Januari 19, 2015

Cerpen - Zanariah Anak Derhaka Yang Tidak Komited

"Bukannya ayah tak bagi Zana kawan dengan dia. Cuma sekarang ni bukan masanya lagi."

Haji Kasim meneguk kopi panas dengan perlahan. Bibirnya sedikit melecur tapi ditahan sahaja kerana hatinya sedang berkecamuk. Makcik Leha melihat dari tepi sahaja, dia tak mahu masuk campur. Keputusan ini biarkan suaminya yang tentukan.

"Ayah dah baca semua mesej-mesej kamu dengan kawan kamu, Zana.." beritahu Haji Kasim.

"What! Ayah tak ada hak tau! Ayah dah masuk campur privasi Zana!" Zanariah meninggikan suara. Dia betul kecewa tindakan ayahnya itu.

"Ayah! Zana dah besar! Zana dah 19 tahun. Dengan siapa Zana nak berkawan, itu hak Zana! Ayah tak boleh masuk campur! Mak, tolonglah sokong Zana mak!" rintih Zana kepada ibunya. Makcik Leha hanya merenung Zana sambil tersenyum.

"Ini antara kamu dengan ayah, Ana. Kamu bawah tanggungan ayah," beritahu  Makcik Leha.

Zanariah mendengus. Hatinya geram.

"Ayah bukannya tak bagi, cuma ayah tengok si Boy kawan Ana tu, ayah tak berapa suka dengan perwatakan dia, dia kan dah terkenal dengan perangai samsengnya," pesan Haji Kasim. "Ramai lagi lelaki yang Ana boleh kawan, Ana. Dia, abah kenal benar lelaki jenis Boy tu Ana."
Zanariah memusingkan kepalanya apabila sedar ayahnya merenung tepat ke wajahnya.

"Apa ayah? Hati baik? Ada kerja tetap? Memang dia nampak seperti kutu rayau ayah, tapi dia ada visi. Dia ada hasrat. Dia nak sambung belajar dekat politeknik tahun depan," terang Zanariah. Haji Kasim mendengar dengan tekun.

"Zanariah anakku..." Haji Kasim diam.

"Jiran-jiran ada cerita, mereka nampak Ana dengan Boy naik motor sama-sama, jalan peluk-peluk pinggang dekat pekan, ayah tak nak percaya Ana...sebab ayah tau Ana anak ayah," Haji Kasim memandang ke arah lain. "Tapi ayah dah nampak sendiri depan mata ayah sendiri apa yang Ana dengan Boy buat, itu bukan kawan loagi dah Ana, itu dah macam suami isteri."

Tangan Haji Kasim menggigil mengangkat cawan kopi.

"Ayah tak benarkan Ana jumpa dia lagi, Ana." Haji Kasim menghirup kopi, melegakan sedikit tekak yang meronta-ronta.

Zanariah menangis tersedak-sedak. Makcik Leha menghampiri anaknya lalu diurut belakang anaknya yang bernafas kencang. "Sabar nak, ini semua untuk masa depan Ana juga. Kita orang Islam, kena jaga agama kita."

Zanariah merenung ibunya. Matanya merah.

"Balik-balik agama! Balik-balik agama! Memang betullah macam kata Abang Boy! Ayah dengan ibu perasan alim," Zanariah mengamuk.

"Astaghfirullah Ana, ingat Tuhan, Ana," Makcik Leha cuba menenangkan Zanariah tapi tangannya ditepis.

Zanariah bangun.

"Ana nak keluar rumah. Ana nak duduk tempat lain! Selagi ayah dengan ibu tak dapat terima Abang Boy selagi itulah Ana takkan balik rumah ni!" Makcik Leha menggeletar. Haji Kasim melihat setiap gerak geri anaknya dengan mata yang terbuntang luas. Dia tak sangka akan ke tahap itu pertelingkahan mereka.

Zanariah melangkah membuka pintu lalu berlari keluar. Dia cuba dikejar Makcik Leha tapi apakan daya tenaga si tua dapat mengatasi kuasa si muda. Makcik Leha termengah-mengah berlari mengejar tetapi akhirnya Ana hilang dari pandangan. Dia pun melangkah kembali ke rumahnya.

Haji Kasim masih lagi duduk di tempat yang sama sambil menghirup kopi panasnya.

