada makna dalam negara kita. Apa yang ditayangkan, dipaparkan dan dimainkan di Malaysia yang popular dan menjadi, adalah karya-karya guilty pleasure ni. Rujuk sendiri kutipan filem tahun lepas dan tengok filem mana yang laku besar. Filem yang cukup-cukup balik modal? Filem yang cuba bawa isu baru yang menjana minda. Ada juga yang rugi rasanya walaupun rebiu orang ramai cukup bagus.

Kau sedar tak kenapa rebiu dalam internet cukup bagus, dalam blog cukup cantik tapi kutipan wayang rugi? Kumpulan orang yang suka guilty pleasure ni tak akan buat ulasan dekat internet. Jadi, kau akan nampak ramai memuji sebuah filem yang deep dalam internet, tapi on the ground, lebih ramai yang keluar duit untuk tengok filem-filem guilty pleasure Melayu.

Mungkin sebab kerana taraf hiburan kita yang lebih mementingkan guilty pleasure berbanding karya yang membina, ini kot yang menyebabkan lambakan drama-drama cinta Islamik yang cheesy, kosong, tak Islamik dan sebenarnya lebih memesongkan akidah orang kita?

Pelabur-pelabur apabila lihat karya yang membawa maksud mendalam tidak laku dan karya bodoh jugaklah yang pergi jauh, akhirnya memilih untuk mementingkan kuantiti berbanding kualiti.

Untuk seorang penggiat seni atau pembikin karya; ada satu persoalan yang perlu kau jawab sebelum kau mulakan karya kau.

Kau nak buat apa yang orang mahu atau kau mahu buat apa yang mereka perlu?

Jawapannya pula, oleh kerana pasaran Malaysia ni yang lebih mementingkan karya guilty pleasure, memerlukan pengkarya menghasilkan karya yang dimahukan masyarakat. Mana yang pilih mahu mendidik masyarakat, bergeraklah mereka secara kecil-kecilan.

Kau maintain la tak berduit jika kau tetap degil nak teruskan integriti kau.

Baliklah kita kepada isu besar sebenar.

Kenapa tak ada orang berani mengaku dia gilakan drama cinta Islamik waktu Maghrib dan novel-novel cinta sampah yang ditulis hasil fantasi wanita yang dahaga kasih sayang? Seolah-olah golongan ni tak wujud, tapi permintaan mereka tu senantiasa ada. Siapa yang tengok dan beli sebenarnya? Novel laku. Drama, berjuta-juta yang tonton.

Akuilah, orang kita suka karya-karya guilty pleasure ni adalah pihak majoriti.

Jika kau rasa perkara tu perlu diubah, cuba ubah. Aku pun setuju sebab melihatkan drama Islamik ni, betul ke dia dah rujuk panel agama sebelum dia labelkan drama dia "Drama Islamik" ? Apa kaitannya Islam dengan drama tu jika isinya penuh dengan maksiat?

Tapi masalah yang paling besar adalah MAJORITI ORANG MELAYU SUKA BENDA-BENDA NI dan DIORANG TAK PEDULI PUN DRAMA TU BETUL ISLAMIKNYA atau NOVEL TU LUCAH AJAK LELAKI DUDUK KAT KETIAK WANITA YANG LEBIH TUA.

Mereka suka. Ini hiburan mainstream diorang. Makanan ruji diorang.
Bukan guilty pleasure mereka.

Kita sebagai minoriti?

Teruskan usaha menyebarkan kebencian kau kepada perkara-perkara lagha ni sebab nampaknya, pihak berkuasa sendiri tak nak masuk campur dalam isu kebanjiran drama Islamik penggalak maksiat ni.

Sekurang-kurangnya kau boleh bagi jawapan kenapa gadis-gadis Melayu dengan mudah beri kebenaran kepada jejaka pondan Korea Selatan untuk mencabul mereka. Tapi cuba kau bayangkan, kalau kau adalah sebahagian daripada mereka-mereka ni, yang saban hari duduk dengar K-Pop, layan novel cinta busuk, tunggu Maghrib bukan untuk solat tapi untuk tengok Zul Ariffin punya biceps, apa kau nak jawab kalau orang kata pengaruh siapa yang merosakkan gadis-gadis Melayu ni?

Dalam banyak-banyak benda; ini adalah antara isu yang aku rasa perlunya kita semai kebencian terhadapnya. Kau jangan kutuk siapa yang tengok. Tolonglah. Ramai yang buat macam tu. Tetapi kutuk lah siapa yang tulis, siapa yang buat, siapa yang karyakan dan siapa yang tayangkan.

Mereka yang bertanggungjawab.

Mereka dah diberikan anugerah kesedaran. Sayangnya, anugerah kesedaran itu digunakan untuk merosakkan ahli masyarakat yang gullible.

Oh Anna Kendrick.
Kalau kau pakai tudung mesti cun.

13 ulasan:

Masy berkata...

jawapan yg biase aku jumpe bila bertembung dengan hal macam ni ialah..

"ini realiti kita! takyah nak hipokrit laa.. mende ni ade je keliling kita"

hmmmm k (pandang keliling cari mak datin offer ketiak untuk anak ikan)

anti-hero berkata...

Tgk 50 50. Lebih menawan hati

Tanpa Nama berkata...

Teringat aku pada filem2 Yasmin Ahmad.

filem2 beliau selalu menerima tentangan dan komen negatif...kononnya filem melayu liberal la...melayu moden la...

sedangkan, itu semua yang berlaku sekeliling kita.

cam kes artis kipop, bile non-malay, non-muslim peluk & kiss awek muslim, awek melayu, awek tudung...kita dok melenting.....sedangkan melayu-melayu pakai seksi, kissing2, guling2 dalam drama....kat depan mata 'boleh' pulak? double standad sungguh.


MAsih menunggu Rabun. sekali je disiarkan di televisen.

DennouTantei berkata...

baca sinopsis mcm citer amareka je? ni novel dari amareka atau dari melayu muslim?

nazrul ali berkata...

bro tot, dah tgk cerita PK amir khan berlakon?best woo..

Jay berkata...

Well said, Mantot. Ada awek meroyan semalam selepas aku kritik novel islamik kisah bercinta dgn pemuda korea celup yy hilang ingatan.

Esok lusa, kalau awek tu dijemput lalu sanggup belakon babak 'almost kiss' dari novel tu, baru la society kita nak kecoh salahkan novelis. Heheh...

Tanpa Nama berkata...

http://ktemoc.blogspot.com/2015/01/charlie-hebdo-onion-that-needs-to-be.html?m=1

Ferodo berkata...

Haha. Last sentence tu sgt nice.

Tanpa Nama berkata...

Saya suka Pitch Perfect, especially the audition part..rasa dah tgk 7-8 kali kot still boleh layan lagi..and takde adegan2 romen pun..and i tak pernah tgk skali pun drama melayu pukul 7 or pukul brape2 je..and tak pernah beli or baca novel yg tajuknya ada "suamikuu..isterikuu..cinta.." for the same reason u mentioned..guess we're soulmates la kot..ahakss..

Tanpa Nama berkata...

Pukul 930 malam hari sabtu rancangan the Brain China kat NTV7
cuba buat kat sini tengok berapa ramai terutamanya melayu yang ada kebolehan hebat macam peserta the Brain tersebut.

Tanpa Nama berkata...

seorang pelacur gelarkan dirinya Pelacur Muslimah

tukutz berkata...

Ala mantot suka tengok/baca porn tapi nak salahkan orang lain

F Wong berkata...

Kenapa pendapat kita sama ek? Hahaha