Januari 21, 2015

Sebuah Cerpen Cinta Ringkas Dikarang Dengan Kata Kunci Yang Tak Asing Dalam Penulisan Kisah Lucah Melayu

Raba

"Ada ke?" tanya Anisah. Ahmad meraba-raba dalam poketnya sambil diperhatikan Anisah. Dia dah agak gadis itu akan kembali keeseokannya mencari kerongsang yang kini berada dalam poketnya.

Gentel

Ahmad menggentel kerongsang berbatu hijau Anisah dijari dalam poketnya. "Ada," angguk Ahmad. Anisah memandang penuh rasa syukur.

Ramas

Lega hati Anisah. Dia menjenguk ke dalam beg tangannya. Beberapa gumpalan wang kertas RM10 yang diramas sebelum dicampak ke dalam tas tangannya kelihatan.

Sedut

"Baru aje keluar duit semalam, dah nak habis dah duit aku, macam kena sedut dengan vakum," renung Anisah dalam hati.

Mengendap

Rakan Ahmad mengendap dari tingkap keretanya. Sudah agak lama Ahmad berdiri di depan gadis tersebut untuk memulangkan kerongsang yang dijumpainya semalam.

Gebu

"Turun beli pau kacang sedap jugak ni, dah la gebu-gebu belaka pau sini," fikir Wan lalu mematikan enjin kereta sebelum melangkah turun.

Lazat

"Ya dik. Mau makan apa? Sini semua makanan lazat-lazat semua!" sapa pelayan Indonesia kedai makan tersebut.

Basah

"Mee goreng basah ada, nasi goreng kampung ada, nasi padang ada, mee kolok ada, bihun singapore ada," sambung kakak pelayan tersebut.

Jolok

"Apa? Mee jolok?" tanya Wan kehairanan. Dia tak pernah dengar lagi ada mee jolok. Mungkin resipi tradisi Indonesia. Kakak itu tersenyum. "Mee kolok lah.."

Tebuk

Durrr! Durr! Bunyi gerudi menebuk dinding membuatkan Ahmad dan Anisah berpaling ke belakang. Seorang pekerja kedai menggantungkan menu yang kemas dibingkaikan ke dinding.

Lubang

"Nasib baik awak jumpa kerongsang saya. Saya pun tak sedar rupanya tas tangan saya dah berlubang, Arwah mak saya yang bagi tu, peninggalan moyang saya tu," Anisah menceritakan kisahnya kepada Ahmad.

Betik

"Biar betik! Dah berapa tahun dah kerongsang ni?" kata Ahmad sambil membelek kerongsang tersebut.

Tembikai

Ahmad lihat warnanya hijau cantik, seperti warna tembikai yang masak ranum, lalu tangannya menghulurkan kerongsang itu pada Anisah.

Batang

Wan memasukkan batang penyedut minuman ke dalam air teh o ais yang dipesannya. Sedikit disedut, terus lega rasa tekaknya menunggu Ahmad yang masih belum selesai cuba ajak perempuan bercinta.

Panjang

"Berbual panjang nampak!" Remy datang mendekati Ahmad. "Dah dapat dah kerongsang awak?" tanya Remy kepada Anisah. Remy menjeling Ahmad.

Tegang

Suasana menjadi tegang. Ahmad sedikit gementar melihat Remy yang badannya nampak seolah banyak menghabiskan masa di gimnasium.

 Hisap

"Bro, rokok?" tanya Remy sambil menghulurkan kotak rokok berjenama John kepada Ahmad. Ahmad menolak dengan sopan. "Tak, saya tak hisap rokok."

Dayung

"Ok lah. Jom, I nak ke kelas dayung kanu sekejap lagi," pinta Remy berbisik kepada Anisah. Anisah mengangguk. Anisah menghulurkan RM30 kepada Ahmad. "Nah, hadiah dari saya."

Henjut

Wan memandang dari jauh. "Jangan tolak Mad. Rezeki datang kena henjut," pesan Wan kepada Ahmad secara telepati.

Jilat

Ahmad menjilat bibirnya. "Rezeki ni. Lepas jugak kalau aku beli buku CursingMalay jilid 1 terbitan DubookPress sekali dengan CD lagu Mantot. Ngam-ngam RM30 termasuk Pos."


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apakah kegilaan seks ini?

eddeved berkata...


TE:ANJANG

terserlah kemunafikan mantot...terserlah dan tertelanjang semuanya...(kau patut masukkan "telanjang" dalam cerpen bodoh kau nih)

Tanpa Nama berkata...

Ayat double meaning ke mantot hahahaha

Najib Razak berkata...

Eddeved = telanjang.
Sumpah kalau aku jumpa ko tepi jalan aku langgar dgn troli tesco.
Menyampah lama lama tengok komen ko...hahaha...kesian mak bapak eddeved ada anak camni. Semoga mak bapak dia sehat walafiat dan panjang umor.

Tanpa Nama berkata...

Tengok video2 kat blog dia pun dah tau sedih, meroyan saja tak berhenti. Anggap diri bagus, dah jadi tak elok gak tu menghentam caci maki orang. Nak menegur tapi kalau tengok akhlak kau pun gamaknya orang lagi benci dengan islam.

Ladynoe™ Mohamed berkata...

kau lupa satu lagi perkataan.

Kemut.

Mantot berkata...

aku terlupa "main" dgn "kemut"

DAMN!
Kena stadi kuat lagi!

Tanpa Nama berkata...

bile tgk komen eveded..devededed..vevededede...vedevedeve

dia suka baca & folo ko punya blog sebenarnya.

she likes~~~

eddeved berkata...

Alhamdulillah! tak ada nya aku caci maki orang...tak per lah, teruskan menonton ha ha ha!

eddeved berkata...

Alhamdulillah! tak ada nya aku caci maki orang...tak per lah, teruskan menonton ha ha ha!