Januari 26, 2015

Kalau Nak Jugak Rotan Anak, Baik Kau Tak Payah Ada Anak. Senang!

"Sayang anak, tangan-tangankan."

Orang Melayu memang dah terkenal dengan cara mengajar anak mereka yang sedikit ganas. Merotan, memukul, melibas, kena tempeleng, kena tampar dan macam-macam lagilah cara yang kita boleh nampak, yang dilakukan oleh mak ayah untuk memastikan anak mereka jadi manusia. Orang Cina pulak aku nampak pendekatan diorang lain....maaflah kalau aku silap tapi aku kerap nampak orang Cina maki dan pukul anak diorang dekat public kalau anak diorang tak dengar kata.

Agak sedih tengok tapi peduli hapa, anak dia.

Kerajaan pula baru-baru ni mengumumkan mereka sedang meminda satu undang2 baru yang berkemungkinan besar akan menyelarikan undang2 selaras dengan permintaan dunia yang bermesyuarat melalui persidangan Convention of the Rights of the Child atau CRC. Pengumuman kerajaan kita dibuat melalui media kita hari Sabtu dan topik yang diterangkan...hanyalah menggunakan kaedah "kalau rotan anak, nanti kau penjenayah."

Aku tak tau mana satu yang lebih tak kompeten dalam menerangkan isu sebenar dalam bab ni, media kita atau menteri tu sendiri. Ini kerana CRC punya keputusan sebenarnya merangkumi terlalu banyak perkara dan mungkin ada pihak yang nak mudahkan cerita, dia kata "rotan anak nanti2 salah dan kau boleh didakwa."

Kenapa tak sentuh pasal banyak bab lain sebagai contoh? Contohnya macam mana kanak2 di negara kita dijadikan umpan sindiket minta sedekah? Ada orang nak jual paper atau ada orang nak sensasikan isu untuk jaja muka dia dekat paper? Wallahuallam. Baru minggu lepas ada budak2 datang mintak sedekah dengan aku untuk Sekolah Tahfiz kat Kedah yang dah terbukti...fraud.

Mana tindakannya pihak berkuasa?
Mempergunakan anak yatim untuk minta sedekah?

Dalam bab rotan anak ni, aku tengok ramai pulak yang keluarkan hadis dan ayat nak justify rotan anak ni perlu. Janganlah dangkal sangat. Ya, memang ada disebut...tetapi kita kena la tengok situasinya. Situasinya dah kronik, anak tak nak dengar langsung kata kau, solat pun tak nak, rotan lah. Tapi jangan la kau sebut agama benarkan rotan tanpa kau tau kat mana sebenarnya agama bagi kau rotan.

Kat mana kau buleh rotan ni?
Hehe. Carilah sendiri.

Berbalik kepada isu besar...aku tak setuju jika undang2 yang bakal diperkenalkan tu nanti memudahkan orang untuk eksploit. Kau perlu tau, jika undang2 itu dilaksanakan (memang pun, cuma caranya dan aktanya masih belum jelas) akan merangkumi mereka2 yang berumur 18 tahun dan ke bawah.

18 tahun dan ke bawah!

Jadi cuba kau fikirkan, jika ada seorang minah emo yang tak suka dengan larangan2 yang mak bapak dia perkenalkan, "TINA TAK BOLEH KELUAR DENGAN BUDAK LELAKI TU! TINA TAK BOLEH BALIK MALAM !" mudah rasanya budak2 yang dah besar dan ada akal ni provoke mak bapak dia supaya hentak anak dia sikit dan buat laporan abuse.

Apa yang akan berlaku adalah sistem tu hanya akan membuatkan mak bapak jadi lagi takut dengan anak. Aku pulak nampak sistem ni sebenarnya nak diperkenalkan ke seluruh dunia supaya orang ramai takut nak ada anak, hahaha. Ini teori orang2 yang suka berkonspirasi.

Mungkin dari positifnya, ada banyak sebab seperti yang dah disebut. Nak ajar mak bapak jadi mak ayah yang lebih baik, nak train mak ayah supaya ubah cara pendidikan anak tapi bukan semua mak bapak sempurna! Yang lebih penting, bukan semua budak bawah 18 tahun tu sempurna, boleh diajar lemah lembut, boleh dibentuk dengan didikan yang tidak bersifat korporal.