"Abang tak sayang anak abang ke?" jerit Makcik Leha.
Haji Kasim hanya diam.

................

"Abang Boy, jauh lagi ke bang?" mesej Zanariah.

"Jauh lg, tunggu skjp!" balas Boy.

Zanariah lega mesejnya dibalas segera. Boy memang cekap mengendalikan motorsikal LC nya sambil menaip mesej ditelefon. Dia menunggu di perhentian bas itu sudah hampir setengah jam. Perasaannya berkecamuk.

Dia tau dia perlu keluar rumah untuk mencari hidupnya sendiri kerana ayahnya yang terlalu mengongkong membuatkan dia jadi canggung.

"Nanti-nanti aku minta maaf ayah, ibu.." fikir Ana.

Jarinya kembali menaip di skrin telefon. "Dah dkt mana?" Butang send ditekan.

Dari jauh dia nampak motorsikal Boy. Boy pula yang baru menerima mesej memeriksa telefon. Matanya dialihkan sebentar dari jalan.

Ana menjerit. Boy tak sedar ada kereta sedang mengundur. Disapunya sedikit bahagian belakang kereta tersebut. Nasib baik perlahan. Ana berlari ke arah Boy pantas.

"Abang Boy! Abang Boy! Ya Allah! Ya Allah!" Ana menjerit.

Boy bangun. Kepalanya masih lagi memproses apa yang berlaku. "Aduh mak ai! Motor gua! Bodoh ke woi!" Maki Boy kepada pemandu kereta tersebut.

"Nasib baik Abang Boy ok..." bisik Ana dalam hatinya.

Selepas bertenang dan dibayar hampir RM300 untuk kerosakan dan rawatan kecederaan, Boy dan Ana duduk di perhentian bas. Dia menceritakan segala yang berlaku kepada Boy.

"Abang faham Ana...cuma sekarang ni, sebab dah kes kecemasan ni, kita kena lakukan apa yang kita perlu lakukan," terang Boy.

Ana mengangguk.

....................

Pintu rumah Haji Kasim diketuk.

Haji Kasim membuka pintu. Dia lihat anaknya sedang berdiri di luar. "Ayah, maafkan Ana ayah!" Zanariah menghulurkan tangannya. Haji Kasim menjenguk ke luar tanpa menyambut salam anaknya.

"Assalamualaikum Pakcik!" kata Boy sambil menghulurkan tangannya.

Haji Kasim hanya diam. Kaget Boy.

"Abang Boy eksiden tadi ayah," Zanariah cuba memancing simpati. "Dia nak mintak tolong ayah hantar dia balik rumah dia, motor dia rim bengkok tak boleh jalan dah."

Haji Kasim terus memandang Boy yang berdiri tersengih di luar pintunya.

"....Errmmm...Pakcik?"

Boy memaksa dirinya tersengih.

7 ulasan:

eddeved berkata...

apa beza cerpen kau dengan novel Rindu Awak 200% ? itu aje soalan aku...klise, bangang, bodoh dan tak ada lah yang best sangat pun!

Tak kena sangat lah!

"try again, try harder"

eddeved berkata...

apa beza cerpen kau dengan novel Rindu Awak 200% ? itu aje soalan aku...klise, bangang, bodoh dan tak ada lah yang best sangat pun!

Tak kena sangat lah!

"try again, try harder"

wan berkata...

Ini freedom of kote ! Haha..cite ape ntah ni..btw ini not funny letew..piew..piew.. Eddeved poyo..piew..piew..

Norizzuddin Kasim berkata...

Memula baca mcm crap lepas tu bila baca balik tajuk lagi sekali, segalanya jelas.

Benda kecik (rim bengkok) macam tu pun tak boleh nak selesaikan sendiri, nak hidup sendiri. Budak2 sekarang.

firdaus m berkata...

citer keluarga penguin ni pun ada pengajaran sama.

https://www.youtube.com/watch?v=IXPchnO7nTY

Tanpa Nama berkata...

Makin simpati tengok dia nih.

Abdul Wahub berkata...

Aku syak Edebab ni ade masalah psikiatri. X pun kurang kasih sayang atau kurang dapat perhatian. Kat blog lain pun tulis bende2 merapu jugak. So just wat tak tau je hehe..