Kalau tak, tak adalah kita Sekolah Henry Gurney kan? Sekolah tu....banyak menyalahi undang2 CRC kan rasanya. Cuba semak balik.

Media kita ada satu masa dulu demam drama gangster sekolah. Filem kita pulak sampai sekarang duk demam cerita kongsi gelap, samseng dan taiko Melayu berbicara dengan loghat Cina. Jika kerajaan betul2 nak wujudkan masyarakat yang harmoni dan tak perlu rotan, pelaksanaannya kenalah menyeluruh.

Nak banned ibu bapa dari rotan anak?

Banned sekali filem2 samseng yang banyak merosakkan masyarakat kita ni. Kau nak hukum mereka2 yang menghukum anak2 mereka selepas tu, fine. Takde masalah. Pendekatan kerajaan kenalah menyeluruh dari segi akta dan pengawalan gejala sosial kepada masyarakat. Kawal apa yang industri kita cuba jaja kepada masyarakat.

Macam mana nak bantu ibu bapak kawal tingkah laku anak kalau TV duk tayang drama peluk cium Melayu, gaduh potong Melayu dan hantu seram Melayu? Kepala buto la nak masyarakat jadi elok kalau benda2 camtu kau galakkan orang kita tengok.

Aku ada beberapa benda yang bermain dekat kepala aku.

Antaranya;

1. Cikgu macam mana statusnya? Kalaulah ada satu kes di mana cikgu belasah pelajar sebab pelajar tu nak belasah cikgu, undang2 nanti memihak kepada siapa? Adakah kerana dia kanak-kanak, undang2 akan melindungi dia dan automatiknya cikgu tu salah?

2. Kalau seseorang budak didapati memang bersifat gangster tak sesuai dengan umurnya, macam mana?

3. Aku suka kaitkan dengan isu hudud. Ramai dari pihak kerajaan kata hudud tak sesuai dengan negara kita, jadi diharapkan pihak kerajaan dapat jelaskan kat mana sebenarnya yang sesuai benar undang2 ni dengan negara kita? Dengan budaya yang sangat berlainan, sesuai ke undang2 ni diperkenalkan di negara kita?

Orang barat, anak nak berzina, diorang tolong belikan kondom. Anak bawak balik laki masuk bilik, takdehal. Anak gi parti minum arak senyap2, diorang boleh pejamkan mata. Banyak benda buruk yang diorang boleh buat, kita tak benarkan buat. Kita sebagai satu bangsa,sangat sensitif dengan perangai anak kita. Jadi, macam mana undang2 tu akan bersesuaian dengan kita nanti?

................

Aku harap kerajaan nampak beberapa side effect yang akan berlaku akibat dari pengenalan undang2 mengarut ni.

1. Lebih ramai ibu bapa yang akan cuba menjauhkan diri dari anak yang bermasalah disiplin. Anak akan meluangkan lebih banyak masa dengan pengasuh or worse, cikgu. "Takpelah, biarlah dia duduk sekolah sampai senja."

2. Mungkin lebih ramai para bapa yang malas nak layan kerenah anak menghabiskan masa di pejabatnya semata-mata kerana takut terbidas anak sekali dua dengan rotan.

3. Purata jumlah anak per keluarga akan menurun.

4. Mempunyai anak sudah menjadi satu risiko besar.

5. Apa akan jadi pada anak yang ibu bapanya ke penjara? Siapa nak jaga? Makciknya? Pakciknya? Nenek? Atuk? Waris terdekat? Jabatan Kebajikan Masyarakat? Seri Perdana? Parcel A? Mampu ke kerajaan menjamin kebajikan budak2 tu terjaga sedangkan mak bapak sendiri pun kelam kabut menjaganya? Yang penting...siapa yang nak carik pendapatan untuk besarkan anak2 tu kalau diri sendiri pun kelam kabut?

Nak harap bantuan kerajaan?
Last sekali aku dengar, kerajaan takde duit.

6. Akan wujud lebih banyak gosip untuk masyarakat kita borakkan. Kes suami isteri Sweden tu, punyalah banyak gosip tersebar. Ada yang kata bini dia buruk perangai lah, ada yang kata diorang tu memang dah level syaitan lah, ada yang kata diorang ni baik dan jangan fitnah orang lain.

Kau nampak tak apa akan berlaku ni, kerajaan? Kau akan melahirkan uncertainty dalam masyarakat dan melahirkan masyarakat yang hanya berminat nak speculate benda2 sensasi yang terjadi."Ni mesti mak dia yang jahat, Ni mesti ayah dia yang jahat. Patutlah garang semacam, dia ahli seumur hidup PAS!" Nak lindungi kepentingan kanak-kanak, akhirnya yang jadi huru-hara, masyarakat.

Dah la kerajaan galakkan riba dalam masyarakat, nak ajak ramai2 fitnah memfitnah lagi? Kes liwat pun tak setel2 lagi sampai sekarang bro.

7. Kalau cubit anak, kira jenayah jugak ke? Lastik anak pakai batu? Camne?

Tolonglah buat kajian betul-betul. Yang baik untuk orang barat tak semestinya baik untuk orang kita. Buatlah undang2 yang sesuai dengan kita, yang mengikut acuan Islam ni.

Kenapa kita perlu ikut acuan barat? Entahlah.
Yang pastinya pengusaha rotan kini sedang menggaru kepala memikirkan stok yang bakal tak terjual.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro mantot. My salute to your straight forward comment. But i strongly believe, you masih tahan2 lagi tu, masih ada yang terbuku dalam hati tu rasanya. Moga Allah memberkati kita semua

Pokjak a.k.a. Aizat berkata...

Moga Allah melindungi kita daripada fitnah dunia. Amiin.

Tanpa Nama berkata...

Undang2 larang rotan kanak2? Ok, fine dgn syarat pindah & laksanakan hukuman rotan ke atas menteri2 yg keluarkan statement yg bodoh2 belaka.

Tanpa Nama berkata...

ko ingat apa yang ko ingat dari apa yang orang ramai ingat pasal rotan ni betul ker?...jenis perasan unik lagi..

Orang yang meroyan pasal nak jatuh hukum jenayah pada ibu bapa merotan tu bukan kemaruk nak merotan anak pon...balik pada apa yang nabi sarankan lah ..ingat orang bodoh sgt agam ker adoyai...

jangan layan lah kerajaan yang bodoh ni, kelak anda tergolong dalam kebodohan jugak ..ko tau apa jawap dorang pasal isu ni...'kita orang acah jer'...ek lehhh


Tanpa Nama berkata...

Biasalah orang malaysia. Baca berita tak habis dah menyampuk bagi komen macam2.

Hari ni lepas dengar radio BFM baru aku faham isu ni pasal apa sebenarnya. Bukan pasal nak jadikan mak bapak rotan anak satu kesalahan, tapi nak hadkan hukuman rotan kanak2 yang dijatuhkan oleh mahkamah tak melebihi 10 sebatan.

Tanpa Nama berkata...

Oh ya, yang baik untuk Arab jahiliyah belum tentu baik untuk masyarakat kita...

Tanpa Nama berkata...

tak payah lah merapu... zaman tok nenek kita sama ada makan tak makan rotan tu...rotan tu tetap ada sebagai peringatan dan pengajaran...

Alhamdulilah bebudak semua bebaik belaka, tak mati pon tak jadi penagih pon bahkan jadi orang orang yang berjaya dan ada didikan agama... turun kat anak pastu cucu dan cicit makin lama makin nak ikut barat, ikut kemodenan la sangat katakan, pastu perasan best didik anak padahal bebudak sekarang perangai dah makin mcm jahilliyah...

melayu perasan unik podah!



Pemuja Blog Porn Mantoit berkata...

apa yang baik untuk mantot memang tidak baik untuk masyarakat Malaysia.

dan apa yang tidak baik untuk anon January 27, 10:34 belum tentu akan baik selama-lamanya sebab dia nih spastik.

takziah buat kau. kerana tidak mampu membeza...aku berkabung seminit atas kejahilan kau

Anak Idris Tak Tau Malu berkata...

logik mantot " undang-undang ikut acuan Islam = halalkan porn dan pompuan sundal.

kesian betul aku...nak cakap pasal agama tapi mengalakkan zina...

ada jugak manusia tahyul macam nih.

Tanpa Nama berkata...

kaki porno rupanya isk iskkkk...

Teja berkata...

Setuju sgt..